Komen facebookres pro UMNO tentang Adam Adli.



Pasca PRU adalah fatrah pembinaan pemuda. Kita membina diri bukan untuk mengisi jawatan, tapi memenuhi tuntutan sebagai khalifah. Kenal pasti potensi dan kelebihan diri, di mana posisi kita dalam membangunkan negara dan ummah. Masanya bukan esok, lusa.

Banyakkan mengaji, banyakkan mengkaji. Tulis ideamu, lontarkan pandanganmu. Negara perlukan anak bangsa yg penuh ilmu.

Bagi yg berminat utk mengganti kepimpinan negara, team up dengan rakan-rakan yg berminat, lantik diri kalian sebagai kabinet bayangan

Islam itu hebat. Ia dibina oleh org-org yg hebat. Maka jadilah kita orang yg hebat!

Ketika membaca komen facebookres pro UMNO tentang Adam Adli ditangkap dan digari sewaktu penangkapannya :

- Kurung je dengan gay
- Kira ok la gari dekat tangan. Bukan kena gari dekat kaki
- Patut tangan kaki kepala sekali kena gari
- Setuju dia kena tangkap. Tapi apa sebab dia ditangkap? (setuju tapi tak tau sebab?)
- Bagi kejutan elektrik lagi baik

Dan macam-macam lagi lah, tak dimasukkan sumpah berguni-guni, label melebel.

Sebab tu kita kena berjuang mengikut islam.Teruskan menadah ilmu dengan ulama haraki dalam Pas yg dulu dipinggirkan kerana melawan arus tetapi itulah yg diajar Islam.Orang Cina bukan Islam mempunyai mentaliti yg lebih baik. Ada benda saya tak setuju dengan Cina, tapi bab politik mereka sangat matang dan penuh hormat. And so i wonder, apa sebenarnya yg pengaruh kita? 

Hm.. (panjang-panjang)

Bila melihat realiti kefahaman agama yang caca merba ni, saya fikir antara cara terbaik untuk mendapat kefahaman Islam yang bersifat sederhana, membina emosi stabil dan pemikiran seimbang ialah belajar Islam melalui pelbagai guru dab aliran serta berkawan dengan pelbagai jenis individu-individu musleh yang baik.

Ia dapat mengelakkan pemikiran dari bahaya doktrinisasi beracun, terperangkap dalam taassub buta dan prasangka berlebihan.

Bukan sekadar pro-UMNO keluarkan kata-kata begini, pro-PR pun ramai juga sekiranya kena pada parti lawan, atau berbeza pendapat walaupun dikalangan ahli parti sendiri.

Apabila Karpal Singh mencadangkan Dewan Negara dimansuhkan, ia bukan hasutan malah boleh menghina negara. Nama pun cadangan. Bahaskan. Beliau ahli Parlimen, beliau boleh bahaskan di sana. Ahli Parlimen kemukakan hujah balas. Rakyat berikan pandangan.

Tapi bila berita mewar-warkan Karpal sebagai musuh negara, ia satu hasutan.

Budaya 'anti dialog' atau menghalang debat dengan melabel ni semakin menjadi-jadi.

Lama-lama manusia akan jadi dungu tak mampu kreatif berfikir. Akhirnya mudah jadi mangsa kepada siapa pun.

Semua ini mencerminkan mentaliti masyarakat Melayu. Melayu bukan majoriti di Malaysia, tapi Melayu paling dominan kerana Melayu mengetuai politik negara. Bayangkan mentaliti begini yg mendidik anak bangsa (ramai guru Melayu), mentaliti begini menjadi penguasa, mentaliti begini membuat polisi negara.

Ia satu perkara yang amat membimbangkan. Paling merisaukan ialah kita sedang mencacatkan pemikiran melalui pendidikan, generasi ke generasi.

notahati- Duhai Allah, sekarang kami mengerti, betapa sedihnya ar-Rasul tika dakwahnya ditolak.
Tuhan, masihkah ada keajaiban untuk kami?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sedapnya burglar mekdi!


Gegaran bom
Hujan peluru,
Solat mantain 5/5. Ada plus lagi.
Qiam cemerlang.
Quran bertaman dalam jiwa.

Hujan air
Konsert Gegar
Jiwanya,
Parowk.


Oh, wangi sungguh produk J&J ini,
Tepek sini sikit, sana sikit.

Dari kaca mata mereka yang tahu,
Kita, sungguh terlihat berbedakkan atau berlosyenkan darah.

***

Sedapnya burglar mekdi!

***

Oh, keju keraf! oh biskut harimau!
Mau beli lah!

Dan terhulurlah sedikit dana untuk membeli peluru.

***

+Saya mahu milo.
Itu Nestle punya.
+Saya mahu maggi.
Itu Nestle punya.
+Saya mahu nescafe.
Itu Nestle punya.
+Saya mau nestum.
Itu Nestle punya.
+okelah! Saya minum susu Nespray.
Itu Nestle punya.
+Matilah saya macamni!

Dey tanggeji, berbaris suda jenama lain yang tidak sokong zionis sana kedai.
Pilih seja.
Tapi kalau rasa perut lebih utama dari gencatan ekonomi zionis,
Mungkin anda sangat kurang mengaji.
Sebab macam tiada hati.


Dan diisra'kan Rasulallah ke Masjidil Aqsa,
Sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha.

***

Di sana nanti,
Kamu! Apa usahamu untuk membebaskan Masjidil Aqsa?

Kriuk..kriuk..bunyi cengkerik.

Tangan pun berkata; Daku lah yang menghulurkan wang kepada rejim zionis.
Sponsor sikit2, selama berpuluh tahun.


#kalau ada hati, kita akan cakna. 

Kita akan cakna.

Perang itu tidak mampu difahami melainkan oleh mereka yang turun ke medan. Jika dikhabarkan kepada kita, bahawa saudara kita sedang berperang, makanya mereka bukan seperti kita yang saat menonton filem genre perang, terasa penuh debar, takut, ngeri, membara dan pedih. Tetapi mereka melaluinya hari-hari selagi antara 2 belum tiba, iaitu syahid atau menang.

Doakan saudara-saudara kita di Qusayr, Syria sana. Mereka berdarah mempertahankan tanah, nyawa penduduk, maruah ummat Islam dan menghapuskan pembunuh zalim yang berhati syaitan.

Allahumma ansoral Islamma walMuslimiin wal Mujahidiin fi Suriyah. ='(



Video yang meruntun jiwa https://www.facebook.com/TallRifaat

semoga Allah menghancurkan thoghut yang zalim dengan sehancur-hancurnya. ameen.

notahati- Sahabat, jangan lupa menunaikan solat hajat dan berdoa sungguh-sungguh untuk saudara-saudara kita di Suriyah sebelum memejamkan mata beristiharat.

Semoga air mata yang mengalir, menjadi bukti persaudaraan Islam kita dengan mereka.

Semoga kelalaian dan tenggelamnya kita dalam kemaksiatan dan jahiliyyah tidak menjadi asbab mereka teruji sedemikian rupa.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO DAN GAMBAR PENYAMBUNG SUSUR KELUAR JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG RUNTUH.















BATU MAUNG: Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.


Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung. Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.


Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.

Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui ~ Astro


Sementara itu menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, yang kini berada di lokasi kejadian berkata bahagian jambatan sepanjang 30 meter di kawasan daratan di Batu Maung itu runtuh dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, beliau menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.15 malam tadi dan sampai ke tempat kejadian pada kira-kira jam 7.30 malam.
Sepasukan anggota bomba kini sedang membersihkan sisa runtuhan tersebut, katanya.

Beliau belum mendapat angka rasmi namun pihak bomba mengesyaki terdapat sekurang-kurangnya sebuah kereta di bawah runtuhan tersebut, katanya.


"Ini adalah kemalangan yang paling buruk melibatkan binaan yang pernah berlaku di Pulau Pinang," kata Sim yang merupakan bekas jurutera awam.

UPDATED - Second Penang Bridge ramp collapses, four in car feared dead (updated)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO Majlis Akad Nikah Ustaz Azhar Idrus dan Izyan.






بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير 

semoga sampai syurga.. :)





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bergelumang dengan maksiat 24jam sebab awek dia cantik dan sexy.



Kisah Anak Muda bergelumang dengan maksiat 24jam akhirnya berubah dengan dakwah... Subhan'Allah...

ihsan dari Fb 


Dan sungguh,
Matimu, adalah seperti bagaimana hidupmu.

+Saya anak terbiar. Hidup tidak ada yang kisah. Adakah mati pun begitu?
- InshaAllah tidak, jika hatimu tidak 'terbiar' dan tidak membiarkan hati-hati lain terbiar.

Dan sungguh,
Wanita itu madrasah.

Berkata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri mengenai keadaan anak gadis pada hari ini:

"Bagaimanakah anak-anak gadis pada hari ini? Adakah wanita hari ini masih dalam sifat malu mereka atau mereka menanggalkan rasa malu mereka? Adakah idola mereka itu masih Saidatina Fatimah Az-Zahra, Saidatina Khadijah Al-Kubra dan Saidatina Aisyah Al-Ridha? Ataupun idola mereka si dia yang menanggalkan rasa malu dan agama?"

Wanita solehah itu dimuliakan Allah dengan ilmu, dan daripadanya lahir juga generasi yang berilmu. Dinukil Al-Habib Muhammad Abdullah Al-Aydrus:

"Wanita yang dimuliakan Allah itu bukan sahaja berilmu, bahkan mereka dapat melahirkan zuriat yang berilmu."

"Al'maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha."
(Wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan isinya)

Nota kaki- Tengok tv.
Ada iklan tudung.
'xxxxxxx..nyata jelita'.

Err..dari mata hamba yang rabun,
Nyata tidak cukup syarat.
Depan gantung,
Belakang gantung.

Mahu buat tudung?
Oh haa, sila ikut ukuran jelita dari Tuhan.
Bukan kriteria dari insan.

Sekian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Himpunan 40 Kata-Kata Hikmah Islam.



Banyak benda tak terluah hanya mampu ditulis.walau tak dikongsi pada butir bicara.hanya ditaip pada papan kekunci,hanya dibaca insan-insan tidak dikenali.tapi sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk berbagi.

40 Kata-Kata Hikmah Islam


1. "Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"


2. “Tidak perlu kenal bertahun-tahun. Orang yang sudah mencintai Allah, maka akan dengan mudah ia mencintai orang yang juga mencintai Allah.”


3. Ujian yang Allah beri tu kadang-kadang hati kita rasa tak sama.Semua bergantung pada tahap iman kita.


4. Kalau iman tengah tinggi macam gunung.. datang la ujian besar mana, kita boleh lalui dengan tenang..yela, iman tengah bertambah..


5. Kalau iman dalam keadaan lemah longlai..berkurang.. ujian sekadar jentikan dari Allah kita dah rasa macam tsunami yang menimpa..walhal benda kecil je pun.


6. Tapi apa yang Allah beri pada kita, memang betul-betul sesuai pada ukuran iman dan kemampuan diri kita untuk hadapi. Tak mampu, Allah takkan beri.


7. Jangan bandingkan ujian orang lain dengan ujian kau. Setiap orang tak sama. Alangkan saiz kasut... saiz baju pun berbeza-beza, inikan ujian kiriman Tuhan..

8. “Merantaulah. Gapailah setinggi-tingginya impianmu. Bepergianlah. Maka ada lima keutamaan untukmu; melipur duka dan memulai penghidupan baru, memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan ilmu”


9. Sungguh, bukan mekap, beg tangan, baju seluar, kasut tumit, yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan.
Yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan adalah kerana kita menepati indikator perempuan yang mukminah lagi solehah.


10. Mengejar manusia kita akan lelah. Kejar Tuhan inshaAllah kita takkan rebah.


11. Kerana egolah Azazil merasakan dirinya lebih baik penciptaannya dari Adam.


12. Bukan mudah nak sayang seseorang kerana Allah.Tapi lagi payah nak membenci orang kerana Allah.


13. Dan ketika aku menjauhi-Mu, Kau tidak berkurang apa-apa walau sezarah, dan bila Kau mula menjauhiku walau sekali kelip mata, aku kosong tak bermakna.


14. untuk mengajar orang tentang ketinggian Allah dan Islam, kita mesti terlebih dahulu merendahkan hati sendiri.


15. Maafkan semua orang sebelum tidur.Bersangka baik dengan Tuhan dan manusia.Tak payah simpan amarah dan dendam.Itu cuma beban yang meletihkan jiwa.Jiwa bukan sudah cukup terbeban?


16. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. Ya Allah, jadikan kami orang yang senang meminta maaf dan memberikan maaf.


17. "Allah itu, lebih dari cukup. Lebih dari segala-galanya. Kau ada Allah, kau ada semuanya."


18. "Yang cantik belum tentu setia. Yang setia sudah pasti cantik. Bila ia tidak cantik di matamu. Setidaknya ia cantik, di mata Tuhan.."


19. Kalau sayang, hargai.Kalau benci, maafkan.
Kalau diterima, manfaatkan.
Kalau dikhianati, doakan.

Kita sentiasa punya pilihan untuk berbuat yang baik, jangan sekali-kali berlaku kejam pada orang lain


20. Tak semua mereka yang peduli itu, mampu mengungkapkan rasa prihatin mereka dengan kata-kata.


21. Ditanya Saidina Ali berapa jauh jarak langit dan bumi? Jawab Ali sedekat doa yang mustajab


22. "Belajar untuk bezakan, menasihati ataukah menghakimi? Kerana yang kau nasihati itu manusia yang (masih) punya hati.."


23. "Jangan berduka, bila berduka syaitan suka, sebab saat itu hati kita terluka, mudah syaitan hasut ke jalan murka, lalu mengheret kita ke neraka..."


24. Kadangkala hati itu perlu kosong sebelum dapat diisi dengan rahmat Allah. Berbahagialah kepada mereka yang hati terasa kosong, kerana Allah sedang membersihkan hatimu.


25. "Allah akan hancurkan hati orang yang ia sayang berkali kali sehingga tiada harapan untuk dunia ini. yang ada hanya harapan untuk Dia saja..bagi yang mencari cinta Allah bersedialah menerima hakikat ini.."
-Abd Qadir Al-Jailani-


26. terjumpa atau tidak terjumpa dua-dua pasti ada hikmah..cause Allah does not create something in vain.dan ya...dalam Islam tiada kebetulan. semuanya berlaku dengan kehendak Allah...
hanya Allah..


27. Dua kekasih yang tidak boleh bertemu dalam satu masa (di dalam hati) iaitu: Kasihkan Allah dan kasihkan maksiat.


28. Bila Tuhan tak beri apa kau minta, bersyukurlah. Dia tahu kau tidak mampu menanggung keperitan bila hal itu tidak seperti yang kau sangka. Dia kenal kau, dan hati kau, lebih dari kau kenal diri kau sendiri.


29. Cinta adalah doa. Selagi kita berdoa, selagi itu ada cinta. Bukan, bukan untuk sesama manusia saja. Pada Allah tentunya. Ada doa bermakna kita masih bergantung harap padaNya ; satu-satunya pemberi cinta. Moga DIA mengasihi kita dengan cintaNya yang Maha Agung.


30. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka 'lebih lurus' berbanding jalan ke syurga.


31. Ade sahabat yang tidak di sisi kita, tapi nama kita sentiasa dalam doa dia.
Allahurabbi. Sayangi dia.


32. Istighfar akan mengembirakan hatimu


33. semua yang berlaku tiada yang tiba-tiba ianya dari taqdir Allah di bawah kuasa keizinan dariNya Astaghfirullah,Alhamdullilah Allahuakbar!


34. "Tapak kaki kita kalau dah keras,pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut,terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah. Demikianlah juga hati,kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa."~TGNA~
-Mari beristighfar(Astaghfirullahal'azim)


35. Sesungguhnya iman dalam dada seorang itu lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian. Maka mohonlah kepada Allah taala agar Dia memperbaharui "iman dalam hati kamu
(Hadis Riwayat al Haisani)

36.“Kami hidup bersama Rasulullah saw dan kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi, kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar sekiranya kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu.”— [ Khalid Ibn Walid ]

~Ayyuhan naas...sollu 3la an-Nabi..~



37.Guru murobbi ummah, Tanpa murobbi aku tak kenal Robbi.


38. Guru itu buku yang berkata-kata,Guru itu rotan yang bergerak;Guru Murobbi Ummah.


39. Jadikan rasullullah SAW contoh guru yg terbaik. Dialah Mualim, muadib, murabbi, mursyid & mudaris sepanjang zaman..

40. Andai saja dosa berbau aromanya,malah kekal bersama pelaku.Tidak nyahbau Meski berkampung bawah hujan menderu..Apa engkau masih engkau Dan aku masih aku?
andai saja Allah menciptakan flatus itu berwarna..

Maka syukurlah, Tuhan tutup aib kita.


notahati- +hobi saya membaca.-Eh? Bukankah hobi=perkara yang kita suka buat pada masa lapang?
+ya, napa?
-Takkanlah Allah turunkan perkataan Iqra' dekat Gua Hira' tu hanya untuk kita jadikan hobi?

#membaca dan menuntut ilmu itu kewajipan kita sebagai Muslim.

sekian. kalau nak share..silakan.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Fatima Kodia.


Bismillah.

Masa umur 4 tahun, saya belum mula pengajian,belum masuk PASTI.

ingat-ingat lupa apa yang saya buat ketika usia 4 tahun.mungkin menonton tv sampai kakak dan abang balik dr sekolah.

Belajar mengaji pun malas-malas, mungkin masih Muqaddam ketika itu.
Itu pun di paksa paksa.

Tapi si cilik ini,
salah satu hobinya ketika berusia 4 tahun adalah menonton ceramah Dr.Zakir Naik.
Yang mana ketika itu, saya masih menonton teletubies, doraemon, spongebob
disney dan banyak lagi hiburan.
Kita besar dah pun masih menonton korea dan drama melayu dll. :/

dan ketika 4 tahun, dia dah mampu menyampaikan Islam..
dia dah mampu berdiri di pentas. Allahuakbar.

Bukan menyesali diri, atau ibu bapa sendiri, tidak sama sekali,
tapi sebagai muhasabah dan mencetuskan pasakkan impian yang tinggi,
bagaimana mahu membentuk generasi akan datang,
bakal anak saudara kita atau mungkin adik kita sendiri, atau mungkin anak kita sendiri.

nak menjadi 'pendidik' atau senang kata Ibu atau bapa
bukanlah semudah itu.
bukan sekadar hanya tahu pegang bayi dan salin pampers.
T.T

Salam Muhasabah.
Jom dengar peringatan dari Fatima.

Moga Allah bimbing kita selalu.






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.