KISAH SEBENAR "ANNABELLE"



Anak patung Annabelle merupakan kes yang paling luar biasa yang menjadi tumpuan oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dengan kes paranormal pada awal tahun 1970 yang direkodkan dalam buku Demonologist.


Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik dari kedai barangan lama. Anak patung itu dibeli untuk dihadiahkan kepada anaknya iaitu Donna bersempena dengan hari lahirnya. Pada masa itu, Donna ialah pelajar di kolej yang bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil bersama kawannya, Angie. Donna gembira semasa mendapat patung itu dan menjadikan perhiasan di dalam biliknya dan diletakkan di atas katilnya dan takda merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian.

Ketika itu, Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan mengenai patung Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh. Kadang-kadang juga, mereka temui, anak patung itu, berdiri dan bersandar di atas kerusi meja makan. Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung di atas sofa, tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, di atas katil dengan pintu yang tertutup rapi.


Pada suatu malam, Donna pulang dari tempat kerja dan mencari patung Annabelle tu dan sekali lagi TIADA! Dan, Donna jumpa patung tu di atas katilnya.


Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika dia memeriksa patung tu. Dan, Donna ternampak kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri di belakang tangan dan dada. Setelah rasa ianya terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar. Tidak lama kemudian, penyiasat itu menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins.




Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu. Sebab tulah, anak patung tu berpuaka sebab roh budak yang mati dibunuh tu melekat kat anak patung tu sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie.

Sehingga sekarang, patung Annabelle telah disimpan rapi dan tidak boleh dikeluarkan atau disentuh oleh sesiapa sekalipun kotak tempat simpanannya.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO seorang anak mendukung ibunya semasa menunaikan haji







man carries mother
Abdullah Ibn ‘Umar (May Allah be pleased with him) saw a Yemeni man going around the the Ka’bah in Makkah while carrying his mother on his back. This man said to Abdullah Ibn ‘Umar, “I am like a tame camel for her! I have carried her more than she carried me. Do you think I have paid her back, oh Ibn ‘Umar?” Abdullah Ibn ‘Umar replied, “No, not even one contraction [during childbirth]!!”

May Allah allow us all to be dutiful to our parents and serve them in their old age...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.