moga dipermudahkan....


Teringat dialog Fahri dgn rakannya dlm penjara (Ayat-ayat Cinta) :

“Kamu harus sabar dan ikhlas Fahri, karena itulah inti Islam. Saat ini, kesabaran dan keikhlasanmu atas hidupmu sedang diuji. Jangan pernah putus asa. Jadi ingat, SABAR DAN IKHLAS, ITULAH ISLAM!”

wahai kamu....bersabarlah ye..hidup tidak selalunya indah.... dan tidak selamanya cerah...

buat kamu yg teramat ana sayangi...mungkin saje kamu tidak mengerti betapa ana menyayangi kamu..melepaskan kamu satu perkara yg membuatkan ana sangat terluka...tp ana tidak snggup melihat kamu terluka di akhirat kelak..ana ingin menjadi zaujah yg terbaik buat kamu..insya Allah..
biar ape pun terjadi,izinkan ana untuk terus menyayangi kamu sehingga akhir nafas ana....
ingin ana katakan pada kamu saat ini bahawa teruslah melangkah meskipun payah & terluka parah...ya habibi..   moga ini yang terbaik..Allah tahu yang terbaik buat hamba2Nya..

.selamanya kamu tetap di hati ana.....
amin ya rabbal alamin.....

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


hati emas..


di suatu pagi....
ana nak ke PSDC ..  kali ni tak memandu....
tetiba nampak sebuah teksi ....lalu berhenti di hadapan ana...
nampak wajah seorang pakcik tua iaitu pemandunya...

"nak ke mana cik? .."soalnya ringkas...

"psdc pakcik.."..

pakcik teksi memulakan bicara....
"anak belajar kt sana ka? menantu pakcik pun belajar kat sana.." 

"tidak pakcik..saya ada kos ..depa buat kat sini..." jawab ku dgn senyum..

"owhh ya kaa...baguih depa hantar kat sini.." 

"anak umo berapa? " 
ish pakcik ni ramahnya..
"pakcik nie dah 72 tahun nak..masih bawak teksi...." ujarnya ..
"alhamdulillah...saya pun teka-teka juge tadi umo pakcik..alhamdulillah pakcik nampak sihat .. " jawab ana
"syukur ..allah kurniakan pakcik kesihatan..aminnnnn..."

"pakcik...kenapa pakcik masih bawak teksi...", soal ku pada pakcik...
“Bukankah bekerja itu satu ibadah? Ibadah mana ada pencen,”jawabnya pendek.

“Gembira. Pak Cik tak ada kepandaian lain. Inilah sahaja kepandaian Pak Cik. Bawa teksi. Dengan cara inilah sahaja Pak cik memberi khidmat kepada manusia lain,” akuinya terus-terang

“Pak Cik pegang satu sahaja, bila dapat kita terus amal. Baru ilmu tu berkat.”

“Tak tahulah Pak Cik. Tapi Pak Cik anggap tubuh kita ini amanah Allah. Bila amanah, kita perlulah jaga baik-baik.”

“Nak balas kejahatan dengan satu kebaikan. Itu yang paling susah.
“ itulah ujian yang menentukan kita ikhlas atau tidak… Kalau kita buat kerana Allah, Insya-Allah, kita boleh balas kejahatan dengan kebaikan. Atau sekurang-kurangnya tidak membalas. Kita diam sahaja..”
ana terdiam...lama terdiam.....Subhanallah..resapan Islam dalam dirinya.....
ana hanya sibuk mencari ilmu namun membuahkan amal hanya sekadar2,, seolah2 menghiasi kek yg berkulat!
terima kasih pakcik....kerana telah membuat hati ana begitu tersentuh dgn kata-katanya....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


sepotong pesanan ..dari ibu..


“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU.."
Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.