Baiknya ALLAH~






                      ALLAH mencintai KITA dengan kurniaan NIKMAT,
KITA membalasnya dengan MAKSIAT. ♥
~na'udzubillahi min dzalik~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


hari chef sedunia....


alhamdulillah, sukanya hati ana :) rasa dihargai bila dapat kasih sayang cmni :lol: hik..hik...

Tadi...
ummi ta larat masak... ana suh ummi pi tidoq, badan ummi still demam lagi. tu la.. ummi jarang sakit, bila sakit je ummi terus ta larat. lain la cam ana ni... "kuat" :lol: hehehhehehe... td, pas busan2 ana gi jenguk kat dapuq... bukak peti ais ...ada ayam..daging,..nyummmm nyummm ada idea ni.. "ummi... masak gulai ayam nak?" ummi senyum... "buat je arr.. ummi ta larat" ana pun pe lagikkkk... sumernya bawa kuarrrr... blend bawang putih ,halia ..bawang merah ... tetiba ummi masuk dapoq... ummi ckp bawang yg dah kisar ada lam tupperware :oops: adessss... ta per arrr... :D

ana call akhi td, ana ckp ana masak hari nie gulai ayam spesial... akhi tny "sdp ta?"  :?
pastu akhi ketawa..mestilah sedap kan...
pastu ana call abi... cakap ana da masak... abi cakap pe tau..."abi tengok asyik depan pc ja...bila masa masak pulak... hebat anak dara abi nie...."
muhahhahah.. :P
tau ta perrrr :wink: lau ta sedap ta kan arr owang nak masakkkkk

baru masak terus capture pic..... hangatkan post nie... :)

gulai ayam cooked by me... agak comot periuk nie... 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Aku Bukanlah Kekasihmu....


hebatkah cinta yg melanda aku sehingga seringkali aku terkapai mencari cinta Rabb? sepi sendiri aku merenungi sekeping yang bernama hati...
 Aku Bukanlah Kekasihmu..aku hanyalah dari kekasih untuk kekasihMU...




'luka'ku masih merah, barangkali nanah atau sudah dicemari kotoran-kotoran, aku masih dikurniakan akal untuk berfikir,  alhamdulillah... abi dan umi masih setia menemani setiap kelukaan yg ku alami...


'luka' terasa sangat 'dalam' hadirnya dalam hidupku mengajar erti cinta pada Rabbul Izzati , alhamdulillah segalanya milikMU Ilahi, apa yg akan kau ambil,akan ku serahkan kembali padaMu. dalam sedetik hati kasih ini masih lagi untukMU walau aku seringkali lalai dan leka dalam cintaMU.


Ya Allah, tabahkan hatiku dalam menerima ujianMU semoga apa yg ku alami menjadi kafarah bg dosa-dosaku... Ya Allah, sayangilah umi dan abi seperti mana mereka menyayangiku tika aku masih kecil... segala milikku adalah milikMu ya Rabb...


 aku bersyukur menjadi hamba yg dihambat 'luka' ..


buat teman, jangan jadi sptku. utamakanlah cinta pd Allah dalam segala2nya, segala yg dilakukan biarlah Lillah hi ta'ala... jangan jadikan kalian dlm jelmaanku... aku yg leka...lalai ...


akhir kalam..... Ambillah iktibar dr apa yg aku coretkan, bukan utk membuka 'aib sendiri tetapi supaya kalian tidak sepertiku, hadir ibarat layang-layang di celahan dahan dan ranting pepohonan...


ya Allah, semua milikku adalah milikMu, andainya ingin Kau tarik satu per satu, maka tabahkan hatiku menjalani dugaan yg Kau lemparkan, aku berhak menerimanya krn aku hanya seorg hamba dan Kau Pencipta Yang Maha Esa.... 

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


nak yang cantik je ke...??


Ashraf Muslim



Sapa ckp paras rupa ta penting tu tipu la… sy sendiri suatu masa dulu pnh mcm kamu juga, sy inginkan zaujah yg sangat2 simple asalkan dia punya “agama” dan “akhlaq” dia yg mulia untuk membentuk zuriat2 sy nnt. Alhamdulillah, sy bukan sy dapat apa yg sy inginkan malah zaujah sy tu bg pndgn mata sy amat2 mendamaikan. Kamu ta penah tgk zaujah sy, ta perlu berangan nak tgk rupa dia ye… (ustaz pun ketawa sampai sepet mata dia time ni) tapi kan, humaira pernah tgk zaujah sy… kalau nak tau rupa zaujah sy, tanya dia la ye. ....heeee~

Kenapa paras rupa tu agak penting?

 agak jela...bagi diri ini HATI itu yg UTAMA hopefully sangat nak hati bakal zauj ku itu chantek..

Kita insyaAllah akan kawen dgn dia seumur hidup kita, nak habiskan seluruh usia-usia kita dengan dia, jadi nak tgk muka dia hari-hari so nak juga la yg cantik kan…^^ (sekadar mengulas komen dr ustaz) bukan senang nak cari zaujah yg mmg sesuai ngan kehendak garis Islam yg jamilah ni. Kalau dapat alhamdulillah, kalau ta dapat tu ta mengapalah kita didunia ni jap jer sedangkan isteri-isteri solehah itu lebih cantik dr bidadari syurga! Sy pernah ckp dulu bidadari disyurga tu bila minum air subhanallah, nampak air melalui kerongkong dia. Bayangkan betapa cantiknya bidadari dalam syurga Allah tapi kita manusia ta pernah nak ingat bidadari di syurga tp cari bidadari di dunia yg mmg ta de ‘class’ yg tempatnya di tepi jalan. Nauzubillah, elakkan hati kita dr terpaut dengan wanita uh sebegitu, insyaAllah jaga peribadi kita Allah dah berjanji wanita yg baik utk lelaki yg baik. kita kene baik baru dpt ‘teman’ yg baik, insyaAllah...

akhir sekali ingat lagi pesan ustaz,,,,
 kalau kamu nnt nak cari zauj, biarlah paras rupa menjadi soal ke-3, yg pertama nilaikan dia dr segi agamanya. kedua nilaikan akhlaq dan keperibadiannya dan yg ketiga baru la paras rupanya!..

thoyyib3.... :)

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


masihkah ada syurga di bawah telapak kaki ibu??






“Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya yang mengandungnya dalam keadaan lemah dan bertambah lemah, kemudian menyusunya selama dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku engkau akan kembali” (Luqman:14)


Salamun ‘alaik… dengan limpah izinNya, masih lagi punya sisa masa untuk meluahkan sisa rasa yang masih setia. :wink:


Sesekali hati kecil saya bertanya, apakah benar syurga itu berada di telapak kaki ibu? Kalau benar ia masih ada, kenapa terjadi pelbagai peristiwa dalam masyarakat, anak-anak membiarkan ibunya yang tua hidup bersendirian, malah lebih malang lagi menghantarnya ke rumah orang tua-tua. Ada juga anak yang tidak mengendahkan langsung ibunya, dan ada ketika tersiar laporan seorang anak tergamak membunuh ibunya kerana beberapa masalah, dari yang amat remeh ....


Malah Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Abdullah bin Abu Mas’ud: “Apakah amalan yang paling utama?” Jawab Rasullullah s.a.w: “Solat tepat pada waktunya.” Ditanyakan lagi oleh Abdullah Abu Mas’ud: “Selain daripada itu, apa lagi?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Berbakti kepada kedua-dua orang tua.” Kemudian ditanya lagi: “Apa lagi?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


saya nak kongsikan satu cerita tentang Mu’awiyah bin Jahimah as-Sulami yang telah pergi menemui baginda ..dan bertanya” Sesungguhnya saya ingin  turut serta berperang bersama ya Rasullullah, dan kedatanganku ini adalah untuk mendapatkan petunjuk. Rasulullah s.a.w bertanya: “Apakah engkau masih mempunyai ibu? Jawab Mu’awiyah, Ya, saya masih mempunyai ibu.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalau begitu, pulanglah. Temanilah ia (berbakti kepadanya), kerana sesungguhnya syurga itu ada di bawah kakinya.” (Riwayat Nasa’i dan Thabrani)


Jelaslah selagi ibu kita masih hidup, kita wajib melayaninya dengan baik. Tidak boleh menyakitkan hatinya walaupun kadangkala kita pernah tergores hati kerana nasihat dan kata-katanya. Kita harus memahami bahawa dalam kesukaran hidup dan kegetiran tenaga, selama sembilan bulan dia sanggup menahannya. Dia tetap bersabar, malah sanggup mengorbankan kesenangan diri semata-mata untuk membesarkan kita. Kerana dialah, kita boleh mencapai kedudukan sekarang, kerana perlindungannya maka kita tampak sihat dan sentiasa terkawal dari pelbagai bentuk ancaman. Dia sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, demi membolehkan kita membesar dan hidup berdikari sebagai seorang manusia yang normal.


Baiknya Tuhan... diberinya Ummi dan Abi yang terhebat buat diri ini....Robbana athina fiiddunnya hasanah, wa fiil aahirati hasanah, wa qiina ‘azabannar… aminn ya Allah, amin ya Rahman, amin ya Rahim, amin ya Rabbal alamin…


 UHIBBUKA FILLAH YA UMMI WA ABI.... *wink*



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


aku tanpa CINTAMU...




~diary semalam & hari ni~

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi
Takkan terbalas walaupun sebesar zarah
Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan
Dan bila hilang barulah dikesalkan
Adakalanya ana hanyut
Adakalanya ana terlupa
Adakalanya leka
Ampunilah...



p/s-lirik nasyid unic-erti syukur

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


moga masih ada hari esok untuk si pipi merah~




salam 'alaik...
harini kembali ke zaman 10 tahun lepas..jd kanak2 riang... ecece, cuti2 mesia la...alhamdulillah. balik kampung.., hati girangggg!! :-D  .ecece, nak jumpa ngan baby Afiq... ^_^... alhamdulillah perjalanan yg selamat..... sampai umah pukul 9 pagi tadi... :) satg pas isyak nak g pasar malam......pastu nak gi CULIK baby Afiq.... bawa balik umah..;D

sekrg tgh search ttg artikel darah tinggi, diabetis ngan sakit jantung banyak pula artikel yg dapat...alhamdulillah....



tgh online, msg pun berbunyi....
beeepp..beeepp...(just beep once je)...

mesej pun terpapar datangnya dr ukhtie Fatonah...
orang yg bahagia adalah org yg pnjg umurnya dan baik amalnya. Org yg beruntung adalah org yg byk hartanya dan byk melakukan kebaikan dan org yg mndpt keberkatan adalah org yg bertambah ilmunya lalu semakin bertambah taqwanya.

syukran ukhti..moga kasih syg yg terbina kekal hingga ke syurgaNya.. insyaAllah ... ta sabar nak jumpa teman seusrah.... BESOK!



"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim 

SYUKRAN JIDDAN UKHTY.......uhibbu :wink:

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.