Salju Sakinah


 assalammualaikum........baru lepas khatam novel ni.....SALJU SAKINAH......sebuah novel islamik yg agak berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus,,,,agak melankolik lah....menarik.....


SINOPSIS sedikit yep.........


Kesediaan Seorang Daie...
Begitulah watak Sumayyah dalam Salju Sakinah, dia tidak henti-henti diuji. Berbekalkan tiupan semangat arwah ayahnya, dia yang baru pulang dari Jordan menuntut agama, terpaksa terjun dalam bidang keusahawanan yang ditinggalkan ayahnya itu. Kemudian dalam menjaga sakit uminya, kakaknya pula didapati terlibat dalam sebuah ajaran sesat. Terus-terusan diuji, dia juga dilanda duga jiwa....


Sumayyah. Nama watak utama dalam karya penulis mapan Zaid Akhtar ini mengetuk-ngetuk jiwa ana. Masakan tidak? Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid. Ketika syariat masih belum turun, dan syahadah baru sahaja diucapkan, imannya boleh begitu teguh, jiwanya begitu yakin. Tegal apa? Dia betul-betul faham apa yang disampaikan nabi.


DIANTARA DIALOG DALAM BUKU INI YG MENARIK HATI ANA.....
Jangan nama saja Sumayyah, tapi lekas sangat mengalah.

"seorang muslimah..
seorang mujahidah,,,,,
seorang muslihah .....
seorang sumayyah......"

Tajuk Buku : Salju Sakinah
Penulis : Zaid Akhtar
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM26.00
Cetakan Ketiga : 2008
Genre: Islamik
Bintang: 5


apa kata ana.......
buat  Zain Akhtar...walau rasanya agak terlewat ana membaca novel anda ini...diharap ta terlambat untuk ana ucapkan tahniah....novel anda cukup hebat...
pembaca masih mengharapkan 
MAGIC TOUCH dari anda lagi di masa hadapan....dan juga pada novel yg akan datang....
.insya alllah.....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.