Suasana Orang Islam Menyambut Hari Raya Di Israel




Kita berhari raya di Malaysia penuh dengan keamanan. Namun adakah kita tahu bagaimana suasana raya di kawasan Israel? Mereka beraya penuh dengan ketakutan dan dikawal ketat oleh pihak tentera Israel.
Seperti yang kita tahu, Israel sangat anti dengan orang-orang Islam terutama sekali dengan penduduk Palestin kerana bagi mereka, orang Islam adalah ancaman terhadap mereka.Banyak tindakan dan perkara yang mereka lakukan terhadap orang-orang Islam termasuklah dengan menindas hak-hak serta keperluan penduduk Palestin. Hinggakan kemudahan untuk mengamalkan dan melakukan ibadah juga diganggu oleh kaum Yahudi itu. Boleh lihat susana di sana di bawah ini.





Dan ketika umat Islam melakukan persiapan untuk menyambut Syawal, pihak Israel mengawal ketat kemasukan pengunjung-pengunjung luar ke negara itu.

Seperti tahun lalu, sebanyak 13,000 pas sahaja diberikan kepada pelawat untuk masuk ke Israel.

Berbeza untuk tahun ini, lebih 120 000 pas dikeluarkan kepada warga Arab untuk bertandang ke Israel bertemu saudara-saudara di Masjidil Aqsa.

Semoga, kehadiran Syawal tahun ini memberikan saribu satu makna buat warga Palestin. InsyaAllah.

Mereka beraya dengan penuh ketakutan. Mana tidaknya bila-bila masa sahaja umat Islam di sana boleh ditembak. Kita di Malaysia seharusnya perlu bersyukur dengan keamanan di negara ini. Kita doakan umat Islam di Palestin dan negara-negara Islam yang lain seperti Syria dibebaskan dari rejim yang zalim.

Allahumma Asyhad..!!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

23 Ogos 2012 pada 6:52 PTG

wawa_choclurve95@yahoo.com
nak sponsor emailkan ke email kt ats tu k -wawa-

23 Ogos 2012 pada 8:15 PTG

Hibanya bila akak tengok keadaan umat Islam Di sana.. Bersyukur sgt kita disini aman sejahtera Menyambut Aidilfitri...Tak dapat bayangkan kalau akak terpaksa beraya sambil pegang senapang camtu...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.