VIDEO HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT 120,000 BANJIRI PERHIMPUNAN PAKATAN RAKYAT.INI BUKAN TSUNAMI CINA TETAPI TSUNAMI CINTA DEMI MALAYSIA.


Alhamdulillah.. keputusan PRU 13 atas keizinan Allah swt. Semestinya ada hikmah di sebaliknya. :)

Namun dalam keredhaan ini, bukan bermakna kita menyerah sepenuhnya. Keadilan mesti ditegakkan dalam apa jua. Pengundi hantu yang terang-terangan, pemberian IC yang begitu shaja. Janji dakwat kekal yang tak ditepati. Perkara-perkara ini perlu dibicarakan secara adil.

Kami menuntut pilihanraya yang ADIL!

MasyaAllah!

LIVE di Kelana Jaya. Perhimpunan Pakatan Rakyat. Harap tiada yang provokasi dan terus berhimpun dengan aman.


saya sangat menghormati idealisma and karisma Husam Musa. Semoga Allah kekalkan dan bantu Husam Musa untuk ikhlas berjuang demi Islam. Hasbunallahu wani'mal wakil.


Marilah memahami bagaimana BN melalui SPR menang majoriti kerusi walaupun dari segi undi BN kalah sebanyak 400,000 undi kepada Pakatan Rakyat.



fakta bukan auta.

Memalukan bila self proclaimed Perdana Menteri sebut 'tsunami Cina' dan bekas Menteri Besar kata 'orang Cina tak mengenang budi'

Kenapa orang fokus jumlah kemenangan DAP (yg bukan semuanya Cina) sebanyak 38 itu? Kenapa tak jumlahlah PKR dan PAS sebanyak 49? Yang 133 Barisan Nasional menang tu, semua Melayu ke?

"Patutnya masa mengundi tu ada 2 peti undi - satu untuk orang yang undi BN, satu yang undi Pakatan Rakyat. Senang!

Yang undi BN, terus masukkan kertas undi dalam peti undi BN, yang sokong Pakatan Rakyat, terus masukkan undi dalam peti undi PR.

Nanti ada dua barisan, satu yang mengundi BN, satu yang mengundi Pakatan Rakyat.

Kalau macam tu terus boleh tahu siapa menang (sebab obvious)"

"Kalau tak pun, undi guna IC, scan IC dekat satu mesin (sama macam kaedah di atas, satu mesin untuk satu parti).

Lepas tu setiap kali orang undi, jumlah undi terus keluar secara 'live' di atas mesin tu (imagine digital scoreboard bola sepak di stadium). By the time masa mengundi tamat, kita dah tahu result"

"Kalau tiba-tiba blackout pun tak apa. Mesin tu ada backup. So lepas kita on balik, result tu masih ada.

Kita prepare battery yang boleh tahan 3 hari, in case blackout jadi"

"Ataupun, lagi bagus buat hari mengundi tu 2 hari. Hari pertama tu khas untuk pengundi BN mengundi. Yang tak mengundi hari pertama tu, kira bukan penyokong BN lah.

Lepas tu, dah habis semua pengundi BN keluar mengundi, hari kedua tu khusus untuk pengundi Pakatan Rakyat mengundi. Nah, senang. Tak dapat main tipu lagi"

*****

Tak sangka kawan-kawanku sungguh imaginatif dan kreatif sekali! Tergelak saya dibuatnya. Terubat hati yang lara. Heh.

Kami semua geram. Geram dengan hasil PRU13 yang tidak benar-benar mewakili kehendak dan harapan rakyat.

5.6 juta rakyat telah mengundi Pakatan Rakyat berbanding 5.2 juta rakyat yang mengundi BN!

Kelebihan 400,000 undi itu bukan jumlah yang sedikit. Ia adalah suara 400,000 rakyat Malaysia!

p/s- dialog-dialog di atas adalah lawak-jenaka-dalam-kegeraman, jadi harap tiadalah yang pergi komen "tapi bukan 2 pihak saja yang bertanding" ataupun "undi adalah rahsia". Heh.


dari sumber
11.40pm: Kesesakan lalulintas bertambah teruk membabitkan mereka yang mahu pulang. Namun ada juga yang masih cuba untuk ke stadium.


Wartawan Malaysiakini Aidila Razak tidak dapat sampai ke stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.

Termasuk mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di seluruh Petaling Jaya, jumlah orang ramai dianggarkan 120,000 - menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini.

11.27pm: Walaupun perhimpunan itu sudah tamat, tetapi masih ada mereka yang berpakaian hitam berjalan ke arah stadium dari jarak beberapa kilometer jauhnya.

Trafik terhenti terus sepanjang sekurang-kurangnya lima kilometer dari pelbagai arah dan ramai yang mahu ke stadium masih terperangkap.

Ini termasuk lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.

11.25pm: Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.


Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.

11.00pm:Walaupun hujan renyai-renyai, orang ramai masih berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Kereta diletakkan sejauh 2 km dan nampaknya belum ada tanda-tanda ia akan berakhir lagi.

Ramai yang tidak dapat mendengar ucapan pemimpin mereka tetapi masih meluangkan reformasi dan ubah.

1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.

10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.


Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam
"Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.

10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih menuju ke stadium dengan berjalan kaki.


10.15pm: Mereka yang masih di jalan raya mula menurunkan cermin kenderaan untuk berbual sesama mereka. Antaranya ialah seorang wanita Melayu yang sudah berusia dan sekumpulan remaja Cina."Ada sebuah bas yang datang dari Johor!" seorang lelaki memberitahu yang lain.

"Saya datang dari Kedah!" jawab seorang lagi lelaki.

Kemudian seorang remaja Melayu mengebarkan bendera PAS dari tingkap dan sebuah kereka yang membawa sekumpulan wanita muda pelbagai kuam membunyikan hon tanda sokongan.

Lampu isyarat telah bertukar warna beberapa kali tetapi keadaan masih tidak berganjak.

10.05pm: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, yang juga mula melaungkan "Kami anak Malaysia".


10.00pm:Empat kilometer dari tempat itu, penumpang dalam bas dan beberapa kereta turun dari kenderaan mereka dan berjalan kaki. Semua berpakaian hitam.

Sementara itu, lelaki dalam sebuah trak pikap mengebar bendera PKR.

9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.

9:30pm: Sistem audio dalam stadium tidak berfungsi dengan sepenuhnya, menjadikan ia sukar untuk mendengar ucapan dari luar stadium atau dari kawasan tertentu di dalam stadium

Peserta juga masih menghadapi kesukaran mendapatkan talian telefon.

9.25pm: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah".



Jalan-jalan di sekitar stadium sesak sepanjang beberapa

kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.

Ramai orang, yang memaki baju-T 'Ini Kalilah' meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.

9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.

Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.


9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Berpakaian kuning, ramai juga membawa bunga kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.


8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

8.45pm: Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.

8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.


Mereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm:Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.


Orang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.
Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.

notakaki-Mereka mungkin boleh ambil negeri kita tapi jangan sesekali rasakan yang mereka mampu untuk miliki jiwa-jiwa kita.

Hari ini kita kalah kerana tipu daya dan juga kerana diri kita yang belum layak terima kemenangan.

Jom baiki diri jadi mukmin yang Allah redha. Jumpa di PRU 14!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gambar Papa gomo dan King Jason ditahan polis


Di P.218 Sibuti, PAS bertanding.

Cina DAP Miri bagi pinjam diorang punya truck untuk PAS kempen.

Lepas tu, Cina DAP Miri volunteer jadi polling agent dan counting agent untuk jaga peti undi PAS di parlimen Sibuti. Sampai habis kira undi diorang tunggu.

Naib pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Vincent Lee (Cina), sanggup terbang dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak nak bantu kempen PAS.

Penat kot nak tolong PAS. Dah la tak kena bayar and yet diorang nak tolong.

*****

Bila baca komen berbaur kebencian terhadap orang Cina oleh orang Melayu, saya rasa kasihan dengan mereka yang tak jumpa lagi dengan Cina yang baik sampai sanggup bersangka buruk secara melulu.

Tak dapek den nak menolong eh. Haih.

sumber

STOP COMDEMNING! 
Kerajaan yang ANDA MAHUKAN sudah ber'BAIAH bukan?, berhentilah meniup Api perkauman!

# Mulia manusia bukan kerana bangsa, darjat, pangkat atau kerusi. Mulia manusia kerana akal dan iman. #


Cina faham apa yang rakyat nak capai dalam PRU13 yang baru berlalu. Dan mereka telah bertindak bijak.

Melayu? huhu.


Gambar Papa gomo dan King Jason ditahan polis


(Blogger Papagomo)

KUALA LUMPUR: Blogger Papagomo dan King Jason ditangkap oleh polis bagi membantu penyiasatan mereka ekoran posting yang mereka buat dalam laman-laman blog mereka.

Papagomo blogger pro Umno memasukkan laporan mengenai perkauman dengan mengugut untuk mengambil tindakan kepada orang Cina.

King Jason pula banyak mendedahkan laporan mengenai penipuan dalam pilihan raya kali ini. Antaranya rancangan membawa pengundi asing dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dengan kapal terbang sewa khas.

Pengumuman penangkapan mereka dibuat melalui twitter yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebelum ini blogger pro PKR, Milo Suam ditahan oleh polis menjelang pilihan raya.

Beliau ditangkap ekoran penyiaran gambar kertas undi pos.

Sumber HD


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERKINI PRU 13 (PKR) Pakatan Rakyat Kalah – Terima Keputusan Dengan Syukur dan Sabar


Plan untuk celebrate dengan makan dan masak laksa beramai-ramai pada 6 Mei (hari ini) seperti dirancang dapat diteruskan .Alhamdulillah.

Mungkin bukan untuk kemenangan Pakatan Rakyat, tapi penghargaan buat mereka yang berusaha sehabis baiknya untuk menentang rejim zalim BN.

Juga untuk kemenangan rakyat yang telah banyak berubah semenjak PRU12. Lebih ramai semakin cakna dan ambil peduli tentang negara ini.

Juga untuk jurang antara kaum khususnya muslim dan non-muslim yang berjaya dirapatkan. Ramai non-muslim tidak lagi islamophobia terhadap PAS.

Untuk PAS yang dah achieve sangat banyak selepas PRU12 yang lalu. Ruang da'wah yang terbuka luas, dan gerakan siasah yang lebih progresif namun tetap atas landasan syarak.

Kalau mahu menangis sepuasnya, saya cadangkan ini
http://www.surah.my/71 -- sambil dengar bacaannya

Baca, bahawa Nuh juga mengadu pada Tuhannya
Baca, bahawa musuh buat tipu daya yang terlalu besar
Baca, bahawa Nuh juga minta pada Allah agar dibinasa terus si zalim dari muka bumi!
Kerana andai mereka masih tersisa, binasalah agama

Nuh, juga mungkin menangis
Alhamdulillah 'ala kulli hal!


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

Beliau berkata, “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

“Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

“Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba,” katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.
Dalam pada itu ketika bercakap selepas keputusan pilihan raya ini, Ustaz Hadi berkata, “Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan.

“Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran.

“Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang,” katanya selepas diumumkan keputusan BN berjaya membentuk semula kerajaan.

PAS menang 22 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 ini berkurang satu kerusi berbanding pilihan raya ke 12.

Tuan Guru Abdul Hadi sendiri mengekalkan kerusi Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.

PAS Terengganu berjaya menambah tiga kerusi Parlimen di samping tujuh kerusi DUN dalam pilihan raya ini.

Kerusi Parlimen yang dimenangi adalah Marang (Tuan Guru Abdul Hadi), Kuala Terengganu (Datuk Raja Bahrin), Kuala Nerus (Dr Khairudin Aman Razali) dan Dungun (Haji Wan Hassan).

Mereka kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan di negeri itu apabila menang 15 kerusi berbanding BN 17 kerusi.



Mohon maaf kalau isu ini sensitif; tak kurang ramai yang minta PAS dan UMNO bersatu.

Sebelum kita request macam tu, dah cuba selami tak kenapa PAS dan UMNO tak bersatu?

Untuk berlaku adil kepada PAS dan barisan ulama' di dalamnya, wajar untuk cuba difahami mengapa PAS dan UMNO tak bersatu.

Lebih baik, kemukakan cadangan dengan cara apa mereka dapat bersatu (dengan syarat dah faham persoalan di atas).

Peace.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PRU - 13 TERKINI ANALISIS PENUH PILIHANRAYA UMUM 2013



Senarai ringkasan Keputusan PRU13 – Apa Maknanya?





KEPUTUSAN akhirnya BN – 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen – menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.
Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor – Pakatan 44, BN 12
Penang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP – 38
PKR – 30
PAS – 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

HD

Pesanan Ayoh Cik,

Pesan TGHH  di Rusila :

Kalau kita kalah , kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang.Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa yakni kerajaan Allah s.w.t.
'Kita tidak kalah..cuma belum menang "

Allahuakbar .

Yang paling menyedihkan apabila regim kekal berkuasa adalah 5 tahun lagi realiti Malaysia tak dapat ditayangkan dalam media perdana. Kebebasan media, tiada dalam manifesto BN.

Dan sungguh saya kagum pada orang-orang lama yg bekerja bertahun-tahun untuk kemenangan, saat kami (anak muda) kecewa tadi, mereka sungguh tenang. 'Rilek la..', 'Tak apa..'. Inilah sebenar-benar pejuang.

Husnu thiqah billah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PRU - 13 VIDEO PENGUNDI HANTU YANG BERJAYA DI TANGKAP?




Adoih, sedih pulak tengok pakcik Bangla (??) dalam video ni. Dia tak bersalah. Orang yang suruh dia pergi mengundi itu yang wajar dipersalahkan!



lagi berita di sini

Allah Maha Adil.

Dengan isu dakwat (tak) kekal dan pengundi hantu yang berjaya ditangkap; walau kalah ataupun menang di penghujung hari ini, kita telah mengharungi semua ini dengan BERMARUAH berbanding pihak di sebelah sana!

InsyaAllah, ini kalilah!

#PRU13
#505
ok terharu bila lihat gambar ni.

For 1st time voters

Hampir jam 9 pagi, pusat mengundi sesak. Tapi yg sesak hanyalah di kaunter semakan. Pastikan semak dulu sendiri anda mengundi di saluran mana. Boleh terus beratur di bilik mengundi.

Saya sudah!


Gambar Rosmah Mansor setelah selesai mengundi PRU13 Pilihan Raya Umum 2013 di pusat mengundi Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah sekitar 9.10 pagi bersama suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga anak lelaki mereka Norashman...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PRU - 13 TERKINI KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA UMUM 2013


TERKINI! BN bentuk kerajaan pusat, majoriti mudah 117 kerusi

1.00 pagi

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) telah berjaya membentuk kerajaan pusat dengan memperoleh majoriti mudah 117 kerusi Parlimen setakat jam 1.00 pagi ini, 6 Mei ini.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan Pas pula mengumpulkan 64 kerusi Parlimen.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Kedudukan parti-parti bertanding memperoleh kerusi itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi.

Laporan Secara Langsung Pilihan Raya Umum Ke-13

LIVE -> http://www.harakahdaily.my/laporan-secara-langsung-pru13



Di Post petang tadi .5.05.2013

Pilihanraya Umum ke-13.

Setelah parlimen dibubarkan pada 3 April.  222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) akan dipertandingkan pada PRU kali ini. Keputusan PRU 13 akan diketahui seawal pukul 7:00 petang ini.

Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13)

Segala Keputusan Rasmi PRU-13 akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh SPR di laman ini. Keputusan dijangka akan diperoleh seawal jam 7 petang ini.

Klik : http://keputusan.spr.gov.my/#home

dan sini http://live.undi.info/index.html

Laporan Secara Langsung Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini http://www.harian-metro-online.com/laporan-secara-langsung-pru13

boleh juga ke http://www.malaysiakini.com/

******

Selamat mengundi buat semua.
Undilah dengan niat kerana Allah.
Undilah dengan niat pangkahan kita hari ini untuk memenuhi sebahagian daripada tuntutan amar ma'ruf nahi munkar.

Kalah atau menang itu urusan Allah. Kalau Allah nak bagi, Allah akan bagi. Kalau Allah nak tahan, Allah akan tahan.

Yang utama, kita dah usaha. Kini tiba saat bertawakkal kepada Allah.

Mohon maaf kepada mana-mana rakan facebook yang mungkin tersinggung dengan post-post saya yang berkaitan pilihanraya. Hanya mahukan yang terbaik untuk Malaysia. insyaAllah.

*****

Hasbunallah wa ni'mal wakil.

[cukuplah bagi kami Allah (sebagai penolong) dan Allah sebaik-baik Pengurus (yang kepada-Nya kami serahkan segala urusan kami)]

********

sumber facebook.

Notahati- Pertengahan tahun lepas saya kehilangan orang tercinta iaitu Abi yang membesarkan saya.Maka saya faham kesedihan Husam Musa apabila kehilangan ibu tercinta. Kata Tuhan, 'Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (al Baqarah 2:155)

Al-Fatihah.

Apabila mendapat perkhabaran pemergian ibu Dato Husam Musa. Kalau perasan, musim PRU ini ramai keluarga calon meninggal dunia. Bapa Anis Afida (calon di Johor), isteri Dato Fatah (calon di Kelantan). Malah sebelum bubarnya parlimen, tiap Jumaat kami mendapat perkhabaran pemergian petugas-petugas PAS, malah para ulama.

Terasa bagaikan, mereka dijemput Allah terlebih dahulu, sebelum perang besar benar-benar berlaku. Terasa bagaikan, ini PRU terakhir buat kita semua. Malah terasa sengitnya pertembungan haq dan batil kali ini, seperti dajjal yang banyak menipu malah menghidupkan orang yang telah mati (pengundi hantu).

Hari kiamat? Ia akan berlaku. Sedia?

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
(Al Ahzab : 23)

'Aish 'azeezan au mut syaheedan. Hidup mulia (dengan Islam) atau mati syahid.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.