Ada sapa2 boleh bg semangat?


Tahukah  sahabat terdapat 6 tempat dalam al-quran yang diakhiri "semoga kamu bertaqwa"..

bagaimana kita bermuamalah dengan Allah ?
dengan orang di sekeliling kita pula bagaimana?
apa yang kita rasa pada diri kita?

persoalan yang ada jawapan. yang tinggal hanya perlaksanaan.

1. Ya Allah, ampuni hamba-Mu ini. bantu diriku meng'islah diri'.
2. Ikhwah, sahabat, teman-teman seperjuangan! bantu diriku menjadi 'qudwah terbaik'.
3. Wahai diri yang hina, Allah bersamamu jika kamu mencari-Nya. Yakin diri, teruskan langkah menjadi qudwah, menuju matlamat yang diburu...

insya allah...ana boleh.... masa lapang yang membunuh.
alharokatu bidayah, wassukunu nihayah.
bila ada masa, kita kena bergerak. dan teruskan bergerak......

rabbuna yusahhilna wa yuftah 3alaik~ Humaira, focuss!! ^^

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


tanda kekuasaan ALLAH...


"Aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala!"

Gerhana merupakan satu kejadian atau petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Gerhana juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya sama ada dari penghayatan iman mahupun sains. .


Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: 

Maksudnya >> “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah!”



Cara Mengerjakannya:

> Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:

"Aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala!"

1. Solat dua rakaat yang boleh dilakukan secara bersendirian, tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah.

2. Solat dua rakaat dengan 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.

Pada rakaat pertama sesudah rukuk dan iktidal, berdiri semula, baca Al-Fatihah, rukuk dan iktidal lagi, kemudian terus sujud sebagaimana biasa.

Pada rakaat kedua juga dilakukan seperti pada rakaat pertama.

Dengan demikian solat gerhana itu semuanya ada 4 kali rukuk, 4 kali membaca Al-Fatihah dan 4 kali sujud.

Bacaan Al-Fatihah dan surah dalam solat gerhana bulan boleh dinyaringkan. Dan, pada tiap-tiap rakaat, disunatkan membaca surah yang panjang.

Jika solat gerhana itu dikerjakan seperti solat biasa iaitu dua rakaat dengan dua rukuk maka sah solatnya.

Untuk Gerhana Bulan kita lakukan Solat Khusuf. Solat ini hukumnya sunat muakkad. Tempoh melakukan solat Gerhana Bulan ialah mulai dari terjadinya gerhana itu sampai terbit kembali, atau sampai bulan nampak penuh.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


air mata itu tumpah lagi......


 beep..beep...
bunyi mesej ...
ana teruskan dulu solat subuh.....
selepas solat ana terus membaca mesej itu....
ya allah.... Mungkin manusia itu diuji kerana kaffarahnya. Mungkin jua mereka diuji kerana iman mereka sedang layak untuk diuji ketika itu. Thabbit qulubana Ya ALLAH
dia...
... Badrul Adam..
Kuatkan sahabat kami wahai Pemilik alam. sembuhkanlah dia dengan kesembuhan yang tidak mendatangkan mudarat.

teringat suatu ketika dulu, abi juga memerlukan darah jenis O+ dan bank darah tidak mencukupi. Sebaran msg dan panggilan mencari penderma terus digerakkan cepat. Meski abi tidak mampu disembuhkan akibat denggi berdarah itu, tetapi keprihatinan itu benar-benar menyentuh.

Semoga..
... Badrul Adam..kuat dan dikuatkan Allah insyaAllah. Tidak dilupa buat keluarganya, yakin, bahawa Allah sentiasa bersama kalian. Pintu doa dan pengharapan saat ini terbuka luas. seluas-luasnya.
aminn...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


tak mau buat dahh....


make me smile while watching this :')

Bila nakal-nakal dengan adik beradik yg lain atau sampai gaduh-gaduh yang pastinya berkesudahan dengan nangis-nangis, maka abi akan panggil untuk duduk berbaris,
"abi nak hukum ni..tahu kenapa?".
senyap. sambil tunduk."tahu..".
"kenapa?".
"..." (beritahu sebab ^^).
"meh sini tangan".
tangan dihulur. Dan lidi rotan ajaib pun hinggap.
Sangat comel bila imagine semula.
ummi cume lihat aje dr jauh..., dari semua itu, dengan izin Allah, terbentuklah kami seperti kami hari ini. Maafkan kami kerana tidak mampu menjadi anak yang terbaik sepertimana abi dan ummi telah menjadi ibu bapa yang terbaik buat kami. Semoga redha dan syurga Allah menjadi hadiah yang terbaik buat abi dan ummi di sana insyaAllah..♥ 
Aridz Azmil 
terkecuali sebab selalu kena denda sorang2. Tak masuk geng kami. ^^.
 
 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


pesuruh Allah tu apa?


Azan berkumandang di TV.


Khusyuk pula Adam  menontonnya. Dibacanya terjemahan azan yang ditulis dalam bahasa melayu. Perlahan-lahan dibaca tapi tetap dapat ana mendengarnya.


Tidak berapa lama kemudian ditanya satu soalan kepada kakaknya. Soalan yang diajukan pula kepadaku.


"Mak Long, Nabi Muhammad pesuruh Allah tu apa? Pesuruh Allah tu apa maksudnya?"





"Pesuruh Allah tu maksudnya, Nabi Muhammad yang sampaikan semua perintah dari Allah kepada manusia. Perantara antara umat manusia dan Allah. Allah, nabi kemudian manusia".


Panjang ana menjawab. Tidak mahu mengalah kepada soalan dari budak tahun 1 ini..


"Oh.." balasnya terkebil sedikit. Tidak pasti sama ada dia benar-benar faham. Tapi jawapan ana melegakannya.

***********************************************************************************

Jangan jemu menjawab pertanyaan si kecil seperti ini walaupun mungkin tidak difahaminya. Takut jika dimatikan sifat ingin tahu ini, alah pula untuk dia bertanya lagi.


Sedangkan alfahmu itu merupakan tingkatan pertama yang penting dalam menggerakkan hati dan anggota tubuh.


الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ٣ 

Segala puji bagi Allah, tuhan seluruh alam. Yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Semoga dengan lebih mengenali Allah, bertambah kecintaan dan keimanan kita kepada rabbul jalil.
Wallahu a'alam.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.