"Segmen Bloglist Julai by Ieka Farhana"



klik banner sambil join!

"Segmen Bloglist Julai by Ieka Farhana" 







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen Dalca : Bloglist July



syukran !dapat jemputan dr tuan punya belog
untuk join segmen nie..
untuk semua yang nak ikut..
tekan banner dan join..
sebelum tu
jawab 3 soalan .


A-soalan umum..B-soalan logik ..C-soalan ilmiah..

JAWAPAN

A-soalan umum
Alhamdulillah, Mursi telah menang di Mesir. (Dr Mohamed Morsi ) ^^..Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan dan bekas ahli Biro Bimbingan Ikhwan Muslim,tetapi, perjalanan masih panjang dan rangka pembangunan Mesir baru masih perlu diteruskan. Semoga Allah membantu kerja-kerja mereka di sana untuk jangka masa panjang...amin allahumma amin...
B-soalan logik 
Saya pilih SPAIN.. 3 gol berbalas 1 .. :P
C-soalan ilmiah.. 
nabi daud a.s

yang dikasihi




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Segmen : Up Followers Bulan June-Julai"




segmen lagi!
klik banner dan join ye..

Tarikh Tutup : 7/7/2012 
tag








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen: Saya ada blog



happy weekend.. 
nakjoin? menarik segmen nie..
klik banner tu..


- Why do i blog? Masa tu ikut sahabat-sahabat yang kena bukak blog as one of their assignments and tiap minggu kena update. Bila dorang start menulis blog saya pun excited nak tulis.

Tapi disebabkan takde inisiatif nak memajukan blog tu, lama-lama blog tu senyap dan berhabuk.. 

Lepas tu masa second year..sahabat-sahabat baik saya ramai yang dah ke mesir.. saya berpeluang mengikuti pngajian di mesir hanya setahun setengah kerana masalah peribadi..dan kembali di malaysia meninggalkan bumi anbia... dan demi mereka..saya selalu blogwalking balik ..jejak sahabat -sahabat saya semua di blog mereka..hari-hari di blog mereka menceritakan pasal syria..pembunuhan sana..election tak pernah ada penghujungnya....masyaallah...saya mula mencintai syria dan mesir...mula menulis..secara siyess....


entri terawal blog saya..


http://ohgadisitu.blogspot.com/2011/12/wahai-yang-membaca-semoga-kau-bahagia.html



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


suami setampan Yusof .. kasih setulus Zulaikha...Irma & Redza


Photo: Redza listening to Khutbah Nikah before solemnisation to Irma Hasmi

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair “

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.
Tahniah dan Selamat pegantin baru buat pegantin yang diraikan Irma hasmie dan suami Azmeer semoga Allah memberkati anda.

Pernikahan akan membuka segala tabir rahsia...
.......................
Jangan diminta terlalu tinggi sekiranya diri sendiri tidak hebat. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah sekiranya diri tidak semulia Rasulullah.
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof sekiranya kasih tak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis sekiranya diri tidak sehebat Sulaiman. Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim sekiranya diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...
-suka quote ni-

ila liqa'

Photo: Irma Hasmie sah menjadi isteri kepada Reza. Baca artikel penuh dan gambar perkahwinan klik sini -> http://bit.ly/KHK8rJ




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Biarlah wajah tak CHANTEQ,asalkan akhlak kita THE BEST..InsyaAllah





Kadang2 kita terlalu sibuk menimbang berat badan..bila naik je, terus sedih dan cari pelbagai alternatif untuk turunkannya. Kadang2 tak makan langsung, ikat perut. Bila dah turun...fuhhh lega..
Tak perlu buat sesuatu yang boleh merugikan diri semata2 ingin menjadi cantik dan menarik dipandangan manusia..Tetapi,berusahalah untuk menjadi cantik agar dapat menarik "perhatian" Yang Maha Pencipta.

Alangkah indahnya jika kita mencantikkan diri dengan ilmu dan keimanan. Lantas Allah s.w.t memuliakan kita tanpa melihat wajah dan bentuk badan.

Seperti mana Bilal bin Rabah yang hitam kulitnya. Dilambai syurga kerana ketaqwaannya. Sungguh, rugilah manusia yang tertipu dengan solekan duniawi..

Tapi kalau dosa,rasanya dh tak tertimbang2..sebab beratnya dah berkilo2..Cuba tanya diri kita balik, pernah tak kita fikir cara nak kurangkan dosa dan topup pahala banyak2??

sama2 kita renungkan...amar maaruf nahi mungkar !

Biar PEROMPAK masuk dalam RUMAH kita ..Curi DUIT kita .. Rosakkan HARTA BENDA kita ..Tak mengapa kerana HARTA masih boleh di cari..

Tetapi JANGAN Biarkan SYAITAN masuk dalam HATI kita -> Curi IMAN kita -> Rosakkan AQIDAH kita -> Bimbang NERAKA menjadi tempat kita..

Nauzubillahi min zalik..

Nota hati - Wanita itu sangat2 CHANTEQ bila aurat dijaga,Maruah diri dipelihara,
Kerana itulah dia digelar wanita dambaan SYURGA..
InsyaAllah..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Air kelapa menurunkan berat badan..


Air kelapa menurunkan berat badan???


dah solat maghrib? alhamdulillah...

Air kelapa memang sudah diketahui umum memiliki banyak khasiat,,khususnya untuk wanita hamil, tapi air kelapa juga baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga berkhasiat sebagai minuman anti-penuaan.

Para ilmuwan India mengatakan, satu cawan air kelapa mengandung sekitar 46 kalori, sedangkan santan kelapa mengandung 550 kalori. Mereka percaya air kelapa dapat membantu menurunkan berat badan, sebab rasa manis air kelapa membantu kita melupakan sementara untuk menikmati makanan dan mengatasi keinginan yang besar untuk makan.

Air kelapa tidak mengandungi lemak, tetapi banyak mengandungi gula semulajadi dan mineral, dan juga kaya magnesium, potassium serta serat. Air kelapa juga menjadi pengganti cairan tubuh yang kurang, komposisi khusus elektrolit yang ada di dalamnya.
Komposisi air kelapa bentuknya seperti plasma, kerana itu semasa perang dunia dahulu, air kelapa digunakan sebagai larutan garam...
..........
Nota hati : hari ni semua muke cam sedey je, blur2 camtuh... termasuklah ana.. entah apa yg ustaz, ustazah cakap, tak berapa boleh nak cerna dek otak ni.. huhu~
(p.s: tgh takde mood sebenarnye... )



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


segmen : nak header free dari iza zaty ! (part 2)




Tamat Segmen : 30/6/2012 (pukul 2:00 PM) 


klik banner dan join taw..

WAJIB SANGAT SANGAT isi detail ni dalam entry korang -
Ayat untuk letak di header : Seindah ciptaan Tuhan
- Jenis Font :Font P
- Code Warna :

FF0066
660066 
CC3366 
FF33CC

- URL doodle/gambar transparent : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYdJ5y_97DMc4Buar9Nui_G8pANarAWBSHg4v6otUo1UvgowTjA8CRhXd5K8hsqXucEtOIX82VsFM5kZe7soWUQjBhwPODEau4CVS9CKMJC6iBDypVkVduPj3dfS_zXOazMpjg62CgAOk/s1600/Pipi+Merah.png

- lain lain tambahan : letak  http://Ohgadisitu.blogspot.com// kat header
nak jenis font terpulang kat iza.. :)

syukran taw..harap-harap ta susahkan iza ye..






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PENYAKIT UMAT DAHULU YG KEMBALI DI AKHIR ZAMAN


Semoga hari Jumaat kita diisi dengan perkara-perkara kebaikan :)



Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh'. katanya: Aku mendengar Rasulullah ﷺ. bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”.

Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”
Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah;

1. Terlalu banyak seronok,
2. Terlalu mewah,
3. Menghimpun harta sebanyak mungkin,
4. Tipu menipu dalam merebut harta-benda dunia,
5. Saling memarahi,
6. Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”.

(Hadis riwayat Al-Hakim)

Sollu alan nabi.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Untuk wanita: SENGGUGUT JANGAN PANDANG RINGAN !




Ana baru lepas baca blog dari Dr Hamid Arshat. Beliau merupakan doktor sakit puan. Ana suka membaca blog beliau kerana banyak info yang berguna. Mungkin ada yang bertanya,"tidak terlalu awal ke baca blog sedemikian?". Ini jawapan ana," kebanyakan orang pasti menganggap keadaan mereka adalah normal jadi pemeriksaaan kesihatan terutama sistem peranakan dijatuhkan kepada no 2 atau 3 atau terakhir. Bila masuk alam perkahwinan, barulah sibuk mencari info mengenai sistem peranakan dan permasalahan yang ada. Ini adalah salah, lagi awal kita detect, lagi senang. Ana suka membaca pasal kesihatan (dari diet pemakanan sehinggalah ke masalah wanita) ini, mungkin disebabkan keluarga ana sendiri (ummi dan arwah abi nak sangat ana jadi doktor)

Setiap wanita pasti akan ada senggugut cuma yang membezakan setiap wanita itu adalah kadar kekerapan, sakit yang antara skala 1-10 dan kesan senggugut. Ana pernah melihat kawan yang senggugut teruk yang dimana sehingga sukar ingin bangun dari tempatnya. Berkali-kali dia bertanya ana "adakah dia sukar hamil pada kemudian hari?". Ana balas balik kepadanya," the best answer is to seek a gynae". Kadang-kadang kita nampak ia simple,"ala, muda lagi. senggugut ni memang macam ni, esok lusa baiklah" tapi sebenarnya kekerapan anda kena dan sakit yang tidak boleh dibendung adalah petanda kepada masalah yang lain. Ana tidak mahu menakutkan anda tapi itu adalah benar. Ubat penahan sakit menstrual period pun kadang-kadang tidak boleh membantu. Di bawah ini, ana letakkan bahaya senggugut ini kepada wanita. Jadi jangan ambil kes ini sambil lewa. Ia boleh memudaratkan kepada anda, wahai wanita.


Penerangan dari Dr Hamid Arshat mengenai senggugut jadi endometriosis:

Pesakit ini telah kahwin lebih tiga tahun tapi tidak pernah hamil. setiap bulan akan mengalami senggugut teruk. Gambar dari teropong laparoscopy , rahim didepan dan usus dikelakang dan kelihatan ovary berwarna puteh dan didalam nya ada endometriotic cyst. Pada dinding rahim pula ada tumbuhan fibroid.




Lihat darah kotor warna coklat kehitaman, yang terkandung dalan endometriotic cyst dalam ovary (warna putih)




Kandungan endometriotic cyst - darah kotor- ia juga digelar dengan nama 'chocolate cyst'

Penyakit endometriosis merosakan organ2 peranakan. dalam pesakit ini ovari rosak, akibat dari reaksi inflammation/radagan, timbul adhesion dan scarring yang boleh melanda kilang ovari dan saluran fallopian dan dinding belakang rahim. Seringkali juga saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini meyukarkan peroses percantuman benih lelaki dan telur permpuan.

Dalam situasi yang teruk , rahim menjadi rosak dan tumbuhan adenomyosis timbul menyebabkan senggugut yang amat sangat.



Adenomyosis, rahim bengkak macam 3 bulan mengadung. Lihat gambar diatas, saya belah rahim dan kelihatan dinding rahim jadi sangat tebal akaibat adenomyosis.

Sesiapa yang mengalami senggugut, sukar hamil atau sering gugur, perlu jumpa pakar sakit puan utuk pemeriksaan dan scanning. Jika ada retroverted uterus, kemunkinan besar dia ada penyakit endometriosis. Bedah laproscopy adalah sangat penting untuk mengsahkan dan seterusnya merawat penyakit endometriosis, Kedudukan rarahim yg retroverted perlu diperbetulkan waktu laparoscopy , jika ada cyst . ia perlu dibuang, jika saluran sumbat perlu dibetulkan dengan 'tubal repair' dan jika ada adhesion perlu lakukan 'adhesionolysis' semuanya dilakukan sekali gus.


Sumber: Dr Hamid Arshat (klik sini, banyak info yang menarik)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


MURAH HATI YANG MAHAL...


 

Ana..ummi dan adik ana mujahid kecil singgah solat di sebuah surau. Usai solat seorang budak menghampiri ummi. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan ummi bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. ummi menghulurkan derma.
Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat.

Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya.
Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.
Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi.
Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.

“Ini hok mu buat beli makanan.”

ummi kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan pakcik sehari?”

Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.”

Tanya ummi lagi, “Bakpo pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?”

Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.”

Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada ummi.

Ana mula berasa sebak...  ana pandang ummi.... kami saling berpandangan...


ana tahu ummi juga berperasaan serupa...

“Kalu gitu mari ikut saya pergi makan... saya dan anak-anak saya nak pergi makan ..bolehlah ikut sekali.. ” pelawa ummi


"marilah pakcik... " pelawa adik lelaki ana..sambil memegang tangan pakcik itu...
“Hari ni pakcik posa.” jawabnya perlahan.

kami bertiga tidak mampu bersuara lagi..

................

Nota: Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya..

Kelebihan orang yang murah hati..

1. Pemiliknya akan mendapat kasih sayang dan redha Allah SWT.

2. Bukti kesempurnaan akal, lapang dada dan besar jiwanya.

3. Akan mendapat pertolongan malaikat.

4. Semua manusia akan terdetik hatinya untuk membantu dan bergabung dengan pemilik sifat ini.

5. Seseorang yang berusaha menanamkan sifat ini dengan cara membiasakan dan memupuknya akan mendapat pahala yang besar dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

6. Ia adalah salah satu sifat Allah SWT dan para wali-Nya.

7. Ia dapat menyatukan hati dan menebarkan kasih sayang antara manusia.

8. Melenyapkan kebencian, kedengkian dan dapat meluluhkan hati.

SUBHANALLAH ! ♥


nota kaki- Kalau dapat amalkan, bagus! Kalau tAK, cukup sekadar bersyukur.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen: Saya Nak Join Dalam Bloglist Ain!!!




Tarikh tutup: 6 Julai

klik banner dan join ramai-ramai!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Saya Seorang Silent Reader. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak


Bicara Mak Dara

Jom sertai segmen Mak dara..
nak tahu info klik banner di atas nie..


korang listkan 5 belog yang korang selalu singgah atau wajib pergi
tapi.,,baca je..tak komen..tak shout2 gitew..
SILENT READERS! katakan.. 
tak semestinya beloq-belog yang osem je kan..
i adore tis blog



kesimpulannya,blogger yang hebat pasti ada follower yang ramai,like entry yang banyak,trafik tinggi dan macam-macam lagi.Yang ana nak sampaikan,belum tentu orang yang ada follower ramai dan yang lain-lain tu seorang blogger yang hebat. ana? Jauh sesangat..

nota kaki: satu lagi,blogger yang hebat adalah blogger yang boleh menerima teguran.. Ana respek kalau ada yang macam ni.. 





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen Bloglist Julai by Raihan



klik banner dan join..
Tamat Segmen : 30 June, jam 10 malam.
paling best ialah...
Peserta bertuah akan dapat doodle free yang raihan lukis sendiri. Akan dipilih melalui Random.org

*nak...nak.. heee 
sekian..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Segmen Saya Nak Banner Free By Kinah"





Warna background atau URL gambar background : PINK
Apa yang perlu ditulis di banner : jom blogwalking belog saya!
Width : 70
Height : 90
Doodle : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYdJ5y_97DMc4Buar9Nui_G8pANarAWBSHg4v6otUo1UvgowTjA8CRhXd5K8hsqXucEtOIX82VsFM5kZe7soWUQjBhwPODEau4CVS9CKMJC6iBDypVkVduPj3dfS_zXOazMpjg62CgAOk/s1600/Pipi+Merah.png

Nak letak doodle di mana : kanan




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tunggu! Jangan Lari! itu Hati saya



masya allah.. nampaknya ana berjaga lagik malam nih.. wat keje cam siput..mende yg leh wat lam sejam ana wat lam semalaman.. kejap lukis..tulis.. kejap gigit pensel 2B.. ermm.. ade org tu pesan soh tido.. kang muke berkedut.. ohh ye ke??.. takpe.. ana leh tampal ngan masker.. pehtu ade sorang lagik soh tepon.. tapi bile call.. this is touch link service.. bla bla bla.. aaa tgh gayut lah tu.. malas lah nak call.. pehtu sambung wat kije.. ermm gigit pensel lagik.. mane tak nyer.. wat keje sambil dengar lagu jiwang.. seme la lembap.. .



ALLAH~ .. nk watpe ni?? wahai en.mood,terbanglah ke mari..sgt 'pointless' n blur..

Allahu Allah..kasihani daku, pimpini daku, mudahkan urusanku, lapangkan dadaku~

(i tink i need help) =(

ada sape2 yang terjumpa HATI saya ta?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen Cik Siti...saya join




tamat pada 1Julai 2012 (ahad) pada pukul 11 malam.. 
nak join?
senang je..klik je banner tu..
kbai



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY



jom join..
klik banner tu yep..
Tarikh tutup: Sehingga 30JUN 
ana nih dah aa malas menulis.. tapi sangat rajin tak tentu hala menaip .. adeii.. kang tak jadik kijo² lain ana yg patut di buat.. nak berdiary lagik nih ana rase malas sgt.. yg dah berlaku tu biarlah kan.. tapi skg nih ana dah takdak perasaan.. so belasah jek la.. dalam sehari tak satu entry kkdg sampai 5 kut..
sekian.. :)




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen:Bloglist Julai Pecinta Pink



salam alaik...
tarikh tamat segmen
30 Jun 2012 iaitu pukul 2 pm.. 

BLOG PILIHAN ANA -  cik mun.

klik banner dan join...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


semoga kita menjadi kawan baik yang baik!



Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik... kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!

Amin Ya Rabbal Alamin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Dinar: Nik Aziz beri '25 jam' untuk siasat KGT


Beginilah contoh insan yang berani, tidak gentar, tidak sombong, tidak angkuh, tidak banyak berdalih, tidak banyak alasan dan tidak mudah melatah. Kebenaran itu menjadikan manusia berani, berani memperkatakan dan menegakkan kebenaran. Dan kebenaran itu menjadikan manusia takut hanya kepada Allah. Ayuh SPRPM, Polis, Tentera, FRU, sila siasat Nik Aziz dan Kelantan kerana pintu telah dibuka 25 jam sehari. Kalau Nik Aziz bersalah, kita ada ISA, penjara Sg Buloh, dan Bukit Aman. Apa nak takut, Tuhan kan ada.


...............................
sumber : harakahdaily


SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu pihak berkuasa boleh menyiasat bila-bila masa isu dakwaan penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).

Beliau yang ditemui di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini turut menyatakan siasatan tersebut boleh dilakukan 25 jam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali.

"Kita sedia disiasat dan saya berikan 25 jam ruang waktu untuk mereka siasat walaupun kita ada 24 jam tapi 25 jam saya bagi.

"Siasatan boleh dilakukan bila-bila masa dan kita tidak takut," jelasnya.

Beliau yang sebelum itu berucap pada majlis Wacana Ilmu 'Buku Rasuah' menjelaskan amalan rasuah tidak dapat dibendungi kerana undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia.

"Kalau kita ingin mengatasi masalah rasuah sepenuhnya, kita perlu kembali kepada ajaran Islam dan Allah Taala.

"Jika ini tidak dapat dilaksanakan terlalu sukar untuk kita mengatasinya kerana kita adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan," ucapnya.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut memberitahu amalan memberi habuan terutama dalam memancing undi pada pilihan raya adalah rasuah dan haram dilakukan.

"Pemberian habuan pada pilihan raya juga merupakan rasuah dan haram tetapi itu tidak dipedulikan kepada mereka yang mengamalkan prinsip sekular dan demokrasi.

"Selagi pemimpin-pemimpin sekular tidak mengikuti ajaran Islam selama itulah rasuah akan terus menjadi raja di negara ini," sambung beliau lagi.

Sebelum itu, Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai Ahad kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat.

Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


entah apa-apa





إذا فُتح لك بابَ الخير فسارع فإنك لا تدرى متى يُغلق عنْكَ

Apabila dibukakan kepada kalian pintu-pintu kebaikan, maka bersegeralah, rebutlah kebaikan itu kerana sesungguhnya kamu tak tahu bilakah pintu itu akan tertutup.
....................

huhu... tatau nak cakap ape ni... 

this is the 1,029 nd post... teeheehee...

what xtacly did I do today???

macam biase...

gosok gigi, mandi, hafaz, ngulang, main komp,

bace buku tu buku ni.. blah blah etcetera tu kan... 
bukak FB terlihat pic ni kat wall friend
2 kali ana tengok..pertama2 rasa siyes comel..
second rasa kasihan pulak...
............
eh..comel tak? tapi fikir balik kasihan pulak kan..

kuat betul plastic bag tu ..

kesian baby chumel tu.. siyess..!

budak-budak bukan tahu apa-apa...

bakal mak.ayah..ibu..abi..walid..ummi..

jangan tiru macamnie tau..
.............

mari sama-sama didik diri untuk buat sebanyak-banyaknya amal soleh, dan bahkan berlonggok-longgok lagi bisa kita lakukan menjelang Ramadhan. insyaAllah

اللهّم بارك لنا في شعبان و بلّغنا رمضان.

oklah... that`s all 4 now.. sat lagi nak buka...
wassalam wa ilalliqa`! =) 
Do'akan ana selalu ye...
Du'a for me always... 






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"1st GiveAway .:: Memori Terindah ::. by haryatifaizal"



tarikh tamat pada 30.6.2012 (tepat jam 10.00mlm) 
klik-klik banner dan join taw



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"CONTEST : TEKA DAN MENANG BY CIK SHAKIRA"



tamat 14 July 2012! 
klik banner dan join..
teka-teka punya teka kuantitinya ada 45




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Jom Tambah Followers Blog by Mizz Wenn '



wajibkan DIRI untuk BW and Follow peserta yang lain 
Tarikh tutup segmen : 2 Julai 2012
KLIK BANNER ..
join jom..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ"



klik banner dan JOIN..
sampai 27hb Jun 2012 jam 10.00 malam. 


suke..suke... sebab suka bagi nasihat..
dan paling penting blog kemas ..entry pun kemas.
penggunaan bahasa baku..paling suka..
k dah..sudah..cukup ..cukup..sudah
hee...
ila liqa' wa ma'assalamah



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Saya Join GiveAway SyieMazlan"







TARIKH TAMAT - 1/7/2012

tag..awak dan awak..

GUD LUCK!


klik banner & join..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Anggota Badan yang tidak akan terkena api neraka.




klik pic untuk lihat

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari. Allah Swt mengharamkan kepada api neraka untuk makan anggota bekas yang digunakan untuk sujud.



Sabda Rasulullah saw :

“Allah haramkan api neraka menyentuh anggota sujud pada keturunan Adam” (HR Bukhari)


Anggota-anggota ketika sujud:
1) Dahi.
2) Kedua-dua telapak tangan.
3) Kedua-dua lutut.
4) Kedua-dua perut jari-jari kaki(sekurang-kurangnya dua jari).





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


penat cari jawapan...



bismillahirrahmanirrahim...


Minggu ni...
hari selasa..

ana rasa...
....................................
kehilangan sesuatu...
kosong..
tapi...
APA..??
penat cari jawapan...
huh.
asyik kene 'tinggal' je...
dok di'longkang'kan je..


takpelah... ana pun tak tahu mengapa tapi rasa2nya tak kisah sangat dah...


ya Allah~ benar sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa hamba2Mu. Allah jua yg mmpu memberikan penyelesaian buat permasalahanku..

syukur,alhamdulillah~

mood : rasa macam separuh beban dah keluar dari kepala.rase nak lompat2 jek!!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jarak ini menjaga aku dan dia





Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.

Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[Ali 'Imran, 3:14]

Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku

Seperti insan lain, ana jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 4 tahun ana pendam. Ana sering tertanya-tanya salahkah untuk ana mempunyai perasaan yang bukan ana reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah ana paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam ana melangkah menyusuri perasaan itu, ana sering dilanda rasa khuatir. Ana khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Ana khuatir andai rindu yang ana pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu ana dan dia lafaz melalui bicara kata.

Cukuplah rasa ini ana pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad ana dan dia beribu batu terpisah. Hati ana dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.


Saat ana dan dia menjauh

Pernah satu ketika dulu, ana kecewa dengan keadaan ini. Ana rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, ana mengerti mengapa dia makin menjauh dari ana Ana hormat keputusannya kerana ana tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan ana dan dia.Teringat ana bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, ana masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, ana mengerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah ‘JARAK’ ini menjadi penjaga bagi ana dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan ana dengan ya Rabb. Ana yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.


Jarak ini menjaga aku dan dia

Kini aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku. Tetapi ‘JARAK’ ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini ana dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini ana dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua ana dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, ana dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.


“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”
(Ar-Ra’d 13:28 )
Ana sedar, ana insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin ana akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Ana yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk ana dan dia..InsyaAllah

-Alexandria,Egypt-



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kisah Hazrat Ali RA terkena anak panah




MasyAllah..sangat khusyuk Hazrat Ali Ra dalam menunaikan solat..


Renung2kan & insafi diri.

Hazrat Ali Ra apabila badan beliau terkena anak panah dalam peperangan, biasanya anak panah itu akan dicabut keluar semasa beliau sedang bersolat.

Suatu ketika satu anak panah telah tersusuk pada pahanya. Orang ramai cuba menarik anak panah itu keluar tetapi tidak berjaya. Mereka pun bermesyuarat lalu mengambil keputusan bahawa anak panah tersebut perlu dikeluarkan ketika beliau bersolat.

Apabila beliau mengerjakan solat sunat dan ketika beliau sedang sujud mereka menyentap anak panah itu sehingga tercabut. Setelah selesai bersolat beliau melihat orang ramai berada berhampirannya. Beliau berkata,''Adakah kamu datang untuk mencabut anak panah?''Mereka berkata,''kami telah mencabut anak panah itu.''Kata Hazrat Ali Ra,''Aku tidak sedar apa-apa pun...

...wallahua'lam..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ayat Cinta Lelaki..'MAHAL' kan dirimu duhai wanita!




Untuk renungan bersama..



 



Muslimah SEJATI adalah muslimah yang ada HARGA DIRI,
Cintanya tidak boleh dijual beli,
kerana ianya istimewa buat yang bergelar SUAMI..

nota kaki :jom..sama2 kita menjadi wanita yang mahal..jangan biarkan diri mudah didekati lelaki..Jadikan cinta kita eksklusif hanya buat yang HALAL..InsyaAllah


.. ^_^
benci lelaki..?? klik untuk lihat 
ini jawapannya..



LELAKI NAK CARI AWEK


ø Tak kisah laa dia freehair atau bertudung.
ø Pakai seksi dan ketat satu kelebihan.
ø Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak.
ø Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka.
ø Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
ø Nak yang boleh dipegang-pegang.
ø Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau tiada DARA , tu satu peluang baik.


LELAKI NAK CARI ISTERI.

ø Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
ø Hormat orang tua.
ø Nak yang pandai dekat dapur. Rajin masak².
ø Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang.
ø Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh.
ø Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
ø Nak gadis yang masih SUCI..


So, faham² Lah Ya.. Hati² Yer Wahai Wanita².. Jangan Terjerat Dengan Ayat Cinta Lelaki.. Dan Jagalah sikapmu,hatimu dan akhlakmu..

'MAHAL' kan dirimu duhai wanita!






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


jgn menipu dalam perniagaan.




CONTENGAN DI HARI ISNIN

Lokasi : Pasar malam 

 

Susahnya nak cari peniaga yg JUJUR. Kalau di Malaysia ni, nak cari peniaga makanan halal, berlambak lagi. Tapi yg jujur dlm niaga dan mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad rasanya susah bangat (tapi tak boleh kata takde langsung kerana ana yakin masih ada peniaga yg jujur dan berakhlak di luar sana)..


pernah ke jumpa :

peniaga nasi lemak bgtau ini ketika diminta bungkuskan nasi lemak ==> "maaf ye dik. nasi lemak makcik hari ni tak macam selalu. hari ni makcik terleka kejap, sampai nasi ni hangit sikit. jadi makcik bgtau awal2 kalo adik nak mkn boleh beli, kalau taknk takpe"

peniaga kuih yg jual kuih recycle ==> "adik, kuih ni akak jual murah skit hari ni. 4biji singgit (biasa 3biji) sbb kuih ni smalam tak habis. jadi akak dah simpan elok2, pg tadi akak cek ok lagi, akak kukus semula utk jual. Jadi bukan yg baru buat laa.."

peniaga air ==> "adik nk beli air klapa ye?? em, kalau boleh abg suggestkan adik pilih air lain sbb ais dlm air klapa ni dah cair. Jadi kalau minum mgkin da tak rasa klapanya. tawar je kot..kalau adik nak jugak, abg bg free jelah"
 (rasanya ramai yg penah alami situasi ni kot..beli air bla..bla..bla...tp tak de rase pon..cm air kosong jek..rase TERTIPU!)

dan bnyak lagi sebenarnya. Realitinya, ana sering 'terkena' dgn peniaga2 yg 'kurang jujur'..Sedih, krna kadang2 niat asal kita nk bantu usahawan Muslim tapi kalo kualiti produk mereka teruk, bagaimana mereka akan mampu bertahan lama. Semasa membeli, pelbagai kata2 atau slogan manis2 ditabur..sedap,rugi tak cuba. cuba skali mahu lagi dll...(kalo mknan, kita takle test rasa dulu sblum beli ye..lain laa kalo brg letrik, blh kita test puashati atau tak)..

wahai peniaga MUSLIM, jgn menipu dalam perniagaan. walaupun zahirnya ada keuntungan pada perbuatan sebegitu, ttapi pada hakikatnya nnti, ALLAH hilangkan keberkatan dalam rezeki kita.

moga ALLAH pelihara diri2 kami peniaga2 MUSLIM daripada menjadi penipu tanpa kami sedari~

Sesungguhnya para peniaga itu adalah orang-orang yang berdosa, mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli?" Jawab Baginda: "Ya" (Tentu), akan tetapi apabila mereka bersumpah, mereka membuat dosa, dan apabila berkata-kata mereka berbohong." (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)
"Peniaga yang benar lagi amanah bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar (siddiqqin) serta para syuhada'." (Hadis riwayat Tirmidzi)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Saya nak berkat Allah







Awak tahu kenapa saya tak ralat hilang cinta awak?
>> Sebab saya masih ada cinta hakiki,iaitu cinta Ilahi..


Awak tahu kenapa saya tak tagih cinta awak?
>> Sebab saya tak mahu merendahkan martabat saya di mata Allah..


Awak tahu kenapa saya masih boleh tersenyum masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya bersyukur kerana Allah sedang melindungi saya..


Awak tahu kenapa saya juga menangis masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya kesal pernah menduakan cinta Allah dengan awak..


Awak tahu kenapa saya tak pernah jemu bicara tentang Allah?
>> Sebab saya ingat, saya sayang, saya rindu, dan DIA nombor satu dihati saya..


Awak tahu kenapa saya hanya percaya cinta Allah?
>> Sebab saya percaya Allah pasti akan membalas cinta hambaNYA..


Awak tahu kenapa saya dah sukar percaya cinta lelaki?
>> Sebab saya tahu tak ada yang lebih baik melainkan cinta Allah..


Dan kerana itulah CINTA Allah tetap di hati saya..sampai bila2..InsyaAllah


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bila sebut pasal HaTi..


~ rasa pelik sangat hari ni...... asal tah... abaikan

Photo: syukran APIT~

cantik doodle ni..

^_^

http://www.fizgraphic.com/

JOM TERJAH BELOG Beliau..
doodle hadiah kemenangan dari Apit
 
~ Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Muhasabah... 

kadang ALLAH beri dulu degupan hati yang kuat bagi menandakan sesuatu akan berlaku..
kadang ALLAH biarkan hati berkata-kata.. mentafsir sesuatu yang dilihat.. yang didengar.. yang dirasa..
dan yang pasti nikmat yang paling tidak dapat digambarkan tatkala ALLAH beri kita KeTeNaNgAn HaTi yang sbenar-benarnya..


Kita selalu mengeluh pabila ditimpa ujian drp DIA.

*Haish*

Tapi..tahu tak ujian tu tanda rindu ALLAH pada kita?

Mengapa pabila orang 'istimewa' rindu kita gembira?

Sebaliknya pabila ALLAH rindu kita, kita mengeluh??

Astaghfirullahal'azim :(


sayangnya Allah ketika mana DIA sdg menguji kita..
Jom, teruskan berdoa..

Subhanallah :')

Sebarkan Senyuman Kebahagiaan..

Ilalliqa' wa ma'as salamah...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TOLONG PIMPIN DIA KE SYURGA



♥ Saya rasa awak suka saya
♥ Saya pun rasa saya suka awak
♥ Tapi saya taknak kita jadi macam orang lain
♥ Saya nak berkat Allah
♥ Biarlah awak fikir saya sombong taknak layan awak
♥ Biarlah apa pun orang nak cakap
♥ Cuma kalau satu hari nanti awak rasa saya layak jadi ibu kepada anak awak
♥ Jumpalah ummi dan keluarga saya
♥ Kita bercinta lepas nikah..
InsyaAllah..

Nota Hati ♥ Jika kita sukakan seseorang,jangan luahkan pada Dia.kelak,Allah akan kurangkan perasaan sayang itu..Sebaliknya,luahkanlah pada Allah..Kerana Dia akan 
aturkan yang terbaik untuk kita dan si dia..InsyaAllah

-alexandria, egypt-



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1st GiveAway by Si Pipi Merah






TEKAN GAMBAR TUK COPY URL TAW.. :)

Salam Alaik..

Hari  ni nak buat 1st GIVEAWAY memandangkan followers blog cik si pipi merah dah sampai 
600 lebih... ana nak buat GA bersama pemilik blog insan biasa..*cik si pipi merah nak g tahu
hadiahnya taklah top sangat tapi yang penting ana nak menghargai sokongan kalian semua..lagipun
baru 1st giveaway..insyaallah mungkin masa akan datang diperhebatkan lagi.. ye..




syarat-syaratnya..~!



-BLOGGER malaysia


-WAJIB follow blog ana dan like fanpage . klik sini untuk LIKE [boley like d sidebar]


-WAJIB follow blog insan biasa dan like fanpage .klik sini untuk LIKE (boley like di sidebar)


-WAJIB letak banner and buad post yg bertajuk "1st GiveAway by Si Pipi Merah"


-Linkkan banner ke entry GA si pipi merah


-Linkkan post korang kat komen entry nie


-Bagi yang tiada FB haruslah tag 1 atau 2 orang dan pastikan mereka tahu


-semuanya akan diadili oleh MR.RANDOM.ORG ..baru adil kan...


PENTING
-5 peserta bertuah akan mendapat banner dari insan biasa
-5 peserta yang ohsem akan mendapat hadiah misteri
-10 follower akan terpilih dan blog mereka akan direview selama 1 MINGGU :)
-semua peserta yang join akan diletakkan dalam bloglist saya
-seorang peserta yang bertuah akan mendapat header dari insan biasa

- jika kurang dari 50 penyertaan GA ini akan dibatalkan serta merta..huhu

TOP REFERRAL akan mendapat hadiah misteriii !
 promote habis-habisan dulu tau !

TAMAT PADA  5 julai 2012. 

ana harap GA ana yg pertama nih akan mendapat sambutan yang sepenuhnya dari para bloggers 
syukran sebab join ^^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kisah Maisorah Dengan Ahli Kubur.






Pada suatu hari Maisorah bin Khunain melawat kubur. Setibanya di sana, dia berkata"Assalamualaikum wahai penghuni kubur, kamu telah mendahului kami dan kami akan menyusul kemudian, semoga Allah mengasihani kami dan kamu dan mengampuni kami dan kamu serta memberkati kami dan kamu waktu mengadap kepadaNya apabila kami telah menjadi seperti kalian"


Maka Allah Taala mengembalikan roh kepada tubuh salah seorang dari mereka dan dia menjawabnya dengan fasih "Berbahagialah kamu wahai penghuni dunia, kalian dapat pergi haji dengan 4 kali setiap bulan"


Maisorah terkejut lalu bertanya kepada ahli kubur. "Bagaimanakah kami dapat pergi haji setiap bulan 4 kali?" Orang itu menjawab "Hari jumaat".Kemudian orang itu meneruskan, "Tidakkah kamu semua mengetahui bahawa sembahyang berjemaah pada hari jumaat itu adalah haji yang mambrur dan diterima?"


Maka berkatalah Maisorah, "Beritahulah kami wahai ahli kubur apa yang harus kami lakukan supaya Allah mengasihanimu" Orang itu menjawab, "Istighfar, wahai penghuni dunia. Istighfar itu adalah yang paling bermanfaat di akhirat."


Maisorah bertanya lagi, "Apakah yang menghalang kamu dari menjawab salam kami?" Maka berkata orang itu, "Memberi salam itu suatu kebaikan tetapi kebaikan-kebaikan kami telah diangkat. Maka tidaklah boleh kami menambahkan kebaikan atau mengurangkan dosa kami."


As-syaik Al-Iman Az-Zandusti berkata Aku mendengar Abu Manshur berkata : Allah Taala memberikan :

Hari sabtu kepada Nabi Musa A.S dan 50 nabi dan rasul.
Hari ahad kepada Nabi Isa A.S dan 50 nabi dan rasul.
Hari isnin kepada Nabi Muhammad S.A.W dan 63 nabi dan rasul.
Oleh kerana para nabi A.S berjumlah 124,000 orang dan antara jumlah ini hanya 313 orang yang bergelar rasul, maka yang laing utama adalah Nabi Muhammad S.AW dan ditambahkan bersama 13 nabi dan rasul.



Hari selasa kepada Nabi Sulaiman A.Sdan 50 nabi dan rasul.
Hari rabu kepada Nabi Yaakub A.S dan 50 nabi dan rasul.
Hari khamis kepada Nabi Adam A.S dan 50 nabi dan rasul.
Maka tinggal hari Jumaat bagi Allah Taala.


Nabi SAW bersabda "Wahai Tuhanku, apakah bahagian umatku dariMu?"
Allah berfirman "Hai Muhammad, hari Jumaat dan syurga kepunyaanKu dan kuberikan hari Jumaat dan syurga itu kepada umatmu dan keredhaanKu bersama hari Jumaat dan syurga sebab hadiah bagi umatmu."





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.