KRONOLOGI KES SAIFUL -ANWAR : Lambatnya bapanya mengaku. Orang sudah lupa siapa Saiful.


Bangun pagi tadi,disajikan dengan berita seorang bapa mendedahkan anaknya telah bersekongkol dengan fitnah. Tidak pelik bila hal ini berlaku kerana pada akhir zaman, umat akan berperang dengan fitnah,pemikiran dan ideologi,senjata nuclear,senapang tidak lagi merbahaya.

Tidak hairanlah kenapa Surah alKahfi boleh menjadi perisai umat akhir zaman. Bukan setakat menghafal tersebut,tetapi MENGHAFAZ dan melarutkan diri dalam mesej yang Allah sampaikan melalui 4 kisah dengan pelbagai mesej


Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

Bila Saiful Bukhari keluarkan kenyataan diliwat, kita kata dia dipergunakan, walaupun Saiful kata dia tidak dipaksa sesiapa.


Hari ini bila bapa Saiful tampil mengaku dgn penuh malu kes liwat Saiful adalah satu sandiwara bermotif politik, adalah pengakuan bapanya juga satu drama politik yg dibuat-buat?


Kita sedang hidup dlm sistem dajal, yg mati boleh dihidupkan. Fitnah melilau-lilau akhir zaman ini. Tapis dgn Al Kahfi; yg berpegang pada Quran akan berjaya.

Lepas ni mesti ada pengikut UMNO yang cakap Anwar bayar ayah Saiful Bukhari.
Ini semua salah Anwar.!

Mudahnya hidup sekarang ini. Fitnah, serang, maki hamun, malukan secara umum di khalayak ramai, heret keluarga bersama, maki hamun dan serang mereka. Kemudian bawakan dalil dari ayat al Quran dan hadis tentang kebaikan memaafkan dan akhir sekali sebut, 'Nabi SAW pun maafkan umatnya sendiri.' Matlamat menghalalkan cara, fitnah, serang dan maki hamun. Tahniah orang Malaysia, kalian sungguh beradab.

Lambatnya bapanya mengaku. Orang sudah lupa siapa Saiful.

Kronologi kes Saiful - Anwar

Dunia Akhir zaman,
Penuh dengan fitnah, 
Bacalah Al-Kahfi, moga kita terpelihara.

"Bangkai Dinosour, tak leh tutup dengan daun pisang"

notakaki- teringat  'Anakku Sazali' errr..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Selamat Hari Wanita Sedunia 2013 "Duhai muslimah... Jadilah seperti Aisyah, kuat iman seperti Sumayyah dan sabar seperti Hajar"


currently is reading his writing about women and MasyaAllah, saya jatuh cinta pada ulama' yang penuh hikmah dan kebijaksanaan ini.

Semoga ada pihak yang sudi untuk mengetengahkan tokoh ini melalui penterjemahan tulisan-tulisan dan pengucapannya agar setiap wanita di dunia terutama mereka yang tertindas dan terhina, yang dilayan umpama makhluk bukan manusia, yang dizalimi dan sebagainya mampu merasai bahawa mereka ada sinar yang tidak pernah padam.

Islam tidak pernah menjadikan lelaki itu tuhan dan wanita itu hamba.


selama ini saya kenal sheikh Rasyid hanya sebagai tokoh Islamist Tunisia tanpa sedar bahawa beliau sangat menekankan berkenaan kemuliaan yang telah Islam beri kepada wanita.

paling terharu apabila membaca berkenaan jawapan balas beliau kepada dalili-dalil yang digunakan oleh sebahagian pihak untuk merendahkan kedudukan wanita. MasyaAllah 3alaih.

Di tahun 2013, kalau perempuan bersimpuh sedih ditindas diperguna lelaki, perempuan itu yg bodoh.

- nota kuliah Twiter dari Prof Madya Aishah Nur Hakim-

Ada Wanita sebagai suri rumah dan juga berkerjaya. dan lagi hebat, wanita adalah "engineer" dlm masyarakat.
Dulu zaman Jahiliyyah, wanita dihina ditindas habis-habisan. Tapi sekarang,dlm jahiliyyah moden, wanita dipergunakan sbg alat untuk kepentingan dunia.

Sedarlah,peranan kita wanita sangat penting kepada Islam.

Selamat Hari Wanita (Muslimah)
8 Mac 2013.
Selamat Hari Wanita


Notakaki- While you're busy...


Semoga kita disibukkan dengan perkara yang benar.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Video Dan Gambar : Reaksi Rakyat Sabah Di Kampung Tanduo #PrayForSabah


TERKINI operasi diteruskan untuk menjejaki musuh dalam Ops Daulat.



VAT69 : Video Khas Untuk Tatapan Rakyat Malaysia #PrayForSabah




Gambar Di Pusat Pemindahan.

Update Lahad Datu : Gambar Jururawat Bertugas Beri Bantuan Kepada Penduduk.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO DAN GAMBAR :INSIDEN BUKIT KATIL 8 MAC.



BUKIT KATIL 8 MAC






Dalam hal kemaksiatan, Nabi saw tak pernah ajar kita;

Yang kecil tak boleh tegur yang besar,
Yang junior tak boleh tegur yang senior,
Pekerja tak boleh tegur majikan,
Anak buah tak boleh tegur ketua,
Rakyat tak boleh tegur pemimpin,
Yang muda tak boleh tegur yang tua.

Orang yg tidak berubah lazimnya ego dengan teguran. Boleh jadi sebab itulah Syaitan diusir dari syurga. 

Teguran itu sebahagian dari keadilan yg wajib ditegakkan & keadilan tak mengenal warna kulit, bangsa, agama, usia mahupun pangkat.

dan mereka yang apabila melakukan 'the act of shamelessness' atau mereka berbuat zalim ke atas diri mereka sendiri, IMMEDIATELY they remember Allah and immediately they ask for His forgiveness, and siapa lagi yang dapat ampunkan dosa2 kalau bukan Allah? and they dont persist in what they have done, while they know (have a knowledge about what they have been doing) - surah ali imran, ayat 135.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERKINI[VIDEO] : 32 pengganas Sulu maut dalam serangan pasukan keselamatan hari ini menjadikan jumlah pengganas yang terbunuh setakat ini 52 orang


Terkini : 32 pengganas Sulu maut dalam serangan pasukan keselamatan hari ini menjadikan jumlah pengganas yang terbunuh setakat ini 52 orang

Sidang Media Terkini Ops Daulat #PrayForSabah


Seramai 32 anggota kumpulan penceroboh bersenjata Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan 'ground zero' di Tanjung Batu, di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis percaya antara yang ditembak dalam pertempuran itu pada pukul 11.30 pagi ialah seorang ketua kumpulan berpangkat jeneral.

"Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi di Tanjung Batu kami percaya 31 musuh tumpas manakala seorang lagi musuh tumpas dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi. Tiada anggota keselamatan yang cedera," katanya pada sidang akhbar bersama Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain

Beliau berkata pasukan keselamatan memperluaskan kawasan operasi itu sejak semalam untuk menjejaki saki baki kumpulan yang dipercayai masih berada di dua tempat iaitu Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Di samping itu, keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52 orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta di Kampung Simunul, Semporna.

Sumber : www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia


Menteri Pertahanan : Jangan Percaya Dengan Tawaran Gencatan Senjata Kiram


Berikut adalah kenyataan daripada Sultan Sulu palsu iaitu Jamalul Kiram III yang dilaporkan oleh Inquirer.Net pada jam 12.30 tengah hari, 7 Mac 2013. Kiram telah mengumumkan genjatan senjata dan meminta pasukan keselamatan Malaysia juga melakukan perkara yang sama. 

Tidak sewajarnya tuntutan sebegitu diminta. Apa yang terbaik adalah pengganas Kiram yang masih berada di Sabah perlu menyerah diri untuk diadili oleh sistem perundangan negara. Pengganas Kiram telah menyebabkan 8 orang anggota polis negara terkorban. Pengganas Kiram yang menceroboh negara, mereka perlu serah diri dan keluar dari Malaysia.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Insiden Lahad Datu : Kekayaan Luar Biasa Sultan Sulu




Presiden Filipina mendakwa Jamalul Kiram terpaksa mendapatkan bantuan untuk rawatan dialisisnya.


Aquino menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiayai operasi seperti itu.
Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO)
untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.

Sumber : http://mynewshub.my/2013/03/04/semua-petunjuk-memperlihatkan-konspirasi-presiden-aquino/

Bernama pula melaporkan pengganas Sulu mampu membeli rokok daripada penduduk kampung dengan harga RM50 sekotak.

"Ketika saya lalu di depan mereka, seorang daripada mereka meminta rokok dari saya
dalam bahasa Melayu.
"Saya kemudian memberikan mereka sekotak rokok yang saya ada dan mereka memberikan
wang RM50 tetapi saya tidak mengambilnya," katanya ketika ditemui Dewan Fajar Harapan di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu hari ini.

Mari kita tengok anggaran kos serangan terhadap Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang dibuat oleh MyNewsHub :
Sumber memberitahu Mynewshub.my, antara senjata milik pengganas yang dikesan di Lahad Datu ialah;



M-16



M-14 – Rifle untuk penembak tepat



Light Machine Gun – LMG



General Purpose Machine Gun – GPMG



M203 – grenade launcher



AK47



Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal)



Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan)




Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.

Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).
Harga senjata adalah berdasarkan jenis dan aksesori tambahan pada senjata berkenaan.
Malah, jika mengikut gambar dan maklumat sebelum ini, kumpulan Kiram juga dipercayai memiliki FN FNC Para Carbine. Mereka juga dipercayai memiliki senjata-senjata yang dihasilkan sendiri.
Secara keseluruhan, dianggarkan seramai 180 pengganas memasuki Lahad Datu 4 minggu yang lalu dan jumlah senjata mereka tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Gambar utama di atas memperlihatkan kumpulan Kiram III yang diambil pada Oktober tahun lalu dan senjata yang dimiliki mereka.

**Gambar senjata-senjata yang diletakan di laman ini adalah dari sumber internet
dan bukan senjata sebenar dalam pertempuran di Sabah. Kemungkinan ia tidak menyamai
sepenuhnya dengan apa yang digunakan para pengganas.
 Hanya sebagai gambaran kepada pembaca- Mynewshub.my

Persoalannya,
 siapakah yang membiayai kos operasi serangan terhadap Lahad Datu ini?

 Adakah Jamalul Kiram mempunyai kekayaan luar biasa yang kita tidak tahu?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Update Lahad Datu [VIDEO]: Gambar-gambar 9 Pengganas Sulu Yang Maut Dan Operasi Polis Di Kampung Airport Semporna Lahad Datu. #PRAYFORSABAH.



Police operation in Kampung Airport, Semporna, Sabah



Terkini : Video Eksklusif Ops Daulat


Update Lahad Datu : Gambar-gambar 9 Pengganas Sulu Yang Maut.


Gambar Ini dah Disahkan Pengganas Bersenjata yang mati dalam Op Daulat, Tetapi ada "Keyboard Warrior" yang kerap mempertikaikan tindak tanduk Pasukan Keselamatan Selama ini mengatakan itu adalah "Mayat"Anggota Komando Kita.. Tak Tau Nak Cakap Seboleh-boleh mereka nak spin gambar itu untuk mewujudkan rasa ketidakpercayaan Rakyat Kepada Pasukan Keselamatan dan Kerajaan. Orang Macam ini yang jelas Hitam Dia tetap Cakap Putih, Yang jelas putih tetap dikata Hitam..


Gambaran Lebih Jelas dipaparkan Menteri Pertahanan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi- Turut Diperkatakan tentang penemuan Sebuah Kubur Besar yang menempatkan 9 Mayat Pengganas Bersenjata di Kg Tanduo






sumber dari Ameno world.

Tentera Sulu Seksa Mayat Polis Malaysia..

Akhirnya. Berita dah boleh dilepaskan sebab PDRM dah keluarkan kenyataan. Benda neh ramai dah orang tahu. Yang sekitar sana, sedara mara terdekat dan mereka2 yang pergi melawat jenazah..

Cuma tak diwar2kan di public sebab belum boleh dilepaskan. Polis tak keluarkan kenyataan lanjut, kita pun nak menghormati perasan ahli keluarga yang terlibat. Sudah semestinya mereka berduka di atas apa yang menimpa ke atas ahli keluarga mereka. Mati itu sudah cukup menyedihkan. Menyeksa ahli keluarga mereka dengan melakukan sesuatu hal yang "kejam, biadap dan kurang ajar".. sehinggakan ahli2 keluarga yang melihat mayat itu jatuh, pengsan, terkejut, trauma dan sakit ahti.. itu perkara yang lain..



"Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya..

Polis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.
Tindakan ini dipercayai balas dendam kerana ada anggota2 mereka yang mati terbunuh pada serangan hendap yang berlaku pada jumaat lepas. Mereka serang hendap pasukan negara lepas tue bila pasukan negara pertahankan diri sehingga ada yang mengorbankan nyawa, mereka tak puas ahti.

Dalam pada itu media2 filipina masih membekap penceroboh2 sulu ini. Sudah semestinya mereka bermain wayang. Yang bodohnya rakyat malaysia yang berbalah sesama sendiri disebabkan laporan media filipina. Agak bangang disitu. Mereka tidak tahu media antara perang saraf, perang propaganda, perang saiko yang sangat2 berkesan dalam melemahkan dan mengoncang semangat lawan.

Baca bawah neh, bagaimana kerajaan filipina masih membekap secara tidak langsung tindakan2 pencerobohan ke atas sabah ;

Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu penjelasan semalam, bahawa del Rosario tidak melabelkan kumpulan Filipina itu sebagai "pengganas", tetapi mengakui kekejaman tersebut, jika benar, dianggap sebagai perbuatan "pengganas".

"Di Semporna, terdapat dakwaan tindakan keganasan. Seperti yang dilaporkan oleh menteri luar Malaysia, selepas pasukan polis terjebak dalam satu serangan hendap dan dibunuh, mayat mereka dipelakukan dengan kejam.

"Jika benar kekejaman ini dilakukan seperti yang dilaporkan kepadanya, kedua-dua setiausaha luar dan menteri luar itu bersetuju bahawa ini adalah tindakan keganasan," kata kenyataan itu. -MKINI-
Kalau dah buat kerja ganas, bunuh orang, seksa mayat, kacau kampung orang, serang dan sebagainya.. kalau tak dilabel sebagai pengganas nak label sebagai apa? Pejuang? Haktuih. 



Geng-geng PRs jangan buat spekulasi tentang gambar ni...sudah tersebar di fb2 mempertikaikan tentang gambar ini. Pada pendapat PRs ini hanyalah kubur @ lubang yg dikorek semula atau boleh juga dikatakan tempat disimpan @ disembunyikan mayat penceroboh ajer...mungkin disebabkan kurang maklumat kita pertikaikan kenapa mayat dah mereput dsbnya..

Ini hanya propaganda mereka sahaja.

- Untuk pengetahuan ini adalah gambar mayat penceroboh yg terkorban ketika pertempuran pertama yg mengorbankan 2 anggota polis komando kita...

- Tentang pakaian yang dilihat rata-rata dipertikaikan...itu bukanlah sesuatu yg pelik kerana kalau kita lihat gambar2 militan di selatan Filipina anggota mereka memang berpakaian ala tentera.

- Penceroboh juga pernah meminta beri mereka ruang utk kebumikan rakan mereka....dan dalam situasi konflik yg dah meletus mereka akan buat seringkas yg boleh...mereka menganggap ini perjuangan syahid jadi tak hairan mereka dikumpulkan begitu.

- Janganlah disebabkan nak menjadi penyiar kita dah tak boleh berfikir secara waras lagi...takkanlah kematian atau kehilangan anggota keselamatan kita dirahsiakan..kalau nak rahsia 8 kematian dahulu dah dirahsiakan dah..

- Isu ini isu serius...sebab jika dah melibatkan kematian anggota kita sendiri perkara ini bukan perkara main2 lagi dah....berbeza pendapat itu boleh tapi jangan jadikan ianya hanya bahan propaganda sampah.....

Terima Kasih
Cetakan computer tidak memerlukan tandatangan

wallahualam..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Update Lahad Datu : LAUTAN DAN DARAT DIKEPUNG SEKAT BEKALAN MAKANAN KEPADA MUSUH - HAMZA



LAUTAN DAN DARAT DIKEPUNG SEKAT BEKALAN MAKANAN KEPADA MUSUH - HAMZA

Kuala Lumpur, 7 Mac - Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.

"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.

"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini hari ini.

Penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu yang berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu dikepung pihak keselamatan negara sejak 12 Feb dalam usaha kerajaan menyelesaikannya secara aman. 

Namun, pada 1 Mac kumpulan terbabit menyerang pihak keselamatan yang mengorbankan dua anggota polis komando VAT 69 dan sehari selepas itu enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap di sebuah perkampungan di Semporna, juga angkara kumpulan penceroboh.

Mengenai kumpulan penceroboh yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan.

"Kalau ada jalan keluar pun, 'the only way out' ialah ikut jalan laut. Bagaimanapun, saya tidak menafikan (wujud cabaran) kerana kita berhadapan dengan manusia, jadi masing-masing ada tipu helah," katanya.

Berhubung penahanan empat suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, Hamza berkata polis masih menyiasat sejauh mana penglibatan suspek dengan kumpulan berkenaan.- BERNAMA




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


[VIDEO] LAHAD DATU : Reaksi Rakyat Sabah Bila Penceroboh Diserang Pagi kelmarin.


Video Reaksi Rakyat Sabah Bila penceroboh Di Serang



Video Reaksi Rakyat : Serangan Ke Atas Penceroboh Di Lahad Datu


"Harus kita bezakan d antara Suluk/Tausug yg cintakan keamanan dan Suluk/Tausug yg menceroboh.

Asal-usul mereka sama, tapi masyarakat Suluk Malaysia rata-rata cintakan keamanan sama mcm suku kaum lain d Sabah."

(sa ambil ayat si Fazil George Ali)

Sa ramai kawan Suluk yang lahir di Sabah/Malaysia kebanyakkan jiwa dia org sudah pada Sabah/Malaysia .. tolonglah kasian dan hormati dia org juga .. bukan dia org mo mcm gitu sudah takdir . Jadi kita sebagai manusia kenalah guna otak utk menilainya ... 

Jauhkan memaki bangsa Salahkan Pesalah si PENCEROBOH!!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO-JUNIOR UITM SABAH DIBULI SENIOR.


Kenapa sampai memukul ?

Video ni bukan lah kes PENCEROBOHAN ... sa cuma mahu tahu kenapa budak² tu ditampar , dipukul sampai gitu ? apa salah dia org ? adakah sebab rambut panjang ? adakah sebab kalah lari dalam guni ? adakah bergaduh? tolong jelaskan kunun sapa² tau alKisah pasal video ni ..




sanggup bah dyorang wat cam ni..sama-sama ga manusia.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED LAHAD DATU : LIHAT VIDEO INI .BENARKAH ADA PENCEROBOH YANG MELOLOSKAN DIRI?RAHSIA DI MANA RAJA MUDA AZZIMUDIE BERSEMBUNYI.



Benarkah Ada Penceroboh Yang Meloloskan Diri? Lihat Video Ini




RAJA MUDA AZZIMUDIE 

KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat.


Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain.



Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai.


Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini.


Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua. Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia.


RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE


Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas. Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou.


Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?


Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan. Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.


Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka.


250 ORANG PENGAWAL ELIT


Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya.


Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun.


Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup.


Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya.


Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya.


Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak.


PERSOALANNYA


1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah?


2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal?


3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini?


4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak?


5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna.


6. Anwar Ibrahim masih tidak mahu mengaku penglibatannya dalam insiden di Lahad Datu. Walaupun Raja Muda Azzimudie mahu bertemu dengan Tokoh Pembangkang Malaysia! Siapa lagi? Perisikan Manila juga mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim! Apakah bantuan yang Anwar Ibrahim telah berikan kepada mereka? Wang Ringgit? Harapan? Janji? Kerjasama? Win-Win Situation?


LESSONS

1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah.


2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduk tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal.


3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah.


4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu.


Sekian, Assalamualaikum.
Orang Suluk tempatan.
Lahad Datu.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED Insiden Lahad Datu : Video Saat-saat Mencemaskan dan Lagi pengkhianat Negara dikesan!







Lagi pengkhianat Negara dikesan!


Sekiranya anda ketemu pemuda di atas, harap dapat dilapor dengan cepat kepada pihak berkuasa, sebelum beliau dapat mengebom Balai Polis di KK .


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED #LAHAD DATU :[VIDEO] KESULTANAN SULU NAFI AZZIMUDIE TERBUNUH.


 Nafi Azzimudie terbunuh

Kesultanan Sulu menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, telah terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi ini.


Menuru tInterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang ini.

"Datu Raja Muda (Azzimudie) dan para pengikutnya semua masih hidup," Idjirani dipetik sebagai berkata.

Beliaumengumpamakan Azzimudie "seperti musang", kerana dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pasukan keselamatan Malaysia.

Utusan Malaysia, dalam SMS berita petang ini, memetik sumber tentera sebagai berkata Azzimudie dipercayai telah terbunuh dalam serangan udara hari ini.

Sumber


LAHAD DATU – Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzimudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.


Adik kepada kepala lanun sulu azzimudie kiram terbunuh dalam serangan pagi tadi..
Manakala Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.
Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas


KPN: Polis percaya masih ada musuh bersembunyi di Kampung Tanduo

LAHAD DATU - Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.

Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah. - Bernama


20 mayat pengganas Sulu telah ditemui

Anggota polis dan kakitangan hospital telah bersiap sedia di jabatan kecemasan Hospital Lahad Datu.
Anggota polis dan kakitangan hospital telah bersiap sedia di jabatan kecemasan Hospital Lahad Datu.

LAHAD DATU – Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Sumber yang dipetik Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.

Sementara itu, dalam sidang media pada sebelah petang tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan, sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzimudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg. Tanduo, pagi ini.

Beliau juga menafikan dakwaan Sultan Sulu bahawa pihak keselamatan telah memusnahkan mayat anggota keselamatan yang terbunuh demi menutup perkara yang sebenar.

Tegas beliau, dakwaan itu merupakan satu propaganda yang sangat melampau dan tidak benar.

Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di
kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati
bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

“Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

“(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi,” katanya. – Utusan/Bernama



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


[VIDEO]LAPORAN LANGSUNG SERANGAN DI TANDOU,LAHAD DATU :DI MANILA Bendera Kita dan Gambar Najib Dibakar Di hadapan kedutaan Malaysia Di Filipina


SIDANG MEDIA KPN 05 MAC 2013 @ 11.00am:
Sidang media oleh Ketua Polis Negara berkaitan perkembangan semasa Op Sulu di Lahad Datu.


Kronologi Gempur Penceroboh Pihak ATM di Lahad Datu 5 march 2013

12 tgh hari - Setakat ini kematian penceroboh belum disahkan lagi dan tiada kematian dari pihak kita. Alhamdulillah

11.20 pg - Operasi udara telah dihentikan, Pasukan darat pula ambil alih serangan.

11.20 pg - Laporan mengesahkan tiada kecederaan atau kematian dari Pihak Malaysia...Alhamdulillah !!

10.15 pagi - Bergegar bangunan dan cermin Hotel Felda Residence, di Felda Sahabat 16, di mana tempat wartawan berkumpul akibat letupan berdekatan !!

10 pagi - Pasukan keselamatan lancar serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping. Suasana di Hospital Lahad Datu pada masa ini agak sibuk apabila ambulans telah bersiap sedia. Lima buah ambulans dilihat bergegas keluar dengan diiringi dua kereta polis.

9.30 pg - Unit Udara telah mendahului dan menyerang kedudukan Penceroboh di Lahad Datu. Kedengaran lebih daripada 10 letupan berlaku di sana.

9.00 pg - Kedengaran bunyi pesawat dan letupan kuat di sekitar kampung Tanduo. Keadaan tegang tapi tenang.

Jam 8.06 pagi - Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu

Jam 6.00 pagi, 7 Batalion tentera telah berada di sekitar Sabah. Setakat pagi ini tiada serangan dan pencerobohan yang berlaku.

Bendera Kita dan Gambar Najib Razak Dibakar Di hadapan kedutaan Malaysia Di Filipina

Di Manila - Polis Anti Rusuhan mengepung Kedutaan Malaysia Disana yang di Jangka akan diserbu penunjuk perasaan yang sedang menuju ke Kedutaan Malaysia bagi membantah tindakan Malaysia Menyerang Kedudukan Pemberontak Sulu Pagi Tadi.



Mereka Bakar, Kita KIBAR! INI KALI LAH, PRAY FOR SABAH!






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED #LAHADDATU [VIDEO] KAMI TIADA KAITAN-KESULTANAN SULU NAFI ADA KAITAN DENGAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT.


Pelayaran adalah "KKB," pendek untuk "kaniya-kaniyang bayad," bermaksud semua orang yang pergi dibayar menyumbang ke arah perbelanjaan, Abraham Idjirani, jurucakap kesultanan, berkata pada petang Isnin taklimat akhbar.

Taklimat kesultanan segera diikuti yang diadakan di Malacanang oleh Aquino.

Puteri Jacel Kiram, anak perempuan Sulu Sultan Jamalul Kiram III, menyelar kenyataan Aquino,sebagai  penuh dengan "analogi andaian" dan mengundang "spekulasi".

Beliau juga menafikan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa parti politik pembangkang di sana telah membantu menyemarakkan krisis Sabah.

'KAMI TIADA KAITAN'




MANILA, Philippines -- The sultanate of Sulu brushed off President Benigno Aquino III’s allegations “conspirators” funded the voyage of some 200 followers who went to Sabah to press its claim to the territory.

The voyage was “KKB,” short for “kaniya-kaniyang bayad,” meaning everyone who went paid contributed towards expenses, Abraham Idjirani, spokesman of the sultanate, said at a press briefing Monday afternoon.

The sultanate’s briefing immediately followed that held in Malacanang by Aquino.

Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, slammed Aquino’s briefing, calling it full of “hypothetical analogy” and “speculative statements” to which they could not respond and dared Aquino to “name the conspirators” he claimed had abetted their follower’s voyage to Sabah.

She also denied claims by the Malaysian government that the political opposition there had helped stoke the Sabah crisis.

“We are not connected to the Malaysian opposition; we have not talked to any of them,” she said.



Segala tohmahan terjawab sudah.







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED#LAHAD DATU :ARAHAN SUDAH DIKELUARKAN OPERASI SERANGAN BERMULA .



TERKINI "OPERASI BERMULA DI KG TANDOU. AIRFORCE BOMBINGS INTENSELY"

Kami memohon agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik
 supaya mendoakan kejayaan misi kali ini dan yang lebih penting, keselamatan penduduk
yang terlibat serta anggota keselamatan kita.

Insya Allah kita pasti berjaya! ALLAHUAKBAR!

Jom kita doakan keselamatan dan kesejahteraan di Sabah

Ya Allah,peliharalah bumi Sabah, hentikan segala kekejaman. Lindungi saudara-saudara
kami Ya Allah.

Engkaulah Yang Maha Berkuasa Ya Allah

Amiin.

Kenyataan Akhbar

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.


Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

PERDANA MENTERI MALAYSIA


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INSIDEN LAHAD DATU [VIDEO] : Portal media Filipina melaporkan Puteri 'Sultan' Sulu, Jacel Kiram memaparkan gambar yang salah tentang keadaan tentera Malaysia.TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI.




Portal media Filipina melaporkan Puteri 'Sultan' Sulu, Jacel Kiram memaparkan gambar yang salah tentang keadaan tentera Malaysia.

silap upload gambar?

Sultan's daughter feeds media fake image of Malaysian casualties

Uploaded on 9:31AM
Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, shows on Sunday a purported image of Malaysian casualties after a clash between Malaysian authorities and armed followers of Sultan Kiram in Lahad Datu, Sabah. A similar photo of the Princess appeared on the front page of the Philippine Star. GMA News Online has verified that the image is fake, and most probably of dead Thai soldiers killed in Thailand in 2007. The image of the Thais has previously appeared elsewhere on the Internet. Danny Pata
http://www.gmanetwork.com/news/photo/33470/sultan-s-daughter-feeds-media-fake-image-of-malaysian-casualties

Kepada pembaca yang tengok gambar asal yang terpapar di tablet 'puteri' tersebut, boleh ke sini :


Tolong sebarkan maklumat ini untuk membantu pihak polis mengekalkan keamanan di bumi Sabah.


*Sebar-sebarkan.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


[VIDEO]Krisis Lahad Datu Sebagai Lakonan, Kini Tian Chua Mulai Buat Penafian.



Tuduh Krisis Lahad Datu Sebagai Lakonan, Kini Tian Chua Mulai Buat Penafian



Apa lagi, bila sudah terkena maka taktik melepaskan diri akan digunakan. 

Fitnah apa lagi, kalau sudah ada video sebagai bukti Tian Chua pernah bercakap bahawa krisis Lahad Datu adalah satu lakonan. Tengok video bawah ini.


lakonan atau tidak kerajaan tetap harus bertanggungjawab.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERKINI-AL-FATIHAH SENARAI SAH YANG TERKORBAN. WAJARKAH MALAYSIA MELAYAN LAGI TUNTUTAN MEREKA SETELAH 8 ANGGOTA KITA MAUT?


Anggota polis mengawal ketat perkarangan Hospital Semporna bagi menanti ketibaan mayat anggota polis yang terbunuh. Kumpulan bersenjata Sulu itu melakukan serangan hendap di Kg Simunul Semporna pada pukul 7 petang Sabtu, dalam insiden itu enam anggota polis terkorban ketika berbalas tembakan untuk mempertahankan diri. sumber

LAHAD DATU, 4 Mac (Bernama) -- Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan Ahad dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Dalam sidang media Ahad malam, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.

-- BERNAMA



TERKINI-Senarai Sah yang terkorban Al-Fatihah(Bagi yang Islam)






1. Supt Ibrahim Lebar, E1 B.Aman
2. ASP Michael, KCKD Semporna
3. Sjn Aziz - PGA Bn 14 Semporna
4. Kpl Azrul - PGA Bn 14 Semporna
5. Sjn Bahrin - E1 IPK Sabah
6. Kpl Salam - CKhas Tawau
7.Ins Zulkifli - vAT69 KOMANDO
8.Sarjan Sabarudin - VAT69 KOMANDO

ATM juga akan ketuai serangan dan tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan kesemua musuh di Lahad Datu yang menghuru-harakan sabah sejak 12Febuari. Ayuh kita Berdoa agar semuanya Berjalan Lancar#PrayForSabah


Selepas Sahkan Supt Ibrahim Lebar antara yang terkorban, Terbaru Sah L/KPL Mohd Azrul Tukiran turut terkorban dalam insiden Malam Kelmarin-AL-FATIHAH Buat Wira Negara.


L/Kpl 160475 Mohd Azrul Tukiran Gugur di Bumi Sabah-
AL-FATIHAH

Berasal dari Rantau Panjang Klang.

WAJARKAH MALAYSIA MELAYAN LAGI TUNTUTAN MEREKA SETELAH 8 ANGGOTA KITA MAUT?


KUALA LUMPUR: Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar Filipina pada Ahad.

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer/ beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.

"Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka," kata Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang Ahad.

Jamalul yang mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah.

Adik kepada Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.

Portal Borneo Insider pula dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.

Jamalul berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.

“Kenapa tidak menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia,” katanya.

Dia dilaporkan berkata penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka.

"Ini bukan bahan jenaka. Ini masalah besar,” katanya kepada pemberita.

Jamalul berkata lagi bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.

Sementara itu, anak perempuan Kiram, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.

"Jika mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah.

“Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?," katanya.

Jacel turut menadikan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

Dia turut menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”.

Dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh.


A very serious msg to philippines gov..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.