Surat Cinta Untuk NUFFNANG.


Alhamdulillah.....


 see 1 buffered earnings yang dihadiahkan oleh NUFFNANG kepada saya.



Dapat BE Nuffnang Yang Pertama.. tak banyak mana..tapi cukuplah mengembirakan .



syukran!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMEN: Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!



klik banner dan join!

 WAJIB PRINTSCREEN jumlah followers anda sekarang dan nyatakan TARGET followers yang anda nak.

mohon 2k ok tak?

tarikh tutup 21 november 2012

mereka ini comel dan tiut





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Maha Suci Allah SWT dalam menentukan kejadian manusia.






Ya Allah, kurniakan kesabaran dan keredhaan pada jiwaku seperti Insan Mulia ini.

****
Bila memandang pada diri, 
entah apa yang kita dah korbankan.

kadang-kadang, hiburan, keseronokan
tak sanggup pun ditinggalkan untuk solat, baca Al Quran dan beribadah

Jihad dalam menuntut ilmu pun masih penuh dengan keluh kesah
bila diuji dengan kesusahan dan kesulitan

Selalunya, sayangnya kita pada nafsu, melebihi Iman kita.
melebihi cinta kita pada Allah.

Astaghfirullah

Cinta Itu Pengorbanan
Cintakan Allah, kita perlu korbankan cinta dunia yang entah ke mana.


Ahh! Celik saja si mentari aku terlihat dosa. Sana sini tiada hamparan yg suci dilekati habuk. Dunia ini barang buangan barangkali. Syurga itu barang carian!



kita dan Dia tahu apa yang kita mahu..
sedang hanya Dia yang tahu apa yang kita perlu....

selamat malam. moga tidur dalam iman.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


[Video] Remaja Turki Lahirkan Bayi Ketika Berjalan? Siasatan Mendapati Kejadian Itu Tidak Benar!



Kejadian yang hangat diperkatakan ini seolah-olah mustahil untuk dipercayai, tetapi beberapa akhbar melaporkan rakaman CCTV menunjukkan seseorang remaja melahirkan anak ketika dia berjalan di sebatang jalan.

Namun hasil siasatan mendapati bayi itu mungkin dilahirkan lebih awal kerana tali pusat bayi itu telah dipotong dan hasil pemeriksaan yang dilakukan di hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan di rumah bukannya ketika remaja tersebut berjalan. 

Misteri kelahiran bayi itu terjawab apabila hasil siasatan awal yang dilaporkan oleh Hurriyetdailynews mendapati bapa bayi tersebut ialah teman lelaki remaja tersebut yang berusia 17 tahun.

Kes itu bertambah rumit apabila remaja perempuan itu kemudiannya mendakwa dirogol oleh abang teman lelaki dan rakannya selepas mengetahui dia dan teman lelakinya melakukan seks. Menurut siasatan, abang teman lelaki remaja tersebut mengugut untuk membocorkan rahsia asmaranya jika dia enggan berbuat demikian.-DCM

A teenage girl walks along the street with her parents shortly before appearing to give birth on the pavement
The girl's parents stare briefly at the baby on the floor before walking away

Pejalan kaki melihat keadaan bayi tersebut sebelum bertindak menghubungi pihak polis.





Anggota polis membalut tubuh bayi itu sebelum membawanya ke hospital. Pihak hospital menamakan bayi itu Ecem Ahu

Ecem Ahu

P/s: Buang bayi? Tetapi tidak sehebat Malaysia!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Inilah lelaki yang mempertahankan Niqabis!



Ini adalah Rachid Nekkaz, seorang pengusaha Prancis yang mengumumkan ia akan membayar semua denda bagi wanita yang dibebankan dengan mengenakan niqab – tidak hanya di Prancis namun “dalam apa pun negara di dunia yang melarang perempuan dari melakukannya”

semoga Allah memberikan berkah kepadanya. aamiin


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO: Penjelasan Alasan ustaz kasanova kahwin 11 kali




KAJANG: “Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.

Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.


Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam.

Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.


CERITA...Mohd Razis ketika ditemu bual wartawan.

‘Memang saya kahwin, cerai banyak kali’

Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.



‘Syukur...dia kena tahan’

KUALA LUMPUR: “Syukur kerana dia akhirnya ditahan dan terima kasih kepada Harian Metro dan Metro Ahad kerana mengetengahkan masalah kami hingga membawa kepada penahanannya.”

Demikian kata Achik, 22, seorang daripada isteri Mohd Razis Ismail, 30 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, semalam atas tuduhan memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah. 


Dia berharap, penahanan lelaki itu akan membolehkan keadilan ditegakkan dan nasib semua isteri serta bekas isterinya terbela. 

“Saya juga amat berterima kasih kepada Jais yang mengambil tindakan dengan segera dan aduan kami nampaknya diambil berat pihak berkuasa itu,” katanya.


Seorang lagi isteri Mohd Razis, Naimah Ismail, 24 yang kini mempunyai kes tuntutan fasakh di mahkamah berharap penahanan lelaki itu menghentikan kegiatannya.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Wajar ke buat anak orang macam ni?



120 penampar dalam 1/2 jam

BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.
Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya.


Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan. - DM

******







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gambar Mekah pada 126 tahun yang lampau


Mekah pada tahun 1889 Masehi.



الحجيج في عرفات
Jemmah Haji Di Padang Arafah.


الخيم المؤقته في عرفات
Khemah sementara di Padang Arafah.


جبل عرفات
Bukit -bukit di Padang Arafah.



الحجيج يستريحون قليلا في مزدلفة
Para Jemaah Haji berehat sebentar di Padang Arafah.


الحجيج حول ضريح السيدة ميمونة ( ايام الجهل والإعتقاد في اصحاب القبور)
Para Jemmah berhimpun di kubur Saaidatina Maimunah.


المطبعة التي بناها العثمانيون في مكة المكرمة
Percetakan yang dibina oleh Kerajaan Othmaniah di Mekah Al-Mukarramah.


منظر عام لمدينة مكة المكرمة
Pemandangan umum di Kota Mekah.




مكة المكرمة من قمم أحد الجبال المحيطة بها عام 1885 م
Kota Mekah yang dikelilingi oleh bukit pada tahun 1885 M.



الحجاج في وادي ” منى
Jemmah Haji di Wadi Mina.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Aidiladha bukan sekadar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim.


Aidiladha

bukan sekadar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim,
dan bukan sekadar bersama Nabi Ismail sahaja
tapi juga bersama Siti Hajar.
Ini adalah kisah pengorbanan sebuah keluarga.

Hayatilah kisah ini,
supaya Aidiladha kita bukan sekadar rutin tahunan,
bukan sekadar melapah lembu dan berukhuwwah,
bukan sekadar solat sunat dan takbir


tapi sebagai satu titik muhasabah,
kita sebagai umat Islam,
mengukur dan menilai erti pengorbanan,
dan pengorbanan kita untuk Ummah.

Allah tak jadikan setiap sesuatu sia-sia.
Meneliti hidup orang beriman dan cintakan Allah,
moga kita menelusuri jejak langkah mereka.

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahukbar.Lailahaillallah.


*****

Mendoakan saudara semuslim bukanlah kerana kita lebih baik darinya. dan bukanlah merasai akulah yang tersolehah kerana selalu doakan orang lain..

Namun mendoakan mereka sememangnya kerana kasih. Dan juga kerana kita tidak ketahui adakah kita mampu untuk menghadapi perkara seperti mana yang sedang mereka hadapi.

Kerana kita yakin dengan janji Allah melalui kalam Rasulullah saw,

~Daripada Abu Dar

da’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya. (Riwayat Muslim).

*Talbisul Iblis.. moga dijauhkan dari segala kebaikan bercampur kejahatan. Allahu Musta'aan~

*. Mohon maaf dari semua .


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


CHECK-LIST PUASA SUNAT 2012-2013



Ihsan itu,
bila kita beribadah, seolah-olah kita melihat Allah, kalau tak dapat lihat, sesungguhnya Allah melihat kita..

kadang-kadang sukar untuk mendidik sifat ihsan, kejap ingat,kejap lupa

tapi cuba kita bayangkan Rasulullah ada di sisi kita
"aku main fb ni,Rasulullah tengok suka ke tak?"
"aku tak belajar sungguh2,Rasulullah suka ke?"
"solat aku lalai dan culas,Rasulullah tak kesah ke?"

tergamak tak kita nak lakukan kejahatan?
andai hati cintakan Rasulullah saw
pasti kita akan berusaha melakukan segalanya dengan sempurna.

Lau kana bainana
{Andai Rasul Masih Ada}
Moga jadi kekuatan untuk kita terus menyambung rantai perjuangan baginda dan sahabat.

Sollu ala nabi,Lailahaillallah,
Allahuakbar,Alhamdulillah


Tu diaa..



selamat beramal.

Saya begitu tertarik dengan nasihat Datuk Hasan Din al Hafiz bahawa fadhu kifayah adalah fardhu ummah. Jika fardhu ain adalah WAJIB untuk kita berhubung dengan Allah (hablum minallah), maka fardhu kifayah adalah WAJIB untuk berhubung dengan manusia (hablum minannas). Dengan melaksanakan tuntutan hablum minallah dan hablum minannas, barulah dapat menghasilkan kerja yang terbaik (itqan). Maka, belajar perubatan, kejuruteraan, sains, ekonomi dan undang-undang adalah WAJIB, bukanlah bida'ah seperti yang dikatakan oleh sebahagian para ustaz salafi.


Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal. [al Baqarah 2:44]

Allah membenci orang yang cakap-tidak-serupa-bikin. Kehebatan orang-orang soleh dan salaf (zaman dahulu) ialah mereka menyuruh melalui tindakan dan amalan, bukan arahan. Nabi Muhammad SAW sendiri membina peribadi mulia yang amanah (al Amin) selama 40 tahun sebelum baginda SAW di utus sebagai rasul. Antara sebab kenapa arahan kita tidak berkesan, teguran/nasihat kita tidak menyentuh hati insan, adalah kerana kita sendiri tidak melakukan amalan kebaikan tersebut.

p/s- No excuses for Jumaah prayer ^__^  khutbah 2 kali jumaat ni. SALAM AIDILADHA.

Photo: NO EXCUSES!!

Jom Tidur awal, boleh qiam . bangun awal, solat Subuh awal

okbai.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Adakah memiliki akaun facebook suatu kewajipan?



kredit to google.


Bergantung pada Allah dan menyandarkan segala urusan kepadaNya

nescaya berbahagialah dengan jiwa yang kental dan tak mudah putus asa.

dah tak nak sedih-sedih dah.
think positive in every single thing you are.
keep on striving! chayo3
rehat-rehat dalam kubur nanti deh.

ok?


“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

Allah itu dekat. :)



Hari ni,sedang berjalan ke rumah sahabat,azan Isyak berkumandang. kelihatan seorang pak cik masuk ke kereta dan menuju ke masjid.

tiba-tiba saya teringatkan syabab-syabab melayu di Jordan,yang ke masjid. Setiap hari. berjalan kaki.
Yang duduk berdekatan,Alhamdulillah, yang duduk jauh,lagi-lagi lah Alhamdulillah.

sebab...

Dari Abu Musa katanya;


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

ﺇِﻥ
َّ ﺃَﻋْﻈَﻢَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﺃَﺟْﺮًﺍ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓِ ﺃَﺑْﻌَﺪُﻫُﻢْ ﺇِﻟَﻴْﻬَﺎ ﻣَﻤْﺸًﻰ ﻓَﺄَﺑْﻌَﺪُﻫُﻢْ ﻭَﺍﻟَّﺬِﻱ ﻳَﻨْﺘَﻈِﺮُ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓَ ﺣَﺘَّﻰ ﻳُﺼَﻠِّﻴَﻬَﺎ ﻣَﻊَ ﺍﻟْﺈِﻣَﺎﻡِ ﺃَﻋْﻈَﻢُ ﺃَﺟْﺮًﺍ ﻣِﻦْ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻳُﺼَﻠِّﻴﻬَﺎ ﺛُﻢَّ ﻳَﻨَﺎﻡُ“


Manusia paling besar pahalanya dalam shalat adalah yang paling jauh perjalannya, lalu yang selanjutnya. Dan seseorang yang menunggu shalat hingga melakukannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada yang melakukannya (sendirian) kemudian tidur.” (HR. Muslim no. 662)

saya google apa kelebihan solat ke masjid (yelah..nak baca kitab tak pandai),dan antara yang saya jumpa, Allah hapuskan dosa, dihidangkan makanan di syurga..Subhanallah..besarnya pahala kalian wahai syabab.

dan untuk akhawat,kalau cukup ahli untuk jadi imam dan makmum,berjemaah lah kat rumah masing.tambahkan mawwadah dan rahmat.  ingatkan antara satu sama lain. jangan hanya duduk terkurung dibilik masing-masing hanyut dalam dunia maya.

Tiba-tiba terkagum dengan syabab-syabab yang solat di masjid.

Moga terus Istiqamah!

***

Dunia maya .. dunia maya. facebook atau twitter..


saya tak pandai guna twitter. serius.

Bagi teman-teman yang tiada  akaun Facebook tidaklah dianggap berdosa, dan bagi yang sudah memilikinya pula tidak boleh dituduh sebagai menyokong Yahudi. Ia terletak di tangan masing-masing bagaimana kaedah menggunakannya. Boleh jadi ia membuahkan kebaikkan jika betul cara dan kedudukannya, bahkan akan menjadi berdosa jika tersilap langkah. Pendek kata, dosa dan pahala itu, diri-sendiri yang menentukan dan aturkan.



Facebook


tidak rugi memilikinya jika dengan cara itu ia dapat membuahkan pahala, apatah lagi jikalau ia bijak digunakan semaksimanya sebagai jalan dan wasilah untuk menyampaikan seruan dakwah. Kita tidak mahu menjadi umat Islam yang ketinggalan dengan arus kemodenan dan kecanggihan media massa. Peluang yang ada dari segenap sudut untuk menyebarkan Islam harus di manfaatkan sebaiknya. Ini bertitik tolak daripada hadith Nabi saw: ‘Sampaikanlah walaupun sepatah ayat’



YA, ketika ini Facebook bersesuaian menjadi platform dan juga salah satu medan untuk menyampaikan ‘sepatah ayat’ seperti yang telah disebutkan oleh baginda Nabi saw. Kalau itulah ibadah yang mudah untuk digendong sebagai pahala, mengapa umat Islam seperti kita mesti mengabaikannya?



Kesempatan berbual dengan seorang teman akhirnya membawa saya untuk menulis sesuatu buat semua kaki-kaki dan pengguna laman sosial tersebut. Dia bertanya: ‘Adakah memiliki akaun facebook suatu kewajipan?’



Jawapan: Ia tidaklah setaraf dengan kewajipan dan kefardhuan yang telah sedia ada. Namun bagi saya, ia satu keperluan buat masa sekarang. Sahabat saya yang seorang ini telahpun membuka akaun facebook tetapi tidak aktif kerana dia melihat banyak kelalaian yang berlaku di dalamnya. Saya tidak nafikan pendapat itu, benarlah situasi demikian sedang berlaku. Tetapi kita jua kadangkala boleh menjadi hakim dan penilai kepada diri-sendiri samada menggunakannya dengan tujuan yang baik atau sebaliknya.



Ibaratlah sebilah pisau yang diimport, jika anda berfikiran waras maka pisau itu mungkin anda gunakannya untuk memotong sayur, menyembelih binatang dan segala yang dapat dimanfaatkan melalui pisau tersebut. Sebaliknya, jika kewarasan tadi telahpun bertukar kepada kegilaan dan kejahatan, siapa tahu pisau yang sama juga akan menjadi punca kepada pembunuhan!



Jangan salahkan pisau yang tajam, jika tuannya sendiri tak tahu dan salah cara menggunakannya. Jangan salahkan facebook jika diri-sendiri yang lalai. Kalau sudah tidak tahu dan khuatir dikejar dosa kering, tinggalkan saja akaun tersebut. Namun, lebih baik ada yang dimanfaatkan daripada tiada yang sia-sia.



Pokok pangkalnya, jika nawaitunya baik, langkah seterusnya akan diekori dengan kebaikkan. Berfikirlah sebelum menaip.


Nawaitu


Kata orang, bila diawal-awal lagi niat sudah terpesong, di tengah-tengahnya nanti lebih jauh tersungkur. Niat itu bahasa mudahnya adalah tujuan dan matlamat. Mahu menaiki kereta mestilah ditetapkan terlebih dahulu ke mana tujuan atau destinasi yang hendak dituju. Sekiranya matlamat tidak diletakkan sebelum bermula perjalanan, percayalah anda tidak akan sampai ke mana-mana bahkan minyak kereta akan habis.



Seandainya keinginan untuk berfacebook hanyalah sebagai suka-suka, atau kerana orang lain ada kita juga perlu ada, atau segala keinginan yang masih lagi belum jelas matlamatnya, jauhkan dahulu buat sementara waktu sehingga menemui tujuan yang tepat. Bukan tidak boleh, tetapi mengambil langkah selamat daripada terjebak kepada dosa.

Apabila saya menulis begini, tidak bermakna saya menghalang sesiapa yang mahu berkecimpung di dalam laman sosial ini, tetapi sekadar mahukan anda lebih berhati-hati. Kerana saya lebih nampak laman ini lebih sangat mudah memberikan dosa berbanding pahala. Tetapi anda boleh merubahnya jika di awal-awal lagi anda sudah menyimpan niat yang baik:

‘Sahaja aku berfacebook hanyalah kerana ALLAH’ ia sudah memadai untuk memandu kita ke jalan yang selamat.

Komunikasi: Ini Laman Sosial bukannya So-sial

Tidak salah pemegang akaun laman sosial ini mahu meluahkan rasa yang ada di hati. Luahlah selagi ruang status itu muat untuk dituliskan sesuatu. Kalau marah, nyatakan marah dengan sebaiknya, jika sedih nyatakan kesedihan dengan cara kewarasan. Tetapi janganlah sesekali menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya, pendek kata mencarut kepada si polan.




‘BENGANGNYA DENGAN MAMAT TU, @#$%^&* BETULLAH! TAK ADA OTAK KE?’

Sememangnya hak bersuara itu sepenuhnya berpihak kepada pemilik akaun tersebut, namun, janganlah hingga menyatakan celaan dan makian secara umum dan mengaibkan. Cukuplah menyatakan marah tetapi jangan pula berbalas makian. Di facebook semua friend akan membaca apa yang dituliskan oleh anda, jika satu perkataan buruk menjadi ikut-ikutan oleh orang lain, maka bertambah-tambahlah dosa kering yang bakal anda perolehi.



Tiada sebarang manfaatpun jika anda terus menerus dengan sikap beremosi di laman itu. Lebih buruk keadaannya apabila yang berkelahi itu adalah sesama Islam, bukan setakat maruahnya sahaja yang tercemar, tetapi juga maruah agama Islam.



Tukarlah cara marah itu, tidak salah menyatakan kemarahan dalam bentuk puisi dan sajak. Ia lebih cantik dan berpedoman.



Ghaddul Basor (Tundukkan Pandangan)


Menundukkan pandangan bukanlah hanya di pasar malam, di shopping kompleks, di perhentian bas atau di tempat-tempat awam sahaja, tetapi merangkumi segenap aspek yang boleh mengundang kepada zina mata seterusnya membawa kepada zina kemaluan. Di facebook anda terdedah dengan gambar-gambar yang sebahagiannya tidak menutup aurat. Sehinggakan ada sebahagian penggunanya sanggup membuka akaun ini semata-mata untuk melihat gambar wanita.


Berdosa melihat aurat wanita di jalanan sama juga dosanya seperti menatap gambar-gambar wanita di facebook, tidak kurang walaupun sedikit apatah lagi sehingga ia menimbulkan syahwat. Pemegang akaunnya pula tidak segan silu meng-upload-kan gambar-gambar dengan aksi yang menghairahkan, lebih memalukan mereka itu di kalangan yang bertudung!



Itu satu hal juga, namun bagi kita yang telah memahami halal dan haramnya sesuatu, maka sangat eloklah untuk menjauhinya. Lebih banyak gambar di sana yang sedap untuk dilihat dan boleh mendatangkan pahala.


Mungkin ada yang berkata: ‘Alah, tengok je, bukan ada apa-apa pun!’



Mula-mula memang melihat, kemudian mencari akhirnya bertemu. Kita bukannya tahu hati manusia. Benarlah kata bidalan, dari mata turun ke hari, kalau buruk yang di mata, buruklah yang sampai ke hati nanti. Mencegah lebih baik daripada berubat setelah ia menjadi parah!


Tak Tahu Guna?

Saya kerap berpesan kepada teman-teman ‘seperjuangan’ difacebook. Jika anda yang sudah mempunyai akaun ini jangan sia-siakannya dengan meng-update status yang mengarut dan mengandungi unsur yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Kadangkala saya menjadi hairan, sedemikian banyak kemudahan yang diberikan dalam laman sosial ini, sampaikan ada yang tidak tahu untuk menggunakannya pada jalan kebaikkan?



Sehinggakan tahap ketidak-tahuan pemiliknya untuk menggunakannya menjadi serius, maka terbitlah status yang boleh dianggap sebagai sia-sia dan tidak sepatutnya:



‘NAK TIDUR, Zzzzz’ status seperti ini ibarat mengajar seorang cheff memasak. Orang sudah tahu, buat apa mahu diberitahu?



Saya mahu berkongsi petua untuk cepat mendapat pahala melalui wasilah facebook ini. peganglah kepada prinsip, setiap kebaikkan yang diniatkan kerana ALLAH itu adalah berupa pahala. Anda memberi tanda LIKE pada sesuatu yang baik sehingga menyebabkan orang lain terlintas dan tertarik untuk membacanya juga sudah dikira satu pahala. Mudahnya?



Bagi yang sudah kering idea memikirkan apakah perkataan yang sepatutnya aku tulis di wall statusnya, cara ini paling mudah dan pahalanya lebih berlipat ganda. Taipkan saja terjemahan ayat-ayat Al-Quran atau maksud hadith Nabi saw di status anda sebagai perkongsian harian. Banyaknya hadith-hadith Nabi yang boleh memberi manfaat kepada umum sehingga tiada alasan untuk mengatakan bahawa anda tidak tahu untuk menulis apa di status wall anda.



Terlalu besar pahalanya jika hadith atau ayat Al-Quran itu dibaca kemudian pula disebar-sebarkan kepada orang lain. Tanpa sedar kita telah mendapat pahala dan dalam masa yang sama kita sudah menjalankan tugas sebagai penyampai kepada agama Islam.


Penutup

Memburu yang baik (pahala) tidaklah terlalu sukar seperti yang disangkakan. Begitu juga pada yang buruk, pokoknya terserah pada diri manusia itu yang memilih samada mahukan kebaikan atau keburukan. Tidak wajar kita berkobar-kobar menyatakan facebook ini sebagai propaganda Yahudi sedangkan kita sendiri salah cara menggunakannya.

Jika tahu memanfaatkannya, dipersilakan. Namun, jika rasa tidak perlu, jauhkan saja.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bagus kalau kita pinjam semangat orang macam ni!




Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

SENAD HADZIC



SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP


******

Kita belum pernah terfikir untuk sesukar ini semata-mata untuk Tuhan!

Manusia yang tak pernah kenal erti lelah ..
Bagus kalau kita pinjam semangat org mcm ni!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sapa, Salam, Senyum, Susah ke?


"bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa" -Usman Awang

Sapa, Salam, Senyum.

Jom adik-adik, kakak-kakak, mak cik mak cik, cikgu-cikgu, Pofessor-professor, doktor-doktor, ustaz ustazah.
kita bertegur sapa ^^ tak di alam maya, dan di dunia nyata :)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda

“Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

P/s: dengan batasan yang ditetapkan oleh syara3 :)


Point di atas adalah kita dapat apa yang kita beri.

Antara perkara-perkara yang kita boleh berikan kepada orang dengan percuma. Tapi kena pengorbanan sikitlah iaitu ego diri kita and segala buruk sangka kita terhadap orang lain.


1. Kasih sayang.
Bila kita lihat or jumpa seseorang yang kita dah lama or baru kenal, lihatlah and layanlah mereka dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang seperti kita sayangkan ahli keluarga kita, mak ayah dan adik beradik kita. Treat them nicely tanpa harapkan balasan tanpa sedikit pun. Bila treat orang rasa kasih sayang, nak kutuk or ngumpat pun rasa tak sampai hati. Try buat. Nanti serius, kita pun turut rasa kasih sayang orang itu pada kita. Rasa macam, oh inilah rasanya.


2. Senyum.
Tak kisahlah orang yang kita senyum itu, tak senyum balik. Asalkan niat kita kerana Allah, bukan nak menggatal, :p. La apa sangatlah pun kalau orang itu tak senyum balik, kita hanya rasa segan and macam malu sekejap jekan. Sekejap je.Patutnya bukan kita yang malu, tapi orang itu yang malu sebab senyum merupakan nilai yang baik, kenapa dia nak nafikan?


Comel kan. Puk karang baby ini. Hehe.


3. Salam.
Perasan tak kita bagi salam hanya dekat orang yang kita yakin dia akan senyum and jawap salam kita balik?Orang yang muka masam sikit, kita macam tak berani nak bagi salam. See! Nak bagi salam pun siap pilih-pilih lagi and sangka buruk. Entah-entah bagi salam, orang yang muka masam terus jadi happy sebab sapaan salam kita yang merupakan doa bagi dirinya. Indahnya Islam! :)




Mari kita sama-sama try amalkan dulu yang tiga ini. It is soo much easier said than donekan? Takpe, pelan pelan. Niat baik Allah sure tolong.


So, marilah kita sama-sama sentiasa perbaiki diri kita supaya kita minta dekat Allah; kasih sayang daripadaNya supaya kita mengasihi terhadap diri kita sendiri dan agar kita dapat kongsikan kasih sayang yang kita ada itu kepada orang yang lain. Minta pada Allah, beri pada manusia. InsyaAllah.


Hanya apabila kita melihat orang lain dengan kasih sayang, orang lain akan melihat kita dengan kasih sayang. Kita adalah apa yang kita beri sebab,


"Hanya orang yang sayang dirinya dapat menyayangi diri orang lain. Dan orang yang benci dirinya lebih gemar mengkritik and membenci orang lain."


So, mari kasih mengasihi demi Allah. insyaAllah. :)


*Conteng sikit.
Contoh..Dulu masa sekolah, time exam, sila beri kelebihan orang yang bercakap benar, or anything else yang berkaitan sifat mahmudah. Skema jawapan.

a) Disayangi Allah dan Rasul.
b) Disayang keluarga dan kawan-kawan.
c) Dihormati oleh masyarakat.
d) Dijauhkan daripada api neraka.


Tapikan, sayangnya, pengetahuan kita itu kita hanya hamburkan ke atas kertas peperiksaan tanpa kita cuba sedikit pun menghayati apa yang berbuih cikgu/ustaz/ustazah kita sampaikan. Yang penting dapat result Akhlak 50/50.


*Zaman sekolah agama dulu. :p. Kalau 48 or 46 /50 macam down habis, wonder like apalah yang aku salah ni. :p. Exam oriented betul.

ok bai tidur dulu.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Rasulullah TIDAK Solat Jenazah Yang Berhutang






Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w dibawa kepadanya seorang lelaki yang mati dan ada hutang.Maka Rasulullah bertanya ;"Adakah dia meninggalkan bayaran untuk hutangnya?" Jika diberitahu bahawa ada tinggalan untuk membayar maka nabi akan solat ke atas nya.Jika tidak maka Nabi akan bersabda yang bermaksud "Sembahyanglah kamu ke atas sahabat kamu." (Riwayat al-Bukhari no 2133 dan Muslim no 3040).

 Maksud hadis ni, Rasulullah s.a.w bermaksud akan solat jenazah utk laki-laki tersebut jika laki-laki tersebut ada meninggalkan wang untuk bayar hutang, jika tiada meninggalkan duit untuk menyelesaikan hutang-hutangnya, maka Rasulullah s.a.w tidak akan menyembahyangkan mayat tersebut dan menyuruh sahabat-sahabat lain solat untuk mayat tersebut.


Ulama menegaskan,Nabi enggan melakukan solat kerana solat Nabi adalah syafaat, dan syafaat Nabi tidak akan ditolak bahkan pasti diterima Allah.Manakala hutang pula tidak akan digugurkan kecuali mesti dibayar dengan sempurna.

--> Hadis ini menunjukkan bahawa hutang manusia pada pandangan Islam adalah amanah yang besar dan satu tangungjawab yang perlu diselesaikan.(di petik dari Solusi isu 22;Maqasid syarie)

notakaki 

 Elakkanlah berhutang atau memberi hutang, kerana Hutang itulah punca PERBALAHAN/PERMUSUHAN dan SILATURRAHIM TERPUTUS. Berpada-padalah dengan apa yg Allah s.w.t kurniakan. InsyaAllah jika kita bersyukur, maka Allah akan tambah lagi dari kurnia-Nya :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Amy Search Umum Restoran Cheng Ho Dengan Rasminya Ditutup. Apa kes?



Apa Kes?



pernah makan kat sini. 
seriusly memang sedap..

okbai.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"The Imam's Daugther" (Truly Freedom)




'Rebelling against God' by doing whats forbidden is like rebelling against doctor's orders by drinking poison.Who suffers?You or the Doctor?
 -Yasmin Mogahed-

Islam membanteras pembodohan. Wahyu yang pertama iqra' memberi 'perintah' agar manusia membaca untuk mengeluarkan diri dari jahiliyyah dan kebodohan.

Menyelongkar perjalanan women's right khususnya membuatkan diri terdedah kepada kecelaruan.

Celaru melihat 2 extremist yang merosakkan fitrah. Satu kelompok extremist yang menggunakan nama Islam dan membunuh Islam itu sendiri dengan melumurkan fitnah atas kekolotan dan kesempitan aqal fikiran mereka. Manakala satu kelompok lagi extremist yang menentang kekolotan itu dengan kedangkalan aqal yang cetek dan tenggelam dalam emosi sehingga memperjuangkan perkara-perkara yang tidak relevan.

Antara kezaliman kesan ektremist:






 kanak-kanak berani yang ditembak Taliban.
I wish my girls-soon as strong and brave as her.

video documentary Malala yang dirakam pada tahun 2009: Class Dismissed


Pasangan: Said 55 tahun dan Roshan 8 tahun dari Afghanistan.

Perkahwinan kanak-kanak.


Kesannya lahirlah secular Feminisme:




Kesan feminisme yang menuntut kesama-rataan.

Perkahwinan antara Muslimah dan non-muslim yang semakin popular.






Sebuah organisasi yang memutar belitkan Islam
disokong oleh ex-muslimah kesan kezaliman atas nama Islam.



Celaru melihat mereka yang mencengkam atas nama agama dan bertambah celaru melihat mereka yang berusaha menuntut hak kebebasan sehingga membuang agama.Sedangkan hakikatnya deen itu jernih.

Deen itu bersederhana.

Asal Kita Adalah Bebas.


Teringat Dr Asyraf Bani Kinanah yang merupakan seorang 3alim dan faqih bidang Usul Fiqh dalam syarahnya ada menyebut ,

"Kenapa perlu menuntut kebebasan? Kita memang dilahirkan dengan bebas. Tidak ada sesiapa yang memiliki kita. Dan Islam datang dengan syariat untuk memandu kebebasan tersebut." (mafhum)

Perkara asas yang perlu kita sedar bahawa asal kita adalah makhluk yang merdeka. Dengan kudrat, kita bebas melakukan apa sahaja. Dan Islam datang mengimbangi kebebasan itu.


Jika mengikut kudrat, kita boleh mengambil apa sahaja benda yang kita lihat dan yang kita sentuh meski itu adalah hasil usaha orang lain. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan pemilikan yang adil.

Jika mengikut nafsu dan keinginan, kita boleh bersama sesiapa sahaja yang kita cinta tidak kira berapa jumlahnya. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan perhubungan suci pernikahan.

Jika mengikut rasa dan jiwa amarah, kita boleh memukul dan membunuh sesiapa sahaja yang kita benci tanpa mengira siapa. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan sabar dan nilai nyawa manusia.

Jika mengikut kekuatan dan kekayaan, kita boleh berkuasa dengan segala kebesaran dan menindas sedahsyat-dahsyatnya sesiapa yang lemah dan miskin. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan perundangan dan kehakiman.

Tanpa Islam yang meletakkan had maka hancurlah dunia.

Maka apakah kehancuran natijah kebebasan itu yang kita hajatkan?

Deen Itu Jernih.

"Permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan janganlah memberikan khabar yang menyusahkan hati". (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Islam datang membawa keadilan yang benar. Adil yang meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.

Islam bukan menyama-ratakan, tetapi Islam meletakkan hak kepada yang berhak.

Kerana apa?

Kerana kita ada Pencipta.

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz –Dzariyat: 56 )

Dan paling penting, Islam datang untuk mengembalikan fitrah manusia yang dilahirkan penuh merdeka dengan mengangkat manusia dari menyembah, memperhambakan diri, takut dan berharap kepada manusia kepada menyembah, memperhambakan diri, takut dan berharap hanya kepada Allah.

Apabila kita sedar bahawa apabila kita mengimani kalimah Tauhid




maka, secara automatiknya, kita terlepas dari sebarang sembahan, ketakutan, cengkaman dan kekuasaan makhluk lain.

Jiwa, kehidupan, ketaatan, kepatuhan, rasa hamba, hidup dan mati kita langsung menjadi milik Allah.

Dan secara automatiknya kita mengambil garis panduan Islam sebagai pakaian sepanjang kehidupan. Kita meyakini bahawa Allah, Sang Pencipta lebih Maha Tahu segala sesuatu yang baik untuk aturan perjalanan makhlukNya.

Aplikasi Merdeka Sebenar.



wanita itu bukan hamba untuk disimpan bersama asap di dapur tetapi untuk dijadikan teman dalam kehidupan.


Apabila kita memahami konsep Islam yang mengangkat kemuliaan kita dari kebebasan yang merosakkan, dan mengangkat kita dari kehambaan sesama manusia, maka pasti, kezaliman tidak akan berani menindas.

Contoh, dalam situasi isteri yang didera oleh suami dengan teruk. Jika isteri tersebut sedar bahawa tidak ada hukum yang membenarkan suami memukul isteri kecuali berSEBAB dan sebab itu adalah sebab yang membawa kemurkaan Allah seperti melakukan kemaksiatan dll, maka si isteri boleh bangun menuntut haknya dalam Islam yang sangat luas memuliakan para isteri.

Jika si isteri sedar bahawa jiwanya milik Allah, maka dia tidak perlu takut dengan kemarahan suaminya yang zalim jika dia di pihak yang benar. Tidak perlu membiarkan diri terus diperbodohkan oleh lelaki yang mengikut hawa nafsu.

Siapa dia untuk sewenang-wenangnya mengasari kita sedangkan tugas seorang suami itu melindungi?

Begitu juga realiti bagi pemimpin yang menindas.

Namun, kesedaran ini tidak akan lahir kecuali selepas kita sedar bahawa Islam itu meletakkan had yang menghalang kebebasan mutlak nafsu manusia. Bukan dengan kefahaman yang mengotori bahawa Islam ini yang mengongkong dan membenarkan kezaliman itu berlaku.

Penutup: Islam Bukan Untuk Yang Hanya Bertaqlid.

"Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang ber'aqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kamu, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka" (Ali Imran: 190-191)
Allah tidak menciptakan aqal manusia itu dengan tujuan yang sia-sia. Allah tidak menyuruh kita beriman secara membuta tuli dan ikut-ikutan. Tetapi Allah meletakkan kekuatan berfikir, mentadabbur, memerhati dan belajar sebagai sebahagian dari proses meningkatkan keimanan.

Jika proses alam disuruh kita mentadabburnya, pastilah syariat Islam yang kita perlu laksanakan ini perlu dilaksanakan dengan penuh sedar dan faham, bukan?

"Sesungguhnya sanya yang takut kepada Allah itu (adalah) dari hamba-hambaNya yang berilmu". (Fathir: 28)

Teringat dalam novel "The Imam's Daugther" tulisan Hannah Shah yang merupakan catatan kisah benar menceritakan betapa dia membesar dalam keluarga Imam tetapi bapanya sangat zalim dan menindas ahli keluarga. Malah antara kejahatan bapanya ialah memaksa mereka melakukan ibadah tanpa pernah mendedahkan ilmu terlebih dahulu. Mereka dipaksa membaca alQur'an tetapi mereka disembunyikan makna ayat-ayat alQur'an.



Maka dia membesar dengan penuh rasa benci kepada Islam lantaran kejahilannya terhadap deen itu sendiri.

Pokoknya, jika ada perlaksanaan muslim yang mencacatkan pandangan kita terhadap Islam, maka bersegeralah mencari kebenaran dengan ilmu dan kesedaran yang sohih.

Notakaki -terkejut mendengar khabar duka penceraian pasangan senior yang saya kagumi.Langsung berusaha untuk serius mempersiapkan diri. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Semoga Allah kuatkan kita iAllah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Guys, peliharalah hidayahmu!





Hari ini dalam sejarah, mendengar khabar seorang senior kampus yang sudah jauh melangkah dari landasan agama, membuat saya istighfar dalam hati. Membuat saya berdoa untuk dijauhkan dari ujian ini. Membuat saya buntu, apa yang aku nak buat ni?

“Nak biarkan je ke..?” Biarkan?

Tapi takut kalau2 diri sendiri yang Allah minta pertanggungjawaban. Apa nak jawab depan Allah nanti if tak cegah kemungkaran.

Dia seorang insan yang dikagumi ramai satu masa dulu. Dengan kepimpinan yang dirinya ada. Menerajui wasilah yang ada di dalam kampus untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar. Tapi dirinya juga seorang manusia dan hamba yang lemah. Hati ini berasa kasihan.

Astaghfirullah, na’zubillah.

Berikan aku kekuatan untuk sekurang-kurangnya membantu insan ini.

Guys, peliharalah hidayahmu!

Sahabat2, jika Allah telah memberikan kekuatan kepada kita untuk berhijrah.. Peliharalah nikmat Allah itu. Istiqamahlah dengan perubahan.

Bagaimana?

Konsistenlah dengan mutabaah. Konsistenlah dengan ibadah. Kerana sebenarnya itulah kekuatan dan Allahlah sebaik2 pelindung dan pemelihara.

Bagaimana mungkin Allah melindungi kita, jika hak-hak Allah tidak kita jaga.

“..jaga lah Allah, Allah akan menjaga kamu..” -Hadis 19 dalam Matan Arba’in

Rujuklah sahabat-sahabat. Luahkan perasaanmu kepada mereka. Mungkin mereka boleh membantu. Seorang sahabat yang baik bukan sahabat yang datang sewaktu senang, tapi mereka yang hadir juga sewaktu kamu susah.

Kekalkan suasana biah solehah, kerana biah itu akan membantumu untuk terus istiqamah dengan perubahan kamu.

Di saat diri terasa lemah, istighfar! dan kembalilah semula kepada Allah dengan solat, bacaan al-Quran dan mathurat yang mungkin telah lama engkau tinggalkan.

Banyakkan berdoa kepada Allah untuk kita mapan dengan hidayah Allah.



Ya Allah, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Takutlah kepada Allah. Haraplah cinta Allah.

Jangan kita berharap dan takut pada manusia. Kerana manusia akan pergi, Allah yang abadi.

Pesanan di atas untuk diri saya sebenarnya. Moga kita kekal dalam hidayah-Nya.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


AKHIRAT.



kalau kita KEJAR AKHIRAT, kita pasti akan dapat dunia ..
tapi kalau kita kejar dunia, kita TAKKAN DAPAT AKHIRAT ..

takkanlah ingin menunggu NYAWA sampai ke HALKUM baru ingin berubah ..? 

ALLAHURABBI , muhasabahlah diri ..

kita sentiasa muda untuk bertaubat .. jangan malu untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya ..

 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mengapakah Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain? (menarik!)



Jika kita perasan, semut merupakan serangga yang sering bergerak dalam satu barisan yang panjang. Ada kalanya, jika seekor semut itu bergerak secara solo, dan bertembung pula dengan semut yang lain, kita akan dapat melihat mereka akan berhenti untuk beberapa ketika. Namun mengapa ini terjadi?

Adakah mereka sedang menyapa di antara satu sama lain. Sebab Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain


.C. Schneirla, seorang penyelidik di New York University, pernah mengadakan percubaan dengan semut dimana ia mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.

Dan kemudian semut lain diletakkan dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam perjalanannya.

Dari penyelidikan itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Sebab Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain

Maka, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut tersebut akan memberi tau rakannya (melalui antena di kepala semut) apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.


Via Islam Itu Suci - Subhanallah! Hebat bukan kuasa Allah. Walaupun kita tidak tahu apakah bahasa yang diguna pakai oleh serangga ini, namun sekurang-kurangnya tindakan menyapa kita bertemu memperlihatkan bahawa mereka hidup saling bekerjasama di antara satu sama lain malah langsung tidak mementingkan diri sendiri.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO: Zulfahmi lari dari kena sembur arak.[MOTOGP Malaysian GP Sepang 2012]



TAHNIAH!

Tahniah Zulfahmi.. Berjaya dapat naib juara dan naik podium.
Memang respek lu bro. kerana membawa imej sebagai racer muslim sejati.
Semoga Allah memberkati kerjaya yang di pilih.
Cuma di harap musim-musim akan datang apa kata SIC membatalkan acara sembur-sembur arak ni tak kiralah samada F1, Motogp atau mana-mana perlumbaan sekalipun.
InsyaAllah, orang luar akan menghormati pendirian Malaysia sebagai negara Islam.

sekian.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


AlVin, Vivian dilayan bagai artis selebriti,apa motif?


Blogger Seks Alvin Dan Vivian Dilayan Bagai Selebriti, Siap Jadi Tetamu Radio Di Malaysia...Apa Cerita?


KUALA LUMPUR, 18 Okt — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata keberatan untuk mendakwa pasangan muda Malaysia yang menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog kerana ia akan menjejaskan masa depan pasangan tersebut.

“Jika saya pergi mencari mereka, ia akan menjadi kes jenayah ... masa depan mereka akan terjejas,” Pengerusi SKMM, Datuk Sharil Tarmizi memberitahu The Malaysian Insider.

“Cukuplah,” tambah beliau merujuk kepada penyiasatan telah diumumkan oleh Lembaga Disiplin Universiti Nasional Singapura (NUS).

Alvin Tan Jye Yee rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang pemegang di NUS dan teman wanitanya Vivian Lee dilihat terlibat dalam beberapa perbuatan seks dalam laman blog “Sumptuous Erotica” milik mereka.

Dilaporkan awal hari ini bahawa kedua-duanya menghadapi kemungkinan pendakwaan jenayah dan dipenjarakan jika disabitkan kesalahan kerana mempamerkan bahan-bahan lucah selepas mereka memasukkan gambar-gambar dan video aksi seks mereka di blog, yang telah dibuang selepas heboh baru-baru ini.

Polis Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata semalam bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya pasangan tersebut kerana melanggar undang-undang menyebarkan bahan-bahan lucah.

Beliau mengatakan perkara tersebut akan dirujuk kepada SKMM terlebih dahulu.

Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.

Terdahulu hari ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) telah dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan membiarkan orang ramai untuk menilai sama ada tingkah laku pasangan tersebut boleh diterima atau tidak.

Pada Jun tahun lalu, trio ‘Datuk T’ ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, telah didakwa di bawah seksyen yang sama, Kanun Keseksaan, kerana memiliki dan menyiarkan bahan lucah berhubung video yang mereka katakan menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah dan kemudiannya didenda. Shazryl Eskay didenda RM3, 000 atau penjara tiga bulan, Shuib didenda RM1, 500 atau dua bulan penjara, dan Abdul Rahim didenda RM1, 000 atau penjara sebulan.

Dalam blog seks mereka, Lee dan Tan berkongsi gambar-gambar seks dan video yang menggambarkan pasangan tersebut dalam pelbagai aksi telanjang dan melakukan seks.

Imej-imej berbeza daripada potret artistik pasangan tersebut, untuk menutup kemaluan mereka.

Posting tersebut telah pun dipadam oleh pasangan itu, meninggalkan hanya halaman diarkibkan dengan posting sebelumnya sejak dari bulan 20 September sehingga 15 Oktober, akan tetapi gambar-gambar dan video dari blog itu telah pun diedarkan oleh laman "Gutter Uncensored".


******
Gulp.T_T. Sesuatu yang serius menakutkan. 

OH! MALAYSIA KU.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tafsiran 'ustazah'.




Dalam Al-Quran, Allah taala berfirman
Sesungguhnya,Allah bersama orang-orang yang Sabar

nak Allah bersama kita?
pastinya dengan adanya ujian
bila diuji, adakah kita bersabar?

even dalam sekecil-kecil perkara.

sebab nak tahu kita dapat bersabar ke tak dengan benda yang besar, tengoklah,kita dapat bersabar tak dengan perkara kecil.


kan?

kalau dah tak boleh bersabar dengan kerenah manusia disekeliling
mampu ke kita nak hadapi masyarakat yang lebih besar.

Jom!latih diri jadi orang yang sabar :)

pagi tadi tengok video doktor Muhaya buat lasik kpd ustaz zahazan. kat sini. bukan 'siapa' highlight saya, tapi 'bagaimana' doktor Muhaya kendalikan pembedahan tu penting untuk dicontohi dan as inspirasi.

"Tahniah. Perfect kedudukan mata. Alhamdulillah Allah permudahkan...subhanAllah... ma sha Allah... "
- Dr Muhaya

fuuh. moga Allah thabatkan langkah kita semua. amiin.

alhamdulillah.

***
"kak  dah macam ustazah." kata sepupu saya,

saya senyum. amiin dalam hati. saya nak jadi doktor perubatan yang ustazah. hehh

cuma persoalan untuk difikir,
apa itu definisi 'ustazah'?
-seorang yang bertudung labuh lagi besar?
-seorang yang pendiam?
-seorang yang ada ijazah bidang agama? master? phd?
-seorang yang suka menegur kesalahan?
-seorang yang pakai stokin ? *tetiba
atau
-seorang yang cuba hidup dengan Islam sepenuhnya sambil tidak mengabaikan orang sekeliling??

sebenarnya banyak lagi impressi dan pandangan orang bila disebutkan tentang ustazah...
ada yang terlampau terbaik, tak kurang juga ada impressi dan pandangan yang kurang senang...

tak tipu, saya sendiri risau bila ambil lesen motor dulu,
"aku pakai kain naik motor ni, kalau fail test, orang akan labelkan ustazah di seluruh malaysia sebagai orang yang tak pandai naik motor. jadi aku mesti lulus sebab aku bawa imej ustazah dan nama Islam." hehe dahsyat tak motivasi diri sendiri macam tu ?? hehe alhamdulillah lulus.

persoalan lagi satu,
mari renung ini... :))

"Syariat manakah yang mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor?
Islam manakah yang mengajar muslimat kita supaya bercakap seperti 'warden penjara' ketika berurusan dengan muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah?"
~Ustaz Hasrizal Abdul Jamil~

"Islam tidak menyusahkan hidup kita,
Yang menyusahkan hidup kita adalah KITA,
Yang cantik itu Islam,
Yang menghilangkan cantik pada Islam itu KITA,
Justeru, tidak layak anda menyalahkan Islam jika anda susah~"
[via my friend's bro]

***
teringat masa sekolah dulu,

kata-kata  "assalamualaikum ustazah. kalau jawab ...., kalau tak jawab dosa," akan hinggap dari tepi jalan kalau jalan ramai-ramai dari sekolah ke KOMTAR.
time tu, saya tak suka orang panggil saya ustazah.
haha. siap boleh fikir, "isk. kalau tak pakai macam ni pun orang tak akan tegur!"
jadi masa tu saya rasa gelaran ustazah itu pada pakaian (uniform smka).

lepas tu saya masuk plkn,
tak ada uniform yang menunjukkan ustazah.
jadi saya terfikir, kat mana identiti ustazah? adakah kalau keluar sekolah, datang ke tempat yang tak ada uniform ustazah, maka nilai dan identiti ustazah itu juga tak wujud? macam tu ke?
isk2.
baju ke kelas CB dan KN, hehh smart. awal-awal agak menakutkan siap pakai court shoes. hew3 i like, walaupun awal-awal melecet sampai berplaster. the only injury / kecederaan di plkn

sampai lah saya cari definisi ustazah. *observation*
ketua wirawati saya, juga dari smka.
waktu dalam kelas, dia ambil peluang libatkan diri. aktif. bercakap di depan.
waktu usrah sesama kawan perempuan, dia conduct dan bagi perkongsian paling best dalam surau.
waktu kawad, dia lebih baik dan bermutu dari penghulu. hehe. serius.
waktu sukan, muzik, semua beliau sapu.
alhamduLillah. alhamduLillah. alhamduLillah.
qualiti pada dirinya bukan untuk dirinya saja, tapi kualiti dan kelebihan itu untuk orang sekeliling juga. ambil ibrah dan puji Allah kerana mengizinkan.
alhamdulillah Allah izin dia kuat dengan Pertolongan-Nya. beliaulah pelatih terbaik di kem saya. mabruk alaik ya ukhti. sampai hari ni jadi qudwah buat saya 

 insyaAllah.

jadi, definisi 'ustazah' yang saya terfikir asalnya bertukar, menjadi...

"orang yang hidup dengan terbaik, high achiever, tanpa mengenepikan aturan islam. masa main, main betul2, tutup aurat. masa buat public speaking, deliver good speech, jaga penampilan, jangan tinggal salam, bismillah dan selawat. banyak lagi. pokoknya, kat mana terjun, kat situ cuba jadi terbaik tanpa mengabaikan matlamat utama, syurga."



- ini ustazah yang kita kena strive.



apa yang saya nak sampaikan di sini,

tak salah orang panggil kita ustazah, tak perlu memberontak tak suka,

sebab 'ustazah' itu bukanlah lame (leceh) atau lain-lain.

tapi yang lame itu diri kita sendiri, cuma menyebabkan orang lain juga digelar lame.
saya tahu, lain orang maka lain tafsiran 'ustazah'.
tapi yang penting, semua orang harus bergembira dan lapang dada untuk fahami islam dan berusaha amalkan serta hidup dengannya.

moga Allah izinkan yang terbaik! moga kuat hadapi ujian yang mendatang. moga Allah jaga saya walau apa pun kerja saya. amiin.
moga Allah redha.

minta maaf terlepas pandang ayat-ayat yang menusuk kalbu memanaskan parasympathetic ns. hee artikel ni ditujukan pada jari yang menaip, moga tak lupa niat asal. hurm.

p/s oh ya di mesir, saya perasan satu perkara ni. orang lelaki akan bagi jalan, maksudnya diorang akan simpang ke tepi kalau kita nak lalu. balik malaysia, hehh kena langgar dari belakang tu pun boleh jadi kalau tempat crowded. apatah lagi nak angkat kaki kena lalu depan hidung orang luar asing mana entah la. err.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Petua Cerahkan Buku Lali Hitam (Menarik!)



oh ha!
Petua yang pertama ialah menggunakan limau nipis atau lemon.Potong limau kepada dua bahagian dan gosokkan pada buku lali selama beberapa minit.

Biarkan air limau tu kering dengan sendiri pada buku lali yang disgosok. Lepas dirasakan dah betul-betul kering, barulah dibilas dengan air suam. Eloknya diamalkan setiap hari.

Petua Mencerahkan Siku/ Buku Lali

Sediakan satu cawan susu, tepung gandum 2-3 sudu besar dan satu sudu serbuk kunyit.

Campurkan kesemua bahan tu dalam satu mangkuk bersih dan gaul sehingga rata. Kemudian sapu adunan tu pada bahagian siku atau buku lali atau kedua-duanya sekali dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.

Selepas 30 minit,barulah digosok bahagian tersebut perlahan-lahan dengan menggunakan air suam untuk membersihkan atau dalam erti kata lain menghilangkanbahan/adunan yang disapu tadi. Dikatakan juga kalau nak dapat hasil yang tip-top kenalah juga amalkan petua nie setiap hari.

P/s- kalau dok bersila selalu layari internet boleh jadi jugak hitam buku lali nie . :)

sekadar pengkongsian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


JOM REBUT! Digalakkan berpuasa pada 1 hingga 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak berkesempatan menunaikan Ibadah Haji.





Assalamualaikum,
alamak, lupa nak post awal-awal kat korang
dah masuk 5 zulhijjah kan.

Jom Puasa Sunat ramai-ramai
1-9 zulhijjah 1433
tapi kalau tak mampu, 9 zulhijjah sahaja pun tak pe.

"Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.


Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya."

Jom ahli-ahli keluarga saya sampai syurga ♥ kita buat apa yang Allah dan Rasulnya cintai .


*****


Rebutlah Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah


Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1) Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:


“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”

(HR al-Bukhari)

Para salafussoleh merebut kelebihan yang terdapat pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dengan menghidupkan siang dan malam mereka dengan amalan-amalan soleh dan ibadah-ibadah sunat.

2) Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab yang maksudnya:


“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”

(HR Muslim)


3) Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:


“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”

(HR Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021)

Di dalam hadith lain, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:


“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.”

(HR Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud)

4) Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:


“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”

(Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412)

*****

notahati-


Bila ada urusan kita yang terasa susah dan sulit untuk dilaksanakan,
terfikir, kita ada susahkan orang ke sebelum ni?

Maafkan saya kalau ada menyusahkan sesiapa.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Perempuan Yang baik dan Facebook.




Bila seseorang wanita post gambarnya di Facebook, kemudian ada orang comment, "Cantiknya awak.""Waah.. Comelnya", "isyh keibuannya wajah" atau apa2 yang seertinya dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?. 


Biasanya ramai wanita yang menjawab "Thanks", 
"Terima kasih" atau "Alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa2 aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?

Menurut pendapat saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut daripada Facebooknya, tanpa sebarang komen lagi.

( dikopipes dari fb Ustaz Zaharuddin Abd Rahman )



**********



"All human beings have three lives: 
public, private, and secret."


Akaun blogger secara jujurnya walaupun awal penulisan dahulu adalah untuk saya sendiri, tetapi nampaknya hari ini sudah tidak boleh lagi. Maka setiap tulisan akan ditapis sebelum dipost, agar apa yang ditulis memberi manfaat kepada pembaca iAllah.


saya ada Dua Akaun Facebook .Begitu juga akaun facebook yang semestinya tiada privacy untuk bercerita hal peribadi. Malah ummi akan menegur jika ada apa-apa status mahupun tulisan di blog yang kelihatannya tidak bermanfaat. Teguran itu sangat bagus kerana membantu saya untuk memperbaiki peribadi agar tidak hanya hidup untuk diri sendiri.


Maka atas faktor itulah saya deactivekan akaun facebook saya yang lagi satu dan memprivatekan instagram sebagai wadah untuk saya yang tidak matang ini bersuka ria bercerita itu ini. Lol.


Justeru, saya memohon maaf kepada semua yang saya declinekan request mereka bagi kedua-dua akaun ini. Harap dapat dimaafkan dan menghormati privacy saya. Terima kasih.
lagipun dah tak boleh add dah limit huh!.


-Serius jujurnya saya bersetuju dengan teguran dan pandangan mereka terhadap tabiat bekongsi cerita-cerita yang pelbagai buat tatapan umum. Lantaran ada cerita kategorinya ialah secret tetapi apabila kita menjadikannya public, maka tidak mustahil boleh membuatkan orang lain berasa jengkel dan memandang serong.


Memang kita punya hak untuk diri kita sendiri. Tiada sesiapa yang menafikan. Namun perlulah kita memahami kategori-kategori cerita tersebut dalam kehidupan kita. Jika cerita tersebut merupakan private atau secret, seeloknya ceritakanlah dengan penuh suka ria seorang diri di akaun private yang seakan-akan diari kita. =)


Dan jika suatu hari saya tersilap, tolong ingatkan saya ya!

okbai.nak tidur.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.