Gambar-gambar bohong yang tersebar tentang Rohingya





Foto diatas adalah merupakan kejadian benar tapi bukan berlaku di Myanmar sebagaimana yang disebarluaskan dalam internet. Ia adalah peristiwa gempa bumi yang berlaku di negara Tibet dan telah menelan banyak mangsa korban. Rujuk - Tibetan Community | Tibet Times


Foto foto atas ni juga berlegar diantara netizens dengan mengaitkan peristiwa pembantaian ummat Islam Rohingya di Myanmar. Tapi sebenarnya adalah merupakan kejadian di Selatan Thailand - Wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada Oktober 2004 dimana Tentera Thailand membantai ratusan warga Muslim Pattani di Takbai yang mengakibatkan sekurang kurangnya 85 orang terbunuh, 60 cedera, dan 59 lainnya dipenjarakan. Sumber artikel & Foto - Hminews.com | The Telegraph | SMH Portal | People's Daily | Frontline


Keterangan Foto : Seorang Muslim Myanmar telah dibakar dan orang disekelilingnya hanya memerhati tanpa ada seorang pon yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan. (banyak kat fesbuk foto ni)
Foto ini sebenarnya adalah foto seorang aktivis Tibet yang bernama Jhampel Yesh yang membantah lawatan Presiden China ke India. Aktivis tersebut merupakan seorang imigran yang sedang memohon suaka politik dari pihak India membuat aksi membakar diri sendiri sebagai bantahan kunjungan oleh Hu Jintao (Presiden China ketika itu) ke India. Sumber - International Business Times | The Guardian UK


Foto : Sami Buddha Mengamuk Di Myanmar. Caption tu memang betul dah, kejadian pun memang di Myanmar tapi berlakunya adalah pada tahun 2007. Foto ni langsung takde kena mengena dengan rusuhan kaum sebab ini adalah demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Myanmar terhadap kerajaan junta tentera yang tertekan dengan kemiskinan akibat dari kenaikan harga barang barang keperluan asas. Sumber Ahrchk | MySinchew
Nota : Pembantaian yang berlaku di Myanmar adalah perkara yang benar benar terjadi dan adalah diseru kepada seluruh ummat Islam bangkit menyatakan bantahan dan turut menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu untuk meringankan beban saudara saudara seagama kita disana.

Namun dengan menyebarkan gambar gambar palsu tentang perkara yang benar adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan hanya menangguk di air keruh., dan jika tujuannya semata mata untuk menaikkan rating maka ia adalah satu perbuatan tak bertanggungjawab atas derita orang lain

hati-hati sebarkan berita semasa .
ambil cakna tentang hal ini ...!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Doa Ketika dan Selepas Bersin




Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini sudah berapa kali kawan-kawan bersin? Uh.. baru taip ayat bersin secara luar kawalan lynn pun bersin buat kali pertama sambil menaip entri pada pagi sabtu yang mendiginkan ini. Barangkali hujan di litupi bayu angin dari ruang tamu buat tubuh bergoyang seketika lalu melantun ucapan Alhamdulillah.

Kita sering mengucapkan perkataan Alhamdulillah usai bersin tapi sering kita lupa atau tidak tahu selain ucapan yang indah tersebut masih ada juga pengucapan lain dari itu.

Rasulullah SAW bersabda , “Apabila seseorang di antara kamu bersin, hendaklah mengucapkan,

الْحَمْدُ لِلَّهِ

[Alhamdulillaah]
(Segala puji bagi Allah) ,

Lantas saudara atau temannya mengucapkan,


يَرْحَمُكَ اللهُ

[Yarhamukallooh]
(Semoga Allah memberi rahmat kepa-daMu) .

Bila teman atau saudaranya mengucapkan demikian, bacalah,

يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

[Yahdiikumullooh Wa Yushlihu Baalakum]
(Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” [HR. al-Bukhari 7/125]

semoga kte semua dijauhkan dgn segala sifat2 mazmumah n tergolong dalam kalangan org yg sentiasa ingat padaNya..aminn..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Free Badge by Kay SBK



klik banner comel kat atas,,


tepat jam 10 pagi nie..tamat sudah segmen..
ada masa lagi! ayuh jom ..


warna pilihan pink & hitam
nak tulis apa?
si pipi merah
ohgadisitu.blogspot.com

nak banner..;P
syukran tuan belog!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Usia Baligh Layak Sertai Perang


Bismillahir Rohmaanir Rohim

Jom kita jengah dan baca cebisan kisah ini di petik dari Riwayat Muslim. Moga ia memberikan kita sedikit kesedaran bahawa usia yang masih bersisa ini dapat kita gunakan sebaik mungkin. Peringatan untuk diri sendiri dan buat sahabat sekalian.

Dari Ibnu Umar r.a., katanya “Rasulullah s.a.w. memeriksa aku ketika hendak berangkat ke Perang Uhud. Ketika itu aku baru sahaja berusia 14 tahun.


Baginda tidak membolehkan aku pergi berperang. Ketika hendak berangkat ke medan Perang Khandak, baginda memeriksaku lagi

Ketika itu aku telah pun menjangkau usia 15 tahun, lalu baginda membenarkanku mengikuti peperangan tersebut”




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Serius Atau relaks-relaks sudah?


Salam semua..

Taraaa!!!


Mahu Serius Atau Biasa-Biasa Sahaja

Andai ditanya pada sahabat kehidupan ini mahu jadi seorang yang benar-benar serius atau biasa-biasa sahaja.

Kata orang jika kehidupan kita terlalu serius kita ini di ibaratkan macam robot yang tidak ada perasaan. Hanya ikut pada rule yang telah ditetapkan sahaja. Tapi bosan juga sekiranya kita pilih biasa-biasa ini di kuatiri perkara yang remeh – temeh akan kita buat bagai tak indah pula.

Pilihan dan pendapat kawan-kawan pula yang mana satu? Lain orang lain pandangannya




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bayi Dijadikan Hidangan Makanan Di Taiwan


NAUUZUBILLAHIMINAL ZALIK!





Di Taiwan, ini ialah makanan yang paling digemari ramai. Mayat boleh diperolehi dengan sangat mudah dari rumah mayat dengan harga sekitar $50 – $70.

 sanggup ke makan daging manusia?

KEJAM !



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


K fain..Aku Telah Jatuh Cinta



Ramadhan kareem untuk semua..

Sejemput entri tengahari menyusul di hadapan sahabat semua. Jemput-jemputlah menikmati isi didalamnya ya. Air tidak  dijerang kerana puasa kan..kan.. :)

Sekadar borak -borak tengahari apa akan anda buat sekiranya anda dalam situasi jatuh cinta?

Alhamdulillah kerana Tuhan mengizinkan hatiku untuk merasai nikmat sebuah CINTA itu.
Inginku kabarkan pada dunia bahawa aku telah jatuh CINTA.
Akanku lakarkan hanya yang terbaik untuk kamu.
Mungkin sepanjang malam tidurku tidak keruan kerana selalu teringatkan kamu. 
Belanja kawan makan ada baiknya juga sebagai amal jariah hee..hee..
Mak cepatlah pinangkan dirinya bagi pihak diriku.
Simptom-simptom angau mula melarat dalam diri anda.

ye kan..?



Kerja keras perlu dilakukan jika ada perancangan untuk hidup bersama.
Harap-harap dialah cintaku yang terakhir..
Main kayu tiga jauh sekali..
Jangan benci bilang CINTA. Nanti kamu yang menyesal..
Berkali-kali anda akan katakan inikah namanya CINTA.


Pstt!! Cinta pada PENCIPTA itulah yang kekal abadi

Adeh.. cukuplah takat tu jer Si Pipi merah tapis perihal cinta.. Jika sahabat dalam CINTA apakah perkara yang bakal sahabat lakukan??






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Si Pipi merah Saya ke pemenangnya?


Alhamdulillah....Alhamdulillah.... sohih-sohih saya di pilih oleh blogger kreatif sis aiza _sufia http://kaitbenangkait.blogspot.com/ sebagai pemenang dari Segmen Guess What to Giveaway?
sukanya...gembira sangat...syukur!
terima kasih...blogger Sis Aiza_sufia 

sila-sila terjah blog beliau..klik SINI btw dah jatuh cinta dengan zonecraft nie.. nanti tuan belog boleh buat tutorial tentang benangkait nie pulak ye...mohon sangat..

^__^

TAHNIAH! juga buat semua &pemenang 

Nurul Farehah

p/s-sis aiza..saya dah email alamat dan no fon ye.. ramadhan kareem!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


sila bersyukur.


ALHAMDULILLAH ala kulli hal~ =)

teringat kata-kata as-syahid Imam Hassan Albanna :

ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya
ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah
ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya

tapi hakikat perjuangan bukan begitu,,
turun naiknya,,
sakit pedihnya,,
umpama kemanisan yg tidak terhingga..

ANDAI rebah >> bangkit semula
ANDAI terluka >> ingatlah janjinya
Bila lecture panggil :
Bila kena hadiri kelas ganti :
Bila waktu rehat :
Bila dapat assignment dari lecture :
Bila tengah cari idea untuk wat assignment :
Bila assignment yang lecture bagi susah nak buat :
Bila otak jammed… :
Bila class-mate banyak songeh dan berlagak pandai :
Bila member tukar fikiran saat akhir :
Bila lecture pnjgkan waktu kelas :
lecture suruh datang kelas waktu cuti ada kelas tambahan ‘urgent’ :
Bila dah terbuat silap pada assignment yang lecture bagi :
Bila assignment disiapkan dengan jayanya :
Bila assignment gagal :
Bila dapat CUTI :
Seronok GILA!!!!


#sila bersyukur byk2 dan jangan terlalu selesa...it just a beginning...pada medan perjuangan yg lebih hebat dan mencabar pd mase akn dtg...lekatkan dlm kepala kuat2~



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Deruman Kereta Kebal Depan Rumah





SEPANG : Seorang pelajar Malaysia di Damsyik, Khairul Nizam Mohd. Said melahirkan rasa syukur kerana selamat menjejakkan kaki ke tanah air semalam setelah dia bersama tiga rakannya terpaksa berkurung di dalam rumah selama seminggu terakhir berada di ibu kota Syria itu.

Menurutnya, pengalaman berada di tengah-tengah lokasi pertempuran antara Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan tentera kerajaan merupakan detik paling menakutkan yang pernah dialami sepanjang hidupnya.

“Di luar rumah sepanjang tempoh tersebut, saya dapat mendengar deruman enjin kereta kebal yang melintasi pintu rumah selain bunyi tembakan bersilih ganti,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Khairul Nizam, 31, yang merupakan penuntut Ma’ahad Fatah Islami memberitahu, bunyi tembakan daripada kereta kebal adalah detik yang begitu mencemaskan sepanjang berada di Damsyik.

“Semasa pertempuran berlaku, saya dan rakan-rakan tidak tahu nak buat apa, kami hanya berdoa agar rumah tidak menjadi sasaran bom atau peluru sesat.

“Kami juga tidak berani untuk meninjau keadaan semasa di luar rumah dan berharap pihak FSA dan tentera kerajaan beredar dari kawasan kediaman,” ceritanya. – Kosmo



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


dengar tak nasyid blog ni... ?


assalamu'alaykum semua...

credit to BHM

alhamduliLLAH.. ana masih diberi peluang bernafas di atas ardhuLLAH ini
untuk terus meng'abdikan diri ini padaNYA yang SATU...


dengar tak nasyid blog ni... 
Album terbaru dari Hafiz Hamidun, Zikir Terapi Diri.

-- Astagfirullahalazim --

I seek forgiveness from Allah the Almighty..
:')


... ni lah nasyid tema untuk Daurah hari tu..
ada zuq bile nasyidkan tau! rase ruh tu jadi qawiyyun jiddan!
lagi-lagi mase daurah tu... semangat sangat...
ALLAHU AKBAR!

minggu ni...
yelah dah masuk hari Juma'at kan.. 
'SAIYYIDUL AYYAM'
tah lah.. colourful sangat minggu ni..
especially semalam..
terawih ramai-ramai... dapat imam dari mesir pulak tu..
alhamdulillah...moga ALLAH redha...

tak tahu kenape tapi ana makin tak boleh percaye
dengan kaum yang lagi satu tu... hish!!

astaghfiruLLAHal'Adzim...
moga apa yang ana syaki tu tak betul...
ameen~

......
Si pipi Merah dah mula merepek sekitar pukul 8:03 pagi...

... 
sedeyhnye ana ni!
dahlah esok chik dah tak boleh ikut lagi starting tomorrow...
waa~

sebab dah nak jadi isteri orang pada 25 hb nie..agak sibuk ckit yep..

hari ni moody sket... 
tak tahu nape tapi dapat panggilan dari mesir..
sepatutnya happy ..happy..
tapi tak rasa pun nak happy ..just syukur sangat..
amin ya allah...!


yep..lambat lagi okey..


kitorang plan future study kitorang... ^_^...
ape die? mana boleh tahu... secreto...
aiwah... sebelum ana melalut lebih laju...
baiklah ana berhenti setakat ini saja...

nak tahu ye..tak paham eyh? tak mengapa..

insha ALLAH..
 bacalah ..singgah....ziarah....masuk dalam blog ni ... sahabat tafsirkan sendiri ye..
syukran jazilan...

ilalliqa' wa ma'as salamah....

------mahabbah------mawaddah-----rahmah------


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen: Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?.



klik banner  & join!

kenapa aku terjah?
bismillahirrahmanirrahim...

ehem ehem.. 


suka terjah? kekadang suka terjah ...cara silent atau tegur kat chatbox..
suke baca entry lama dan baru kat blog yang diterjah....tak kisah asalkan bermanfaat..


Kenapa aku follow? 
err..suka follow ...sbb cumenye ana jealous dgn belog mereka,...tau tak! ... cantik sangat..tapi ada yang simple tapi entrynya masya allah menarik.. dan istimewanya boleh merapatkan ukhwah sesama blogger!..insya allah...

nak tag

blog anti semua naikkan semangat ana lah ...
hehe~

ilalliqa' wa ma'as salamah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


“Segmen by I Love Sleep: Cerita disebalik gambar”



Tajuk “Segmen by I Love Sleep: Cerita disebalik gambar” 
menarik kan.. terus nak join!
sape2 nak join klik pic comel kat atas tu..


Tarikh tutup : 3 SEPTEMBER 2012


Dah ramai buat status Ramadhan. Tapi sy nak wish kat org tersayang dulu ♥. 

Assalamualaikum Abi :)

Hari ini humaira dah masuk hari ke enam puasa. malam ketujuh terawikh.Selamat menyambut Ramadhan Kareem Abi. Moga Ramadhan tahun ni lebih baik,dan moga Allah terima amal kita semua..baki 4 lagi peperiksaan,... Abi doakan Humaira ye!


Rindu ..rindu pada arwah abi..


Moga Allah sampaikan salam rindu ini ..

Ya Allah,pelihara lah kami dlm kecintaan dan keredhaanMu

T.T 

*Salam Ramadhan kpd semua sahabat- sahabat...MAAF kalau ada sebarang kesilapan selama ini.
kullu 3am wa antum bikhair


Hope this Ramadhan as a turning pt for us tu be a better muslimah and muttaqin. 

EVERYDAY is a gift from Allah
So,lets appreciate it

How?
Do anything for His Love ♥ 


Amiin Yarabbal alamin...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen OK TAK?by TehaaNFM


 salam ramadhan..
jom join segmen ni ...
KLIK-KLIK banner tu ..
& join!
Tema blog si pipi merah : simple & ringan..... 
Warna blog si pipi merah : Pinkish..
sebab pilih tema dan warna : muslimah kan comel..sebab tu pilih pink..
pink sifatnya lembut..tenang..harap ketenangan dan kelembutan itu seiiring dgn diri seorang muslimah. ganbatte ne!

pada pendapat sahabat-sahabat..belog si pipi merah nie ok tak?

ala'ila liqa
ma'asalamah




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 Kanak-Kanak Pintar Di Dunia




Rabbuna yuqawwik wa yusahhilik! Doakn ..Doakan saya  jugak!
MODE - peghasan!

1. Kim Ung-Yong : Manusia Dengan IQ Tertinggi di Dunia
Lahir pada tahun 1962, kanak-kanak dari Korea ini diiktiraf sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan pada umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea,Jerman dan Inggeris.Pada umur 5 tahun dia mampu menyelesaikan masalah pada soalan kalkulus. Dia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.


2. Gregory Smith : Mendapat Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian. berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates,Komuniti Orang muda seluruh dunia.Dia pernah bertemu secara langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev.


3. Akrit Jaswal : Dokter Bedah berusia 7 tahun
Dengan gelaran “budak terpandai di dunia” telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang kanak-kanak dari India.Dia mengejutkan orang ramai, ketika pada umur 7 tahun kerana melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya. gadis itu menderita luka akibat terbakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari-jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. Ketika ini, dia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia, dia diterima masuk di Universiti pada usia 11 tahun.


4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu
Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia adalah pencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi,dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani (“pada usia 3″). Dia mencatat rekod seorang artis cilik yang muncul diatas pentas dengan ribuan peminatnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit.


5. Aelita Andre : Pelukis berusia 2 tahun
Kanak-kanak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun namun sudah menunjukkan bakat sebagai genius, dia memiliki sebuah gudang pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya.Pada mulanya Mark Jamieson, pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy, tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre. dan dia menginginkan Aelite Andre bergabung dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, dia baru saja menyedari bahwa Aelita adalah kanak=kanak yang masih berumur 22 bulan. Namun dia tetap melanjutkan pertunjukannya itu.


6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard ketika masih di Sekolah Menengah
Lahir di New York dan membesar di Omaha pada tahun 1940. Genius satu ini, ketika darjah empat dia sudah menguasai algebra, ketika akhir Sekolah Rendah dia sudah pandai geometri, kalkulus dan falsafah. Ketika Sekolah Menengah dia memperolehi surat tawaran kerja dari Harvard sebagai pensyarah, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu.K ripke dihadiahkan Schock Prize, Nobel Falsafah. Sekarang, dia dinobatkan sebagai ahli falsafah terbesar dalam sejarah.


7. Michael Kevin Keaulus :Menamatkan pengajian ketika berumur 10 tahun
Kevin lahir pada tahun 1984, dia menamatkan pengajian pada umur 10 tahun. dan tercatat sebagai sarjana termuda. dia mengajar universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin popular ketika dia memenangi sebuah quiz online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutan Gold Rush, permainan menguji minda/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan online tersebut.


8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14 tahun
Seorang kanak-kanak berwarga negara Amerika dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 dia memperoleh Grandmasternya,pada usia 14 tahun 11 bulan, 20 hari. sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.Dan pada bulan April 2009, dia memperolehi Elo rating 2649, dalam usianya yang dibawah 18 tahun, membuatnya sebagai orang yang memperolehi ranking terbanyak, dan menakjubkan, hal tersebut dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.


9. Willie Mosconi : Pemain Billiard Professional pada usia 6 tahun
Mendapat gelaran “Tuan Pocket Billiards”. Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain, dia sering bermain dengan batang penyapu milik ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, dia sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya.Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selama 15 kali tanpa pernah kalah sekalipun.Dia membuat berbagai macam trik, membuat banyak rekod, dan membuat billyard menjadi sukan yang terkenal.


10. Elaina Smith : Penyiar Radio berusia 7 tahun
Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan hubungan dengan kekasih, Bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis dan banyak lagi yang lainnya. – Its Me Saiful Blog




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Maria TV, Stesen Hanya Untuk Muslimah Yang Berpurdah Di Mesir


Sebuah stesen TV baru di Mesir dipanggil Maria TV akan mulai bersiaran minggu ini. Stesen ini bersiaran di sebuah rumah kedai sekitar Abassiya. Stesen ini akan bersiaran selama 6 jam setiap hari dalam rancangan al-Ummah. Yang menariknya adalah semua pekerja ini adalah terdiri daripada hanya muslimah yang ber’purdah’ dari produser ke kamera ke pemberita dan setiap teknikal dalam stesen ini. Pemanggil juga mesti daripada golongan muslimah.Tujuan utama stsesn ini adalah untuk memberitahu semua wanita yang berpurdah di luar sana, yang mereka juga boleh berjaya seperti orang lain... Allahurabbi!


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


nazrey johari-muslimah









Insyaallah, Allah jaga jika kita betul-betul niat nak jaga aurat kan .. moga niat kita Allah pandang dengan selaut kasih sayangNYA .. ameen ..

p/s- Juadan Berbuka yang baru~
[Kurma Goreng]


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.