Gambar terkini Kanak-kanak 4 tahun derita kanser mata




Hulurkan bantuan anda kepada Nik Zuraidah Nik Yali (ibu Muhammad Azim), akaun Maybank 153029208754. Atau boleh sahaja telefon wartawan Sinar Harian Kelantan (Azman Skuad Kuala Krai) - 019 939 1097

Keadaan mata kiri Muhammad Azim ketika berada di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai dan dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian.

Gambar terkini keadaan bonjolan pada mata Muhammad Azim ketika menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.

Tuan Guru mengunjungi Muhammad Azim, 4 tahun yang terlantar di HUSM Kubang Kerian akibat kanser mata. Kisah Muhammad Aziz disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian pada 22 Februari 2013 yang lalu. Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada anak kecil ini...


KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak penghidap kanser mata berusia empat tahun dari Kampung Keroh, dekat sini, terlantar di hospital sejak awal bulan ini selepas keadaan penyakitnya itu bertambah teruk.

Kanak-kanak malang itu, Muhammad Azim dibawa ke Hospital Kuala Krai pada 3 Februari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat Kota Bharu, kerana berlaku pendarahan.

Ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, berkata, sejak dikesan mula tumbuh pada pertengahan 2011, bonjolan kecil di kelopak mata kiri anaknya itu seolah-olah ‘hidup’ apabila semakin hari semakin membesar.

“Sejak disahkan menghidap Retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak, sudah banyak kali anak saya menjalani pembedahan dan kimoterapi tetapi keadaannya tidak banyak berubah.

“Kami hantar dia ke HKK baru-baru ini untuk buang ulat dalam bonjol tetapi masa dibersihkan, ada pendarahan dan terpaksa dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian sehingga hari ini,” katanya, semalam.
Nik Zuraidah berkata, sejak Muhammad Azim berada di HUSM, dia dan suami, Nor Hazri Ahmad, 40, terpaksa bergilir-gilir menjaganya menyebabkan salah seorang daripada mereka terpaksa meninggalkan kerja.

“Kami terpaksa bergilir-gilir kerja sebab nak jaga dia. Saya kerja seminggu, kemudian cuti untuk jaga anak di hospital dan suami pula kerja seminggu.
“Saya tak tahu sampai bila kami kena bergilir-gilir begini kerana kali terakhir anak saya masuk wad, ambil masa tiga bulan baru dibenarkan keluar sedangkan kami berdua hanya kerja kilang papan,” katanya.

Katanya, dengan pendapatan tidak menentu suami yang hanya dibayar gaji mengikut hari bekerja manakala pendapatannya pula sekitar RM500, keadaan itu amat membebankan mereka sekeluarga.

“Kami kena belanja tidak kurang RM150 seminggu sejak Muhammad Azim dimasukkan ke HUSM dan pada masa sama, ada dua lagi anak kami di rumah masih bersekolah dan perlu ditanggung,” katanya.

Menurutnya, walaupun dia ada menerima RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian.

Sementara itu, Nik Zuraidah merayu agar permohonannya untuk mendapatkan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bagi meringankan beban kewangannya diberi pertimbangan sewajarnya pihak berkenaan.

“Saya hantar sendiri permohonan ke Balai Islam Lundang pada Julai tahun lalu tetapi sampai sekarang masih tidak ada jawapan. Kalau dapat wang zakat Maik, boleh ringankan beban belanja kami di hospital,” katanya.
sinar/-

notahati-  If to be a surgeon, means to have;" Lion heart, Eagle eyes and Lady fingers "

Then to study surgery, one must have;
" Lion heart in tough daily-rounds, Einstein mind in tremendous imaginations and Owl eyes in finishing exam materials "

Nevertheless, seeing all those dreadful tumors, crush injuries, bloody operations and people striving and struggling to live, really make SURGERY not only a nightmare rotation, but to teach us to appreciate the greatest creation of human being by The Almighty Lord {95:4}.

Thank you Allah.

MARI BERDOA.

Kuatkan adik ini wahai Pemilik alam. sembuhkanlah dia dengan kesembuhan yang tidak mendatangkan mudarat.

Semoga adik kuat dan dikuatkan Allah insyaAllah. Tidak dilupa buat keluarganya, yakin, bahawa Allah sentiasa bersama kalian. Pintu doa dan pengharapan saat ini terbuka luas. seluas-luasnya.

Amiin yarabbal alamin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS : Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan FULL




Muak ! ya itu rasanya mendengar berita TV3MALAYSIA yang suka melemparkan fitnah, tidak sedikit pun rasa dosa, Be mature in politics!! Tiada yang akan mengubah pendirian dengan cara ' senget ini ' .

- Kata kawan : sedang korek kubur sendiri -

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Analogi haiwan

Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....

Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!



Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan FULL

Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?

"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.



Notakaki- Bagi menghadapi PRU-13 serta kejahatan, fitnah dan penyelewengan yang berlaku di dalamnya, saya memohon agar rakan-rakan facebook dan bloggers membaca dan mengamalkan surah al Falaq.

Hamka di dalam Tafsir al Azhar menyatakan al Falaq adalah sesi peralihan; seperti waktu subuh adalah peralihan dari malam kepada siang. Peralihan ini juga melibatkan dari tanah yang kering kepada subur. Imam Zamakhshari al Muktazili di dalam Tafsir al Kasyaf menyatakan peralihan ini ialah dari zaman gelap atau batil kepada zaman pencerahan atau kebenaran.

Hadis Nabi SAW menggalakkan kita membaca surah al Falaq dan surah an Nas untuk melindungi dari kejahatan baik sihir, dengki, waswas, kejahatan makhluk manusia dan jin atau bahan seperti paku, kaca. Seperti mana kita meminta perlindungan kepada Allah dari suasana subuh (sesi peralihan) untuk menghadapi hari siang agar terlepas dari bahaya yang tidak kita ketahui. Wajar bagi kita sebagai aktivis dakwah untuk berdo'a memohon perlindungan kepada Allah agar terselamat dari fitnah dan kejahatan yang tidak kita ketahui (rusuhan kaum atau apa saja) sewaktu berlakunya peralihan kuasa kepimpinan. Berlindung kepada Allah yang memberi cahaya subuh atau cahaya kebenaran adalah sinonim dengan berlindung kepada perjuangan menegakkan kebenaran.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO:Bagaimana BN Akan Menang Pilihanraya Akan Datang?



Kaedah BN memenangi Pilihanraya

Kalau saya menteri atau bekas menteri BN, saya da mula survey harga jet peribadi.. Waktu sekarang adalah waktu untuk bertaubat, mohon maaf dgn keluarga-keluarga yg pernah dianiaya sepanjang memegang kuasa. Kalau ditakdirkan PRU13 PR menang, masing-masing akan dibicarakan dan akhirnya disumbat dalam penjara, atau, er, hukuman mati? Ui takut seh! 50 tahun punya zaman digali semula di mahkamah!

1. Memali
2. Kampung Berembang
3. ISA
4. Teoh Beng Hock, Aminurrasyid,
5. Demonstran yg dipukul

and the list goes on...


Rekod menteri kewangan terburuk dalam sejarah negara.



Negara dalam keadaan bahaya. Bahagian kawasan di Sabah ditawan oleh tentera bersenjata dari Filipina. Tetapi kerajaan Malaysia masih tidur lena dan sibuk dengan persembahan sana sini. Buta mata atau buta perut? Begitu mudah dan murahnya harga nyawa dan keselamatan rakyat Malaysia di mata pemimpin BN/UMNO.

Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, karenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara.

notakaki- Manusia berterusan buat masalah, kemudian serah pada Tuhan untuk selesaikannya. Pandai sungguh. Dengan Tuhan pun kita tidak berlaku 'adil, kemudian kita bising kenapa keadilan tiada di dunia.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


DR FADZILAH KAMSAH BERI PENJELASAN ISU VIDEO DAN FOTO KAUM KELUARGANYA YANG TERSEBAR.




Berikut adalah kenyataan media dari Pakar Motivasi negara, Dr. Fazillah Kamsah mengenai video yang tersebar di YouTube baru-baru ini yang telah mengundang kritikan dan kutukan banyak pihak.

Selain dari dirinya sendiri yang menerima kritikan, kaum keluarganya juga telah menjadi sasaran, sedangkan yang menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju dengan cara PAS berdoa itu adalah beliau.

Tak patut rasanya diheret sama kaum keluarganya untuk diaibkan.. 

Dalam kenyataan media ini selain dari meminta maaf terhadap pihak yang terguris dengan kata-katanya itu beliau juga dengan rendah diri memohon agar individu yang telah memuatnaik video tersebut ke dalam YouTube supaya memadamnya.

Dan beliau juga memohon agar semua individu yang telah memuatnaik gambar-gambar yang mengaibkan keluarganya itu supaya memadamkannya..




KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam. 

-Dr Fadzilah Kamsah-

Notasiku- Kalau anda sunyi, Nabi Yunus lebih sunyi dalam perut ikan Nun.Kalau anda sengsara, Nabi Yusuf lebih sengsara dalam penjara. Kalau anda sakit, Nabi Ayub lebih menderita kesakitan.

kata Tuhan: ‘Dan Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar' (Al-Baqarah, 2:155).

Bersabarlah....



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Fizz: Azlyn Sudah Mengakui Bahawa Dia Sudah Berkahwin.



Kisah Fizz  masih belum temui jalan penghujung walaupun semalam, suami kepada bekas tunangnya yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli tidak menyalahkan pelakon itu dalam hal ini.

Ceritera ini bertambah panjang apabila bekas tunang Fizz yang bernama Azlyn Massiela turut tampil ke depan dengan menyatakan bahawa Fizz berbohong dna dia langsung tidak pernah berkahwin sebelum ini.

Dalam laporan BERITA HARIAN hari ini, Fizz menyatakan bahawa Azlyn sudah mengakui bahawa dia pun sudah berkahwin menerusi perbualan telefon sebaik saja bekas tunangnya itu mengetahui bahawa dia sudah pun berjumpa dengan Ramli.

"Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya itu telah terbongkar. Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka tetap sah di sisi agama.

"Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Namun, perkahwinan mereka tetap sah walaupun tidak didaftarkan," kata Fizz.

Mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan lebih panjang, Fizz memberitahu peristiwa yang berlaku ini melibatkan maruah diri dan keluarga.

"Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang.

"Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga," ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia dilarikan dan terpaksa berkahwin dengan usahawan itu.

Ramli: Fizz Fairuz Ada Salinan Surat Nikah Azlyn

Suami kepada bekas tunang Fizz Fairuz iaitu Ramli menegaskan dia ingin melihat sejauh mana permainan Azlyn Massiela yang telah pun membuat penafian bahawa dia sudah pun berkahwin dengan usahawan berusia 40 tahun ini.

Dalam akhbar HARIAN METRO hari ini melaporkan, Ramli mengakui Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, adalah isteri keduanya yang dinikahi di Selatan Thailand serta memiliki bukti kukuh terhadap perkahwinan tersebut.

"Bukti surat nikah di Thailanda ada, tapi saya enggan mendedahkan kerana keadaan semakin rumit. Saya juga sudah memberikan salinan kepada Fizz. Untuk mendapatkan kepastian perkahwinan terbabit, berjumpalah kedua ibu bapa Azlyn kerana pada awal pernikahan, mereka mengetahui status sebenar," katanya.

Kenapa Usahawan (Ramli) Bergelar Datuk Tak Tunjuk Muka?

Pengakuan Ramli dibuat selepas Azlyn menafikan status isteri ketika bertunang dengan Fizz Fairuz dalam akhbar Berita Harian, semalam.

Sementara itu, Ramli menyatakan bahawa dia belum bersedia bertemu media sebaliknya meminta Azlyn bertemunya terlebih dahulu.

"Dalam kemelut ini, saya menyedari ketiga-tiga pihak mempunyai kesalahan masing-masing dan berharap ianya tidak dipanjangkan.

"Insya-Allah, saya tahu hukum syariah dan adat Melayu atau enakmen agama berkaitan nikah dan kahwin," jelasnya.

Apapun, Azlyn dan Fizz ketika dihubungi tidak menjawab panggilan atau membalas SMS.


Azlyn isteri yang sakit'! 

Tergamak dia menuduh 'isterinya' sendiri hilang ingatan? Kalau betul begitu, kemukakanlah bukti yang mengatakan 'isterinya' mempunyai masalah tersebut!

Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah...Kalau betul sudah mengahwini Azlyn apa salahnya muncul di hadapan semua orang dan kemukakan dokumen perkahwinan tersebut. Mana tahu, itu sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan semula kembali ingatan Azlyn...kan?

Bukan nak sebelahkan sesiapa dalam perkara ini, tetapi fikirkanlah keluarga Azlyn mesti sedang menanggung malu. Kasihan pada mereka, kerana perkara ini melibatkan maruah.

p.s- Jangan pernah biar diri diperguna, diperbodohkan oleh orang lain. Hormati diri sendiri dan orang lain.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Koleksi Kata-Kata MOTIVASI ISLAM Part 1







1. Musuh utama manusia ialah penyakit kedengkian hingga tidak mahu menerima kebenaran.

2. HAdiah paling besar Allah kurniakan kepada manusia ialah hidayah.

3. JOm buang sifat kedekut, dengki dan suka mengumpat mengeluh merungut dan lihat bagaimana hati akan bahagia

4. BIla dapat musibah jangan tanya kenapa tapi tanya apa kita belajar dan bagaimana lebih dekat dgn ALlah dgn musibah ini

5. Wanita yang ingin mendapat jodoh yang baik harus menjadi wanita yang baik dari segi akidah , ibadah dan akhlak

6. Bersabarlah wahai hati. Jangan rebah kerana manusia. Allah ada. Allah pasti akan hantar kebahagiaan buat kamu bila tiba masanya nanti.

7. Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap

8. "Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan nur ke dalam dada dan dapat menyingkap hijab (tirai penutup) dari hati."

9. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar. Jadi, jangan takut untuk berkorban

10. Anak yang soleh sentiasa bermanis muka ketika bercakap. Tidak berwajah garang atau bermasam muka kepada orang tua. Kite berusaha mcm ni ye .

11. Walaupun kita betul, tidak bermakna kita layak untuk menghina orang lain yang melakukan kesalahan. Jangan nak jadi hakim sgt di dunia ini, sedangkan kita sendiri manusia yang takkan pernah lari dari melakukan kesalahan.

12. Tiada istilah terlambat untuk bertaubat selagi Allah masih memberikan nafas dalam diri

13. Kita tidak boleh ubah daripada muka buruk jadi handsome atau cantik , tapi kita boleh ubah daripada perangai buruk jadi berakhlak baik.

14. Apabila hilangnya rasa malu, maka kejahatan akan hadir tanpa dijemput.

15. Bila kita hormat orang, baru orang akan hormat kita. Tak gitu??

16. Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman.

17. ''Putih tidaklah bermaksud cantik, & hitam tidaklah bererti kotor kerana putihnya kafan itu menakutkan sedangkan kelambu kaabah yang hitam itu menyenangkan"

18. Stop calling people 'bajet baik' 'bajet hot' 'bajet cantik' 'bajet handsome' and etc . Nobody's perfect and you're just annoying.

19, Saat kita sedang tersenyum, jangan biarkan orang lain menangis .Saat kita menangis, biarkan je mereka terus tersenyum..

20. Allah tak pernah lambat. Cuma kita yang kurang sabar. Sabar lah sekejap. Nikmat Allah tu mesti ada untuk kita. Ya, untuk kita yang bersabar.

21. “kita solat laju laju. bacaan haru biru. kenapa terburu-buru? berkiranya masa kamu. sedangkan Allah setia menunggu.”

22. Orang ingat mati tidak ada masa nak kecil hati dgn sesiapa dan sentiasa memaafkan orang dan meminta ampun dari Allah

23. Kita semua banyak silap dan sebaik baik orang yang silap ialah orang yang kembali kepada Allah dengan bertaubat.

24.Bila hati bersih akan mendapat banyak ilmu dan nikmat Allah

25. Manusia apabila lari dari Syariatullah akan lebih teruk dari haiwan

****

Notahati-
Kita selalu malu dengan masalah yang kita ada,sebab kita rasa orang akan pandang kita pelik
nanti orang fikir macam tu, macam ni,
orang pandang kita hina

tapi kita lupa,
Allah pandang kita dengan kasih-sayang,
sebab tu Allah uji kita dengan masalah.

Hadapi dengan Iman,
Merintihlah pada Yang Maha Mendengar,
dan Yang Maha Mengasihi.

Al Kahfi ..Ayuh perisai diri dari fitnah akhir zaman.

Jangan lupa tiga perkara pada hari Jumaat.
Pertama : Kekasihmu Rasulullah menunggu salawat dari mu untuk Baginda.
Kedua: Kubur yang gelap menanti cahaya nur bacaan Surah al-Kahfi darimu.
Ketiga: Waktu mustajab sedang menunggu si pendoa 'bertuah' maka jangan anda sia-siakannya

Malam ni hujan lagi , tambah lagi mustajabnya. Doakan kemenangan Islam .


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


‘Drama’ lakonan Fizz telah terbongkar.



Semua peminat diseluruh negara sudah mula keliru dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan. Dari pertunangan yang hanya sempat bertahan beberapa hari, kemudian timbul isu mengatakan Azlyn Massiela sudah berkahwin.

Hari ini, bekas tunang Fizz itu memberitahu bahawa dia tidak pernah berkahwin. Namun, belum sempat berita ini diketahui umum, muncul satu lagi kenyataan dari seorang lelaki yang mengaku Azlyn sememangnya adalah isterinya. isteri kedua.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.” – dipetik dari Berita Harian.

‘Dia hilang ingatan’

Lelaki yang mengaku suami Azlyn merupakan seorang usahawan  memberitahu bahawa isterinya ‘sakit’ dan kesunyian adalah punca isterinya itu melakukan perkara sedemikian.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” ujar nya merujuk pada bekas tunang Fizz Fairuz, Azlyn Massiela.


Dan ini pula kenyataan yang dibuat oleh Azlyn menafikan yang dia telah berkahwin...
Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan Fizz Fairuz yang mengatakan Azlyn Massiela sudah pun berkahwin dengan seorang usahawan berusia 40an. Fizz Fairuz menjelaskan bahawa berita itu diketahuinya daripada kawan kepada adik Azlyn melalui mesej yang diterimanya.
Akhirnya teka-teki sudah pun terjawab. Hari ini menerusi sebuah akhbar tempatan, Azlyn Massiela, 26, yang juga merupakan bekas tunang Fizz Fairuz telah mendedahkan bahawa dia tidak pernah berkahwin.
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga.
“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya.”
Azlyn turut menjelaskan bahawa ibu bapanya menangis dan kecewa apabila Fizz mereka cerita yang tidak benar.
“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam.
“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).”

Sumber : Berita Harian



Pendedahan Azlyn
Secara tidak langsung memberi gambaran Fizz Fairuz telah bermain kayu tiga – iaitu mengaku bercinta dengan Almy Nadia tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dengan orang lain.

“Work smart” yang dilakukan oleh Fizz tidak menjadi apabila gambar pertunangan dia dengan Azlyn didedahkan oleh media.

Jika pendedahan itu tidak dibuat media, sehingga ke hari inilah kontroversi tersembunyi ini tidak akan diketahui.

Sebagaimana didedahkan Azlyn, pelakon lelaki ini dilihat mempunyai banyak masa untuk menjalinkan pertemuan bagi mengeratkan perasaan cinta mereka.

Tetapi, dalam hal ini wanita yang seolah-olah paling teruk terkena permainan Fizz adalah Almy Nadia kerana dia benar-benar terpedaya.

Pendedahan Azlyn juga memperlihatkan Fizz selama ini kurang menyenangi Almy Nadia walaupun dia tidak pernah meluahkan hasrat secara terbuka meninggalkan pelakon wanita itu.

Apa-apa pun ‘drama’ lakonan Fizz ini telah terbongkar dan secara tidak langsung mencalarkan reputasinya sendiri kerana dialah yang mencari masalah tanpa berjaya menyusun strategi dengan baik.

Seperti biasa, apabila keadaan semakin meruncing, Fizz menyalahkan “bomoh” kononnya apa yang terjadi ini adalah ada unsur-unsur penggunaan ilmu hitam.

Sehingga ke hari ini, Fizz cuba melarikan diri, telefon tidak berangkat malah rakan-rakannya juga mengunci mulut untuk tidak mendedahkan di manakah dia berada.

Fizz sudah tersepit bersama masalah akibat padah yang dicari sendiri.

Larilah Fizz selagi mampu kerana di depan sana lagi banyak lubang-lubang besar yang menunggu.

mStar

Bila bernikah di jalan dakwah; 
rumah tangga lebih barakah
silaturrahim bertambah
rezeki melimpah

kerana tiap isi rumah yakin dengan janji Allah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO Seorang muslimah Syria ditembak oleh Sniper rejim Assad. Orang di sekeliling hanya mampu melihat kerana mereka menjadikannya sebagai umpan untuk membunuh sesiapa saja yang datang membantu.


Seorang muslimah Syria ditembak oleh Sniper rejim Assad. Orang di sekeliling hanya mampu melihat kerana mereka menjadikannya sebagai umpan untuk membunuh sesiapa saja yang datang membantu. Anjing-anjing Syiah sememangnya tidak mengenal wanita dan kanak-kanak. Mereka terus menzalimi demi memuaskan nafsu kebinatangan agama sesat mereka.


duhai akhowatfiLlah,moga terus thabat dlm jalan prjuangan walau mehnah apapun yang 
mendatang..sungguh,setiap pengorbanan ada perhitungan..fastabiqul khairat!

Palestine masih berdarah. 

Mor Ostrovski, an Israeli soldier, posted this picture of a child in crosshairs of his rifle on his Instagram account. (Photo courtesy of electronicintifada.net)

sumber

perancangan teliti kuffar bagi mengelubungi dunia, sehingga dunia menyangka, kanak-kanak muslim itu memang selayaknya dibunuh.

Ya Allah, kembalikan Islam dalam jiwa-jiwa kami agar Islam kembali tertegak dalam hidup kami.

Notahati- Menulis dengan kefahaman bukan mainan kata. Menulis dengan iman agar bisa memberi sesuatu kepada hati. 

Menulis untuk diri sendiri~Semoga Allah memudahkan.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


USTAZ AZHAR IDRUS -.HUKUM TARIAN HARLEM SHAKE.



pikiran dan minda manusia terbatas.

Apa itu 'Harlem Shake'?

ini kat wiki

Harlem Shake pertama kali di cipta oleh lima orang remaja dari Queensland, Australia. 

Jika dikaji sejarah terciptanya tarian Harlem Shake, ianya merupakan satu tarian yang cukup popular pada tahun 80an di sebuah kawasan bernam Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.

Anda hanya perlu perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Ianya dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama.

Pada tahun 2011, pemuzik elektronik, Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake sebagai tajuk lagu muzik ciptaannya dan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.

Video viral tarian Harlem Shake pertama telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Harlem Shake dapat ditonton menerusi laman YouTube.


Parody? ok chill dan kewl sangat bagi sesetengah manusia kat luar sana tu.



printscreen  dari facebook ( USTAZ AZHAR IDRUS ORIGINAL)

Sering kali kita dengar petikan hadis - sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu, sehinggakan bila kita membuat sesuatu hal ( bukan amalan ibadat ) yang lain sikit dari orang biasa, maka hadis ini lah yang akan diucapkan.

Soalan:

1) Bilakah seseorang itu dikatakan menyerupai sesuatu kaum?

2) Dalam hal2 apakah yang dikatakan menyerupai sesuatu kaum?

Bilakah seseorang itu menyerupai sesuatu kaum? Ringkasnya, meniru atau mencontohi sesuatu kaum dari segi penampilan, perilaku, bahkan beriktikad dalam perayaan mereka dan budaya mereka. Berdasar larangan meniru kaum lain daripada Nabi s.a.w

 Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka klik sini  Dr MAZA









tapi ini?

bila seseorang buat khilaf, carilah 99 alasan untuk berhusnuzon. tapi kalau ke 100 kali kamu buat perkara sama, jangan marah kalau orang sudah tidak boleh bersangka baik. -peringatan buat diri sendiri-

"Jangan beli kismis ni, produk US. US kan Yahudi, benci Islam"
"Tepung ni ada peluntur, nak menghalalkan peluntur tu dia labelkan 'Peluntur yang dibenarkan'. Orang Cina dah ramai yg tahu. Boikot!"
"Kalimah 4JJI bermaksud FOR JUDAS, JESUS, ISA ALMASIH"
"Upin Ipin adalah agenda Yahudi yg bermaksud Aku
benci Rasul Aku suka Israel"

Risau sungguh dengan budaya malas fikir tapi rajin sebar dan ikut-ikutan budaya orang Melayu.

Allah sedang menguji ketebalan pekak, buta dan tulinya kita. Allah sedang berbicara dan sedang menguji. Cuma mungkin kita telah digelapkan untuk memahami.

Allahua3lam.
notakaki- Oh lupa Google pun Yahudi punya, maklumat tak boleh berpandukan Google, mesti Yahudi selewengkan!! --- pfttttt!

dan baca sini  Fenomena Tarian Harlem shake blogger blog yang ohsem buasirotak ni. 

p/s- ummi kata jangan guna fb, ni agenda yahudi sebab tu ummi tak punya acc fb,Cik Plain boleh geng dengan ummi ana. nak kenal dengan ummi ana tak?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Peinee Teoh Ugut PM Najib Razak di Facebook.



Seorang pelajar berbangsa Cina, Peinee Teoh (20) ditahan gara-gara ugutan nya di Facebook Perdana Menteri, Najib Razak.

Beliau akan didakwa atas kesalahan menulis mesej cacian lucah berunsur ugutan seperti dibawah :



Untuk rujukan, korang boleh lah rajinkan diri tengok sendiri post pelajar ni dekat


Moga Allah selamatkan  PM.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED (VIDEO) FIZZ FAIRUZ : Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.




Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Photobucket


Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Photobucket
Fizz Fairuz & Azlyn Massiela


Gambar: Majlis Pertunangan Fizz Fairuz & Azlyn Massiela hanya bertahan seminggu.

Majlis pertunangan mereka di’khabarkan telah berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang pada 10 Februari 2013 yang lalu.

sumber 

gambar ustaz don bertunang
kata ustaz Don,
‘Bertunang diam-diamkan, Bernikah perlu dihebah-hebahkan

Mari menyahut seruan itu.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TEKA-TEKI TARIKH PILIHANRAYA ADALAH TEKA-TEKI PALING ANNOYING.




PM dan partinya yang bermasalah, memang sentiasa buat masalah kepada rakyat.Yang bertugas di luar negara duk pening bila nak apply cuti (kena apply awal), nak beli tiket (tiket beli lambat harga mahal, tak pun kehabisan), yg nak kahwin takut-takut nak tentukan tarikh (takut jatuh musim pilihanraya, naya), malah di institusi pendidikan risau jika PRU TERbuat di musim peperiksaan.



Akhirnya, orang fedup dan tak mahu kesah dengan pilihanraya..



Do not judge people just because they sin differently than you.
-yasmin mogahed

kita semua berdosa. kita tak suka dosa kita dicanang orang, jangan canang dosa orang lain. termasuk la pemimpin umno. bini mereka tak bertudung? tak payah sibuk. anak dia kaki perempuan? tak payah sibuk. unless dosa tu melibatkan hak rakyat.

kewl PM saye ni.

Notahati- Allah SWT bermegah dengan hamba-hambanya yang bangun di tengah malam kerana beribadat.
Berfirman Allah di hadapan malaikat:

“Lihatlah hamba-hambaku itu, mereka telah bangun di tengah malam kerana di waktu tiada seorang pun hambaku melihat mereka kecuali aku. Wahai malaikat, saksikanlah bahawa aku telah sediakan untuk mereka syurgaku tempat tinggal kehormatanku” (Hadith Qudsi)

Facebookers yang masih mengadap dinding fb, Jom sahut seruan. Doa untuk kemenangan Islam.

ila liqa'


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GAMBAR: Waras Rupanya Ingatkan Ada Sakit Mental! Amah Indonesia dipenjara 20 tahun bersalah lambung bayi.





Nina Suraya   menyusukan Mohamed Hareez  yang dirawat di wad kanak-kanak HTAA, semalam.


Pastinya Allah akan memberikan balasan setimpal kepada bibik ini di akhirat, namun kami memohon agar balasan diawalkan di dunia..Allahumma..ia amat zalim dan kejam. [Ustaz Dr Zaharuddin]

waras rupanya ..ingatkan ada sakit mental.

PEMBANTU rumah warga Indonesia, Yuliana, 23 dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun di Mahkamah Seksyen, Kuantan, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Kita juga berdo'a agar Allah mempercepatkan balasan ke atas menteri, bekas menteri dan juga pemimpin UMNO/BN kerana kezaliman dan kekejian mereka ke atas rakyat, tahanan ISA tanpa bicara, rompakan royalti, korupsi dan kroni.

menteri yang sumbat anak orang ke penjara ISA tak kena apa-apa pula, bebas merembat duit rakyat lagi. dunia oh dunia...



Laknat Allah ke atas mereka yang zalim dan keji.

notasiku- Orang berjuang hati kena kering, Kering,bukan keras.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Umat Islam Sila Berhati-Hati Pinggan Mangkuk Yang Dibuat Dari TULANG BABI.



Pinggan Mangkuk yang dibuat dari TULANG BABI...

Mahal jenama ni, ianya putih cantik dan ringan, berbeza dengan Mug Porcelain biasa yang berat.
Pastikan anda tidak beli jenama FINE Bone China!!

Fine bone China tu bermaksud ianya dibuat drp bahan yang mengandungi tulang yg telah dikisar halus supaya pinggan mangkuk tahan lama. Oleh kerana di UK, tulang binatang yg paling murah dan kuat ialah tulang khinzir, maka majoriti pengusaha pinggan mangkuk menggunakan tulang khinzir. Ada juga yang di buat dari 'bovine' iaitu lembu. Tetapi lebih baik jauhi segala produk yang dilabel 'Fine Bone China' kerana susah untuk dipastikan asal-usul tulang tersebut. Lagipun, tulang adalah makanan jin, baik kita hindari shj dpd melakukan sesuatu yg mendatangkan was-was.

kita boleh juga makan minum guna pinggan mangkuk plastik, kaca, ayan, stainless steel, porcelain dan lain-lain. 

[sebar-sebarkan]

Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.
Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.
Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.
Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.


Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GAMBAR : Banjir Kilat Di IOI Mall, Puchong.









Beribu-ribu pemandu telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas besar-besaran di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong apabila banjir kilat terjejas jalan raya di hadapan IOI Mall petang tadi


Hujan yang berterusan yang bermula pada kira-kira 4:00 telah membanjiri tempat letak kereta dan bahagian-bahagian jalan di depan IOI Mall dalam kira-kira dua kaki air.


air banjir telah surut di sekitar 06:30 dan pembersihkan kerja di pusat membeli-belah sedang di jalankan.




Banjir Kilat Puchong




keluhan Mangsa Banjir

Banjir kilat yang melanda kawasan Puchong berhampiran kompleks pusat beli belah IOI Puchong kembali pulih sekitar jam 7 petang.

Kejadian tersebut mengejutkan penduduk setempat serta peniaga kerana tidak pernah sebarang kejadian banjir berlaku di kawasan berkenaan.

Banjir yang bermula pada jam 5 petang itu mengakibatkan beberapa buah kenderaan tenggelam dengan ketinggian air sedalam 1.5 meter.

Sementara itu, kawasan di dalam kompleks membeli belah itu turut terjejas dinaiki air .

Menurut seorang pengunjung pusat beli belah tersebut, Khairul Nizam, sejurus selesai urusan disana dia terkejut apabila mendapati keretanya ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

“Sehingga kini kereta saya masih tidak dapat dihidupkan berikutan telah dipenuhi air, oleh itu terpaksa saya mengupah orang untuk menarik kereta ini ke bengkel kereta berdekatan,” kata Nizam.

Seorang lagi pengunjung, Suzana Muhammad yang membawa seluruh ahli keluarganya ke pusat beli belah itu berasa kesal setelah tidak mampu menghantar kedua ibu bapanya pulang ke kampung berikutan kereta rosak.

“Susah la macam ini kerana saya tidak tahu apa yang rosak selain harus menunggu beberapa hari untuk kereta ini diperbaiki,” kata Suzana.

Menurut seorang kakitangan pusat beli belah berkenaan, Tam Sha Faa, pihak pusat beli belah, pihak IOI harus dipertanggungjawabkan atas segala kerugian dialami.

“Siapa yang nak bayar ganti rugi kereta ini, kita tengok apa yang management kata dalam perjumpaan esok pagi sebelum kami menyuarakan pendapat,” kata Sha Fan.

Banjir kilat itu turut mengakibatkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway, Subang Jaya dan Puchong Perdana.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO : Anak Tak Sah Taraf.


kita selalu cepat menghukum dan mencatas tanpa segera memberikan resolusi rawatan.

Kita memang mengutuk PERBUATAN ZINA kerana terang terangan Allah menyebut bahawa zina adalah perbuatan yang keji dan mungkar. Tetapi Islam tidak pernah mengajar untuk membenci pelakunya apatah lagi bagi mereka yang telah bertaubat dan mahu bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan.

Dalam Islam, menjaga aib sendiri dan orang lain adalah sangat ditekankan. Contoh, jika sepasang anak muda berzina, kemudian mereka bertaubat sungguh-sungguh dan rahsia dosa itu disimpan kemas antara mereka berdua, maka cukuplah dengan taubat dan amal soleh selepas itu. Tidak diwajibkan untuk mereka memberi pendedahan di hadapan hakim dan khalayak ramai. Jika ada orang yang terlihat dan sejumlah saksi yang memenuhi syarat, dan mereka membawa dakwaan itu kepada hakim, barulah kes dibicarakan.

Begitulah juga jika mereka telah berzina dan mengandung. Jika mereka telah bertaubat dan berusaha membina keluarga yang halal (walaupun masyarakat memandang serong sebagai cara menutup rasa malu), permudahkanlah mereka dan tutupilah aib mereka. Tidak perlu 7 generasi selepas itu perlu menanggung malu atas ketergelinciran nenek moyang mereka.

Allahua'lam.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Apa silapnya? Gambar Anak Dato' Dr. Fazilah Kamsah Tersebar.



Terlajak perahu boleh diundur.

Kalau kita menjawab kritikan Dr Fadzilah Kamsah dengan menyebarkan gambar ahli keluarganya yang kurang sopan, tidakkan kita lupa bahawa Nabi Nuh juga mempunyai anak yang kufur. Begitu juga dengan isteri Nabi Luth.

Politik adalah tentang polisi dan visi. Bukan emosi.


Bukan semua orang harus ke medan politik, seperti mana bukan semua orang harus ke medan jihad. Perlu ada sebahagian orang yang melakukan check-and-balance supaya demokrasi kekal telus, tulus dan adil.

Dari sudut negatifnya, ummah sudah kehilangan kepercayaan seorang tokoh yang dihormati untuk memberi pencerahan dan melakukan islah kepada ummah.

Cuma saya berharap betul jika Dr Juanda Jaya dan Dr Asri bertanding atas tiket PKR, bukan PAS. Kerana kita tahu PAS bermasalah seperti PAS parti ayatollah, erdogan vs ulama, labelisma dalam PAS dan segala macam masalah yang tak selesai. Kemasukan Dr Juanda dan Dr Asri dalam PKR mampu memastikan survival orang Islam dalam PAS. 

Dunia ini demokrasi.

Namun kita masih ada Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Zahazan, Dr Zulkifli al Bakri. Harap-harap mereka tidak masuk politik.

Foto Anak Fadzilah Kamsah Tersebar.


Siapalah yg memulakan edit dan share gambar keluarga Dato Dr. Fadzilah Kamsah tu. Dunia tanpa langit, menyesal sekarang pun dah beribu orang share dan tonton, payah nak hentikan penyebaran.

Kita (orang-orang menyokong PR) menentang UMNO dan BN bukan kerana dosa peribadi mereka. Mati la nak cari manusia yg bersih dari dosa baru boleh jadi pemimpin. Sia-sialah Allah hidupkan Iblis sampai kiamat. UMNO BN ditentang kerana mereka zalim pada hak rakyat, tak amanah pada kuasa. Bak kata Hilal Asyraf; paku benda ni dalam kepala.

sejujurnya saya masih ragu-ragu dengan gambar ini.

Mesejnya cukup mudah, jika ayah itu seorang yang beriman, belum tentu lagi anak-anaknya akan mewarisi apa yang dilakukan. Namun tidak mustahil berlaku jika si anak mendapat didikan yang betul daripada ayah dan ibunya.

Jawapannya mudah. Iman tak dapat diwarisi..

Lahirnya kita ke dunia dengan keadaan masih bersih tanpa dosa serta noda. Selepas itu segalanya bergantung pada corak didikan yang diberi oleh ibu bapa. Mahu mencorak anak menjadi orang yang beriman, dari awallah mulanya."Bagaimana pula jika didikan agama yang diterap oleh ibu dan ayah cukup hebat. Tetapi akhirnya anak itu menjadi murtad, ada kes sebegini berlaku di Malaysia.

Pernah dengar nama Nor Aishah Bokhari? Kisahnya di  SINI

Malahan ada pula pelajar sekolah agama yang berzina hingga melahirkan anak luar nikah. Kemudian dibuang merata bayi tersebut. 



Apa silapnya?"

Ada silapnya. Di mana- mana sahaja. Mungkin ibu dan ayah sudah memberi didikan agama yang cukup hebat kepada si anak, tetapi apakah mereka hanya mengajar tetapi tidak mendidik? Pengaruh persekitaran, apakah sudah diajar kepada sang anak. Melatih anak untuk berfikir secara hak dan batil. Jika dikatakan memberi pendidikan agama yang cukup hebat itu dari segi anak sudah pandai menghafal 30 juzuk al-Quran, dihantar anak ke sekolah pondok dan sebagainya, diberi segala macam input agama, tetapi outputnya bagaimana pula? Adakah berhasil jika kita hanya mengajar tetapi tidak mendidik secara telus, benar dan ikhlas. Kadang-kadang yang berlaku juga adalah salah satu bentuk ujian Allah untuk ibu bapa.

Ujian Dari Allah

Sebagaimana Iman itu tidak dapat diwarisi, begitu juga apa yang berlaku pada zaman nabi-nabi. Mari kita renung sebentar kisah mengenai Nabi Nuh, berdakwah hampir seribu tahun namun hanya sedikit yang beriman. Lalu diturunkan Allah bencana berupa banjir besar yang memusnahkan kaumnya yang ingkar dan salah seorang daripada mereka adalah anaknya sendiri.
(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir". Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani oleh-Nya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. [Surah Hud :Ayat 42-43]

Makanya ini sudah menjadi petanda kepada kita untuk mengetahui bahawa Iman itu bukan warisan.

Namun, itu adalah suatu bentuk ujian untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Masyarakat yang memandang pula tidak harus menghukum sedemikian rupa.

Mari  berprasangka Buruk.

"Eh, ustaz ni cakap serupa tak 'bikin'. Dia duk berdakwah dekat kita, tengok anak-anaknya teruk juga."

suara-suara sumbang sebegini yang sering berprasangka sudah menjadi satu penyakit dalam diri masyarakat dewasa kini.

Apa salahnya kita bersangka baik dengan berkata sebegini..

"Kasihan juga ustaz tu, sering berdakwah kepada masyarakat lain, namun anak-anaknya pula sedemikian. Mungkin dia sudah mendidik dengan yang terbaik dan ini adalah salah satu bentuk ujian untuknya."

Ingat, tidak akan berubah nasib sesuatu kaum kalau bukan kita yang mengubahnya sendiri. 

Bila mana kita sibuk mempertikaikan orang lain salah itu dan salah ini, hakikatnya kita telah mengurangkan masa kita untuk melihat di mana salah diri sendiri. Lama kelamaan bimbang segala apa yang diri sendiri lakukan semuanya dianggap betul walau hakikatnya salah. Sementara semua yang orang lain lakukan, dianggap salah.. Kena berhati-hati dengan hati.. 

Allahu musta'aan

notakaki- Saya kagum dengan Dr Halimah Ali (Exco Selangor). Dr Halimah memang cemerlang dalam menjaga portfolio pendidikan. Bahkan Dr Halimah cemerlang mentarbiah anak-anaknya. Semoga Allah permudahkan urusannya.

Doakan anda dan saya menjadi anak yang soleh dan solehah.

p/s- dari prof muhaya , Kalau kita degil dengan Allah takkan anak nak taat dengan kita??
ada sapa-sapa nak jelaskan?

Nabi Adam pun buat dosa sampai kena campak ke luar syurga. Anak Nabi Adam bunuh adik beradik sendiri. Nabi Musa pernah bunuh orang. Nabi Yunus lari dari dakwah. Apekejadah nak gelakkan dosa orang? Siyes tak paham *tarik tudung (sbb tarik rambut nanti org kata freehair)*


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.