Cara-cara nak putihkan ketiak yang hitam & celah peha dalam masa 7 hari


Cara-cara nak putihkan ketiak yang hitam & celah peha dalam masa 7 hari, persoalan yang selalu orang akan tanya bagaimana dan macamana. Selalunya punca masalah ketiak hitam ni kekerapan menggunakan pencukur dan masalah berpeluh ataupun kurang mandi sebaik-baiknya.

Di bawah ni Am akan kongsikan beberapa petua orang-orang tua dahulu dan ia bukan sekadar petua. Percayalah zaman dahulu kala mana ada ubat atau 'spray' yang putihkan ketiak jadi dorang gunakan cara tradisional. Tak percaya cuba balik kampung nanti tanya atok dan nenek jika anda kalau takde boleh rujuk kat bawah.

Petua ni memang biasa kita dengar tapi kurang amalkan betul tak?. Bagi yang belum tahu Am macamana caranya memang cukup senang. Tahu kah ada kapur makan atau kapur sireh dan sedikit air perahan limau nipis boleh mencerahkan ketiak yang hitam..?

Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak dan celah peha seperti sediakala.

1. Ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan
limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi basahkaan bahagian ketiak terlebih dahulu. Kemudia gosok ketiak, sebaiknya gosok ketiak dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Memang akan terasa sedikit pedih atau panas tapi tidak lah ssampai memudaratkan kesihatan kulit anda tu. Amalkan sekerap yang mungkin iaitu 2kali/seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.

Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan InsyaAllah..cuba laa.

2. Cuci ketiak dan celah peha anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari, selepas tu basuh bersih dengan menggunakan air suam.

3. Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dan celah peha dengan menggunakan span ataupun kapas.


Ada lagi satu tips petua ni Atok Am yang bagi sebenarnya untuk hilang bau ketiak, zaman sekolah dulu-dulu biasala budak lelaki kuat bermain sukan jadi ketiak pun berpeluh automatik bau badan nak ngorat awek kurang enak. Alahamdulillah Am dah lama buat bukan je menghilangkan bau ketiak tapi ketiak kelihatan putih berseri-seri.. cewah.

Semasa mandi mesti guna sabun kan, jadi ambil sabun tu sapukan pada bahagian belakang telapak tangan kemudian gosok pada celah ketiak. Buat selalu dan amalkan InsyaAllah petua ni benar-benar berkesan!.. boleh juga digunakan untuk putihkan celah peha.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.