"Ingat.... niat kerana Allah...." ...


...JANGAN MALU2 ..SILA KLIK  LINK NI EA....

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)


"Ingat.... niat kerana Allah...." ...



Begitu juga semasa kami sekeluarga di meja makan, pak Tam turut ingatkan .... "....apa2 jua yang kita buat biarlah semuanya kerana Allah. Tukar amalan biasa biar jadi ibadah. Semua perkara yang kita lakukan bila dah kita niatkan buat kerana Allah akan bertukar menjadi ibadah dan sudah tentunya InsyaAllah akan dapat ganjaran pahala dari Allah jika kita ikhlas dalam melakukannya..." 

Ilmu yang pak tam dapat di Surau, pak tam sampaikan balik pada kami2 anak saudaranya ni yang tak ikut pergi ni. Alhamdulillah dapat disematkan sebagai motivasi buat diri dan adik2 yg lain.... :) Diperingatkan tentang nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya pada kita...Alhamdulillah syukur... Disamping perlu mengukuhkan ibadah fardhu, hendaklah kita tambahi dengan amalan sunat. Kemudian tambahi lagi mencari redha Allah melalui apa jua amalan baik yang kita lakukan setiap hari.... 

....iaitu bermula 
  • dari bangkitnya kita dari tidur, kita lafazkan doa mensyukuri nikmat hidup selepas mati selama 8 jam (tidur) itu
  • Kita membersihkan diri niat kerana Allah
  • solat subuh
  • bersarapan dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim
  • berpakaian menutup aurat kerana Allah
  • membuat kerja rumah niat kerana Allah untuk kesejahteraan keluarga
  • melakukan semua kerja dengan sebaik2nya... semampu mungkin, niat kerana Allah
  • solat sentiasa di awal waktu
  • tidak berbohong, tidak mengata orang, jauhi hasad dengki dan tidak berburuk sangka kerana takut akan azab Allah
  • Berdakwah, ingat mengingati, menghadiri majlis ilmu dan bersilaturahim kerana Allah
  • Menjaga pergaulan dan tuturkata kerana Allah SWT
  • Beraktiviti dengan masyarakat kerana Allah
  • Beraktiviti dengan keluarga kerana Allah
  • Menjamah juadah makan tengahari atau makan malam dengan nama Allah
  • Terlelap dan beristirehat itu juga kerana Allah.
Maka benarlah bagai dikata oleh abi pd kami anak2nya... jika 24 jam yang terisi itu nawaitunya hanya kerana Allah, maka 24 jam itu InsyaAllah akan menjadi ibadah kepada Allah SWT.......:D   
aminn....

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Nur Makrifat ...





Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu
Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku
Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara
Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta
Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih

Tajuk/Lirik Lagu: Sesat Dalam Rindu
Penyanyi: Damasutra



Kita kena belajar bagaimana membaca & memahami tidak hanya apa yang tersurat, tapi juga yang tersirat.

Belajar lah jadi org yg kasyaf, mempunyai HATI org2 mu'min yg mampu membaca zahir batin,awal akhir. Kamu baca lah tentang kisah Nabi Musa& Nabi Allah Khaidir di dalam AL Quran.

Nabi Musa merasakan bahawa banyak yang difahami & dia merasakan bahawa diri nya hebat & luarbiasa kerana di kurniakan banyak kelebihan oleh ALLAH, kerana itu Beliau telah di tempelak oleh ALLAH?

Akhir nya dididik oleh Allah agar:
1. Jangan berasa sombong,sedangkan aku jadikan Nabi ALLAH Khaidir itu lebih hebat dari kamu, namun tidak dengan kehebatan nya tadi menyebab kan Beliau perlu merasa megah & sombong kepada semua makhluk2 yg lain?

2. Nabi Musa juga diajar melalui 3 peristiwa penting tentang sifat kesabaran yg sangat tinggi sebelum di kurniakan hikmah oleh ALLAH, ditegur oleh ALLAH kerana tiada sifat kesabaran itu adalah kepincangan iman & cacat nya akhlak?

3. Diajar tentang hikmah perkara apa yang kita lihat tak semestinya apa yg sebenarnya? Jangan menilai sesuatu denagn apa yang kita lihat & rasa, ianya tak semesti apa yg ALLAH maksudkan. Memang pada zahirnya dia melihat apa yg telah dilakukan oleh Nabi ALLAH Khaidir itu pada zahirnya sangat zalim & hina sedangkan dalam ilmu ALLAH yang telah di berikan kefahaman nya kepada NABI Khaidir hikmahnya adalah sesuatu yg sebenarnya tidak dapat di jangkau oleh akal & fikiran manusia?

Segala2nya ada mempunyai Rahsia yang sangat besar yang tidak menusia itu ketahui & dapat selami kecuali mereka adalah org2 yg di pilih ALLAH menjadi kekasih2 nya yg benar2 beriman & bertaqwa?

Maka berniat lah bersungguh untuk mengenal diri & mencari keredhaan ALLAh berbanding dengan keredhaan manusia?





Lisan (lidah) memang tak bertulang, sekali kita gerakkan sulit untuk kembal ipada posisi semula. Demikian berbahayanya lisan, hingga ALLAH dan Rasul-Nya mengingatkan kita agar berhati-hati dalam menggunakannya.
ALLAH SWT telah memerintahkan kita semua untuk berkata yang benar, seperti tertulis dalam firmanNya, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” ( Al-Ahzab: 70).
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (HR. Al-Imam Al-Bukhari hadits no. 6089 dan Al-Imam Muslim hadits no. 46 dari Abu Hurairah)



p/s~tak tau kenapa mengantuk sangat malam nie....AMPUNI Segala dosaku  ya..Allah,
maafkan jika blm sempurna menjadi hambaMU

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


“Bererti perempuan itu tidak lemah ya, Abi?







assalammualaikum......^^...


abiku sangat sweet hari ini....kenapa ana kata begitu...hehehe......ye la...dari abi mengambil ana sampai ke rumah asyik memuji umi saja.....alhamdulillah...sweet la...tp ana buat muke biasa saje
 (dah biase).....senyum.....


abi mulakan perbualan.....
Jangan pernah menganggap perempuan itu lemah. Kerana, jika kamu tahu bagaimana perjuangan dan pengorbanan perempuan dalam hidupnya, lemah tidak sepatutnya dikaitkan dengan kaum perempuan­.....
wahhhh!...terharunya....huhuhu....!! 


ana tengok abi....diam....sayang abi...




“Bererti perempuan itu tidak lemah ya, Abi?” 


abi senyum...


ana pelik.......


cuba tengok umi ...macammana dia....?
Lagipula, kalau perempuan itu lemah, mana mungkin ummi boleh melahirkan kamu dan adik2. Kalau perempuan itu lemah, mana boleh ummi melahirkan anak sekuat kamu.”


Abi tersenyum. Ana mengiyakan dalam hati. ....


setiba di rumah.....ana mengucapkan salam dari luar rumah, umi membuka pintu, nampak tergesa-gesa.... Tersenyum sebentar ke arah kami, mencium tangan ayah, mencium ana hehehe....suke2....terus ke dapur mempersiapkan makan malam.... .^^




ya allah...betapa kuatnya kasih sayang abi pada umi......hidup selama berpuluh tahun bersama cinta masih kekal bersemi....ya allah beruntung umi....bertuahnya ana.....




Ku pandang Abi dan umi... Airmataku berlinang... ana mungkin tak mampu nak balas segala pengorbanan abi dan umi....
tapi ana akan cube sedaye upaye buat abi dan umi gembire selalu..
ana sayang abi dan umi ......


terima kasih ya allah......syukur ana atas nikmat mu ini.....









Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ku temui CINTAKU di sini~










assalammualaikum....pkol 3:30 am .....baru habis solat isthikharah....ke sekian kalinya..terasa ingin nak bercakap2..bermonolog sendiri pada blog pula.......kurungkai setiap satu persoalan di benak fikiran ku ini....duhai diari  temanilah aku....fahamilah aku...ya allah padamu ku meminta dan berharap........




Hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin.....
Subhanallah..






Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. 
Allah Maha Mengetahui...


Antara tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya......
Wallahu Mujiibas Sa'ilin..



 ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


wahai ADAM...tolonglah aku menjaga hati ini.....




Mood~on sms







ADAM :kenapa ta CALL..?.






HAWA :...nak call...tp nak cakap ape ea..






ADAM :lah..? nak call bersyarat gak kew..?






HAWA :..bukan..kamu ta faham..cume takut je...






ADAM : ada banyak bende..nak tanya....









HAWA :.....jangan marah ea....saia da mungkir janji...maafkan saia..









ADAM : tidak mengapa ...saia dah biasa....






HAWA : ...(diam)....maafkan saia......saia mencintai mu kerana ALLAH...harap kamu faham....(dalam hati) 










mood~sms off....














....




HATI... Bersabarlah... Jadikan ini ujian dari Robbmu... Matikan rasa itu secepatnya... Pasang tembok pembatas antara kau dan dia... Pasang duri dalam hatimu agar rasa itu tak tumbuh bersemai... Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang tersingkap... Putar balik kemudi hatimu agar rasa itu tetap terarah pada Nya...

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Robbmu...Ukhti... Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya... Karena bila memang kalian ditaqdirkan bersama maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu... Tapi, ketahuilah.. Bagaimanapun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu...

HATI... Bersabarlah... Biarkan Allah yang mengaturnya... Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


suara Qolbu ....dan fitrah...






Assalamualaikum sahabat sekalian. Alhamdulillah,segala puji ke hadrat Allah. Diberi segala jenis nikmat yang tidak terhingga hebatnya.
SEKARANG musim peperiksaan. Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar. Usaha,doa dan tawakal ;formula untuk menghadapi peperiksaan.Kini rata-rata pelajar-pelajar USM sedang bercuti.:)
Kali ni ana nak sangat untuk berbincang soal hati. Bukan secara menyeluruh, tetapi lebih spesifik. Apa yang ingin ana kaitkan adalah hati dan fitrah. Fitrah perasaan. Tak dapat dinafikan perkara ini bukan? Lebih-lebih di usia muda. Pastinya fitrah itu hadir dalam hati tiap insan di muka bumi ini...kekadang ana juge syahid...nauzubillah....
Namun ada satu hakikat yang mungkin kita sedar atau tidak sedar. Hakikat bahawa fitrah yang tidak mampu dikawal boleh mematikan hati. Bagaimana?
Cuba fikirkan,jika fitrah yang dipandu oleh nafsu,akan menyebabkan hati mati dari mengingati Allah.
Kerana mengingati atau merindui si dia sudah dikira zina hati.
Tak perlu berjumpa, sudah terlibat dengan maksiat.
Dengan hati penuh maksiat bagaimana untuk kita mengingati Allah?
Ibadah dan amal kita semuanya?
Habis tercalar.
Nauzubillah.
Jauhkan lah dari semua itu.....

Jangan.
Jangan jadikan fitrah yang tidak bersalah itu membunuh hati kita.
Oleh itu, kita lah yang perlu memainkan peranan sebaiknya.
Kerna kita telah dikurniakan akal oleh Allah.

Tak dapat dinafikan, bukan senang untuk lakukan.
Itu lah pentingnya mujahadah.
Mujahadah dalam menjaga hati hanya untuk Allah.
Ingat bahawa keperitan yang dilalui dalam mujahadah bakal dikurniakan kebahagiaan.
Tidak sia-sia melalui payah dan susah selagi kita teguh di jalan Allah.

Setelah sedaya upaya bermujahadah, 
banyakkan berdoa pada Allah.
Pinta kekuatan hati.
Pohon kesabaran yang teguh.
KepadaNya lah kita kembali bertaut kasih.
InsyaAllah masa untuk kita mendirikan rumah tangga akan tiba jua.
Dan biarlah ikatan perkahwinan yang terjalin bukan kerana fitrah semata-mata
Tetapi demi Allah.
Dimana kita perlu menyayangi seseorang kerana Allah.
Bukankah, dua orang yang berkasih kerana Allah merupakan salah
satu golongan yang akan dinaungi di akhirat kelak.
Subhanallah.

Penuhilah hati dengan ilmu secukupnya untuk bersedia melalui bahtera cinta bersama dengan jodoh pilihan Allah buat kita nanti.
Moga Allah teguhkan hati ini untuk sabar menanti kebahagiaan dunia yang bakal membawa bahagia yang kekal abadi di syurga kelak.
Dan juga menghadirkan seseorang insan yang teguh di jalan juang Allah buat kita.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cinta padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku jatuh hati pada insan yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu,
Ya Rabbul izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu,
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampui batas  sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu,
Amin YaRabbal alamin..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


man jadda wa jadda!!


[Lillah029.jpg].
Alhamdulillah...menulis posting blog ketika berserabut akan menyebabkan pembaca yg membaca turut berserabut..
so bila nak menulis blog ni kne tunggu tengah tenang.. moga Allah memberkatinya..


di sinilah bumi USM..sekrang ramai dah cuti n grad terus....alhamdulillah...tahniah....ana cuti....ta lama lg.....walau cuti biasanya ada program luar.. kalau tak sebagai peserta, sebagai pemantau yang melatih anak buah bakal pimpinan akan datang.. uh..walla!

dan cuti ni..
lain nya rasa..

Ya Allah..
leraikanlah dunia yang mendiami hatiku.. kerana di situ tidak mampu ku mengumpul dua cinta.. hanya cintaMu yang ku harap di situ..

Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan.. nikmat yang dikecapi barukan disedari setelah ianya hilang.. bila apa yang dikecapi sudah dalam genggaman, timbul pula rasa jemu.. ish.. ish... argh!!
Betapa dungu nya menjadi orang yang tak tahu bersyukur!!

Gajah depan mata tak nampak.. tapi kuman di seberang sana nampak pulak.. apakah yang ana tulis ni? ada ke peribahasa ni?

Sahabat..
kita selalu terlepas pandang nikmat yang Allah beri pada kita.. kita selalu lupa bersyukur.. dah la tak bersyukur.. merungut pulak.. mengungkit-ngungkit.. seolah-olah kita terlupa dan tak sedar betapa banyak nya nikmat yang Allah dah beri pada kita..
Alhamdulillah.. setelah lebih 6 bulan strugle buat final projek .. siap petang tadi 90%.. dah pergi hantar kat bawah library untuk buat hard cover..


Alhamdulillah..



indah.. pokok yang menghijau.. (pokok je..gambar tu bukan diriku....somebodynye pic..ana curik dgn halal) hujan rintik2.. rumput yang basah.. langit yang biru.. semenjak dari lepas exam, kami tak rileks lagi.. masa exam, kami kecoh2 prepare exam.. then, orang lain habis exam, kami kecoh2 prepare viva presentation.. sekarang finishkan correction thesis.. malam ke, siang ke.. sama aje.. tak kira la matahari ke, bulan ke.. selagi ada kerja.. selagi tu mata bersengkang.. walaupun kedai2 tempat print tu jauh.. macam dekat aje berjalan..

Suasana cuti yang sangat unik.. sebab ramai student pelajar jarak jauh.. kalau biasanya jumpa student yang lebih kurang sebaya je, kali ni jumpa abang2.. kakak2.. ayah2.. emak2.. hehe

ofcoz student2 yang kali ni lebih tertib dan sopan.. juga sangat motherly dan fatherly..
bila bertegur sapa je, akan membuatkan saya teringat pada umi  & abi...

ana tenang je....umi dan abi dekat di hati.... uhuk2..


Pelajar jarak jauh (PJJ) ni mostly dah ada family.. ada anak.. ada husband and wife.. ada yang masa first day tu husband hantar sampai dalam bilik asrama.. ehehe.. macam comel la pulak.. anak-anak pulak ikut menghantar mak nyer..(tp aku single jew...PJJ gak nie...)

hm..
terfikir..
ish3..
mesti hati sedih berpisah dengan anak2.. dgn suami.. dgn kucing2 kat umah..
hm..
nak study, dalam masa yg sama kne pikir masalah rumahtangga..
kagum.. kagum dengan semangat mereka!! :D

Sembang2 dengan cik Zai.. kami menghitung hari nak masuk 2012.. kami countdown umur nak masuk ehem2... tahun.. hehe.. masa mak saya ehem2 tahun, ummi dah ada seorang baby (ana la tu) dan lagi seorang coming soon (my brother).. cik na pun sama, mak dia dah ada abang kakak dia.. dunia anak2 nya pulak..
kami ni pada umur nak masuk ehem2 ni, asyik sibuk dengan study.. agak2nya umi nak tak sambung study balik??
hehe
kesian la kat ummi.. tak sanggup nak bagi ummi susah2 stay up buat tutorial, masuk kuar lab siapkan projek, submit report..
umi rileks2 je la ye..
ummi dah penat mendidik anak2 ummi hingga berjaya..
biar kami pulak jaga ummi..


Pokok ni saksi yang memerhatikan ana & kawan2 ana berjalan di lorong dari library ke CG.. walaupun takde mata, takpe, dia still boleh jadi saksi kat akhirat nanti..

Rindu pada kt ampa semua(kawan2 MT PPM) .. dulu kami selalu habis meting lewat malam.. ada hikmahnyer.. 
tiba2 cik Zai memanggil "woih! buat apa tu? cepat!!" ..
ha.. dah kena marah dah..
tu la pasal, asik termenung tengok pokok ni je..
(^_~)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"why I'm so stupid?!"





There is at bottom only one problem in the world and this is its name: how does one break through? How does one get into the open? How does one burst the cocoon and become a butterfly?" -Thomas Mann-


Berada dalam dilema bukanlah suatu perkara yang mudah. membuat sesuatu keputusan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng apatah lagi bila keputusan yang nak dibuat tu melibatkan banyak pihak.. so kenala fikir habis-habis.. fikir sedalam-dalamnya.. dan memohon petunjuk Allah.. buat istikharah, moga-moga diberi ketetapan hati..

smua tindakan kita mmg ada risikonya..
kalau semuanya selamat.. alhamdulillah..

tapi bila hujan di tengah hari? (nasib tak menyebelahi?)

setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya satu perkara yang dia sangat kesali dalam hidup dia.. sometimes 'bad things' tu cuma berlaku pada diri dia je.. orang lain tak terlibat.. sometimes melibatkan orang lain..

hakikatnya perkara tu telah pun berlaku..

**hehe.. skema nya ayatku.. hm.. sedang berusaha menaip pelan2 supaya kurang kesilapan ejaan :p

menyesal?
ramai orang menyesal..

geram?
ramai orang geram dengan diri sendiri..
"why I'm so stupid?!" ----> ayat ni popular di kalangan orang2 yang datang jumpa saya.. hm..

so..

bukanlah satu tindakan bijak dengan membiarkan diri berada dalam kesedihan dan penyesalan yang berpanjangan.. bila kita dalam keadaan sedih, hormon2 yang tak baik untuk kita akan disintesiskan.. so emosi kita akan semakin down..down.. dan down..
bukan tu je, jantung kita akan jadi laju.. nafas jadi sesak.. ala.. simptom2 stess.. dan high risk utk sakit jantung... strok.. nauzzubillah..
jangan menzalimi diri sendiri..
dan jangan menzalimi org2 yang kita sayang (jangan buat orang yang kita sayang bimbangkan kita.. jangan buat mereka susah hati.. bukan tu cara nak treat those we love..)

the best way ialah...

iringilah keburukan dengan kebaikan..

Daripada Abu Zarr Jundub ibn Junadah, dan daripada Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal RA, daripada Rasulullah saw bahawa Baginda bersabda: (Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, iringilah kejahatan itu dengan kebaikan nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut, dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik). Hadis riwayat al-Imam at-tarmizi, beliau berkata: Ia adalah hadis hasan, dan sesetengah yang lain menyatakan ia adalah hadis hasan sahih. 

sebabnya perkara yang kita dah terlajak tu dah pun berlaku.. dah pun jadi sejarah dalam hidup.. so kalau dikenang-kenang pun, ditagisi pun, di hantui sekalipun... thats not going to make it better..

jadilah orang yang bijak.. yang mengambil iktibar dari apa yang berlaku.. semua perkara ada hikmahnya.. walau sebodoh mana perkara tu.. walau sebodoh mana tindakan tu.. tu semua dah pun berlaku.. dan itulah yang memang tercatat di kitab Luh Mahfuz.. kitab yang mencatat Qada' dan Qadar.. hatta sehelai daun yang gugur pun tercatat di situ..

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

Pilihlah utk berubah..

Terimalah dengan hati yang redha di atas segala ketentuan kerana Allah telah memilih kita untuk menempuhinya..

Walau seburuk mana ketentuan itu, yakinlah setiap sesuatu itu ada kebaikannya.. Allah jatuhkan kita di lubang kecil agar kita berhati-hati dan tidak jatuh di lubang besar. Alangkah bahagianya jika kita sedar satu lagi hikmahnya.. supaya kita dapat membimbing teman-teman lain dari jatuh di lubang yang sama.. dan dapat menarik keluar mereka yang jatuh..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


its hurting me....


when you have a problem with someone, just talk about it face to face. believe that Allah will open a way for them who is willing to rehabilitate a relationship..




do you...?




Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were, but I walked away
If only I knew what I know today, ooh, ooh

I would hold you in my arms, I would take the pain away
Thank you for all you've done, forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do to hear your voice again
Sometimes I wanna call you but I know you won't be there

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just wanna hide 'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye when it comes to this, ooh

Would you tell me I was wrong? Would you help me understand?

Are you looking down upon me? Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do to have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, oh

If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you
Since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time

I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself
By hurting you...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.