lelaki ini tidak tahu agama dan jahil kerana solat dalam keadaan berkasut?


Hukum Solat Dengan Keadaan Berkasut

Solat dalam keadaan berkasut bukan merupakan satu adat kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia. solat dengan memakai kasut merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan...

Hukumnya sah berdasarkan dalil dari Sahih Muslim pada bab (Rasulullah SAW membenarkan solat berkasut): Rasulullah SAW membenarkan solat dalam keadaan berkasut dan bersandal selama mana ianya tidak bernajis.

Dalil yang berkaitan dengan bab ini ialah :

1) Diriwayatkan oleh Adam Bin Abi Iyas berkata dari Syu`bah berkata daripada Abu Maslamah Said Bin Yazid Al-Azyid RA katanya:

“Aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah Rasulullah SAW pernah bersolat dengan memakai kasut?” Anas menjawab “Ya!”

(Hadis riwayat Sahih Bukhari no. 386, Sahih Muslim no. 555 dan dalam Sunan Tirmidzi no. 396). Kemudian Abu Maslamah mengatakan bahawa para ulama sepakat mengamalkannya.
2) Imam Al-Iraqi di dalam syarahnya terhadap kitab Sunan Imam At-Tirmidzi :

"Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-Khattab, Uthman Ibnu Affan, Abdullah Ibnu Abbas, Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi radiyallahu anhu."

Amalan bersolat dengan memakai kasut ini, sebenarnya bermula di awal penghijrahan umat Islam ke Madinah. Ketika itu memang telah wujud beberapa kumpulan kaum Yahudi yang tinggal di sana. Apabila Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam mendirikan solat di masjid yang baru dibina dengan tidak berkasut maka berkata penduduk kaum Ansar Madinah, bahawa orang Yahudi juga beribadah tanpa berkasut.

Keadaan perlaksanaan solat berkasut

Solat dalam keadaan berkasut boleh dilakukan tanpa mengira masa. Rasulullah SAW melakukannya terutama ketika bermusafir. Namun, Rasulullah SAW tidak melakukannya ketika bersolat di dalam rumah Baginda SAW. Hal ini menunjukkan solat dalam keadaan ini perlu dilaksanakan mengikut keadaan. Pada masa kini, kebanyakan masjid atau surau telahpun dibina dengan binaan yang sempurna dan menyediakan hamparan sejadah, permaidani atau simen sebagai alas bersolat. Oleh itu, solat dalam keadaan berkasut tidak dituntut perlaksanaannya dalam keadaan ini kerana kawasan solat yang bersih. Akan tetapi, sekiranya keadaan tersebut perlu maka tiada masalah untuk menunaikannya melalui dalil-dalil yang telah kita bentangkan sebentar tadi. Cuma perkara yang tidak biasa dilakukan pastinya akan kekok ketika mana menunaikannya.

Kesimpulan

Dibolehkan solat dengan memakai kasut samada dalam suasana sukar atau senang, samada di tempat asal atau musafir.

Syaratnya ialah dengan penglihatan biasa, dipastikan bahawa kasut itu tidak ternampak kesan najis. Jikalau ada maka cara pembersihan ialah dengan menggosoknya di tanah. Jikalau tiada tanah maka wajib dicuci dengan air atau dibukakan kasut sebelum solat. Tiada alternatif lain bagi membersihkan najis yang melekat di kasut selain tanah atau air.

Solat berkasut adalah satu sunnah dan rukhsah agama yang tersangat patut diamalkan.

* rukhsah (keringanan yang diizinkan dalam keadaan tertentu) 

Wallahu a’lam




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


14 comments

Tanpa Nama
5 Julai 2012 pada 4:40 PTG

Tajuk entri, lain dari isi entri..

5 Julai 2012 pada 4:42 PTG

assalammualaikum....asiif jiddan.. bukan tujuan hendak mengelirukan..tetapi itukan satu persoalan... syukran atas teguran.. :)

5 Julai 2012 pada 4:44 PTG

rata-rata dari kita sendiri masih mempersoalkan tentang ini bukan...? betulkan ana jika ana salah.. :)

5 Julai 2012 pada 6:04 PTG

Bulan 2 lepas Shawal menunaikan umrah bersama keluarga.. alhamadulilah.. waktu tu Shawal kat Masjid Nabawi.. terkejut jugak Shawal ramai yang pakai kasut.. Shawal pun tanya lah kat abang Shawal yang pakar sikit bab agama ni, die kata boleh yang penting tak de najis.. info yang berguna lah kak.. (Y)

5 Julai 2012 pada 6:11 PTG

kita baru tahu pasal info ni...maceh ya..:)

5 Julai 2012 pada 6:25 PTG

trime kasih atas perkongsian :)

5 Julai 2012 pada 7:13 PTG

Biasa la tu Lynn.ada yg faham ada yg tidak.. Kekeliruan tu perkara biasa...Anyway Good info dear. Sblm ni akak tak tau pun perkara ni...Yg penting bagi akak fahami isi...

5 Julai 2012 pada 7:20 PTG

chukran jazillan..pencerahan yg bgoz,diikuti dgn dalil....alhamdulillah..

6 Julai 2012 pada 1:53 PG

raihan pon baru tahu ttg nie. thanx share..=)

6 Julai 2012 pada 8:40 PG

wahhh tq sharing....

7 Julai 2012 pada 2:39 PTG

good info...
ramai yg tak tahu... benda ni byk dibuat oleh masyarakat arab... islam tu tak susah kalau kita nak amalkan...

7 Julai 2012 pada 5:24 PTG

ktika hiking gunung, dlm hutan, dlm kapal terbang or train, mmg harus la pakai kasut ni..
sja2 nak wat kat masjid, x payah la, klu kasut bersih bleh trima lgi..

7 Julai 2012 pada 5:26 PTG

Thanks sbb sharing....

11 Ogos 2012 pada 5:17 PTG

sgt menarik!

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.