Segmen: Saya nak hadiah Misteri dari si Pipi Merah



-DAH TAMAT-


oh ha! nak buat segmen pantas kilat.

-follow tuan blog

-Buat Satu Entri bertajuk "segmen Saya nak hadiah Misteri dari si Pipi Merah" & tampalkan banner diatas dalam entri korang.

-Tinggalkan link entri korang di ruang komen ni

-tarikh tutup kalau aku rasa nak tutup aku tutup yep
hadiah 3x hadiah misteri menanti.

✿ ok fain mudah sangat kan.
jom join ..rugi kalau korang tak join.

yang join


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kakak saya nak derma buah pinggangnya, tapi saya tak nak.




Catatan peribadi aku.


Dia gadis comel  berumur 17 tahun. Seperti pesakit-pesakit lain di wad sekarang, buah pinggangnya sudah gagal berfungsi. Sudah 10 tahun dia menjalani hemodialisis. Tubuhnya kurus kecil, tidak subur, rendah dan jari-jarinya melengkung - tipikal pesakit buah pinggang yang menyambung nyawa dengan dialisis sejak usia jagung.

Jam 5.50 petang, staff nurse memberitahu, branula kenit biru di lengan kana
n (lengan kirinya ada fistula, tak boleh kacau) guna memasukkan IV antibiotik sudah tersumbat, sudah ditanggalkan. Dia sudah cuba masukkan yang lain tapi tak dapat.

"OK tak pe, saya masukkan."

Aku menjawab yakin. Branula jarang memberi masalah kepadaku, alhamdulilah.

Sambil aku cuba memasang branula di lengan kurusnya, kami berbual-bual.

"Adik sekolah lagi ke sekarang?"
"Tak, habis sampai Tingkatan 4 je."
"Oh kenapa tak tunggu sampai habis SPM? Sikit aje lagi."
"Cikgu suruh berhenti. Dia kata kalau saya sekolah pun, buat jatuhkan prestasi sekolah aje, sebab asyik sakit dan tak datang sekolah."
"Awak sekolah kat mana?"
"SMK xxxx. Cuba minta tukar sekolah lain, semuanya tak nak terima saya. SMK yyy ni, pengetuanya tak nak jumpa ayah saya pun. Dia kata tak nak terima pelajar sakit."

"Oh."

"Selama saya sekolah, saya tak pernah ambil periksa. Diorang tak benarkan. Nanti jatuh prestasi sekolah."

"Oh."

"Kawan-kawan saya banyak yang dapat belajar di luar negara..."

Beritahu aku, betulkah guru-guru dan sekolah di Malaysia kejam serupa itu?

Hidupnya mungkin tidak panjang. Perjalanan hidupnya seperti langit kelabu hitam, tapi bukankah dia juga berhak untuk mendapatkan pendidikan? Siapa pula manusia yang berani menghukum gadis ini sebagai insan tak punya masa depan?

"Kakak saya nak derma buah pinggangnya, tapi saya tak nak."
"Kenapa?"
"Entah, kesian kat dia."

Branulanya saya gagal masukkan. Setelah setengah jam saya beralah, lebih lima kali lengannya saya kerjakan... tukar antibiotik tablet saja. Reputasi sedikit tercalar.


*tak mampu dah nangis dalam hati.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sweetness teramat. I love you Allah!






"Orang kata yellow rose signifies 'friendship'

Ada jugak kata it signifies...
Joy
Gladness
Remember me
'I care'...



Semuanya terangkum dalam satu bunga
Melihatnya membuatkan hati tenang
Kerana its Allah's creation
Signature akan kebesaranNya



Moga ukhuwwah kita terus mekar 
Seindah mawar
Seharum odournya
selamanya....keranaNya"



to whom who wrote this: 
jzkk for everything... 

Anyway, post kali ini macam tak ada pengisian.  Okay dah dah. Pergi study . Pergi. Tak kira. 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UNTUK DIA, UNTUK DIA KEKASIHKU.....YA RASULULLAH...



Kita berkongsi Rasul yang sama untuk dicintai ..

Kisah 1.
A: Jauhnya kita parking nanti lepas demo penat nak pusing
B: Tak apalah, untuk Nabi.

Kisah 2.
A: Kita park kat sini jela kereta, tapi mahal sikitlah, ok?
B: Tak apalah, untuk Nabi.

Kisah 3.
A: Panaslah solat kat sini, jom alih ke belah sana?

B: Panas sikit je, untuk Nabi apa salahnya.

Kisah 4.
A: Dahagalah, bila nak habis demo ni?
B: Sabar ye, kejap lagi habislah. Untuk Nabi apa salahnya.

"Ya Rasulullah, jika ada yg lebih berat daripada ini untuk kami raih syafaatmu, akan kami lakukan demi mu"


Lipat bendera PAS, lipat bendera UMNO. Ayuh, berjuang untuk Rasulullah!!

seandainya kalian tahu... mencintai DIA lebih romantik, lebih best dan takkan tertanding!


"Allahumma tsabbit qulubana 'ala deenik, wa 'ala to'atik"
Ya Allah, engkau perteguhkan hati kami keatas agamaMU dan ketaatan kepadaMU..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


inferior?




Pernah tak rasa inferior? (rendah diri)

Tak tahulah kalau ada yang tak pernah tapi saya pernah ah. Biasa dekat FB ah kekadang. Usha-usha orang episode stalk orang. Ayat standard;
Type name kat search fb profile.

A:"Seb bek tak private weh.Leh usha.Eh minah ni ke kau cakap.Wahhh.cun gilaaa wehhh"
B:"Aah.Dah ar kaya dowh.Stylo-mylo. Pandai."
A:"Ye kee?Memang perfect ahhh, best gila jadi dia."

*Random fact*


Personally, saya cam jarang stalk orang. tengok pic profile jer. Itupun perempuan je ah. Pastuh saya pangkah. Saya cam malas ah nak amek tahu. Lainlah kalau saya minat personaliti dia and nak jadikan dia kawan, saya add.

Apa saya nak pesan dekat diri saya ini. Setiap orang SERIOUSLY ada kelebihan masing-masing. Jadi, marilah kita hargai. Janganlah jadikan sesekali jadikan kecantikan dan kekayaan sebagai ukuran. Oh dia kaya, pandai, cantik. Aku dah lah tak cantik, tak kaya macam dia and tak delah pandai sangat.

Hey hey hey.tak boleh fikir macam itu tau.Sebab macam mana cantik pun, cantik yang bukan setakat lelaki kagum, perempuan pun sama, tapi kalau akhlak tak elok, sayang betullah kan? Akhlak itu penting penting dan penting. Sebab percakapan dan amalan itu adalah gambaran hati. Erm, cakap benda tak elok, buat benda tak elok, hati pun macam tak eloklah kan? Nauzubillah. Tak bestlah kan macam itu.

Jadilah Muslim yang mempunyai akhlak tinggi dan terpuji, jangan menjadi hamba kepada perut dan hamba kepada nafsu sendiri. Miskin harta bukanlah suatu kecacatan atau kelemahan. Tetapi kecacatan dan kelemahan yang sebenarnya adalah kerana ketiadaan maruah diri. Seseorang itu akan dipuji kerana keelokan perangainya bukan kerana kecantikan dan kekayaannya.=DD

Even Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Seee!! Sweetnya Islam.Tak cun tak apa.Tak kaya tak apa.Janji akhlak kool baru kita jadi orang yang kool.

Jom baikkan akhlak nak?

okbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Anak Yang Jatuh Cinta Dengan Ayah Sendiri!



 

sekadar pengkongsian.

KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.


“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.


Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih),ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Diapandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.

sumber

Semakin kita mengharap dijauhkan pada suatu perkara, semakin Allah dekatkan. Bukan Allah swt tak mendengar rintihan kita mengadu lemah namun itulah tarbiyah dariNya~

Dia tahu kita mampu. Pilihan kita pula yang menentukannya. Terus menerus merasa lemah atau bangkit melawan. Bila bisa melewati, kemanisan akan dikecapi. Moga Allah swt buka mata hati kita utk melihat kekurangan sendiri

InsyaAllah. Allahu Musta'an


notahati- Fikirkan kelas yang berderet, hati berdebar. Fikirkan kerja akan datang, hati berdebar. Fikirkan natijah kepada keputusan itu, hati berdebar.
Akhirnya.. teruskan jua langkah sambil katakan " Aku serahkan urusanku kepada Mu Ya Allah. Tiada Upaya melainkan dengan Allah"

Semoga Segalanya Dipermudahkan~ :')



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Takkan Subuh pukul 8 kot!




Jam 8:01 p.m

Saat badan keletihan melaksanakan tugas seharian malu untuk bagitau kpd Dia

"Ya Allah,boleh tak nak skip solat sunat hari ni..penaaat sgt.."

malu, 


Study ditemani kipas :)

Moga Allah bagi kekuatan buat saya,awak dan mereka

Ya Allah,moga dgn sgala ilmu ini, kami makin dekat dgn Mu Ya Allah.


*****

Jam 6.45a.m

aku dah kepanasan menunggu bas yang tak berhenti-henti untuk solat Subuh.

Aku meluru ke depan...

"Enchek, Saya minta enchek berhenti, berhenti, kami nak solat Subuh!", aku mulakan pengarahan.

"Ala, orang lain pun maye(sembahyang) jugok", drebar tu menjawab.

(Sekarang masuk waktu syuruk lebih kurang 7.04 kerana waktu subuh sekarang dalam pukul 5:48 so macam mana tu? waktu dhuha pula 7.33 pagi. Kiranya dalam pukul 7 boleh sembahyang lagikan?)

"Ya lah, takkan Subuh pukul 8 kot!", aku jawab balik.

Bas tu terus berhenti di Masjid berhampiran, kurang lebih 20 meter setelah aku mendesak drebar itu berhenti. Aku dengan gembiranya turun solat Subuh, itupun dah lewat.

Selesai solat, aku yang pertama kali keluar dari masjid. Aku nampak drebar bas itu hanya menunggu di tepi bas.

conclusion korang?

PENGAJARAN

Tujuan aku menulis ini adalah untuk mengajak kita semua, terutama penumpang bas yang beragama Islam, jangan biarkan hak kita sebagai Muslim ternoda hanya kerana kita menyerah kalah kepada drebar yang tidak mahu mempraktikkan Islam. Yang tidak solat.

Tak kira anda lelaki atau wanita, pertahankan hak anda sebagai Muslim. Kita punya banyak musuh, boleh jadi musuh kita adalah bukan Islam termasuk yahudi dan Nasrani dan boleh jadi daripada orang Islam sendiri termasuk munafikin dan fasikin.

Kemudian, anda harus selalu ingat, bahawa solat di awal waktu itu adalah tuntutan daripada Nabi SAW sendiri.

Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya. (Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani mensahihkannya.

Dalam surah an-nisa' ayat 103, Allah berfirman, Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.

*Solat membezakan Islam dan Musyrik

Amiin

sahabat-sahabat,yok-yok study sesame!
tolong-tolonglah lah sahabat korang yg xberapa nak terrer ni.huhu .. 

ok dah nak isyak.

sekian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gambar -Hebat Tok Guru Nik Aziz solat hajat halau jin!!


seorang ulama dan umara' tak pernah berhenti mendidik dan membimbing masyarakat.. contoh TGNA 


Bila Aku publish gambar Tok Guru tengah solat nanti ada yang kata itu riak dan sebagainya,Tetapi apa mesej yang nak di sampaikan ialah sikap seorang pembesar negeri yang turun menyelesaikan permasalahan rakyat.Dengan rendah diri serta tawaduk beliau turun menyelesaikan masalah rakyatnya.
Kisah berlaku di Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan bila mana sebuah rumah telah di ganggu oleh kejadian misteri di mana rumah itu seperti digangu oleh mahkluk halus dengan dinding rumah di jilat api di bahagian tertentu di rumah tersebut.
YAB. Tuan Guru telah meluangkan masa dengan berkunjung ke rumah keluarga mangsa gangguan 'api misteri' di Penambang ,Tuan Guru telah solat hajat setibanya sampai di rumah mangsa ,moga ikhtiar Tok Guru dengan memohon doa diterima oleh kepada Allah s.w.t .
Menurut sumber gangguan makhluk halu situ mengganggu cucu Zainab Sulaiman,Norfatini Wan Hanafi,kemana sahaja Norfatini pergi gangguan api akan ada.

Moga berkat solat hajat yg dilakukan TGNA tiada lagi gangguan sebegitu... Aamiin..












Semoga Allah mmberkati setiap perjuangan Tok Guru utk mnyebarkan islam, dipanjangkan umur dan dberi kesihatan yg baik. Air mato ngalir sokmo klu ambo tgk Tok Guru, ambo sgt mnyintai ulamak ini.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Oh! Melayu Kenapa tiada orang India?



klik untuk tumbesaran


Siapa yang mengungkapkan kata-kata ini? Kenapa tiada orang India?
 kamu..kamu yang sedang baca ni.. 

tahu tak?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


post pasal cinta




korang mesti pelik dengar lagu cinta bagai kat sebelah tu kan.. just nak bagi korang menghayati bait-bait kata dalam entry aku pada petang yang suam-suam kuku ni.

di taip tatkala hujan oh ha! feeling bro.

ok faing!

Lamaaaa gila tak buat sebarang comments mengenai cinta. Hal ini disebabkan aku pernah buat post pasal cinta, lepas dikritik hebat oleh kawan sendiri. Dia kata aku macam desperate mengenai soal cinta. Betapa terpukulnya dengan kata kata kawan aku itu. But it's okay dah maafkan. Setahun yang lepas dah pun. Dalam pada itu, aku fikir fikir balik aku cuma melahirkan apa yang aku rasa, even semua orang berdoa dan berharap agar dipertemukan dengan cinta masing-masing kan? Beritahu dekat aku, siapa tak harap macam itu? So, aku tak adalah rasa macam desperate pun since semua orang pun ada harapan macam itu. Kan. Kan.


Dalam hati kita ini, tak boleh ada dua cinta. Hanya boleh ada satu cinta. Cinta kepada Dia. Bila terbit cinta kedua dalam hati selain Dia, cinta kepada Dia tak ada. Itu memang hukum dia kecuali cinta yang lahir kerana Dia. Itu Ustaz Pahrol cakap semalam, dalam Mukmin Professional dekat ikim semalam. Oleh itu, moleklah sekiranya, setiap orang termasuk diri saya sentiasa mengingatkan diri sendiri, apabila kita mula mencintai sesuatu atau seseorang, kembalilah kepadaNya. Jadikan cinta kita kepada seseorang itu, cinta kerana Allah dan berlandaskan syariat Islam. Saya selalu teringat ada talk kata, kalau dari mula sesuatu hubungan itu tak berkat, bagaimana perkahwinan nak berkat. Hal ini menyebabkan sayaa mengambil langkah lebih berhati hati dalam urusan mencintai seseorang, sebab bila dah cinta, semua benda yang dipandang haram berdosa semua dulu masa single, jadi tak apa sebab soal sayang. Urgh, takutnya. Tak mau! Nauzubillahiminzalik.


Setiap orang ada pandangan masing masing mengenai couple. Saya tak nak bagi ulasann lebih lebih, itu hak individu and saya mengambil sikap bersederhana saje. Sebab saya ini bukan orang yang berpengalaman dari segi soal couple. Tak pandai. Seriously. Takut nak cakap apa-apa. Sebab sendiri dah tak ingat apa perasaan bercinta and suke orang. Punya lamalahhh kan tak terlibat dengan kes suke dekat orang. Haha. Kalau suke sama suke, as long as pandai menjaga batasan syariat Islam, hati , perasaan and pandai bahagi masa nak belajar and bercinta, masa dengan keluarga, kawan kawan and paling utama, masa dengan Dia. Saya memang tabik springlah siapa yang mampu sebab saya tak pandai bahagi masaaa. And saya rasa saya macam tak cukup kuat untuk menjaga diri saya dari segi syariat Islam dan paling soal hati saya. Nanti masa and ruang hati untuk Dia macam mana? Masa untuk ummi adik-adik macam mana? Study?


Itulah kadang kadang sendiri wonder, aik macam mana ni, sampai bila nak pandai bahagi masa? Jauh di hati saya memohon and berdoa kepada Allah agar mempermudahkan dan meringankan soal jodoh. Berdoa agar dikurniakan the RIGHT guy at the RIGHT time. Tak couple sekarang does not mean tak akan dipertemukan jodoh kan nanti? Couple sekarang pun tak semestinya menjanjikan perkahwinan kan? Even orang yang dah berkahwin pun boleh cerai, inikan couple. So, insyaAllah, ya Allah, dengan ruang masa yang terhad ini, saya berdoa agar kami semua mampu berusaha memanfaatkan masa single untuk mencari cinta Dia dan menggunakan masa sebaik mungkin untuk keluarga, strive our best in studies, dan menghargai kawan-kawan, dan menjadi orang yang lebih baik kerana Allah. Masa tak akan berulang. Dengan umur yang meningkat, bila sampai masanya, kami memohon dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buat diri kami pada masa yang terbaik. 


Amin ya Rabbal alameen. :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kenapa nama saya masih LIM JOOI SOON??



keluarga Lim Jooi Soon



PEBANDINGAN AGAMA?KITA FAHAM ATAU TAK?KITA PERCAYA DGN ALQURAN ATAU BERIMAN DGN ALQURAN?KAMU DAPAT BUKTIKAN ALQURAN KALAM ALLAH?

alhamdulillah berkesempatan utk menulis tajuk yg kedua yg disidangkan dlm persidangan mahasiswa malaysia(PERTAMA).

moga terus menulis tnpa henti setgh jalan =.=



tajuk yg agak berat utk disalin.sbb nota yg sy salin dr ape yg dia ckp pun kucar kacir.insyaAllah akn diberi sebaik mungkin.moga bermanfaat.



MEMAHAMI PERBANDINGAN AGAMA.SATU KEPENTINGAN SBG SEORG ISLAM..



dismpaikan oleh LIM JOOI SOON.nama islam dia juga adalah LIM JOOI SOON.pelikkan? knape tak tukar nama?apa yg sy tulis adalah berdsrkan apa yg dismpaikan.mcm biasa,utk elakkan kamu-kamu  ni boring,akn ditulis dlm bntuk point ;)



*kenape nama sy masih LIM JOOI SOON?? persoalan sy pd kamu,bile masuk islam perlu ke tukar nama?TIDAK!sbb nama islam tak semestinya dlm bahasa arab.tapi nama islam perlu nama yg baik.maksud nama sy adalah 'membawa kejayaan'.azan asar td yg sebut 'haiya 'ala falah' dia panggil sy la tu ..=)



*knape kitab sesat kat matrikulasi ,kat sekolah tu kite baca,tapi kitab agama lain,kitab bible kte 
tak kaji? jwpn kite,takut nnty akidah goyang...akidah tak mantap lagi..kalau akidah tu nak goyang,kat mana-mana boleh goyang.ade ke org pergi mencuri tu ,sebelum mencuri dia kaji kitab agama lain? yg minum arak tu,sblm minum dia kaji bible?

takkan??



*KITA KATA ISLAM AGAMA KEBENARAN.QURAN ADALAH BENAR.TAPI KNAPE KITA TAKUT NAK KAJI KITAB AGAMA LAIN PADAHAL KITA DAH BERPEGANG PADA KEBENARAN?

rujuk surah al-baqarah ayat 256



*kalau kite tak buat perbandingan kita tak kan hargai islam sepenuhnya.



*tokoh paling hebat dlm bidang perbandingan agama adalah AHMAD DEEDAD thn 80'an



*org malaysia tak bg org kafir masuk masjid..tapi rasulullah bagi je org kafir masuk masjid nabawi.org malaysia ni lagi pandaikan?sbb masjid n surau kat malaysia lagi suci dr masjid nabawi ke?fikirkan.



*rasulullah benarkan 60org kafir masuk masjid nabawi dan berdialog dgn mereka.tujuan org kafir tu dtg utk ziarah nabi dan nak uji baginda.



KRISTIAN BERTNYE:kalau isa bkn anak Allah,sape ayah dia?

NABI MENJWB DGN MEMBERI DUA SOALAN :

1.Adakah kamu semua mengetahui dan faham anak msty menyerupai bapa??

-mrk menjawab 'YA'

2.Adakah kamu semua tahu tuhan kita tak hidup dan tak mati

-mrk menjawab 'YA'



Kalau kamu dah jawab 2x ya,apa lagi yg kamu nk soalkan?Allah tak dilahirkan dan tak melahirkan


KRISTIAN BERTNYE:Bole tak bagi 1 nama yang lahir tanpa bapa?

RASULULLAH MENJAWAB :nabi adam..(rujuk surah al-imran ayat 59)

selepas dari itu,ramai paderi yg masuk islam..

CARA BERDAKWAH TTG PERBANDINGAN AGAMA

#gunekan sains dan logik



1.yakinkan wujudnya pencipta.

rujuk surah luqman-31 + surah azzumar-35

mesej ni da wujud 1400thn yg lalu



2.gunekan sains

-alam ni berkembang mengikut masa>saintis ckp

rujuk surah dzariyat-47



-ilmu fizik :segala alat-alat ade mase,ade ruang dan jisim.



sebelum alam ni diciptakan ade tak masa,ruang dan jisim?TAK ADA !



Berhala ade tak semua tu?
berhala ade ruang kan? ade jisim.patutnye,mane bole ade sume tu.



(then dia ade cerita ,dia hntr anak dia kat kindergarten kat gereja.sbbnye,dia nak berdakwah kat cikgu-cikgu kat gereja tu.if nk tahu cite penuh,mintak org yg gi PERTAMA ni cerita ye)



MCM MANA NAK BERDAKWAH KAT NON-MUSLIM OR YG  TAK FAHAM ISLAM?

-tahu mcm mane nak berdakwah

-cari persamaan

-fokus pada ketuhanan dan pencipta

-bagi sifat-sifat Allah



KAJI PERBANDINGAN KITAB AGAMA LAIN,CARI PERSAMAAN



dlm bible ckp,jesus cries berpuasa,jesus cries solat,jesus cries berkhatan,jesus cries memberi salam. dlm islam ade tak semua tu?adekan?sy katakan pada mereka,KALAU NAK MASUK ISLAM,JGN IKUT SAYA,TAPI IKUT JESUS CRIES.kalau diorg dgr mcm tu mesti diorg byk berfikir sbb diorg syg sgt jesus cries smpai sanggup buat ape je.
(jesus cries adalah nabi isa)

FORMULA DAKWAH

1.kene gune pendekatan yg sesuai mengikut keadaan

-kalau nk tulis buku,jgn gune bahasa payah-payah.bahaas nak bunga-bunga.elakkan drpd gune bahasa arab.nnti org kafir tak faham



2.al-quran diturunkan secara berperingkat.

-mulakan dgn tauhid.bina akidah mereka dulu



3.bagi hukum ikut keimanan diorg

-jgn smpaikan hukum selagi diorg tak faham kenapa n mengapa.nanti diorg fikir islam ni beban.



KEASLIAN AL-QURAN.(tajuk ni la berat sikit nk terangkan.sbb dia buktikan yg dlm ayat quran ade pencanggahan.tp senanye takde.)



*KITA PERCAYA ATAU KITA BERIMAN DGN ALQURAN??



PERCAYA=i believe,i swear

BERIMAN=pecaya + amalkan + buktikan



KAMU BUKTIKAN AL-QURAN TU KALAM ALLAH.(hah! sentap semua)



soalan yg selalu org bkn islam tujukan



Allah ciptakan alam ni berapa hari?dlm surah yunos ayat 3 ckp 6 hari. tapi dlm surah fusilat ayat 9-12 ckp 8 hari.mane satu betul ni????



mcm mane kite nk jwb kalau kite sndiri tak tahu??



jawapan:dlm bahasa arab(sape-sape blaja balaghah tahu kot) al-yaum membawa maksud hari atau JANGKA MASA.jadi,yaum yg dimksudkan dlm ayat ni adalah jangka masa.jangka masa yg pjg,...saintis sendiri sahkan alam ni diciptakan smpai 18 billion thn.



mcm mne pulak dgn satu cakap 6 hari.satu lagi surah cakap 8 hari?

okey.

kalau kite tgk surah fusilat,berbunyi Allah ciptakan dlm 2 waktu + 4 waktu utk gunung +2waktu utk 7 langit. kalau tambah-tambah semua jadi 8 lah kan?

okey,sblm smpai ayat ke 11 tu,dia ade ckp summa bermksud kemudian,bknnye dan.

so,mksud 2 waktu kat cni mcm ni


1wktu -utk gunung

1 lg waktu -utk 7langit.


da faham?

-kita tak bole benci yahudi sbb dia bangsa yahudi,tapi kite  kena benci perbuatan dia.

KRISTIAN SELALU AKAN BUKTIKAN QURAN ITU SALAH ATAU QURAN MENYOKONG KEPERCAYAAN MEREKA(kafir)

sokong??? mane pulak?

surah maryam.surah ni setuju dgn kepercayaan agama kristian.


haishh.ape plak ni.teruskan membaca~


KRISTIAN CKP DLM AYAT TU CKP..

-isa telah mati disalib

-isa telah bangkit semula



hal ni same tertulis kat bible



tapi...........



dlm quran ,isa AKAN mati.akan dgn telah beza tak??

isa AKAN bangkit.



but dlm bible ckp TELAH !



KEASLIAN QURAN .

-Quran tak pernah melalui pengubah suaian



-quran wahyu terakhir kpd rasul terakhir

-melalui malaikat jibril in arabic dlm loghat quraisy.knape dlm quraisy?sbb nabi dlm kaum bani quraisy

-al-quran dipelihara dlm 2bntuk

1.catatan

2.hafazan

kitab lain dipelihara dlm bentuk lisan.boleh diubah-ubah dan ditokok tambah.kenape sy cakap mcm tu?

cuba awk pesan sesuatu kat kwn awk.suruh pas kat kawan2 awk.adakah sampai info yg same?atau berubah atau ditokok tambah?ade kemungkinan kan?

tapi quran dlm bentuk hafazan..eknape quran mudah dihafal?

sbb al-quran dlm bentuk irama.bahkan lagi tinggi bahasa irama .takde tandingan..cuba nyanyi lagu negaraku dlm melodi yg berbeza.buruk tak? tp cuba baca surah al-fatihah dlm ape-ape melodi un.tetap sedap!

alhamdulillah..takat ni dulu.

wallahu'alam




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Uwais, Penghuni Langit






Dia hanyalah seorang penggembala kambing biasa. Sekali pandang, tiada apa yang istimewa tentang pemuda ini. Namun, dia mencatat sejarah hebat di kalangan manusia. Malah, baktinya yang tersembunyi mengangkat dirinya ke martabat yang amat tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf bahawa memang benar Uwais Al-Qarniadalah penghuni langit, bukan manusia di bumi!

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Uwais Al-Qarni tinggal di negeri Yaman. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Dia cuma tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua dan lumpuh. Malahan, ibu tua itu telah buta dan hanya bergantung harap pada Uwaisuntuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka berdua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara.

Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah. Justeru, dia menjadi kepercayaan orang untuk menjaga ternakan mereka pada waktu siang. Upah yang diterima hanya cukup untuk menampung makan pakai mereka sehari-hari. Jika ada terlebih, Uwaisakan membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dirinya.

Selain itu, Uwais terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga taat beribadah. Dia seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.

Sebenarnya, Uwais ada menyimpan satu keinginan. Dia ingin sekali berjumpa sendiri dengan Rasulullah SAW. Malah, hatinya merasa sedih setiapkali mendengar cerita jirannya yang dapat bertemu dengan Rasulullah. Apakan daya, dia tidak boleh meninggalkan ibunya yang uzur dan Uwais redha dengan keadaan itu.

Kecintaannya kepada Rasulullah juga bukan calang-calang. Ketika mendengar Rasulullah tercedera dan gigi baginda patah di dalam perang Uhud,Uwais lantas mengetuk giginya dengan batu sehingga patah. Ini sebagai ungkapan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW sekalipun dia tidak pernah bertemu dengan baginda. Kerinduan dan kecintaan kepada nabi menyebabkan dia bertanya sendiri, bilakah dia akan bersua muka dengan kekasih Allah yang agung itu.

Tetapi seketika kemudian, Uwais kembali sedar bukankah tanggungjawab utamanya adalah berbakti kepada ibunya yang sudah uzur. Mana mungkin dia tegar meninggalkan wanita itu keseorangan. Lagipun, ibu itu amat dikasihi dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh saban hari.

Sekian waktu berlalu, kerinduan kepada Nabi SAW yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, memberitahu keinginannya dan memohon izin serta restu agar dapat pergi menemui Rasulullah di Madinah. Ibunya merasa terharu mendengar permintaan Uwais dan berkata,

“Pergilah wahai Uwais, Temuilah Nabi di rumahnya. Kelak, selesai berjumpa dengan baginda, segeralah engkau pulang ke pangkuanku.”

Izin itu diterima Uwais dengan gembira. Segera dia berkemas untuk berangkat. Dia menyiapkan segala keperluan ibunya dan berpesan kepada jiran agar menemani ibunya selama dia pergi. Sesudah bersalaman dan mencium ibunya, Uwais pun berangkat ke Madinah.

Setelah melalui perjalanan yang jauh, akhirnya Uwais sampai di kota Madinah. Dia terus menuju ke rumah Rasulullah SAW dan mengetuknya. Salamnya dijawab seorang wanita. Itulah Siti Aisyah r.a. Dikhabarkan Rasulullah tidak ada di rumah kerana sedang berada di medan pertempuran. Kecewalah Uwais. Dari jauh dia datang namun Nabi tidak dapat ditemuinya. Kerana teringatkan ibunya yang sudah tua, hati Uwais serba salah. Perlukah dia menunggu Rasulullah? Di telinganya terngiang-ngiang kata-kata ibunya yang menyuruh dia lekas pulang. Apa khabar ibunya kini?

Akhirnya kerana ketaatan kepada ibunya, Uwais berangkat pulang dengan segera. Kepada Aisyah, dititipkan pesanan dan salam untuk Rasulullah.

Tidak lama kemudian, Rasululullah SAW pulang dari medan peperangan. Kedatangan Uwais disampaikan oleh Aisyah.

“Itulah Uwais Al-Qarni, anak yang taat pada ibunya. Dialah penghuni langit,” ujar baginda. Siti Aisyah dan sahabat tertegun.

Nabi berkata lagi “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah dia mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi SAW memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata, “Suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Waktu terus berganti, dan Nabi SAW kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, Khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra. Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan tentang Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambing dan unta setiap hari? Mengapa Khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali r.a, selalu menanyakan dia?

Rombongan kalifah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kalifah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kalifah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tetapi ketika itu Uwais sedang solat. Usai solat, Uwaismenjawab salam Khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi SAW ini dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tanganUwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi SAW. Memang benar! Kelihatan tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.

Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAW bahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” Uwais kemudian berkata, “Nama saya Uwais Al-Qarni”.

Dalam perbualan mereka, dinyatakan ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “Saya lah yang harus meminta doa pada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Kerana desakan kedua sahabat ini,Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais marah dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafannya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, orang berebut-rebut mengangkat jenazah dan mengiringinya.

Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi peristiwa yang menghairankan. Ramai orang yang tidak dikenali datang untuk menguruskan jenazahnya sehingga ke liang lahad sedangkan selama ini Uwais hanyalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Bermula saat dia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang begitu ramai. Mungkin mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.”



Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku ketika hari beliau wafat telah tersebar ke serata tanah Yaman. Baru hari itu mereka sedar siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni. Dihari wafatnya, mereka mengakui bahawa memang benar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW, sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit.�


nota hati- wahai lelaki dahulukan ibumu dari segala urusan dunia yang lain. Darjat memuliakan ibu itu diangkat Allah bukan sahaja ketika di dunia tetapi hingga ke akhirat.

Sumber



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Teman Lelaki Wanita Campak Bayi Juga Dicari Polis.



bayi dibuang dari tingkat tiga..apalah salah bayi tu..hidup kat dunia pun baru berapa minit..terus kena macam tu..


nauzubillah.


SHAH ALAM : Polis sedang mengesan teman lelaki wanita yang disyaki mencampak bayi perempuannya dari tingkat tiga, Blok 1 Flat Desa Mentari Petaling Jaya dekat sini Ahad lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk merakam kenyataan lelaki tersebut bagi membantu siasatan, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, Selasa.

“Setakat ini kita sudah memanggil beberapa individu termasuk jiran suspek bagi tujuan rakaman percakapan,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan kes seorang pekerja kilang yang didakwa mencampak bayi perempuannya sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan.

Wanita yang belum berkahwin dan berusia 20-an itu dilaporkan melahirkan bayinya secara bersendirian ketika semua anggota keluarganya tiada di rumah.

Dia ditahan reman sehingga 23 September ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yangmemperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Adnan juga mengesahkan pihaknya ada menerima dua laporan mengenai bendera kontroversi Sang Saka Malaya yang digantung di negeri itu pada 14 September lepas.

Satu kes masing-masing dilaporkan di Shah Alam dan Banting pada tarikh yang sama dan setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan belum ada tangkapan dilakukan ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tenpatan mengenai bendera itu yang kelihatan dikibarkan di beberapa kawasan di Selangor termasuk di atas Bulatan Megawati, Seksyen 20, di sini baru-baru ini.

Bendera itu mula dikibarkan beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas yang didakwa bakal menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa. -BERNAMA

**Perempuan ini sepatutnya didakwa kerana membunuh tetapi teman lelaki dia yang rajin berzina lepas tu cuci tangan pun harus didakwa di bawah apa-apa kesalahan yang difikirkan sesuai. – MyNewsHub

******

Saya ingin mendapat pandangan para readers yg comel lagi kacak yang budiman sekalian tentang isu ini

ambil contoh jika perkara ini berlaku dalam keluarga anda (nauzubillah..)
apakah tindakan anda semua keatas contoh;adik perempuan yang mengandung
di luar nikah .

andai kata terjadi dalam keluarga sendiri..(nauzubillah jauhkan)...
jangan terus salahkan penzina.. memang betul itu salah mereka..
tapi cuba kita reflect balik kenapa itu semua boleh terjadi..
mungkin sebab kelalaian kita mengabaikan mereka..
dan kelalaian kita dalam tidak memantau aktiviti mereka. Awasilah saudara2 terdekat kita..

moga dijauhkan dari kita..
ameen ya Rabb,,
allahu a'lam.


*Kalaulah Fatimah yang mencuri maka Aku sendiri akan memotong tangannya...(Nabi SAW)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Umat Islam Tak Membaca.



Panas.
Pedas.

Aku kena sound semalam dengan seorang alim ulama’ yang pakar dalam bidang dakwah. Direct je beliau sound aku. Sambil memegang sebuah buku yang ditulis oleh Pope berjudul Pope and The Dialogue, beliau berkata,” Kenapa kamu tak baca buku ini? Saya tau ada dua sebab, sebab pertama, harga buku ni, GBP 9.99. Mahal! Kertas dia pun macam nak terkoyak, paperback, tak sesuai dengan harga buku ni.”

 Aku pun pk la, betul gak tu, mahal gile. Baik buat makan duit tu.

Beliau pun berkata lagi depan aku, “Lagi satu sebab apa?”.

Aku diam terkelu, tak tau nak cakap apa. Beliau pun menjawab, “Sebab masyarakat Islam bukan masyarakat yang membaca! Kalau bagi buku ni free pun orang Islam takkan baca! Nak tanye sikit, apa wahyu yang pertama turun? Iqra! Bacalah. Tapi wahyu yang pertama ni pun umat Islam tak ikut, apatah lagi yang lain2?”

Aku terkelu terus.

Paap!.

Tepat mengena jantungku.

Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat memang tajam pemikiran dia. Kata-kata dia memang kritis dan tepat. Beliau lah yang sound aku semalam masa tengok youtube.

Aku kena start membaca.

Seriously.

Ilmu itu penting.


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(Al-Alaq : 1)




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Aku makan Separuh Saja!



oh! ha tak im okay.

Pagi ini terbangun dalam keadaan menangis. Mesti nak tahu apa yang sedih sangat mimpi sampai boleh menangis. 

Alhamdulillah again. Rasa sedih mimpi itu aku tak boleh nak cakap macam mana lah. Kalau kau orang mimpi, baru kau orang rasa sendiri. 

Banyak benda dah berlaku dalam hidup aku. Bukan hidup aku saja, hidup kau orang jugakan? Tak kisahlah apa pun berlaku sama ada nikmat atau musibah, janji kita meyakini bahawa semua yang datang daripada Allah adalah baik baik belaka. 

Oh ha! sebagai pengkongsian di pagi Rabu nie.

Diriwayatkan bahawa pada su
atu ketika, Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekur semut,"Berapakah rezekimu setahun?"
Semut menjawab,"Sebutir biji gandum".Maka Nabi Sulaiman mengambil semut itu dan diletakkan dalam sebuah botol bersama sebiji gandum.Nabi Sulaiman menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat.

Genap setahun, Nabi Sulaiman a.s membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja biji gandum itu.Nabi Sulaiman a.s pun bertanya,'Mengapa Engkau makan separuh sahaja biji gandum itu,kenapa tidak habiskan semuanya?"
Semut pun menjawab,"Kerana tawakkal ku selalu pada Allah, maka aku makan sebutir biji gandum.Aku amat yakin kepada Allah.
Dan Allah tidak pernah lupakanku.Tetapi sekarang ,tawakkal ku kepada mu, maka aku makan separuh sahaja.Aku berkata dalam hati,"Jika Nabi Sulaiman melupakanku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya".

Teladan dari kisah ini :

1. Tawakal hanya pada Allah
2. Yakin hanya Allah Taala saja yang berupaya memberi rezeki
3. Bijak mengurus kehidupan
4. Pandai mengurus masa
5. Berjimat cermat
6. Bersedia menghadapi keadaan gawat !

Okay, alhamdulillah. Terdapat sikit pengisian dalam post ini. Post ini bukan lah sekadar nak mengingatkan pembaca tapi paling utama mengingatkan tuan punya blog ni.

*tentang mimpi tu.nanti aku abadikan dalam entry lain.INSYAALLAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Lelaki bakar seluar dalam demi isteri


DusHHH!

JAKARTA: Seorang lelaki yang kesunyian membakar seluar dalam isteri yang telah berpisah dengannya, dalam satu upacara pelik untuk mendapatkan kembali isterinya, ditahan di Tanah Abang, Jawa Tengah.

Muhammad Ridwan, 38, ditahan kelmarin kerana meletakkan orang lain dalam keadaan bahaya selepas jiran terlihat api di biliknya.


Mereka kemudian memukulnya sehingga lebam kerana mengesyaki dia mahu membakar bangunan tempat tinggal mereka.

Ridwan memberitahu polis, jirannya marah dan tidak percaya apabila dia memberitahu mereka dia hanya melakukan upacara mistik untuk mendapatkan kembali isterinya.

Komander Unit Detektif Tanah Abang, Komisioner Widarto berkata, “Dia percaya isterinya, yang keluar rumah selepas mereka bergaduh akan kembali kepadanya sekiranya dia membakar seluar dalam isterinya itu dan menyapu abunya di badan.”

Widarto berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 7.30 malam apabila seorang jiran, Yunita, melihat Ridwan membakar pakaian.

Dalam keadaan panik, dia terus mengambil sebotol minyak tanah yang disangka air mineral dan menuangkannya ke api.

“Apabila api itu marak, seorang lagi jiran yang panik menjerit mengatakan Ridwan membakar rumah itu,” kata Widarto.

Penduduk di Jakarta sangat berhati-hati dengan kebakaran yang selalunya memusnahkan beratus-ratus rumah dalam musim panas yang panjang.

Kebakaran menjadi isu panas dalam kempen pilihan raya gabenor dan ada di antara mereka menyalahkan penyokong calon yang kalah dalam pusingan pertama undi yang diadakan Julai lalu. - Jakarta Post


notakaki-  malu,sebab terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, namun begitu sikit hambaNya bersyukur.

Solat sumber kekuatan jiwa & fizikal


Ya Allah,kurniakan kami tubuh badan yg ringan melaksanakan ketaatan pdMu Ya Allah...

amiin.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Kita ingat dia sombong padahal orang itu ingat kita yang sombong."


Entry kali ini aku sebenarnya tak tahu nak type apa. Aku seorang saja tak balik kampung minggu ni. InsyaAllah, doakan tak ada apa-apa. Rasa okay je duduk sorang-sorang even sunyi sikitlah.

Pernah tak korang jumpa someone. 1st impression korang dekat orang itu, dia macam sombong and tak friendly. Pernah? Aku pernah. Nak pula dengar cerita-cerita from orang lain. Lepas itukan, try monolog. 'Eh, mana boleh cakap/fikir macam itu, itu nama bersangka buruk.'Lepas itu, entah.Fikir macam macam. Being judgmental, rasa macam tak bersemangat nak berkawan dengan orang itu since dia macam dingin, . Nak pula orang lain dah cucuk cerita macam macam.



This cartoon is a different story. Tapi, to be honest, kadang we think too much, tak jumpa lagi dah fikir banyak banyak.


Eh, balik cerita tadi. Bukan pasal cartoon. Pasal paragraph before. Tapikan, sebenarnya, sangkaan itu sebenarnya salah! Tak kisahlah macam mana pun buruknya first impression kita atau orang lain terhadap orang itu, kita tak boleh bertindak sebegitu rupa. Bersangka baiklah. Selagi tak jumpa tak borak tak payah sangka buruk, mengiyakan cerita bukan bukan. Ummi cakap kalau terserempak dengan orang , senyum, tegurlah. Tak payah sombong. Tepis segala tanggapan negatif. Belum cuba tegur, borak belum tahukan?

"Kita ingat dia sombong padahal orang itu ingat kita yang sombong."

So, apalah salahnya kita yang memulakan senyuman dan perbualan dahulu. Memberi itu lebih baik daripada menerimakan.Lepas itu, bila kita dah bergaul dengan orang yang konon-konon sombong di mata kita itu, cakap-cakap okay je, baik kot orang itu. Timbul penyesalan dalam hati.

 'Tak baiknya aku fikir pasal dia macam itu. Sampainya hati aku.' 

In a good way, alhamdulillah, kita macam sedar kesilapan kita and ambil pengajaran tak repeat lagi. Cepat-cepat istighfar. Nasib baik tak luahkan dekat siapa-siapa.


Tapi cuba kalau, kita dah hebah dekat semua orang. Dok canang orang itu sombong, tak friendly dekat member-member lain. Urgh, tak pasal saja dosakan? :( Tak baiknya. Astaghfirullahhalazim. Sampainya hati kita cakap pasal orang itu sedangkan orang itu pun kita tak kenal.


Pernah dengar kisah ini. Dalam suatu peperangan, seorang sahabat telah membunuh seorang musuh yang mengucapkan kalimah syahadah sebaik sahaja diancam bunuh oleh sahabat itu. Rasulullah S.A.W berasa marah dengan tindakan sahabatnya itu. Sahabat itu mempertahankan tindakannya dengan berkata bahawa musuh itu mungkin mengucapkan kerana rasa takut untuk dibunuh. Rasulullah SAW berkata pada sahabatnya, " Tahukan engkau apa dalam hatinya? Hanya Allah yang tahu."


See! Sampai macam itu sekali Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya bersangka baik dengan musuh yang ucapkan kalimah syahadah ketika saat saat getir dalam peperangan, apetah lagi dengan 1st impression kita yang bukan perang pun. Biasa-biasanya. Kawan local, orang yang kat ward.


Okaylah tak nak panjang-panjang. On top of that nak tambah, bila kita mudah terasa dengan orang tak kisahlah baru 1st time jumpa ke dah lama kawan. Rasa dia tak friendly, dia wat dek jeklah dekat aku.Tahu tak kenapa senang terasa? Memetik kata-kata ustaz Pahrol, itu petanda ego kita. Meletakkan expectation bagaiman kita harus dilayan. Kita tak sepatutnya meletakkan suatu jangkaan okay? Arasso?


So, lepas ini, marilah kita bersama-sama khususnya orang yang type ini, mengamalkan sangkaan baik tak kira apa jua keadaan, tak kisahlah 1st impression ke last impression ke, dan tak mudah terasa dalam kehidupan. If terasa, maksudnya itulah egomu. Egomu tercalar. Eceh. Okaylah kata tak ada nak type. Banyaklah kan. Panjang dah esei ini. Nak tidur dah! Good night. Mintak maap kalau salah cakap. 
Wassalam.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Inilah kita suatu ketika dahulu


jangan lah memandang hina pd orang yg melakukan maksiat... tapi pandanglah dgn rasa kasihan krn kejahilan diri mereka itu.. jgn benci pada tubuh badan mereka, tapi bencilah kpd maksiat yg dilakukannya~





Inilah kita suatu ketika dahulu.. untungnya dilahirkan sebagai Islam.. 

Allahuakbar~




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kaitan Kanser Payudara Dan window shoping.




Wanita yang mengamalkan berjalan kaki selama sejam sehari, tiap-tiap hari , mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat kanser payudara. New finding reported by Al - Arabiya Channel

Mechanism of actionnya :

Berjalan -> bakar cholesterol -> kurang penghasilan estrogen -> kurang risiko @ feeding kepada kanser payudara

Penerangan :

Estrogen disintesis (diperbuat) dari kolesterol. Makin banyak kolesterol, makin banyak penghasilan estrogen. Sebab itu, orang yang obese agak tinggi risiko untuk dapat kanser payudara berbanding orang yang normal

BMI nya.

Estrogen yang tinggi dalam darah adalah antara faktor penyumbang kepada kanser payudara

So, girls, jom rajin-rajinkan diri jalan. Waktu pagi-pagi or petang-petang bolehlah bawak diri berjalan-jalan.

p/s : jangan marah akhawat bershopping sakan, berjalan berjam-jam dalam shopping complex, diorang nak cukupkan senaman berjalan kaki sejam sehari tu.. Kalau dah memang kaki shopping..bukan setakat bakar kolesterol..tak ingat makan dah haa time shopping hehe.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kerana benarnya aku kerana Tuhanku.


Di kala merasa salahkah berlaku benar dalam semua hal?
Biarkan manusia mengatakan apa yang ingin mereka kata.
Biarkan mereka melakukan apa yang mereka ingin.
Kerana benarnya aku kerana Tuhanku.
Kerana kuyakin bila sampai masa Dia meletakkan takdirNya, tiada siapa yang mampu mengubahnya!

Dari 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hendaklah kamu selalu berlaku jujur. 
Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan, dan kebajikan membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan/mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai "Sadiq" (orang yang jujur). Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan membawa ke neraka. Seseorang yang sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat Allah Taala sebagai "Kadzdzab" (si Pendusta atau si Pembohong)." (Hadis Sahih Muslim No. 2234)


******
Sayang dan kasih kita kepada seseorang, menjadikan kita tidak ingin mereka berada dalam kemurkaan Allah swt mahupun menghampirinya..

Wajah-wajah mereka sentiasa dalam minda. Nama mereka meniti dalam doa. Meminta kepadaNya; supaya diri ini dan mereka yang dicintai sentiasa dalam jagaanNya kerana meyakini tiada jagaan yang lebih baik dari Jagaan Allah SWT~ ♥

Moga Allah kurniakan taufiq, hidayah dan kekuatan dalam membezakan antara haq dan batil.


notajiwa- Jangan berkeras sangat sesama manusia terutama muslim.. kita tak tahu bagaimana pengakhiran kehidupan kita..


*mereka lebih mulia..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ISLAM O-PHOBIA?


 

ISLAM AGAMA KEGANASAN? SALAH KITA ATAU MEREKA SALAH FAHAM?



Saat dia mula berkata-kata.mmg rase teruja sangat.subhanallah.Dia muallaf.baru 15 tahun masuk islam.Dia dah hafal surah-surah dlm quran surah keberapa.laju je dia cakap.. tak cukup dgn itu.ape yg terkandung dlm kitab bible pun dia tau.siap tau ayat ke brape.versi berapa lagi.alhamdulillah.Allah berikan kelebihan padanya.

moga saya terus rajin utk menaip ttg tajuk ni.Takut nanti tersekat dipertengahan penulisan.biasa lah kan.~~~ ngeee



ISLAM O-PHOBIA? fhm tak ape tu?gi amek kamus dewan.(hah!sape tak cari tue pemalas tol! ) gurau~.O-PHOBIA ? bermaksud keganasan.so,ADAKAH ISLAM AGAMA KEGANASAN?SALAH KITA ATAU MEREKA YG SALAH FAHAM?mereka ditujukan pada non-muslim atau mereka yg tak paham islam.



okey.terus menulis..saya akan bagi secara point2.supaya anda tak rasa bosan dan dpt pointnye.(ceh~ senanye mls nk pjg2kan ayt.nguhuhu)..sy tulis mengikut ape yg sy dpt dr percakapannya.kalau slh,mohon betulkan.n kalau ade yg x fhm,bole tnye.insyaAllah kalau sy tahu sy jwb...moga bermanfaat.



*kerja dakwah bknlah kerja ustaz atau ustazah atau imam shj.tp kerja dakwah adalh KERJA KITA SEMUA ORANG MUKMIN.start kte ucap 2kalimah syahadah,tugas dakwah da berada dibahu kite...kte sedar tak?



*berapa ramai org islam,tak kira lelaki atau perempuan,bile time solat subuh,dia dtg bulan??renung2 kan~



*knape skarang ni non-muslim susah nk faham islam? (ni ssh nk terangkan.sbb kene lukis).. okeyh.mcm ni.sbb nye,penempatan penduduk islam(islam ye.bkn melayu) dan non-muslim bagaikan diasingkan.okey.tak faham??cmne ek nk fahamkan..cth lah...ade kuala lumpur dan shah alam.dan tgh2 antara kuala lumpur dan shah alam ade subang.ramai org islam dkt kuala lumpur.n non muslim kat shah alam.yg campur non-muslim n org islam kat subang.means average non-muslim yg bercampur dgn islam sikitkan?



*kdg2,fatwa tak pandang sensitiviti non-muslim..



*jgn ilmu islam yg kite ade,tak bermanfaat pd org bkn islam n org islam sendiri..



*definisi islam :

>SALAAM:aman + harmoni + tenang

>ASLAMA:menyembah secara rela,taat n menyeluruh

>SALIMA:suci,sohih



*PUNCA SALAH FAHAM.

Prejudis

#bile wanita tutup aurat,ckp dlm tudung ue ade bom.

#gay-ade org islam yg gay

#poligami

#masalah org islam sendiri-ade BEZA org yg beragama islam dgn org melayu.

#perbalahan politik -jadi masalah bile politik dibawa dlm agama islam..pttnye agama islam dibawa dlm politik.

#fatwa dari yg bkn pakar.-org yg sampaikan tak pandai islam.tp ckp mcm hebat.padahal imu takde.



METODOLOGI MENJAWAB SOALAN2 DARI NON-MUSLIM or MEREKA YG tak FAHAM ISLAM

-Fahami soalan.

-Jngan emos

-jangan gune istilah payah2.muslimin muslimah.sohih n bagai2 tu.diorg tak faham.gune bahasa mudah.

-data statistik n rujukan yg mantop

>PALING PENTING BERPANDUKAN AL-QURAN DAN SUNNAH



MACAM MANA NAK LAKUKAN?

-sebarkan dakwah diblog

-facebook n twitter

-forum

-NGO islam



drpd kte buat status2 ntah pape,lebih baik memperbaiki fahaman islam.

KITA PERLU JADI PENDAKWAH,BUKAN PENDAKWA



JENIS KEGANASAN DLM ISLAM YG DIPERKATAKAN

-keganasan(perang2)

-wanita(kene pakai tudung,kene jd isteri kedua,ketiga)

-kebebasan bersuara

-negara islam suke berperang

-islam tersebar dgn mata pedang

-hukum hudud.



*sejak kes 9/11 (yg WTC runtuh tue),isu islam adalah agama yg ganas meningkat !sampai sekarang tak de ape bukti islam salah. Tapi 19org arab disalahkan.TAPI takde BUKTI ! lihat surah al-baqarah 111.(sila gune tafsir2 anda ..)

persoalannya,kalau islam agama keganasan,knape mangsa 9/11 ade yg masuk islam? fikirkan~



ISU WANITA

poligami,wanita kene berhijab,wanita tak bole jd imam.haish ! mne bole mcm ni.tak adil lah !!!



mcm mne nk jwb soalan ni?

nk jwb da mmg hukum Allah mcm tu? no2 ! jgn jwb mcm tu.tapi jwb dgn HIKMAH ! jgn jwb sbb pakai tudung tu wajib. tak pakai masuk api neraka.nanti lagi dia rase agama islam tu ganas!



PERSOALAN YG SELALU MEREKA BERIKAN.



KNAPE LELAKI JD IMAM?
BKN PMPUAN?
PASTU KENAPE PEREMPUAN TAK SOLAT KAT DEPAN?ATAU PUN SEBELAH2.KAN PAKAI TELEKUNG.BERSENTUH DAN ADE LAPIK.



nak jwb mcm mne?gune hukum?
tak payah.
Diorg bukan faham kalau korg cakap ni wajib.tu wajib.dah termaktub dalam syariah islam.syariah pun diorg tak faham ape.so,berdakwah cara HIKMAH !

(tanda2 seru ni bkn means sy menulis dgn nada menengking.sila bace dgn nada yg semangat.hehe)



jawapan :cuba bayangkan pmpuan jd imam or pmpuan solat dihadapan,agak2nye,mse tgh rukuk n sujud,lelaki pndang mne?? (yg lelaki akn faham.jgn gedik2 buat2 tak fhm.n yg pmpuan sila fahamkan) so,konfem la mereka takkan khusyuk kan?okey.nak solat sebelah2 pulak..kang,baru disuruh rapat2 kan sof(barisan) solat,lelaki mcm da kne kejutan elektrik.Jadi,MELETAK SESUATU PERLU PADA TEMPATNYA.



SOALAN KEDUA:ISLAM NI ADE POLIGAMI .KESIAN LAH PMPUAN KENE BERMADU.KENAPA TAK BAGI PEREMPUAN KAWIN SAMPAI 4 JUGAK?



sbnrnye,tak de 1 ayat pun dlm quran yg perkenalkan poligami .

(mase dia  cakap ni,sy da buat muka kerut2.)



sila lihat surah an-nisa ayat 3.(bukak tafsir masing2 okey)

ayat ni tak perkenalkan poligami.tp ayat ni letakkan had poligami dan syarat2 utk berlaku adil.means,quran tak perkenalkan poligami.tp letakkan had poligami dan berlaku adil.



okey..kamu-kamu yg perempuan-perempuan ni tak suke ayat ni? nak buang?okey cuba kita buang.kalau dibuang,means lelaki boleh kawin takde limit ! 10org pun boleh.lagi lah haru kite nantikan?

 see.. islam tu TAK kejam.





SOALAN KETIGA:KENAPA DLM ISLAM LELAKI JE BOLEH KAWIN 4? PEREMPUAN?



okey.

perempuan pun nak kawen 4 jugakkan? ok.kite bincang (trademark dia)

-1 lelaki.kahwin dgn 4perempuan > bile dpt anak,kite tahu sape ibu sape ayah. betul?

-1perempuan kahwin dgn 4lelaki >bile kte dpt anak,kte tak tahu sape ayah dia.

fahamkan kenape???

okeyh.

then mereka pun jwb,alahh ! ceklah DNA baby tu. kdg2 DNA pun bole tersalah ye kawan-kawan..



-fitrah lelaki...dia boleh jatuh cinta kat pmpuan lain.even dia kawen dgn isteri kedua pun,syg dia kat isteri pertama tetap tak berkurang.(ni sy tak tahu.tanye lelaki)

-fitrah perempuan..bile cinta kan sorg lelaki tu,dia cinta smpai tertutup pintu hati dia utk lelaki lain. (betul..betul..betul.. sebab saya kan gegurl)



lagipun,sila bayangkan kalau pmpuan kawen 4lelaki,sorg suami tue nak 5org anak.means,4org suami,dia kene mengandungkan 20org anak?huish !



SOALAN KEEMPAT:ISU NABI MUHAMMAD.RASULULLAH KAWIN RAMAI.KAWIN DGN KANAK-KANAK.



huh.berat jugak ni nk jwb kalau tak tau.sape yg mereka mksudkan kanak-kanak ni?sudah tentu saidatina aisyah.



okey,rasulullah kawen dgn aisyah kawen lari ke? tak. 

Nabi guna wali aisyah..rasulullah kawen dgn aisyah mase umo aisyah 6thn.tapi duduk dgn aisyah mse umur aisyah 9 tahun.kenapa??



-sbb dlm islam,belum akil baligh dikira kanak2.dah akil baligh dikira dewasa.
9 tahun  tu da akil baligh kan?dewasa lah kan?



-
9 tahun  pd zaman rasulullah,tak same mcm zaman kite ni. 9 tahun  zaman rasulullah da tau uruskan rumah da.takde da nak main2 pasir ni.



-kalau nak same kan zaman rasulullah dgn zaman skang,kite yang dah 19thn ni kenape tak kawen lagi?dah kira tak laku da ni tak kawen. jwpn kite mesti,zaman dulu lain~~~ so,itu lah jawapannya. !



JADI,PERANAN SAPE NK TUNJUKKAN KEBENARAN NI? 
PERANAN KITA..LAGI-LAGI KITA YG BELAJAR ILMU AGAMA NI.

pap ! tertusuk hati bile dia ckp ni.



Alhamdulillah....selesai tajuk ISLAM O-PHOBIA ni.insyaAllah,tajuk lain akan ditulis nanti.moga bermanfaat. smpaikan lah walau satu ayat.. jgn lihat sape yg menulis,tp amek lah manfaat dari ape yg ditulis.

wallahu'alam..



nota hati : kalau ade bahasa yg tak sdp dlm post ni,mohon beribu kemaafan.mmg nk buat bahasa skema,tp nanti mesti ramai boring .



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Segmen Follow Follow by Amy Fendi"



klik banner dan join!

kenangan tak dapat dilupakan pergi umrah.
perasaan tengok kaabah. Hehe. Perasaan dia yang macam speechless. Ada orang yang menangis, ada yang macam like wow sangat sampai berair mata. Tak kisahlah apa gaya, asalkan kita bersikap sederhanakan :). Perasaan aku? Biarlah rahsia. hehe.

nak header! nak header! huhu

segmen tamat pada 30 sep 2012

sekian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMEN : Jom tingkatkan Followers Sampai Lebam



klik banner liplap tu dan Join!

my fellowers ♥♥♥ 1430



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Segmen:Bloglist September Bertuah"



klik banner &join


ada hadiah taw,,


Semua pemenang bertuah akan di pilih melalui khidmat Random org..Tarikh tutup segmen:19 September iaitu pada jam 11 malam..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sikap Umat islam



Situasi-situasi yang mencemaskan:

1. Nak bayar yuran jamiah tapi beratur bukan kemain panjang. Kita berada kat barisan paling belakang. Sampai kak yang jaga kaunter tu berpeluh-peluh.

2. Dari pukul 2ptg hgga kul 3 anda ada kat jalan raya. Jalan raya jem sebab ada kereta tersangkut di tengah-tengah jalan.

#Apa kata hati, lisan dan amal kita dalam hadapi semua ni?

situasi 1:


~Hish akak ni baik tak payah keje kalau buat keje lembab macam ni. Ingat orang lain keje nak tengok muka dia je ke.. bla2

~Kesian ke akak tu. Moga Allah swt permudahkan urusan dia dan orang2 yg tengah beratur ni. Aku pun boleh cepat2. heee..

situasi 2:

~Itula dah tahu tak pandai bawak keta, baik tak payah bawak. kan dah menyusahkan orang lain. Sambil menghon tanpa henti.

~Apa masalah kereta tu ya. Nak tolong aku tak pandai bab2 kereta ni. Herm, moga Allah permudahkan urusan dia dan orang yang tengah tolong tu.

** Kebanyakannya kita lebih memilih untuk mempamerkan aksi yang pertama; merungut, mengeji tanpa rasa ambil peduli dengan permasalan orang lain. Adakah kita rasa dengan berbuat demikian, urusan kita jadi lebih cepat dan mudah? Hakikatnya tanpa sedar kita dah dapat dosa free. Dahla masalah tak selesai, tambah pulak dengan masalah lain (kat akhirat kelak) :))

** Duhai saudara saudari, kita kena lebih mencuba untuk turut sama berusaha meringankan permasalahan fizikal dan jiwa manusia. Kita kena belajar untuk mendoakan orang lain. Siapakah pengatur keadaan kalau bukan Yang Maha Berkuasa Allah SWT??

Kata-kata Saidina Umar Al-Khattab:
"Kita ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam, pasti Allah akan menghinakan kita"

Begitu juga dengan Bangsa Melayu. Dahulunya semasa kedatangan Islam di Tanah Melayu, bahasa kita dijadikan bahasa pengantara. Sikap kita menjadi sebutan. Kerana adanya islam dalam diri kita.

Sekarang tiada lagi penghormatan. Hanya tinggal sindiran. Melayu Lupa dan sebagainya. Kerana merdekanya kita dengan membelakangi agama. Hidupnya kita dengan hiburan. Jika inilah kita, jangan mengimpikan sebarang kemuliaan~ 

Cukupkah islam sekadar talaqqi kitab?

~Hayati kehidupan, selami perasaan, temukan dengan Tuhan~

nota hati- Jangan pernah merasa kita berupaya menarik hati manusia dengan tulisan mahupun perbuatan kita. Hati kita dan mereka dalam pegangan Allah swt. Yang lain-lain hanyalah wasilah.

*Allah mengetahui apa jua yang terlintas di hati. Aib kita hanya Allah yg tahu~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.