benarkah : batu terapung dalam peristiwa isra’ mikraj di palestin




Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!

Gambar PALSU 1



Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )

Gambar PALSU 2



Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?

Gambar PALSU 3


Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?

Gambar PALSU 4


Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?

Gambar PALSU 5


Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. GunaPhotoshop..


Jadi.. Mana yang ASLInya..?

___________________________ …

Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..




Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:



Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.


“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.



Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.




Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung



Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.





Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka...


sumber- TARBAWI


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.



Klik banner & join!
Tarikh tutup : 1 OGOS 2012 
3 cabutan random di mana 3 blog bertuah ini akan menerima topup bernilai RM50 setiap satu. 
gud luck!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Doakanlah mereka bahagia "IRMA & REDZA" hingga ke SYURGA!


[Video] Majlis Pernikahan Dan Pra Perkahwinan Irma Hasmie & Redza Shah

jodoh pertemuan itu semua ketentuan Allah...

Bersangka baik...
bukan sekadar dapat menjaga hubungan
persahabatan dan persaudaraan..

tapi dapat mengelakkan kita, 
dari merasa mulia berbanding orang lain.
memandang setiap orang, dari sudut yang lebih baik dari kita, 
sehingga kita rasa sentiasa ingin memperbaiki diri.

kerana ukuran manusia di sisi ALLAH itu adalah TAQWA ...
........................
Sepanjang minggu ini, perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer memang menjadi topik perbualan hangat. Dan, pasti pengantin lelaki menjadi bahan bualan paling kerap.

Ramai memuji & mengidamkan kisah cinta mereka berdua yang bertemu ketika menunaikan umrah dan tidak kurang yang cuba mengungkit kisah silam Redza Syah.

Peminat hiburan melalui forum Cari mula mendedahkan yang sebenarnya Redza Syah Azmeer pernah berkahwin awal tahun 2012 yang lalu tetapi tidak kekal lama.

punca perkahwinan Redza Syah Azmeer sebelum ini tidak kekal lama tetapi sangat tidak manis untuk di ceritakan di’sini untuk hiburan anda.

Cukuplah katakan jika berkahwin tanpa restu keluarga terbukti mempunyai kesan yang tidak berapa baik. Bekas isteri Redza, bernama F pun sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Tidak salah sebenarnya untuk Irma Hasmie berkahwin dengan seorang duda & membuang ketepi masa silam suami’nya yang kini mungkin sudah benar benar dan ikhlas berubah...


sumber-rotikaya

kdg2 nok sngke baik tu msti pikir hok buruk lu,,aduuh,,,setan2,,, mmg jahat sungguh duk ngasut 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


segmen : header free by syifa


- nak tulis ape dekat header : http://ohgadisitu.blogspot.com
- tulisan nak warna ape :pink

- link doodle untuk header : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCAGiP9sLiTL3qW_fCe5WGgWUI82joqjTP2bCU3jGFjBcVi3DDm26CnMkbT1GzmvvddoR_fYynu5TMhrJGONxROO2hAu-RdAPl_TZ3qOLcYaeENBA5dBoJSxs4BCg-g8ehLgr1I2evRzVV/s320/Freebies+Doodle+Muslimah+Comel+Kenyit+Mata+Pink.png

- link blog anda :Seindah Ciptaan Tuhan...
http://ohgadisitu.blogspot.com/

- nak tambah sticker : love

- jenis font : Font F

tarikh tamat segmen-

 sehingga 09 julai



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Giveaway : 3-lens LOMO Style Film Camera by Amercorner.com ".



klik banner & join..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize


hadiah pilihan Qalbi- Kamera Lomo with film worth RM50++

SUPERB KAN!

klik banner & join!

ada lagi  hadiah!

5 orang yang bertuah akan dimasukkan dalam bloglist cik buaya dan menerima hadiah saguhati iaitu topup RM5 sorang

ditag..


GUD LUCK!





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Saya Nak Top Up RM 50



TOP UP RM 50 FOR TOP REFFERAL
TOP UP RM 10 UNTUK PESERTA BERTUAH

nak?

klik banner & join..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Lyana Studio First giveaway




KLIK BANNER CUN NIE & JOIN!

TAMAT SEGMEN 14 JULY 2012

di tag-

gud luck!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Merenungi Romantik Khadijah binti Khuwailid & Saidina Umar Al Khattab



Mungkin kisah romantik paling agung ialah antara Rasulullah dan isterinya Khadijah R.ha. Ketika Rasulullah pulang ke rumah dengan mengalami keadaan yang luar biasa selepas menerima wahyu pertama, Khadijah menyelimutinya. Khadijah duduk di sebelah Baginda S.A.W dan meluahkan bait-bait kata yang lunak dan mententeramkan. Rasulullah tidak pula merahsiakan pengalamannya di Gua Hira', tetapi bersikap terbuka menceritakan detik-detik mencemaskan yang dialaminya. Sikap terbuka dan tawaduk Rasulullah, serta sifat keibuan Khadijah telah melahirkan suasana yang boleh dianggap begitu romantik ketika itu. Tidak hairanlah Rasulullah masih tetap mengenang Khadijah setelah Khadijah wafat terlebih dahulu sebelumnya.


Romantik Gaya Saidina Umar Al Khattab

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, "Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku".

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu".

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku".

Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap menderhaka kepada suami.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Matluthfi90





So,beware


wif every single thing u want to do. Ada org yg tengah catat.heh ;)




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sesungguhnya aku lebih baik..?



Jauhi sikap syaitan, 
dalam surah al-a'raf:12

" Sesungguhnya aku lebih baik..."

siapa kita yang berhak menjadi hakim keatas orang lain
nilaian Allah, tak sama dengan nilaian manusia... 

Benda yang dari hati yang bersih ..... insyaAllah akan smpai ke hati

tak pandai berkata-kata
tapi ikhlas nak menyampaikan
akan ada telinga yang mendengar, dan meresap ke hati.

kalau tak pandai masak
tapi dengan ikhlas, insyaAllah sampai ke perut
dan sampai juga ke hati

bila menulis, walaupun bukanlah penulis yang hebat
tapi kalau datang dari hati yang bersih,
maka bukan setakat dapat dibaca, bahkan dapat menyentuh hati.

melakar poster, tapi bukanlah dgn kepakaran yang tinggi
tapi kalau dari hati, dengan niat yang baik
insyaAllah, ada mata yang tertarik, ada hati yang tersentuh

Subhanallah
So, ape pon yang kita nak buat, hati tu sangat penting
niat perlu diperbaharui..
matlamat pun perlu jelas

ape yang penting, teruskan belajar dan belajar untuk jadi lebih baik ^^

Jom, sama-sama tajdid niat.
sama-sama kita sucikan hati ♥

notakaki- tak smpai lagi tahap hati bersih ni. karat penuh lagi ni. Moga Allah bagi hidayah nak cuci hati ni. =="


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 + 2 = 5


sangat tepat dengan apa yang berlaku hari ini.

sistem yang mengdoktrin aqal sehingga hilang hak berfikir lantaran yang diajar adalah patuh, taat dan ikut membuta tuli.


pendapat sahabat?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jika anda ingin dikasihi oleh Pencipta!


Photo: Assalamualaikum... :)

Nor Abdullah wrote:

"Bismillah.
Assalamualaikum semua

Rahmat Allah..itu tidak terhad kepada manusia sahaja.Tetapi ia merangkumi seluruh ciptaanNYA..Seperti manusia, haiwan juga adalah ciptaan ALLAH untuk kita sayangi dan kasihi seperti manusia. :)

Menjaga mereka. mengasihani mereka mungkin membawa kita menuju Jannah, dan jika kita sakiti dan zalimi mereka mungkin akan membawa kita menuju ke neraka..

Sedangkan Kasih sayang ALLAH itu amat luas.. tidak kah kita hambaNYA itu tidak punya kasih sayang..Sungguh zalim hati manusia sebegitu..

Dan Rasulullah SAW adalah antara rahmat yang Allah beri kan pada kita. Surah Al-Anbiya' Ayat 107 yang bermaksud :-

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." 

Ingatlah..
"Jika anda ingin dikasihi oleh Pencipta, kasihanilah makhluk-Nya"
(Hadis At Tirmidhi)."

Wallahual'alam...

Share it.
I am Animal Lover ♥

Nor 
Jeddah

Ingatlah..
"Jika anda ingin dikasihi oleh Pencipta, kasihanilah makhluk-Nya"
(Hadis At Tirmidhi)."

Wallahual'alam...

Share it.
I am Animal Lover ♥ 

Jumuah Mubarakah!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TAMAT:syukran jiddan pada semua yang menyertai segmen 1st Giveaway By Si PiPi Merah... :



alhamdulillah walau tak dapat sambutan dalam 1st Giveaway By Si PiPi Merah..syukran jiddan pada semua yang menyertai segmen 1st Giveaway By Si PiPi Merah... :)


sebab antara syarat-syaratnya adalah peserta hendaklah sampai pada kuota 50 ...
tapi tak mengapa... ana akan letakkan semua peserta dalam Bloglist Ramadan Kareem ..

Allahu akram..).. 

Tahniah!

http://mymatatajam.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://cokeandsundae-sg.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://gulahatichabi.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://adiiitroublesome.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://chickypompom.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://kisahhidupnadeya.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://kisahamrara.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://yummycoklet.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://cutebear261.blogspot.com/2012/06/assalamualaikum-w.html
http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://anisfatihah-pinkladies.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html
http://asmarpunyablog.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-si-pipi-merah.html



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1ST GIVEAWAY BY DINI HSN



klik banner & join sebelum 27 julai 2012
jam 12.00 malam

gud Luck!





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


CONTEST KE 3 HAZWAN HAIRY



Bismillahirahmanirrahim...

first time dapat tahu HH buat contest terguling-guling baca penuh excited... huhu~
hari ni baru berpeluang join contest HH..
...blog yang santai..relaks.. banyak info terkini hal ehwal semasa dan juga kisah tuan punya belog ini sendiri... u'r trying to improve yerself!
same wimme...
Alhamdulillah... sejuk mata sape-sape yang 'spy' setiap aksara yang ter'publish'
dalam blog ini.... mantop!

mabruk alaik! tahniah 


sekian..
tulus dari qalbi... =)







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


JULY BLOGLIST BY INSAN BIASA.



KLIK BANNER & JOIN
:)




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira'


klik banner & join..


Ramadhan yang dirindui...

tiada kalimah yang dapat mengungkap rasa... alhamdulillah~ kau hadir lagi ya Ramadhan... 


3 kelebihan bulan ramadhan 


bulan keampunan 
malamnya lebih baik daripada 1000 bulan 
manakala solat fardhu sama dengan 70 kali ganda 


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu".
kedatangan mu dinanti-nantikan..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


lelaki ini tidak tahu agama dan jahil kerana solat dalam keadaan berkasut?


Hukum Solat Dengan Keadaan Berkasut

Solat dalam keadaan berkasut bukan merupakan satu adat kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia. solat dengan memakai kasut merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan...

Hukumnya sah berdasarkan dalil dari Sahih Muslim pada bab (Rasulullah SAW membenarkan solat berkasut): Rasulullah SAW membenarkan solat dalam keadaan berkasut dan bersandal selama mana ianya tidak bernajis.

Dalil yang berkaitan dengan bab ini ialah :

1) Diriwayatkan oleh Adam Bin Abi Iyas berkata dari Syu`bah berkata daripada Abu Maslamah Said Bin Yazid Al-Azyid RA katanya:

“Aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah Rasulullah SAW pernah bersolat dengan memakai kasut?” Anas menjawab “Ya!”

(Hadis riwayat Sahih Bukhari no. 386, Sahih Muslim no. 555 dan dalam Sunan Tirmidzi no. 396). Kemudian Abu Maslamah mengatakan bahawa para ulama sepakat mengamalkannya.
2) Imam Al-Iraqi di dalam syarahnya terhadap kitab Sunan Imam At-Tirmidzi :

"Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-Khattab, Uthman Ibnu Affan, Abdullah Ibnu Abbas, Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi radiyallahu anhu."

Amalan bersolat dengan memakai kasut ini, sebenarnya bermula di awal penghijrahan umat Islam ke Madinah. Ketika itu memang telah wujud beberapa kumpulan kaum Yahudi yang tinggal di sana. Apabila Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam mendirikan solat di masjid yang baru dibina dengan tidak berkasut maka berkata penduduk kaum Ansar Madinah, bahawa orang Yahudi juga beribadah tanpa berkasut.

Keadaan perlaksanaan solat berkasut

Solat dalam keadaan berkasut boleh dilakukan tanpa mengira masa. Rasulullah SAW melakukannya terutama ketika bermusafir. Namun, Rasulullah SAW tidak melakukannya ketika bersolat di dalam rumah Baginda SAW. Hal ini menunjukkan solat dalam keadaan ini perlu dilaksanakan mengikut keadaan. Pada masa kini, kebanyakan masjid atau surau telahpun dibina dengan binaan yang sempurna dan menyediakan hamparan sejadah, permaidani atau simen sebagai alas bersolat. Oleh itu, solat dalam keadaan berkasut tidak dituntut perlaksanaannya dalam keadaan ini kerana kawasan solat yang bersih. Akan tetapi, sekiranya keadaan tersebut perlu maka tiada masalah untuk menunaikannya melalui dalil-dalil yang telah kita bentangkan sebentar tadi. Cuma perkara yang tidak biasa dilakukan pastinya akan kekok ketika mana menunaikannya.

Kesimpulan

Dibolehkan solat dengan memakai kasut samada dalam suasana sukar atau senang, samada di tempat asal atau musafir.

Syaratnya ialah dengan penglihatan biasa, dipastikan bahawa kasut itu tidak ternampak kesan najis. Jikalau ada maka cara pembersihan ialah dengan menggosoknya di tanah. Jikalau tiada tanah maka wajib dicuci dengan air atau dibukakan kasut sebelum solat. Tiada alternatif lain bagi membersihkan najis yang melekat di kasut selain tanah atau air.

Solat berkasut adalah satu sunnah dan rukhsah agama yang tersangat patut diamalkan.

* rukhsah (keringanan yang diizinkan dalam keadaan tertentu) 

Wallahu a’lam




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mari Berkasih Sayang!!


"Hidup akan tawar tanpa kasih sayang. Awak tidak akan faham selagi awak belum pernah bercinta."


"Buat masa ini, tidak cukupkah kasih sayang saya sebagai seorang sahabat?"




"UHIBBUKIFILLAH!" 

Ana Sayang Semua... 

syukran lillahi taala..dear ukhty solehah

Ana tembak Du'a dari jauh buat ukhty di sana...
Andai ada kesalahan atau kesilapan, lahir atau batin, harap
dimaafkan. Du'akan kejayaan bersama..
Salam sayang bersulam iman..

Si Pipi merah..
mengharapkan sinar daripadaNya
hamba Allah yang hanya punyai DIA...

:)

Ilalliqa' wa ma'as salamah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ya Allah, berikanlah kepada aku kefahaman dalam beragama


Profile picture

Bismillahirrahminirrahim...

Allahumma faqihni fiddin (Ya Allah, berikanlah kepada aku kefahaman dalam beragama) 

amiiin...


Malam 15 Syaaban dah. Malaikat dah tukar buku lama dengan buku baru . Takutnya, mesti buku lama ana banyak keburukan. Allahhu Rabbi.

Insaf..insaf..


Apa nak jadi dengan diri pun tak tau laaa...

Benarlah kata-kata ulama, "Jika dosa itu berbau, nescaya aku tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesan orang kerana dosa-dosaku." 

By the way... ana nak mintak maaf pada semua di atas salah silap ana selama ni. Halalkan segala-galanya. Maklumlah..ana ni degil dan nakal sikit, jadi maafkanlah.


Sama-sama kita niat dan berazam untuk jadi yang terbaik dan jadikan buku amalan kita nanti penuh dengan kebaikan..kurangkan keburukan dan kalau boleh sifarkan terus tau segala keburukan ^^
insya allah..insya allah...

Insyaallah, boleh punyaa...

*****

Perasan tak, Allah susun 15 Syaaban hampir dengan bulan Ramadhan.. kan bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan pahala yang berlipat ganda.. jadi nanti buku amalan kita akan bermula dengan ibadah.. dan akan buatkan kita terus bersemangat untuk buat ibadah meskipun dah lepas bulan Ramadhan..janji kena konsisten yakni istiqamah.


Barulah buku amalan kita suci bersih dari keburukan =.=

Oklah....selamatlah semua..baca yaasin 3x malam ni jangan lupa tau ;)
wa ila liqa'


Note : maafkan kesalahan Si Pipi Merah ya...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen - Aku Blogger Gadis Melayu 2012




letal link di atas di sidebar

nak join?
klik SINI

untuk kite-kite aje..
tamat segmen pada jam 8 malam ini (5 Julai 2012).

sekian..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


CONTEST KERONGSANG MUTIARA



klik banner & join !

10 kerongsang mutiara adalah untuk 10 pemenang.
Tamat contest 2 ogos 2012

promosikan  jualan kerongsang sabah yang diusahakan oleh kak SUSY habis-habisan! 

KLIK SINI

salam sayang.... =)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Menutup Aurat Versi Hana Tajima



 


Walaupun Pemakaian tudung dan cara menutup aurat versi Hana Tajima tidak memenuhi syarak, tetapi ianya harus bagi diri dia yang baru memeluk Islam. Adapun anak gadis Melayu Islam yang meniru Hana Tajima patut malu pada diri mereka sendiri dan agama, sebab mereka sudah lama memeluk Islam (sejak lahir) dan sepatutnya mampu bertudung dan menutup aurat dengan lebih baik lagi dari Hana Tajima bukannya pergi meniru cara pakai/tutup aurat dia yang masih belum faham tentang Islam.
 Kita yang sepatutnya jadi contoh bukan sebaliknya ...
Tunjuk contoh yg baik,mana tau nanti hana tajima nak pakai tudung labuh kan?huhu  

serba sedikit tentang beliau...


Hana Tajima seorang gadis jelita yang menjadi ikon kebanyakan Muslimah seluruh dunia. Hadir beliau memberikan banyak inspirasi dan dorongan buat wanita Islam untuk berubah penampilan yang lebih mengikut tuntutan Islam.

Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa gadis ini pada awal kehidupannya bukanlah penganut agama Islam, sebaliknya merupakan gadis kacukan Inggeris di sebelah ibunya dan Jepun di sebelah bapanya. Beliau yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga beragama Kristian.

“Keluarga saya merupakan tulang belakang saya, mereka tidak mempunyai masalah langsung dengan apa yang saya mahu lakukan asalkan perkara tersebut menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik. Mereka tidak sekalipun mempertikaikan keputusan saya. Sehingga kini hubungan saya dengan mereka erat seperti sebelumnya.”

Merubah pegangan hidup dan juga prinsip mungkin mudah dilakukan, namun keputusan menukar agama merupakan satu perkara besar yang bukan boleh dipandang enteng. Perubahan besar pasti berlaku, “Saya mula tertarik kepada agama Islam pada tahun 2003. Saya masih ingat ketika itu saya mula berjinak-jinak dan membaca bahan bacaan tentang Islam dan sedari itulah jiwa saya ini meronta-ronta untuk mengenali agama ini dengan lebih mendalam. Sebenarnya kehidupan di kolej banyak mengajar saya” jelas beliau yang hanya belajar setahun sahaja dalam bidang rekaan di Sommerset College of Art & Technology.

“Kehidupan di kolej memberikan tekanan yang hebat, semua terlalu mencuba untuk menjadi lebih moden dan juga merubah pendirian semata-mata supaya diterima dalam kelompok rakan seuniversiti. Ketika itu gaya pemakaian dan juga tahap pergaulan yang bebas amat merimaskan saya. Everything seems not right, dan ketika itu hanya ajaran Islam yang menjadi peneman setia, akhirnya pada tahun 2004 saya bertekad untuk memeluk Islam dan alhamdulillah segalagalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.”

Apabila seseorang itu memeluk Islam, mereka diibaratkan sesuci bayi yang baru lahir, penghijrahan yang dilakukan haruslah sepenuh hati dan secara menyeluruh.“Saya memakai hijab pada hari pertama saya melafazkan kalimah syahadah, ketika itu perasaan saya bercampur baur antara sedih, gembira dan kagum.”

“Sedih bukan kerana menyesal tetapi menginsafi segala kekhilafan yang berlaku sebelum ini. Untuk menyesuaikan diri, saya mengambil masa hampir dua tahun untuk menjadi selesa berhijab. Perubahan ini memberikan banyak hikmah, diri saya merasa lebih yakin dan hati berasa lebih tenang. Seperti diri ini kurang diperhatikan lelaki dan diri ini tidak terdedah, paling penting saya tahu Allah sememangnya sentiasa berada bersama saya, alhamdulillah.”

“Saya pernah mengalami keadaan di mana jiwa ini tercari-cari akan hala tuju, dan saya mendengar kata hati saya untuk mendalami Islam, alhamdulillah mujur saya mengikut kata hati. Itulah sebenarnya yang harus kita lakukan, percayakan kata hati dan nescaya hidup ini akan menjadi lebih baik. Satu perkara lagi, keyakinan diri haruslah tinggi, kerana pada zaman yang serba moden ini pelbagai ranjau dan halangan yang menanti, perubahan ke arah kebaikan juga perlu dilakukan kerana perkara itu akan sedikit sebanyak membina benteng keyakinan diri. Segala perkara ini merupakan cerminan kepada perjalanan kehidupan kita dan walau apa pun yang terjadi kekalkan dengan kepercayaan dan iman kita.”

Hana Tajima sememangnya seorang wanita yang layak dijadikan role-model kepada wanita di luar sana. Angin perubahan dalam cara berfesyen yang dibawanya memberikan semangat kepada wanita Muslimah untuk berhijab. Pesan Hana kepada seluruh pembaca, “Apabila berhijrah bukan sahaja daripada luaran, tapi hati juga perlu berhijrah, alhamdulillah mudah-mudahan kita memperoleh keberkatan dari-Nya.”

sumber - Rindok Blog




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ittadakimas!



Ini namanya spegetti stail kampong. Time hujan-hujan ni malas carik makanan, jadinya merajinkan diri masak ikut suka hati. Bahan takda? Jangan risau. Pakai je ape yang ade dalam peti ais anda. Hehe. Memula kita rebus dulu spegetti. Agak-agak dah hampir masak masukkan fishball. Dah masak toskan dah biar ketepi sat. Basuh kuali dan panaskan minyak sikit utk menumis. Masukkan bawang cincang dan daging burger yang diracik-racik halus. Kalau ada daging kisar lagi bagusla.

Dah garing sket masukkan pes cili boh ikut sukati pedas korang. Pastu ana geledah laci jumpa sos tomato dan sos cili peket kepci. Campak suma dalam ikut suka. Apa lagi ek. Oh tuang sket kicap. Rasa sket.. ada masam sket dah.. taruk gula sket.. garam sket.. tuang air secawan kasi masak sampai pekat. Pastu masukkan sebiji telur dan kacau sampai telur tu agak masak. Kalau tak nak telur pun takpa. Last skali masukkan mee spegetti yang dah tos pastu gaul-gaul selama semenet pastu hidangkan. 

Ittadakimas!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


nifsyu sya'ban hari tutupnya buku amalan..



Salam Alaik.., skrg ni kita berada di bulan sya'ban, jd mlm nifsyu sya'ban jatuhnya pada 5 Julai mlm jumaat
(hari tutupnya buku amalan). Buat semua yang mengenali, maaf jika ada hak yang tak tertunai~

maaf..
andai tak tertanya kabar, tak terlayan, diabaikan, dilupakan, dihalimunankan, tidak diambil peduli, dianak tirikan, atau dipandang sebelah mata

maaf..
andai terkasar bahasa, terumpat kutuk, terkeji, tersalah kata, atau dimasam muka kan

maaf juga..
membebel tanpa motif, marah tanpa sebab, dihukum tanpa penjelasan, diabaikan tanpa notis

maaf kan ana.
jikaku pergi tanpa pesan..

ilaliqa'

"Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


EqbalZack: Brisbane Giveaway


nak? 

tamat segmen- 11:59pm , 31 July 2012

gud luck!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEO Eyriqazz dan Denaihati murah hati nak naikkkan traffic saya..






eheh!! dashyat13 tajuk entry kali nie.. kalau betul alhamdulillah..syukur..
mimpi di siang hari kah atau dah ukur baju di badan sendiri nie..
kejap nak tengok cermin pulak... blog kecik je pun nak masuk segmen otai Eyriqazz dan otai Denaihati..Well, I think and I believe I know what I am doing now. Walaupun tanpa sedar pecah kepale gak pikir ape perlu ana buat. Ana hilang fokus buat keje skolah. Tak berminat nak pegi bercuti, malas nak amek tau apa movie terbaru. Window shopping lagila tak berminat. Sales? Forget it. 
klik SINI  then baca syarat-syaratnya.. 


"Eyriqazz vs Denaihati" 


Pemenang akan ditentukan melalui kata kunci "Eyriqazz vs Denaihati" yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh antara 1-10 September 2012...


tarikh tamat segmen which is Merdeka Day 31 0gos 2012..


ada peluang ke tidak?


itu bukan persoalan ..the point is nak curik sikit ilmu dari "Eyriqazz vs Denaihati" baru je kenal-mengenal kedua-dua bro otai femes de memes dari uncle google dan makcik wiki.. mohon dapat sedikit ilmu dari "Eyriqazz vs Denaihati" .. 


Dashyat eh SEO & TRAFFIC "Eyriqazz vs Denaihati" tahniah..tumpang suka..tumpang bangga anak malaysia yang penting seislamiyah...


keputusan biarlah masa yang menentukan (ayat last pasrah)... 

beware!

kenapa ada ayat beware ni..oh terlampau eksaited mungkin.. 




sekian..






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mungkin dia mati dalam iman, kita mati .......



ehem..ehem... sakit tekakla... sakit dada sket.. dok batuk je dari semalam.. perit betul...
hidung pulak tersumbat.. astaghfirullahal azim..
takpe.. inshaAllah. ujian sakit ni jadi kafarah dan mehnah ujian untuk menghapuskan dosa-dosa ana.. 
malas rasanya untuk membuka buku yang telah ana tutup...
namun helaian bukunya masih belum berakhir..
.Buku Umar Abdul Aziz dan Al-Fateh yang ana pinjam pada seseorang telah dikembalikan..
Alhamdulillah...
Umar Abdul Aziz ni hebat orangnya...sewaktu jadi gabenor, pakaiannya mewah, memakai wangian, ada unta (kenderaan) yang hebat. Tetapi selepas dilantik menjadi khalifah, kehidupannya berubah (barangkali 180 darjah), dia menjadi zuhud, tidak ada pengawal dan unta yang hebat dan pakaiannya bertampal-tampal. Teringat dulu masa kat sekolah, cikgu lantik budak jahat untuk jadi pengawas sebab nak suruh budak tu jadi baik. Apabila dilantik jadi pengawas, memang betul budak tu jadi baik (berubah 180 darjah). Habis strategi, operasi dan lokasi budak-budak jahat dibongkarkan kepada kami. Dia rasa termotivasi untuk buat baik sebab memegang amanah. Tapi lantik jadi pengawas je, jangan lantik jadi ketua pengawas. Bahaya woi ! Strategi dalam dakwah tu perlu kreatif. Jangan jumud. Yang penting, selagi belum mati jangan sangka buruk kepada orang jahat. Mungkin dia mati dalam iman, kita mati ....... 

Hidup ini bukanlah pilihan, tetapi kewajipan membuat pilihan. Natijah syurga dan neraka ditentukan oleh dosa dan pahala kita di dunia ini. 

Bahagia tidak akan singgah pada hati yang tidak bersyukur dan tidak bersabar. 
dan
Bersangka buruk tidak akan menjadikan kita bahagia. 

Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. [Hud 11:117] 

Salahuddin al Ayubi membebaskan Palestin kerana mahu menyelamatkan kaum Muslimin dari penindasan dan menegakkan kalimah Allah. Begitu juga dengan Sultan Muhamad al Fateh yang membebaskan Constantinople dari cengkaman orang Kristian yang zalim. Zaman sekarang ada pihak yang mahu Islam berkuasa bukan kerana menegakkan kalimah Allah atau membebaskan manusia dari penindasan dan kezaliman tetapi kerana mahu menyebarkan ketuanan bangsa, mendaulatkan raja-raja, memonopoli ekonomi demi kroni, meluaskan pengaruh dan memperbodohkan manusia. Awal-awal lagi niat dah tak betul...

Di akhirat nanti Allah akan melakukan qisas (membalas setiap perbuatan) terhadap hamba-hambanya hatta kezaliman yang dilakukan oleh kambing bertanduk kepada kambing tidak bertanduk. Betapa adilnya Allah pada Hari Pembalasan.

Amin Yarabbal alamin..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Memperingati As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini





Ada wanita bermati-matian mempertahankan aurat (tudung) mereka. Dan mereka memilih untuk mati syahid kerana tudung, kerana mereka tahu tudung adalah maruah, kehormatan dan harga diri mereka. Mereka tidak sibuk berfesyen untuk tudung bawal, siakap, haruan, atau pun shawl. Mereka sibuk mempertahankan hak dan harga diri melalu tudung. Semoga Allah memberkati mereka. 


Kematian Marwah bukan sahaja disambut oleh saudara-saudara Muslim di Mesir tempat tumpah darahnya, malah di kebanyakan Negara Eropah dengan pelbagai respons yang amat mengkagumkan. Ia menunjukkan bahawa Marwah tidak bersendirian dalam mempertahankan kebenaran agama melalui pemakaiannya yang disifatkan sebagai muslimah sejati.


di bawah ini adalah artikel yang saya ambil dari laman facebook....


Adakah hari jilbab sedunia memperingati Marwah as-Syarbini??

Memperingati As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini

Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 Julai 2009 terhadap Dr.Marwah as-Syarbini kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak,sedang mengandungkan tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim. Tidak ramai pula dikalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat pengkebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia,Micheal Jackson,tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.

Marwah ditikam di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman sebelum memberi keterangan keatas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda jerman Alex W yang kerap menyebutnya "terroris" hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembah suami Marwah yang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.

Dalam sejarah islam, seorang wanita islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yang berada jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Umat islam kini, apa yang dibuatnya?media dunia umat islam sendiri hanya pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan media islam khususnya di internet.

Untuk memperingati peristiwa ini, hari jilbab sedunia dicadangkan bagi mengenangkan Marwah as-syarbini.




sumber -facebook


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Dr. Aafia Siddiqui, wanita Muslimah yang dizalimi oleh kuffar.


Dr Aafia Siddiqui as a student in a photo provided by her family. Photograph: Declan Walsh/Collect

Sedang membaca kembali info tentang Dr. Aafia Siddiqui, wanita Muslimah yang dizalimi oleh kuffar. Beliau ialah seorang "neuroscientist" yang dipenjara dan diseksa atas jenayah yang tak dapat dibuktikan. Hukuman penjara yang dikenakan ke atas beliau ialah selama 86 tahun. Beliau dilaporkan diperkosa dan diseksa dengan dahsyat namun tidak diendahkan. Kata Dr. Aafia Siddiqui apabila dijatuhkan hukuman penjara 86 tahun, 'saya tak akan merayu kepada hakim. Saya hanya akan merayu kepada Tuhan ! Allah..Allah..

Subhanallah...

Dr Aafia is super genius. She graduated with B.S from Massachusetts Institute of Technology (MIT). Kalau nak masuk Cambridge Uni atau Oxford Uni pun sangat susah, nak masuk MIT adalah 10 kali lebih susah. Awesome woman, super-women. MIT is the best engineering school in the world...

Semoga Allah merahmati beliau dan menjadikan beliau bintang syurga yang bersinar di dunia.
semoga Allah memelihara mu wahai mujahidah!

 Amin Allahumma Amin...


cerita lanjut tentang beliau klik SINI

"Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan." (HR Abu Daud)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ramadhan Yang Dinanti...



Saya bukan budak baik cuma Allah swt bagi rasa nak jadi baik..
Saya harap Allah izin kita utk bersedia hadapi Ramadhan dan memasukinya, menatapnya, menghayatinya, dan tenggelam dalam maghfirahNya.

Saya harap madrasah tahunan kali ni benar2 merubah diri kita. Dari tak suka dengan dosa terus maintain dengan kebaikan. Terus meningkat namun jiwa masih dalam kehambaan padaNYa..

Ya Allah. Sampaikanlah kami kepada Bulan Keampunan MU~
Moga setiap saat di dalamnya berlalu dengan penuh manfaat. 

Jom luangkan masa menonton sketsa pendek ... osem tau.. Ini adalah terbitan sulung IKRAMedia Muar...yang menggambarkan suasana persiapan menyambut Ramadhan yang berlaku di dalam sebuah keluarga bahagia. ..

 :)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Apakah psikologi Abu Lahab?



Sebelum kita menilai orang lain,fikirkan balik...

Adakah syurga tidak menerima orang yang bodoh?
Adakah syurga tidak menerima orang yang miskin?
Adakah syurga tidak menerima orang yang hodoh?

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dalam kalangan kamu"

Taqwa.
...........

Apakah psikologi Abu Lahab?

Kamu rasa kamu lebih kerana kamu keturunan Nabi SAW? Abu Lahab bapa saudara Nabi.

Kamu rasa kamu lebih sebab kamu orang Mekah? Abu Lahab orang Mekah.

Kamu rasa kamu pandai cakap Arab? Abu Lahab fasih berbahasa Arab.

Kamu rasa kamu orang pangkat besar? Abu Lahab sebesar-besar pangkat di sepenting-penting kerajaan dan kota.

Kamu rasa bini kamu hebat berkuasa? Abu Lahab dibakar api Neraka, dan isterinya Ummu Jamil yang membekalkan kayu api penyala Jahannam.

Kamu berarak sambut Maulid? Abu Lahab paling gembira dengan kelahiran Muhammad hingga dimerdekakannya si hamba bernama Thuwaybah.

Segala-gala tentang kamu tidak punya sebarang makna, sehingga kamu lulus syarat tunggal kemuliaan, kamu menerima Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasulullah.

Ya Allah, tundukkanlah nafsuku agar patuh kepada ketentuan-Mu dan keputusan Rasul-Mu 

ala ilaliqa' ma'asalamah

Semoga hari esok cuaca lebih nyaman. takpe,baik rasa susah dari senang,kuat sikit pergantungan dgn Allah...Kalau senang,banyakkan bersyukur~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 bilik ..2 bilik kecik, 2 bilik besor. pastu dia ada 4 pintu.


hari ni kami blajo jantung, jantung ada 4 bilik. 2 bilik kecik, 2 bilik besor. pastu dia ada 4 pintu. :)) 




ini salah satu bilik besar, left ventricle 


sibuk nk bergambar pulak dahhhh

N.B: jgn ingat structure nya ble nk makan, termuntah kang!! :))


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Siti Musliha, kini berusia 28 tahun



PADA 17 tahun yang lalu, Siti Musliha Mohd. Mustapha telah menawan hati berjuta-juta rakyat Malaysia dengan kebolehannya menyanyi dan menghafal 30 juzuk al-Quran dengan hanya mendengarnya.


Kepetahan budak perempuan itu berbicara dalam program Malaysia Hari Ini di TV3 pada tahun 1994 pula membuatkan orang terlupa seketika betapa dia mempunyai banyak kekurangan pada wajahnya.


Pada masa itu, Siti Musliha baru berusia 11 tahun. Setahun kemudian, dia merakamkan album Siti Musliha, diikuti album kedua pada tahun 1996, Mutiara Hati.


Siti Musliha dilahirkan tidak sempurna. Anak kelahiran Kajang, Selangor itu tidak mempunyai batang hidung manakala salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening.


Untuk membolehkannya menjalani kehidupan yang lebih baik, Siti Musliha, kini berusia 28 tahun, telah menjalani pembedahan wajah sebanyak empat kali di Adelaide, Australia.


Umrah


Pembedahan pertama yang dilakukan kira-kira setahun selepas kelahirannya pada 1983. Pembedahan selama 10 jam itu dibuat dari bahagian kulit kepala berdekatan telinga kiri ke telinga kanan.


Secebis tulang selangka turut diambil untuk membentuk hidungnya. Selain hidung, pembedahan untuk memisahkan jari tangannya juga dilakukan serentak.


Pembedahan kedua berlangsung pada tahun 1988 bagi membetulkan kedudukan mata, mendekatkan jarak mata dan membentuk semula bahagian muka.


Ia disusuli pembedahan membetulkan kedudukan hidung pada tahun 1994 agar dia mudah bernafas. Tulang selangka sebelah kanan Siti Musliha diambil untuk membentuk hidung itu. Pembedahan terakhir pada tahun 1996 juga bertujuan membetulkan kedudukan hidungnya.


Bagi Siti Musliha, pembedahan itu merupakan momen yang menyakitkan. “Saya sudah merasa bagaimana sakitnya menjalani pembedahan plastik. Jika diikutkan saya tidak mahu dibedah lagi.


“Namun, kalau ada insan yang ikhlas mahu membantu menjalani pembedahan, tidak salah untuk saya menerima,” kata Siti Musliha yang sekarang terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.


Tidak ramai orang yang tahu ke mana menghilangnya Siti Musliha selepas tahun 1997.


Tetapi kata Siti Musliha, dia melalui hari-hari seperti biasa hingga tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.


“Saya penuhi masa di rumah dengan bersolat atau membaca al-Quran. Saya juga menonton program keagamaan di saluran televisyen,” katanya kepada Jurnal.


Sesekali Siti Musliha akan keluar menjamu selera di McDonald’s atau pergi makan aiskrim. Kadangkala dia keluar selepas solat Maghrib bersama keluarga untuk menonton wayang tengah malam.


Bulan lalu, Siti Musliha mengerjakan umrah bersama ibu bapanya di Tanah Suci Mekah. Ibadat itu menuntut pergerakan yang banyak terutamanya semasa melakukan tawaf dan sai.


Namun, Siti Musliha lebih gembira berjalan kaki daripada menggunakan kerusi roda. Katanya, saat tapak kakinya memijak Masjidil Haram, hatinya tidak putus-putus memanjatkan syukur kerana itulah impiannya selama ini.


Dan sekali lagi di hadapan Kaabah, air matanya bercucuran sambil menadah tangan dan berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini.”


Siti Musliha bagaikan dapat merasakan betapa dekat dirinya dengan Tuhan ketika itu.


Pada 2 Julai ini, dia dijangka mengadakan persembahan bersama penyanyi M. Nasir pada majlis Makan Malam Kesatria Seni di Melaka. Persembahan itu adalah penampilan sulung Siti Musliha selepas 14 tahun menghilangkan diri.


Individu yang bertanggungjawab membawa Siti Musliha ke persada seni dahulu, Hatta Sanie daripada MS Production menyifatkan Siti Musliha yang pertama kali ditemuinya pada tahun 1996 sebagai seorang budak yang bijak.


Kucing


“Siti Musliha petah bercakap. Kita tidak dapat jangka apa yang akan dikatakan olehnya,” katanya.


Ketika ditanya ke mana menghilangnya Siti Musliha dalam tempoh yang lama, Hatta berkata, disebabkan tidak lagi merakam album, aktiviti seni Siti Musliha juga terhenti.


Bercerita mengenai zaman kanak-kanak Siti Musliha, Hatta menyifatkannya sebagai seorang budak yang pandai bergurau.


“Saya ingat lagi jika kami ada tugasan luar, dia sering membawa perakam suara dan merakam suara kami ketika kami tidur atau sedang berbual.


“Apabila kami mendengar semula rakaman tersebut, geli hati kami dibuatnya,” kata Hatta.


Tambahnya, jika dia memimpin tangan Siti Musliha menaiki tangga, Hatta akan memberitahunya bilangan anak tangga sebelum menyuruhnya memulakan langkah.


“Dia akan kira semua anak tangga hingga selamat sampai ke atas,” katanya lagi.


Selain itu, menurut Hatta, Siti Musliha seorang yang takutkan kucing kerana bulunya.


“Saya pernah bergurau dengan mengambil barang-barang berbulu seakan-akan bulu kucing dan letakkan pada badannya.


“Dia pasti menjerit kerana terkejut,” kenang Hatta.

SUMBER kosmo





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.