Must be hard being Wan Azizah.


Media sibuk bertanya "Siapa pengganti Anwar di Kajang"

Tapi isu yang lebih BERAT dan utama ialah bagaimana rakyat Malaysia muslim telah terdedah dengan dosa besar 'menuduh zina/liwat' apabila percaya dengan keputusan mahkamah hari ini.

Memetik tulisan UZAR: baca selanjut di sini 

"Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam."

Kepada yang tak suka DSAI, itu hak anda. Tapi hati-hati jangan sampai terjatuh dalam perbuatan 'menuduh zina/liwat' yang merupakan dosa besar.

 Nau'zubillah min zalik!


Lihatlah rakyat Malaysia, di kala kita ada ayah di sisi kita ketika kita membesar, tidak buat Nurul Izzah dan adik-adiknya.

Di kala suami anda berada di samping anda ketika membesarkan anak-anak, tidak buat Wan Azizah.

Mungkin ada beberapa perkara kita tidak bersetuju dengan mereka tetapi, keluarga Anwar Ibrahim dan Wan Azizah lah yang paling banyak habiskan masa mereka 'di luar' untuk rakyat.

Kenapa Anwar dan Azizah pilih jalan yang susah ini, tidakkah kita terfikir? Sudahlah susah, dimalukan dengan begitu teruk pula (dengan pertuduhan berat seperti sodomi)!

Dan pada masa yang sama, ada satu pihak yang beriya-iya mahu insan ini jatuh sejatuh-jatuhnya. Apa yang mereka takutkan sangat itu agaknya?

Semoga kita berfikir.

Semoga kita sedar bahawa ini bukan perjuangan sebuah keluarga, ini perjuangan rakyat!


Must be hard being Wan Azizah. I cannot imagine myself being in her place. May Allah bless her and her family.

I always believe, the one who is greatly tested by Allah is the one who is blessed by Allah.




Renung-renungkan..

Photo: Hakim: Aku sudah duduk atas kerusi ini semenjak 60-an dan aku faham sangat erti keadilan

Dr Mohd Badie: Dan aku telah duduk di dalam kandang ini semenjak 60-an dan aku kenal sangat erti kezaliman.
...........................

1998: 7 tahun.
2014: 23 tahun.

Sayang, Malaysia masih belum berubah.

Hakim: Aku sudah duduk atas kerusi ini semenjak 60-an dan aku faham sangat erti keadilan

Dr Mohd Badie: Dan aku telah duduk di dalam kandang ini semenjak 60-an dan aku kenal sangat erti kezaliman.

Sayang, Malaysia masih belum berubah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


LIHAT VIDEO INI. BAGAIMANA KAMI DAPAT BANTU ANAK-ANAK KECIL ITU TUHAN?




Bagaimana untuk mereka prihatin mengangkat senjata menamatkan pembunuhan kanak-kanak di Syria, Palestin, Rohingya, Replublik Afrika dan sebagainya, sedangkan tangan-tangan mereka sendiri yang membunuh kanak-kanak muslim saudara mereka semata untuk hiburan sukan unta.

='(

Ini bukan sunni, ini bukan syiah, ini bukan wahhabi, ini bukan ahbash, dan bukan khawarij tetapi ini adalah JAHILIYYAH.

lihat video ini.


Allahu Allah.

tolonglah Allah. dunia ini penuh zalim.
bagaimana kami dapat bantu anak anak kecil itu Tuhan?

innalillahi.
Allah. Allah. Allah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.