Oh Women of Islaam, Allah has given up Beauty not so we display ourself on Facebook.
Oh Women of Islaam, we have been given status like non other, why do you abuse it?
Oh Women of Islaam, our Chaste is a gift given to us from Allah, protect it as it won't be given back. Oh Women of Islaam, Allah has given us the opportunity to be Mothers, so be the best Mother.
Oh Women of Islaam,
We'll meet in Jannah Inshaa'Allah ♥
Sukar benar menitip kalam rasa buat kaum hawa. Insan yang tercipta untuk Adam, menemani di syurga, mendampingi di dunia , saling melengkapi hidup manusia.
sesungguhnya kaum hawa itu lebih mengerti.
Kami makhluk istimewa. Biar air mata sering dikaitkan dengan naluri hawa, namun hakikatnya air mata itu yang menguatkan jiwa, menebar jalur warna dalam setiap bucu peranan yang digalas mereka dari seorang hamba-Nya hinggalah hubungan sesama manusia.
Kita harus yakin tidak ada satu pun agama di dunia , kecuali ad-din Islam, yang memuliakan wanita, mengasihinya, mengangkat darjatnya, memberikan hak kepada wanita dan tidak merendahkan-rendah sifat fitrah mereka.
Islam memuliakan mereka sebagai hamba Allah tanpa banding beza,
Islam memuliakan mereka sebagai isteri yang mendampingi perjuangan suami,
Islam memuliakan mereka sebagai ibu yang mengandungkan zuriat sembilan purnama,
Islam memuliakan mereka sebagai pasangan Adam di akhirat dan dunia.
Keadilan Islam
Dalam satu peristiwa, Asma' binti Yazid as-Sakan al-Anshariyah telah mengetuai kaum wanita bagi menyuarakan pengaduan mengenai hak mereka kepada Rasulullah.
Dengan penuh sopan, Asma mengadu tentang kelebihan kaum lelaki yang boleh melakukan solat jumaat, solat jemaah di masjid, mengerjakan haji berkali-kali dan yang utama boleh keluar berjihad ke jalan Allah, berbanding dengan kaum wanita terbatas dalam gerak-geri , sentiasa di rumah dan menjaga harta benda , menjahit pakaian dan menjaga zuriat tatkala suami mereka keluar berjihad. Dia bertanyakan bagaimana wanita boleh berkongsi pahala dengan kaum Adam.
Baginda kagum mendengar bicara wanita itu malah sahabat-sahabat yang bersama Rasulullah turut menganggumi kepandaiannya membawakan masalah agama.
Rasulullah berkata kepadanya, " Ketahuilah wahai wanita dan sampaikanlah juga kepada teman-teman wanitamu yang lain. Sesungguhnya seorang wanita yang menjaga suaminya, mencari keredhaan suami dan melakukan segala yang disukai suami, adalah menyamai semua yang dilakukan suaminya."
Begitulah kemulian Islam yang mengangkat darjat kaum wanita.
Islam tidak pernah menolak pandangan wanita. Peranan wanita dalam memberikan pandangan tidak pernah dinafikan. Pernah ada seorang wanita menyangkal pendapat Umar ketika khalifah yang terkenal dengan ketegasan itu sedang berpidato di atas mimbar.
Umar tidak menolak sanggahan itu malah mengakui kebenaran apa yang disuarakan wanita itu sambil berkata, " Semua orang lebih mengerti daripada Umar. "
Malu VS Maju
Malu itu perhiasan wanita.
Mungkin atas sebab itu, jarang sungguh mendengar perigi mencari timba, meskipun tiada salahnya.
Kalau dahulu wanita sering kali dikaitkan dengan dapur rumah.
Kini pintu pengarah pejabat menara bertingkat-tingkat tertera nama wanita.
Membuktikan kaum hawa bukan sekadar boleh menggoncang buaian semata-mata, namun juga bisa menggoncang dunia.
Namun di sebalik kemajuan prestasi kaum hawa yang semakin hari semakin dikagumi, ada satu kerisauan dan kebimbangan yang perlu diperhati, diperhalusi dan diteliti.
Ana tidak risaukan kaum hawa yang berprestasi cemerlang bersulamkan akhlak solehah yang menjadi benteng dari sebagai fitnah.
Apa yang dirisaukan trend semasa yang menjadikan kaum hawa sebagai mangsa eksploitasi semata-semata.
Filem yang jalan cerita entah apa-apa, boleh laris dengan bermodalkan wajah artis wanita jelita.
Promosi syampu rambut mahupun badan, perlu ditayangkan dan dipamerkan keseksian perempuan.
Hinggakan iklan sabun cuci tangan, juga perempuan dijadikan umpan..
( lelaki tidak basuh pinggan barangkali )
Bidang fesyen dan peragaan turut tidak ketinggalan, hinggakan atas nama fesyen 'muslimah', aurat perempuan masih terdedah!
Adakah semurah itu harga malu seorang wanita? Dikesampingkan untuk melariskan produk-produk di pasaran seluruh dunia?
Mungkin trend sebegini sukar diubah, memerlukan usaha pendidikan masyarakat akan letak duduknya martabat wanita, dan juga kesedaran pihak-pihak yang bertanggungjawab yang terlibat. Namun usaha itu perlu digerakan dengan sekudrat upaya, segenap tenaga.
Kaum hawa yang benar-benar cintakan Allah dan Rasul-Nya,saya yakin mereka berusaha sungguh dalam memajukan prestasi peranan seorang muslimah,samaada di rumah mahupun di medan ummah, dalam pada masa yang sama mengekalkan perasaan malu sebagai seorang wanita.
Rasulullah saw bersabda,” Sesungguhnya di antara ajaran yang manusia dapatkan dari perkataan kenabian yang pertama adalah : Apabila engkau tidak malu, maka lakukanlah apa saja yang kau mau” (hadits riwayat Al Bukhari)
Wanita solehah, malunya pada Allah, sama ada di alam nyata, ataupun ketika berlayar di medan maya.
Ana doakan kaum wanita yang membaca artikel ini, anda terpelihara dari fitnah yang mengundang musibah, dan anda dikurnia pandangan wanita solehah di mata Allah.
Buat kaum Adam yang membaca, sama-sama memperbaiki diri, mempertingkat ilmu di dada, membesarkan cita-cita, kerana bagi sang Adam itu ada empat wanita yang tergalas tanggungjawab di bahunya, isteri dicintai, anak perempuan dikasihi, ibu dan saudara perempuan yang disayangi.
Adam dan Hawa,
berganding bahu menuju ke syurga...
Syukran jiddan ..sudi baca entry nie