AlVin, Vivian dilayan bagai artis selebriti,apa motif?


Blogger Seks Alvin Dan Vivian Dilayan Bagai Selebriti, Siap Jadi Tetamu Radio Di Malaysia...Apa Cerita?


KUALA LUMPUR, 18 Okt — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata keberatan untuk mendakwa pasangan muda Malaysia yang menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog kerana ia akan menjejaskan masa depan pasangan tersebut.

“Jika saya pergi mencari mereka, ia akan menjadi kes jenayah ... masa depan mereka akan terjejas,” Pengerusi SKMM, Datuk Sharil Tarmizi memberitahu The Malaysian Insider.

“Cukuplah,” tambah beliau merujuk kepada penyiasatan telah diumumkan oleh Lembaga Disiplin Universiti Nasional Singapura (NUS).

Alvin Tan Jye Yee rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang pemegang di NUS dan teman wanitanya Vivian Lee dilihat terlibat dalam beberapa perbuatan seks dalam laman blog “Sumptuous Erotica” milik mereka.

Dilaporkan awal hari ini bahawa kedua-duanya menghadapi kemungkinan pendakwaan jenayah dan dipenjarakan jika disabitkan kesalahan kerana mempamerkan bahan-bahan lucah selepas mereka memasukkan gambar-gambar dan video aksi seks mereka di blog, yang telah dibuang selepas heboh baru-baru ini.

Polis Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata semalam bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya pasangan tersebut kerana melanggar undang-undang menyebarkan bahan-bahan lucah.

Beliau mengatakan perkara tersebut akan dirujuk kepada SKMM terlebih dahulu.

Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.

Terdahulu hari ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) telah dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan membiarkan orang ramai untuk menilai sama ada tingkah laku pasangan tersebut boleh diterima atau tidak.

Pada Jun tahun lalu, trio ‘Datuk T’ ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, telah didakwa di bawah seksyen yang sama, Kanun Keseksaan, kerana memiliki dan menyiarkan bahan lucah berhubung video yang mereka katakan menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah dan kemudiannya didenda. Shazryl Eskay didenda RM3, 000 atau penjara tiga bulan, Shuib didenda RM1, 500 atau dua bulan penjara, dan Abdul Rahim didenda RM1, 000 atau penjara sebulan.

Dalam blog seks mereka, Lee dan Tan berkongsi gambar-gambar seks dan video yang menggambarkan pasangan tersebut dalam pelbagai aksi telanjang dan melakukan seks.

Imej-imej berbeza daripada potret artistik pasangan tersebut, untuk menutup kemaluan mereka.

Posting tersebut telah pun dipadam oleh pasangan itu, meninggalkan hanya halaman diarkibkan dengan posting sebelumnya sejak dari bulan 20 September sehingga 15 Oktober, akan tetapi gambar-gambar dan video dari blog itu telah pun diedarkan oleh laman "Gutter Uncensored".


******
Gulp.T_T. Sesuatu yang serius menakutkan. 

OH! MALAYSIA KU.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


8 comments

22 Oktober 2012 pada 9:57 PG

"keberatan untuk mendakwa.."??

22 Oktober 2012 pada 10:20 PG

Apalah nak jadi dengan manusia sekarang >,<

22 Oktober 2012 pada 10:26 PG

Memang tak faham..undang2 tetap undang2 tanpa mengira siapa kita, kenapa ada double standard

22 Oktober 2012 pada 11:15 PG

ilang akal la diaowang tu.

22 Oktober 2012 pada 12:07 PTG

aisey, jelas ada double standard utk kes ni...

22 Oktober 2012 pada 3:50 PTG

Tolongla..tupun nak double std. Ni utk masa depan generasi akn dtg jugak.. Org yg x ambil tindakan itu maybe nak suruh ank cucu dia pulak tengok atau jadi ikutan...Ni kot role model mereka nt..

23 Oktober 2012 pada 4:17 PTG

xlama lagi, semua jadi pornstar.

3 Januari 2013 pada 8:33 PTG

masya ALLAH pelik sungguh dunia sekarang,, diorang boleh gelak bagai lagi,, gilow!!!

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.