Wanita Ini Sanggup Kutip Derma Untuk Saksikan Pembunuh Anak!






New York : Seorang ibu terpaksa meminta derma bagi membolehkannya terbang ke South Dakota bagi menyaksikan lelaki yang telah merogol dan membunuh anak perempuannya yang berusia 9 tahun, kira-kira 22 tahun lalu, menjalani hukuman mati.




Biarpun terpaksa memungut derma, namun Tina Curl, 50, menganggap itu satu-satunya cara dia dapat menyaksikan hukuman berkenaan dijalankan ke atas lelaki tersebut.

“Saya hanya akan dapat melihat keadilan dilaksanakan selepas menonton pembunuh itu, Donald Moeller dihukum mati. Dia melihat anak saya mati, jadi saya mahu melihat dia pula mati,” katanya.


Moeller, 59, dijadual menjalani hukuman mati antara tarikh 28 Oktober hingga 3 November ini.

Anaknya, Becky O’Connell, hilang pada 8 Mei, 1990 selepas pergi ke kedai runcit yang terletak berhampiran rumahnya di Sioux Falls.

Dia telah diculik oleh Moeller ketika berjalan di satu simpang dan mayatnya ditemui dalam keadaan bogel, keesokan harinya.

Selain dirogol, budak malang itu telah ditikam manakala lehernya dikelar.

Moeller kemudiannya ditangkap dan didapati bersalah pada 1992. Dia dihukum penjara 25 tahun atas hukuman rogol dan hukuman mati kerana melakukan pembunuhan berkenaan.

Selepas kejadian itu, Curl dan suaminya yang juga bapa tiri Becky berpindah ke New York.

Namun Curls perlu melalui perjalanan yang panjang sebelum menuju ke tempat di mana Moeller akan dihukum mati.

Mereka perlu melalui perjalanan sejauh 1,420 batu dan dengan elaun bulanan sebanyak $721 yang diterima Curl untuk golongan kurang upaya, adalah sukar bagi wanita itu untuk mengumpul wang sebanyak $3,000 hingga $4,000 untuk kos perjalanan ke sama.

Ia termasuk kos penginapan selama seminggu.

Setakat ini mereka menerima sumbangan sebanyak $890 yang dimasukkan ke dalam bank.

Biarpun Curl hampir berputus asa, namun dia berharap dapat mengumpul wang tersebut bagi membolehkannya menyaksikan hukuman berkenaan.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

23 Ogos 2012 pada 10:08 PG

jahat nyer geram toi

23 Ogos 2012 pada 4:16 PTG

Sian..inilah namanya sayang anak

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.