Syaitan Pun Takut Dengan Manusia Tak Solat


Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam,




“Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!”


Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, Syaitan tersenyum lebar sambil membatin,
” Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!”

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam. Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah. Senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.



Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya’, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
“Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !”

Dengan kehairanan manusia ini bertanya,
“Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?”.
“Aku takut!”, jawab syaitan dengan suara gementar. ”Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada “Adam”, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!”, kata syaitan sambil beredar pergi.





jadi fikir-fikirkanlah...selamat beramal!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


(16 GAMBAR)Majlis Pernikahan Ustaz Don Daniyal & Husna



Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Terima kasih kepada Artmosphere Photography

Ustaz Don dan Husna nampak sama cantik dan sama padan di hari bahagia mereka ini. Semoga kebahagiaan ini akan menjadi milik mereka selama-lamanya. Lagi 15 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Artmosphere Photography.






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Persoalan Hilang Dara Oleh Ustaz Azhar Idrus


Pendakwah, Ustaz Azhar Idrus ada ditanya mengenai ‘hilang dara’ oleh salah seorang daripada mereka yang menyertai ceramahnya.
Jawapan Azhar mudah (seperti yang boleh dilihat dalam klip di bawah) iaitu dengan bertaubat.

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat, dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17-18)




Taubat adalah tuntutan agama dan ulama mengatakan, bertaubat wajib bagi setiap orang Islam. Banyak ayat mengenai taubat dalam al-Quran sama ada diturunkan di Makkah atau Madinah

Surah al-Nisa’ ini adalah seruan kepada taubat. Ayat pertama menyebutkan orang yang melakukan dosa lalu ia bertaubat, maka Allah akan mengampunkannya. Allah juga menyeru segera melakukan taubat dan jangan hampir saat kematian baru hendak bertaubat.

Ketika itu, permohonan taubatnya tidak lagi diterima. Mufasirin berbeza pandangan dalam penerimaan taubat seorang hamba. Sebahagian mengatakan wajib bagi Allah menerima taubat seorang hamba.

Pandangan ahli sunnah mengatakan, apabila seseorang hamba itu bertaubat maka Allah berhak untuk menerima atau menolaknya dan tidak wajib bagi Allah menerima taubat seseorang. Namun, Allah berjanji akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat hamba-Nya yang bertaubat serta memaafkan kejahatan mereka lakukan; dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.” (Surah al-syura, ayat 25)

Taubat sebenarnya

Mufasirin menyebutkan Allah berjanji akan mengampunkan orang yang bertaubat dengan syarat ia mencukupi empat perkara, iaitu insaf dengan hati, meninggalkan perbuatan maksiat, berazam tidak mengulang perbuatan itu dan dilakukan dengan penuh keredaan kepada Allah.

Pentafsir juga berbeza pandangan dalam menafsirkan ‘melakukan kejahatan dengan kejahilan.’ Pendapat pertama mengatakan setiap maksiat itu adalah kejahilan meliputi segala bentuk kekufuran dan maksiat.

Mengikut Qatadah, setiap perbuatan maksiat adalah kejahilan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina. Mereka berkata: Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan? Nabi Musa menjawab: Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil iaitu yang melakukan sesuatu yang tidak patut dan kejahatan.” (Surah al-Baqarah, ayat 67)

Pendapat kedua, seseorang melakukan maksiat dan mengetahui perkara itu adalah maksiat tetapi ia tidak mengetahui kadar hukuman maksiat berkenaan. Pendapat ketiga, seseorang yang melakukan maksiat dengan ia tidak mengetahui perkara itu adalah maksiat.

Taubat Ketika Hampir Mati

Ayat ini juga mengatakan bertaubat ketika hampir mati, tiada faedah dan sudah terlambat. Allah tidak menerima taubat sedemikian seperti Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa ingin bertaubat pada saat kematiannya.

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah akan menerima taubat seseorang hambanya selagi nyawanya tidak di halkum.” (Hadis riwayat al-Turmizi, hadis Hasan Gharib).

Menurut al-Syarawi, Allah akan menerima taubat seseorang selagi nyawanya tidak di halkum dan menjadi kewajipan seorang Muslim supaya segera bertaubat.

Allah juga menyebutkan orang Islam yang tidak sempat bertaubat akan menerima azab pedih berbeza dengan kematian bagi orang kafir yang akan menerima seksaan buat selama-lamanya. Orang Islam melakukan maksiat tanpa bertaubat akan menerima azab setimpal perbuatannya.

Menurut Sayyid Qutb, taubat selayaknya bagi Allah menerimanya adalah taubat yang lahir dari hati penuh keinsafan seolah-olah ia baru lahir semula dan menjadi insan yang lain.

Allah menyeru setiap Muslim segera bertaubat dengan firman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang beriman bersama-sama dengannya.” (Surah al-Tahrim, ayat 8)

Ayat ini menjelaskan Allah sentiasa menyeru orang mukmin bertaubat dan perintah Allah dalam al-Quran menunjukkan wajib. Matlamat taubat adalah supaya diampunkan segala dosa terdahulu dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga.

Taubat Nasuha

Ibn Kathir menyebutkan taubat nasuha sebagai taubat yang benar ikhlas dan kebanyakan ulama menyebut sebagai taubat daripada dosa dan tidak lagi mengulangi perbuatan itu. Al-Kalabi menyebutkan taubat nasuha beristighfar dengan lidah, insaf dengan hati dan mencegah dengan anggota badan.

Ulama mengatakan bertaubat adalah wajib sehinggakan anbia seperti Nabi Adam memohon keampunan daripada Allah. Oleh itu, kembali kepada Allah dengan bertaubat adalah satu tuntutan bagi setiap orang Islam sama ada kaya, miskin, raja atau rakyat.

Taubat bukan sekadar perkataan kerana taubat tidak disertai keinsafan di hati bukan taubat yang sebenar. Antara adab memohon keampunan Allah mestilah ikhlas, dalam keadaan bersih, mempunyai perasaan antara takut dan pengharapan, memilih waktu mustajab seperti pada waktu sahur.

Perkara ini disebut Allah dalam firman yang bermaksud: “Dan orang yang beristighfar dan memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali-Imran, ayat 17)

Antara adab memohon ampun ialah berdoa untuk mukmin yang lain. Ia tidak memohon ampun untuk dirinya saja tetapi untuk mukmin keseluruhannya. Di samping itu menggunakan lafaz yang mathur dari al-Quran dan al-Sunnah.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi.” (Surah al-Araaf, ayat 24)


Pengajaran ayat :

*Wajib kepada orang Islam memohon ampun kepada Allah setiap hari dan bersegera bertaubat kepada Allah.

* Allah tidak menerima taubat bagi orang yang sudah tiba saat kematiannya.

*Pintu taubat sentiasa terbuka luas dan hendaklah dilakukan dengan penuh beradab.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ala'a Muralli..siapakah dia?



Pernahkah anda dengar berita berkenaan Ala'a Muralli (21 tahun), seorang wartawan Al-Jazeera yang ditangkap oleh rejim Basyar baru-baru ini dan dibebaskan daripada penjara Basyar dengan pertukaran 4 tentera Basyar.

Beliau ditahan kerana membuat siaran langsung di Al-Jazeera tentang kezaliman yang dilakukan tentera Basyar. Dan semalam beliau mendedahkan segala kebobrokan berita-berita rasmi rejim Basyar dalam melaporkan kebenaran yang berlaku di Syria.

Beliau sememangnya seorang wanita yang berani. Nantikan pendedahan kami selepas ini. Kami sedang mendengar pendedahan yang dilakukan oleh Ala'a Muralli.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gaya Hijab Natasha Hudson Dan Datin Norjuma!












walaubagaimanapun anda berfesyen, semuanya cantik belaka asalkan aurat masih dijaga dan tidak menyimpang dari tuntutan agama... 

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. [al Ahzab 33:59].

pendapat anda-anda di luar sana..? 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mengapa lantai Masjidil Haram tidak panas ?







Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.


Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.


"Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari," kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.


Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.


Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.


Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.


Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.


Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.


Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.


Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm 'Atlas Haji dan Umrah' dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.


Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.


Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.


Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.


Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.


Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.


sumber cekdeh.com


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Anjing musafir







Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.


Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.


Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.
“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.


“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.


“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.


“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.


Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”


Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.


(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.


Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

sumber darulnuman.com



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cara Samir Nasri ucapkan Selamat Hari Raya





Roberto Mancini boleh bernafas lega. Itu setelah di laga pembuka Liga Primer Inggeris anak asuhnya mengalahkan Southampton, 3-2 di Etihad Stadium, Ahad (19/8) malam. Namun sorotan pertandingan itu tertuju pada selebrasi yang dilakukan Samir Nasri. Gol ketiganya menjadi penentu raihan tiga angka Manchester City.


Usai mencetak gol, pemain tengah asal Perancis tersebut berlari ke penjuru padang sambil membuka jersey. Dia menunjukkan kepada kamera sebuah mesej di kaos dalam yang dikenakannya. "Ied Mubarak," begitu bunyi mesej itu.



Nasri meraikan golnya di hari ketika dia tengah merayakan Aidil Fitri. Kebahagiaan di tengah momen lebaran mampu dikonversikannya dengan bermain penuh determinasi di lapangan. Tidak salah dia menjadi penyelamat the Citizen di laga perdana rasmi mereka.


Sekitar tiga jam sebelum kick off, Nasri sudah menyampaikan mesej selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada peminatnya. Lewat akaun twitter-nya, @ SamNasri19, ia berkongsi kebahagiaan menyambutnya datangnya hari kemenangan dan penuh kemuliaan. "Aid mabrouk a tous les musulman, Eid Mubarak to all the Muslims (Selamat Hari Raya Aidil Fitri bagi semua kaum Muslim di dunia)" kicau bekas pemain Arsenal itu.


Kebahagiaan juga dirasakan Edin Dzeko. Penjaring gol kedua City tersebut juga sedang merayakan lebaran. "Bajram Serif Mubarek Olsun! Eid Mubarak! May Allah bless you and your families with happines (Semoga Allah memberkati kita dan keluarga kita dengan. Penuh kebahagiaan)," ujar pemain kebangsaan Bosnia itu.


sumber republika.co.id



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Himpunan Gurauan Rasulullah SAW (menarik!)


 
❀Menaiki anak unta


Anas bin Malik r.a. menukil, seorang telah datang kepada Nabi SAW meminta Baginda SAW untuk membantunya menaiki atas seekor unta. Rasulullah lantas berkata kepadanya, “Baiklah, aku akan membantumu menaiki anak unta ini!” Beliau berasa hairan lantas bertanya, “Ya Rasulullah! Mana mungkin untukku menaiki anak unta?” Baginda SAW bersabda kepada Anas yang terpinga-pinga itu, “Apakah mungkin bagi unta ini dilahirkan dalam keadaan ia sudah pun dewasa?” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Ðaud dan yang lainnya)


Peristiwa ini sekaligus menjadi teka-teki agar sahabat ini berfikir bahawa setiap makhluk merupakan ‘anak’ kepada ibu yang melahirkannya. Namun maksud sebenarnya ialah Baginda tidak mampu menunaikan permintaan itu.


❀ Anak burung pipit


Ðari Anas r.a., yang lainnya, dia berkata, “Tidaklah Rasulullah SAW membaur kepada kami hingga baginda berkata kepada adikku, “Wahai Abu Umair! Apa yang telah dilakukan Nughair (burung pipit)?”” (Hadis riwayat Muslim)


Abu Yahya berkata, “Pemahaman hadis ini adalah bahwasanya Nabi SAW pernah bergurau. Ðalam hadis ini, baginda SAW memberi julukan (kuniyah) kepada anak kecil, dan berkata kepadanya, “Wahai Abu Umair.” Di dalamnya Baginda juga tidak mempersoalkan untuk memberi anak kecil burung agar dia bermain dengannya. Sesungguhnya Nabi SAW berkata kepadanya, “Wahai Abu Umair! Apa yang telah dilakukan burung pipit?” Kerana anak itu punya burung pipit yang diajaknya bermain, lalu ternyata burung itu mati, sehingga dia pun bersedih. Lalu Nabi bergurau dengannya dan berkata, “Wahai Abu Umair, apa yang telah dilakukan burung pipit?””


❀ Siapa lebih kuat makan?


Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji-bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma.


Biji-biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.


Kemudian Ali r.a. dengan tersipu-sipu mengatakan, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”


Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya.” (Hadis riwayat Bukhari)


❀ “Wahai yang memiliki dua telinga”


Anas r.a. yang pernah berkhidmat dengan Nabi SAW selama lebih 10 tahun, meriwayatkan bahawa Nabi sesekali memanggilnya dengan gelaran “Wahai yang memiliki dua telinga”. Panggilan yang berupa gurauan ini nyata merupakan satu fakta yang benar. Jelas, gelaran itu adalah satu panggilan yang disenangi oleh Anas kerana memang setiap manusia memiliki sepasang cuping telinga. Tetapi kenyataan itu sebenarnya untuk menunjukkan bahawa Anas amat peka dengan apa yang disabdakan Nabi.


❀ Si Penyelamat


Suatu hari Abu Bakar al-Siddiq r.a. berasa marah kepada puterinya Aisyah r.ha. dan peristiwa itu menyebabkan beliau hampir menamparnya.


Namun Rasulullah telah menjadi penyelamat, dengan memasukkan Aisyah r.ha. ke dalam kamarnya. Setelah Abu Bakar pergi, Nabi SAW lantas berkata kepada isterinya, Aisyah r.ha. dengan nada bisikan : “Bagaimana? Hebat bukan caraku menyelamatkanmu daripada orang itu (Abu Bakar)?”


❀ Lelaki Badwi bernama Zahir


Ðalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki Badwi bernama Zahir r.a. sering memberikan Nabi SAW hadiah dari kampungnya. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah ini menyebabkan Nabi SAW amat menyayanginya.


Suatu hari ketika berada di pasar Madinah, Rasulullah SAW memeluk Zahir r.a. dari arah belakang menyebabkannya terkejut lantas menjerit, “Lepaskan saya, lepaskan saya!”


Lalu Rasulullah SAW bergurau dengan para sahabat yang berada di pasar ketika itu dengan sabdanya yang bermaksud, “Siapa yang ingin membeli hamba?”


Apabila menyedari bahawa Nabi SAW yang memeluknya, dia lantas bertanya, “Wahai Nabi, adakah engkau ingin menjualku? Saya bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya.”


Mendengar jawapan yang amat merendah diri ini, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Tetapi engkau di sisi Allah SWT bukanlah suatu yang tidak laku! Ði sisi-Nya, engkau teramat mahal!” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


❀ Khurafat


Suatu malam Rasulullah SAW berbual dengan para isterinya. Mereka asyik berbincang hingga salah seorang daripada mereka berkata, “Itu adalah cerita khurafat.”


Rasulullah SAW memotong dengan bertanya, “Tahukah kamu apakah itu khurafat? Khurafat adalah seorang lelaki yang berasal dari Bani ‘Uzrah yang pernah ditawan oleh segolongan jin pada zaman jahiliah. Setelah sekian lama menjadi tawanan, dia akhirnya dibebaskan. Lelaki yang bernama Khurafat ini telah menceritakan pengalaman anehnya sepanjang kehidupannya di alam jin. Walhasil, orang yang sukar mempercayai ceritanya itu menggelar sebarang maklumat yang pelik dengan nama cerita atau khabar yang khurafat.”


Ðemikianlah seperti yang dijelaskan oleh Imam at-Tirmidzi dalam kitabnya al-Syamail al-Muhammadiyyah.


❀ Ði matanya terdapat warna putih...?


Ðalam sebuah hadis yang dikemukakan oleh al-Nawawi dalam al-Azkar, seorang wanita sedang mencari suaminya. Nabi yang melihatnya lantas bertanya, “Apakah kamu sedang mencari lelaki yang di matanya terdapat warna putih?”


Wanita itu terkejut lantas menangis dengan sangkaan suaminya sudah menjadi buta.


Rasulullah SAW akhirnya menjelaskan bahawa setiap mata pasti mempunyai bahagian yang berwarna putih. Gurauan Baginda itu adalah menunjukkan suaminya itu masih hidup.


❀ Orang tua tidak masuk syurga


Turut tersenarai dalam anekdot gurau tawa Nabi SAW dengan para sahabat adalah kisah wanita tua yang datang menemui Nabi SAW untuk memohon doa Baginda supaya boleh memasuki syurga. Jawapan Baginda SAW, “Wahai nenek! Syurga tidak akan dimasuki wanita sepertimu!”


Jawapan Nabi itu telah mengakibatkan wanita lanjut usia menangis tersedu-sedu. Setelah itu barulah Nabi SAW menjelaskan kepada para sahabatnya, bahawa dia tidak akan memasuki syurga dalam keadaan tua seperti itu. Kemudian Nabi SAW bersabda, "Khabarkan kepadanya bahwasanya dia takkan masuk surga, dalam keadaan lanjut usia. Sesungguhnya Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waqi'ah: 35-37).


Ucapan Nabi SAW itu memberi maksud bahawa setiap manusia yang memasuki syurga berada pada peringkat usia mudanya sebaya, dalam keadaan kemuncak kesihatan dan keupayaan diri.


❀ Ðilarang gurauan yang menzalimi


Berlainan daripada teladan gurau senda Nabi SAW, seperti yang diriwayatkan dalam kitab Majma’ al-Zawa’id daripada ‘Amir bin Rabi’ah bahawa pernah terjadi seorang sahabat mengambil kasut milik seseorang lalu menyembunyikannya. Apabila perkara itu dikhabarkan kepada Nabi SAW, Baginda telah bersabda yang bermaksud, “Janganlah menakut-nakutkan seseorang Muslim, kerana perbuatan itu adalah satu kezaliman.”


Apabila dibandingkan antara teknik gurauan Nabi dengan kisah yang terakhir ini, jelaslah pendekatan baginda dalam senda gurau sentiasa berpaksikan kepada kebenaran serta jauh daripada pembohongan. Tindakan sahabat yang menyembunyikan kasut temannya dengan niat untuk bergurau itu boleh mengkibatkan rasa panik dan cemas dalam diri ‘si mangsa’. Inilah yang dilarang.


Yang lebih mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah SAW bersabda bermaksud; “Malu adalah cabang daripada iman.”


Ðalam sabda lain, Rasulullah SAW menyatakan; “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.” Ðapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.


Memperbanyak dan menyibukkan diri dengan gurauan boleh membuatkan diri menjadi lalai dari ketaatan dan memikirkan keadaan umat serta kesusahan-kesusahan yang menimpanya. Ketahuilah, bahwasanya Rasulullah sebagaimana disebutkan Jabir r.a., adalah “figura yang banyak diam dan sedikit tertawa.”


Renung-renungkanlah....


==========

Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bagaimana Solat ketika sesat dalam hutan



Cuba bayangkan ketika anda pergi camping ke dalam hutan bersama rakan-rakan atau dengan pasukan pengakap, anda ditugaskan untuk mencari kayu api untuk membuat unggun api. Tiba-tiba anda tersesat dan tidak jumpa jalan ke tapak perkhemahan. Lebih-lebih lagi masa itu langit sudah gelap. Anda pasti akan berasa panik dan hilang arah panduan. Kini anda hanya boleh minta pertolongan dari Allah SWT dengan melakukan solat hajat. 

Tetapi macamana nak solat jika tidak tahu arah kiblat? berikut merupakan panduannya :



Jika kita tersesat di dalam hutan di waktu malam sedangkan kita tidak dapat mengesan arah kiblat ketika itu, maka kita boleh berpandukan bintang-bintang yang ada di langit. Namun jika bintang-bintang pun tidak kelihatan kerana cuaca mendung ataupun berjerebu, ketika dalam keadaan darurat itu maka kita bolehlah menghadap ke arah manapun yang kita anggap betul ketika itu, kerana yang paling penting saat itu adalah kiblat hati iaitu kepada Allah SWT. 

Dari Amir bin Rabi'ah, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW. pada suatu malam gelap, lalu bingung menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Maka tatkala terbit matahari, ternyata kami solat tidak menghadap kiblat. Lalu turun ayat "Maka kemanapun kamu menghadap, disitu ada keredhaan Allah." (Riwayat Tirmizi)


Moga Allah Redha


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW dan Khadijah di Mekah


Muhammad itu juga manusia bergelar hamba
Luar biasa dan cukup sempurna
Tetap merasa sakit dan terluka
Pada dirinya Allah titipkan sayang dan cinta
Kepada seluruh alam semesta
Juga pada umat baginda
Walau umatnya sering lupa..

Mari berselawat ke atas nabi..

"Allahumma solli 'ala syaidina Muhammad, Wa 'ala ali syaidina Muhammad" 

Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umat agama Islam ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana. Di bawah merupakan gambar eksklusif rumah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Siti Khadijah di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.





Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.


"Allahumma solli 'ala syaidina Muhammad, Wa 'ala ali syaidina Muhammad"


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


cara-cara buat kek "Angrys Bird" !



Salam Sejahtera...semua...!!!


Seperti yang kita sedia maklum "Angrys Bird"adalah seekor burung yang sedang marah dalam bentuk permainan games. Kebanyakkan kanak-kanak memang berminat dengan permainan ini.






Apa yang saya nak persembahkan di sini bukan permainan games tapi adalah dalam bentuk kek. Sebiji kek berbentuk "Angrys Bird". Saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuat kek ini.

 
 Gambar Rajah 1

Ambil sebiji span kek kosong berbentuk bulat 7 "inci, letakkan di atas sekeping papan kek 8.5 ".


 
 Gambar Rajah 2

Ini pula cara-cara sapu ising di sebelah atas kek yang kosong tadi, sapu nipis saja di atasnya. Tak perlu tebal.


 
 Gambar Rajah 3

Ini adalah hasil daripada kita sapu di atas tadi. Lihat seterusnya :


 
 Gambar Rajah 4

Saya tunjukkan cara ssapu di bahagian tepi pula. Lihat seterusnya :



 
 Gambar Rajah 5

Sapu bahagian tepi macam atas tadi juga, ising tidak terlalu tebal, sebab kita akan sapu dengan licin di bahagian tepinya.


 
 Gambar Rajah 6

Ambil sekeping kad plastik (ambil kad lesen memandu yang dah tamat tempoh) untuk digunakan untuk melicinkan pemukaan tepi tadi.


 
Gambar Rajah 7

Inilah hasilnya bila kita licinkan permukaan tepi tadi. Lihat seterusnya:


 
 Gambar Rajah 8

Buangkan ising yang di atas tadi, sebab ia tebal sangat. Kita akan buangkan senipis-nipisnya ising tadi sehingga menampakkan bahagian kek. Ada sebab kita buat begitu?.


 
 Gambar Rajah 9

Ini pula cara nak buat bulunya yang putih dibahagian depan. Gunakan nozel besar untuk membentukkan rumput di hujungnya. Lihat seterusnya :


 
 Gambar Rajah 9

Inilah hasilnya bila kita siapkan di bahagian depan kek tadi. Lihat seterusnya :


 
 Gambar Rajah 10

Ini pula cara-cara membuat matanya. Picit nozel besar dalam bentuk bulat untuk membentuk matanya. Picit di sebelahnya sekali lagi untuk mata kedua. Lihat seterusnya :

 
 Gambar Rajah 11

Inilah hasilnya terbentuk bila kedua-dua matanya dihasilkan. Lihat seterusnya :




 
 Gambar Rajah 12

Ini pula kita picitkan di bahagian tepi di sebelah bawahnya pula. Gunakan nozel kecil. Lihat seterusnya :



 
 Gambar Rajah 13

Ini pula cara membuat bulu yang merah di bahagian atas kek tadi. Picit sampai penuh di bahagian atas hingga memenuhi kesemua bahagian kek tadi. Lihat seterusnya :


 
 Gambar Rajah 14

Ini pula kita buat balung di atas bulu warna merah tadi. Gunakan 2 batang biskut stick untuk membuatnya, lalu dibuat bulu di atas biskut tadi. Tutup biskut tadi dengan bulu warna merah. Lihat seterusnya :



 
 Gambar Rajah 15

Ini pula cara membuat mucung hidungnya dengan warna kunung pula. Lihat seterusnya :



 
 Gambar Rajah 16

Ini adalah cara nak letak matanya dengan menggunakan button coklat serta bulu matanya.
Lihat seterusnya untuk melihat kesudahannya, terbentuknya sebiji kek "Angry Bird".


 
 Gambar Rajah 17 

tadaaa ! "Angrys Bird" datang menyerang.... Tapi awas isingnya banyak, bagi orang yang banyak Kolestrol dibadan, tak digalakkan memakannya.

okbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.