Lelaki - lelaki yang sweet terhadap orang yang di cintai...


 


siyes suwit!

1) Mu’adz bin Jabal yang menjerti dan menagis teresak-esak sehingga beliau pengsan oleh sebab dapat berita tentang kematian Rasulullah SAW.

2) Rasulullah telah patah gigi di dalam perang Uhud, berita itu sampai ke Awais dan Awais di rumahnya sanggup mematahkan giginya sendiri kerana hendak merasai apa yg Rasulullah telah rasai.

3) Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu hari setelah dia ketemu Rasululllah dan dia pergi, lalu tak lama kemudian balik dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah Saw dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, karena saya takut dan tidak sanggup tidak dapat melihat tuan seperti ini lagi.”

4) Abu Ayyub Al-Anshari. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, beliau beristirahat dahulu di pinggiran kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan istrinya di tingkat atas dan Rasulullah Saw di bawah. Pada malam hari Abu Ayub dan istrinya tidak sanggup tidur karena mereka takut menggerakkan tubuhnya, semua terbujur seperti sebongkah kayu menahan dirinya untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau bergerak, nanti debu-debu dari atas itu berjatuhan kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah mengetahui hal itu, beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.

5) Dalam perang Uhud, ketika kaki Rasulullah terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu lalu dia bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah terkejut lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”

6) Rasulullah sedang membariskan pasukannya karena Rasulullah selalu merapikan barisan pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin karena perutnya terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah datang dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul langsung kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium perutnya. Rasulullah terkejut dan berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”

7) Bilal yang selalu adzan semasa hidup Rasulullah tidak mau beradzan lagi setelah wafat Rasulullah karena Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasululah” karena ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi karena desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara adzan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mau beradzan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca adzan karena tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat adzan itu, seluruh Madinah berguncang karena tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw.

8) Seorang budak bernama Tsauban sangat menyayangi dan hatinya selalu merindukan Rasulullah Muhammad SAW. Sehari saja tidak bertemu Nabi, rasanya seperti setahun baginya. Kalau bisa dia ingin bersama Rasul setiap waktu. Karena jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat sedih, murung dan seringkali menangis. Demikian juga yang dilakukan Rasulullah terhadap Tsauban begitu mengetahui betapa besarnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika sudah bertemu barulah hatiku menjadi tenang dan gembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati ini bertambah cemas dan takut kalau-kalau tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi. Sedangkan saya belum tentu, entah di syurga paling bawah atau yang paling mencemaskan, kemungkinan tidak dimasukkan ke syurga langsung. Jika demikian, tentu saya tidak akan bertemu denganmu lagi.” Rasulullah amat terharu mendengar perkataan Tsauban. Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa karena balasan surga atau neraka bagi setiap hamba itu hak dan urusan Allah. Maka setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW yang berbunyi; “Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (QS An Nisaa’:69). Mendengar jaminan itu Tsauban pun tersenyum. Hatinya menjadi tenang dan gembira kembali.

alhamdulillah... ♥


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 jam sebelum mati


 

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau mempunyai kerja yang bagus dan tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Oleh sebab kesibukannya, beliau telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan seorang Hamba Allah.


Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.


Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan daripada isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar daripada koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.




Sewaktu Beliau Koma


Beliau telah didatangi oleh malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang. Walaubagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibu bapanya, ibu bapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya"


Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.


Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Beliau berasa sangat bersyukur kpd Allah kerana masih di panjangkan umur. Selepas peristiwa itu, beliau sedar dan banyak berubah dan tidak lagi mengabaikan tanggungjawab sebgagai seorang Hamba Allah.

nota hati -Kita hidup di zaman yang menyaksikan segala kesan-kesan umat terdahulu. Zaman Nabi Nuh kita melihat keajaiban bahtera Nuh dan banjir besar, zaman Nabi Ibrahim kita melihat anaknya, Nabi Ismail masih hidup walaupun telah disembelih, zaman Nabi Saleh kita melihat unta keluar dari bukit, zaman Nabi Hud kita melihat angin taufan yang sangat kuat, zaman Nabi Musa kita melihat laut terbelah dan tongkat menjadi ular, tetapi zaman Nabi Muhammad kita mendapat al Quran sebagai sumber hidayah, ilmu, sistem dan panduan. Ternyata kita adalah umat yang genius kerana memiliki Quran. Tetapi berapa ramai yang mendalami dan menghayatinya? Kita adalah umat yang terbaik SEKIRANYA mengerjakan amar maa'ruf nahi munkar, bukan amar maa'ruf amar munkar. Tetapi berapa ramai yang menolak kejahatan. Kita menelan semuanya sekali, kebaikan dan kejahatan. Jadilah kita bangsa yang hina.

wallahualam....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


8 perkara yang mendatangkan pahala tanpa beribadat.



Siapa yang tak sanggup lakukan 8 perkara itu haruslah lakukan 8 perkara ini supaya mencapai pahala yang 8 itu.


1) Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.

2) Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.

3) Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.

4) Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.

5) Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.

6) Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.

7) Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.

8) Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.

Rujukan : Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.

nota hati- pahala ni utk org yg beriman kepada Allah je dan peringatan kepada yg lalai yg ingkar perintahnya.... ibadat adalah pokok jgn tinggal dan jgn lakukan perkara yg dilarang oleh agama..adilah orang-orang yang beriman dan beramal soleh,bukan jadi orang-orang islam dan yang beramal soleh......sebab ramai org baik yang tak sakitkan hati orang dan yang solat....tapi tidak beriman.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


biawak kering ni..berani?




dhab kering,,sedap di buat mcm ikan kering dan keropok.. terbaik dari mesir..::)

Harga : RM200 - RM500 di mesir

ikut saiz..RM200 - RM500

kalau kecik RM200, sedang dalam RM300, besar RM400 - 500. 
Mengikut saiz biawak kering ini..berani? ^^

Khasiat: 
Boleh mengubati penyakit lelah (asma)


Memperbaiki sistem badan...

cara hidangan - kisar/makan mcm keropok/goreng mcm ikan kering.asalkan makan.
:)

* ana tak makan..tgk pun dah pemsan k sekian


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1st Segmen Cik Hawa : Pencarian Follower Bawah 1000



Tarikh tutup :: 16 JULAI 2012.. Tamat Jam 11:59pm 
join ramai -ramai ok..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical"





"Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical" 
jom BW!
join jom..
Segmen tamat pada hari Ahad, 11.59 PM. 


tag dia dan jiran


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pesanan dari Murabbi Tarbiah PAS, almarhum Ustaz Yahya Othman




Dititipkan beberapa nasihat as-Syeikh Rahimahullah:

1. Taqwalah kamu kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa

2. Beramallah dengan al-Quran (العمل بتنزيل)

3. Siap siaga selalu dengan kematian

4. Redha dengan perkara yang sedikit

Mari berlari ke Tanjung Rhu,
Sambil galas buah perpat,
Kalau diri mencari guru,
Baru jelas jalan makrifat!

زيارة العلماء : الفضيل الأستاذ يحيى عثمان رحمه الله

Nama Abuyya al-Syeikh Yahya Othman lebih mashyur di negara-negara Arab berbanding dengan tanahairnya sendiri, Malaysia.

Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Islam di Mekah dan juga Mesir serta begitu amat fasih berbahasa Arab. Kefasihannya sering membuatkan ramai dikalangan orang-orang Arab begitu segan terhadap beliau.

Tokoh ini pernah berjawatan pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978.

Demi perjuangan Islam, al-Syeikh Yahya Othman sanggup meninggalkan jawatannya (sebelum sempat pencen sebagai seorang pensyarah) dan bertanding untuk kalah pada ketika itu. Setelah beberapa kali masuk bertanding dan kalah, beliau tidak pernah kenal erti perit dalam usaha menegakkan panji-panji Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Akhirnya Abuyya al-Syeikh Yahya Othman menang dalam pilihanraya pada tahun 1990 dan 1995 dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan dalam tempoh tersebut. Dalam struktur organisasi parti, beliau pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Selain itu, tokoh pendidik ini juga merupakan ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama), AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra, pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi. Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah.

Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah dan banyak lagi.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu wa akrim nuzulahu wa wassi' madkhalahu waj'al al-jannata maswahu bi rahmatika ya arhamarrahimin.

AL-FATIHAH

Kredit :Muhammad Zaim Bin Mohammad yusof


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Speacial GiVeAway By Aiman"



salam saiyidul ayyam...
meh join segmen !
klik banner okeng...
gud luck to all...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


owh..patutla awak suka nangis...


7 Kebaikan Menangis Kepada Kita

 

Siapa suka menangis?Siapa kata menangis tak berguna?Setiap yang dicipta oleh tuhan ada kelebihannya!Jadi mari kita tengok apa kelebihan menangis!

7 Kebaikan yang boleh anda dapatkan setelah menangis...huuu..

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi dan mengembalikan mood yang lebih baik.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan hubungan Silaturahimi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.



Namun, menangis itu merupakan anugerah dan terapi yang berkesan menurut agama Islam dan kajian perubatan.

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Menangis itu merupakan pelajaran terpenting dalam Islam sebagai Muslim untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri dengan segala seksaan yang Allah turunkan. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.



Tidak dinafikan, para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka kerana takutkan kepada Allah SWT.


Oleh itu, tidak salah untuk manusia menggunakan tangisan sebagai salah satu cara untuk menghadapi sesuatu perkara tidak kiralah perkara yang sedih mahu pun gembira. Seharusnya kita menggunakan anugerah yang Tuhan berikan supaya dapat memberikan kebaikan kepada diri kita. Insyallah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Mari Berhijab



KLIK dan JOIN !

warna : #FF00FF
teman hijab : CIK MUN



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ADAM,KENALILAH HAWA



Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini sedangkan dia tahu dia tidak mampu memilikinya.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimanakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Dan berhentilah dari terus mengganggu hidup hawa seandainya kamu tidak berniat untuk menjadikan dia sebagai bidadarimu..

Biarlah hawa itu terus sendiri dalam penantian cinta yang diredha Illahi..

InsyaAllah..



Senyum walau apa pun yg berlaku :)

Photo



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Giveaway Blog oHsemm by Eira Shamiera


jom join segmen nie..
hadiah memang oHsemm!

mereka yang oHsem

klik banner dan join...klu tak join rugi.. :P


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


membuka aib orang dibenarkan pada 4 keadaan.


Adalah dibenarkan utk buka aib orang pada 4 keadaan iaitu -

1. orang yang dizalimi.
Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku. 

2. untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam. 
Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan. 

3. Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan.
Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.

 4. Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain.
*Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja. 

Walaupun membuka aib orang lain dan diri sendiri dengan sengaja adalah dilarang, namun terdapat beberapa tempat dibenarkan membuka aib tersebut. Alhamdullah dengan sifat terpuji seperti ini. Jikalau tidak salah saya, Imam Nawawi ada menerangkan perihal hadis di atas itu di dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim. Keempat-empat contoh di atas itu adalah di antara tempat-tempat yang boleh dibuka aib tersebut sekadar yang diperlukan...


wallahualam...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Awak lah 'perempuan' itu....




kat fb kita selalu tengok pic
perempuan yang letak gambar bunga dan doodle muslimah, sebenarnya mereka bukanlah seorang wanita yang tidak cantik..

Bahkan mereka ni lagi cantik orangnya.. :)


PALING OHSEMM!!


Saya suka orang yang ada COUPLE tapi buat macam TAKDA COUPLE... :)
 



Wanita Islam itu cantikkan ....




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


syurgaMU..Destinasi Cinta Ilahi...


 

prestasi menuju destinasi...
destinasi menuju cinta...
cinta menuju Ilahi...

Ukhwah, perjuangan....

Sebati menjadi satu...

Lupakan cinta dunia yang mendukacitakan..
Ingatlah cinta Allah yang menggembirakan..

Manusia,
Bisa membuang kita bila-bila masa..

Tapi..

Allah,
Tidak mungkin membuang kita sampai akhir waktu.


Cintailah Allah sepenuh hati.
Cintailah manusia tatkala tiba waktunya.


‏لين Si Pipi Merah (لين Azmil II)‏

-4.40 pm-

[ bisik qolbu: kesekian kalinya... dia mengingatkan aku lagi... mengingatkan aku tentang DIA yang Maha Esa... terima kasih, teman...~ hidup matiku, degup jantung jua setiap helaan nafasku hanya keranaMU ya Allah.. tetapkan hati ini agar terus berada di jalanMU, ya Rabb... aku hanyalah milikMU... redhailah setiap detik umurku, ya Allah.. amiin~ ]

* hati rasa sakit.. kepala rasa sakit.. asyku bittahabil halq...
moga bertambah mantap iman ini diuji mihnahMu , ya Allah~ 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bapa Lee Chong Wei cuba Bunuh Diri?



Kecoh khabarnya bapa kepada seorang ahli sukan negara kepada Lee Chong Wei mencuba membunuh diri tetapi pihak polis berjaya mengagalkanya sebanyak 2 kali.

Lee Ah Chai berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd. Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini.

Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.

Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik,katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya, katanya.

Azman berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya, katanya.- BERNAMA







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Hancurkanlah Basyar dan sekutunya Ya Allah..


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun ='(

Moga kalian tenang dan ditempatkan bersama para syuhada' di dlm syurga yg kekal abadi, itulah sebaik-baik tempat utk kembali.

Allahumma ansur mujahideen fi Suriah ,wa fi Palestin, fi Iraq, fi Afghan ,fi Yaman ,fi Somal ,fi shishaan wa fi kulli makan. Allahumma ameen!

Al-fatihah..





Allahhhhhhh :'(

Penyembelihan paling tragis yang berlaku di Haulah beberapa hari lalu yang menggugurkan ratusan syuhada' menunjukkan kepada kita bahawa betapa jahat dan zalimnya Syiah.

Adakah kalian semua masih lena tidur dalam keadaan saudara kita di Syria bergelumang dengan darah?

Ayuh umat Islam, hiasi malam kita semua dengan doa dan munajat kepada Allah agar rejim Basyar dijatuhkan segera yang mungkin! 



Those are not sacks of rice!!

Those are dead bodies, mostly children, massacred by Bashar's regime yesterday in full view of the world that continues to remain silent on Syria. Until when? What more will it take?

Please,please keep the people of Syria in your dua!:'(


hoping that jannah is their place now...


Takbeer!

Hasbunallah wa ni3mal wakeel!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pesan UMMi



JAZAKAALLAH ♥ Sometimes, a hug is all what we need....

Pesan UMMi: "Sesungguhnya Allah sentiasa bersama sangkaan hambaNya"


Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A,

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku.
Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu.
Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik.
Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta.
Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa.
Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”

Husnudzon dengan Allah! :)


Kalau rasa kehilangan cari Allah…
Kalau rasa kekosongan cari Allah…
Kalau rasa terlalu penuh perasaan dalam jiwa cari Allah...


pedih... pedih... sedih...

memang ana kehilangan...
macam mana awak tahu...?
memang ana rasa kekosongan...
macam mana awak tahu...?

memang penuh perasaan dalam jiwa ana...

kesiankan...


kejamnye saya...

ya Allah~

kenapa hambaMu ini makin tiada semangat...
makin tak kuat... nak qiam pun susah sangat...

kenapa dalam gembira mungkin terselit duka..?
kenapa zahirnye tertawa namun hati dicalari duka..?

kuatkan hati hambaMu ini... kuatkan jiwa hambaMu ini...
moga ALLAH redha..
ameen~...

notakaki- Entah nape, hari ni I'm soo dayym sensitive. God, help me...Kenape ana adalah jenis manusia yang terlalu mengikutkan hati dalam banyak perkara. 

To my dearest sahabat....

JazakumaLLAHu khairan..
terima kasih kerana tak menolak ana dari belakang..
tapi, antunna dan antum dorong ana untuk ke hadapan...

Ilalliqa'...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


HE IS NEAR 2:186


ana akui..

2 minggu ni antara minggu dalam hidup ana yang paling diuji......
2 minggu ni ana terlalu emosi...
2 minggu ni ana terasa ditinggalkan ...
2 minggu ni ana ingin larikan diri...
2 minggu ni ana seringkali memikirkan masa silam...
tahun-tahun lalu..
tak mungkin berulang lagi..
tapi kenapa asyik terbayang-bayang??
kenapa ana terfikirkan tentang tu?
kenapa ana tak fikirkan perasaan yang lain??


Kenape ana rasa makin hari...
HIDUP ANA MAKIN TAK BAHAGIA???
-ditinggalkan ( ana tak mahu!!)
-menjauhi ( antara paksa dan rela =( ..... )
-mengingati insan yang zahirnya tiada di sisi...

huhu... kenapa???!!~ rasa macam hypertension... tangan asyik rase sejuk.. degupan jantung pada kadar luarbiasa... konsteransi hilang semua...kenapa???

nashid sesuai dengan mood skrg: Inni AKHAFULLAH!!~


BismiLLAHirRAHMANirRAHIM....


ya ALLAH.... tabahkan hati hambaMU ini... kuatkan hatiku yang terasa lemah ini ya ALLAH...
daku damba kasihMU ya ALLAH... daku ingin menggapai redhaMU... daku menharap cintaMU...

ya ALLAH... bantulah hambaMU ini...

ameen...~


" 'aysh 'azeezan au mautu shahidan.. "

hanya diriku yang memahami diriku sendiri...

U_U

ALLAHURABBI..

O Allah
give me strength!!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"BLOG REVIEW BERSAMA PCB"




tak kenal maka tak.... TAHU.. ^.^
apa boleh buat kan..?
nak tahu... :)
... klik banner dan join!
nak mengenali seseorang bukan mudah....
nak kenal ..jom taa'ruf..
huuu...

segmen tamat pada 10 h JUNE 2012 jam 11:59 malam
updated dilanjutkan pada 14 hb JUN jam 11:59 malam..

follower update : 536

blog pilihan : BLOG FATIMAH SYARHA
SALAM UKHWAH!

~ nak makan lah.. takmakan lagi ni.. dah berkeroncong perut ni minta diisi... =p

ilalliqa' wa ma'as salamah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SAYA MAHU FOLLOWER TEGAR!


#2 sambung lagi join segmen...
aiwa!

SEGMEN ~ SAYA MAHU FOLLOWER TEGAR!
TARIKH TUTUP: 22 JUN 2012. 
JOM!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Saya nak masuk bloglist cheese + cheese



klik banner..klu nak join...


aiwa! mcm dah lama tak join segmen..
jom!

ilalliqa' wa ma'as salamah... 





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


...saasywaq ilaikunna jiddan... ana akan rindu kalian...



Bismillahirahmnirrahim.......

hari ni ana dok  mengkaji bahasa arab...
kalimaat yang ana musykil...
apa dia?

ana cari apa mufrad bagi nisaa'...
ana jumpa niswah...
perempuan atau wanita maksudnya...

dan ana jumpe kalimah imra'ah...
tengok jama'nya adalah nisaa'....
tapi setahu ana imra'aat... =)

pelik kan? sebab tu bahasa arab ni mumti'ah jiddan...
hehe...

oklah.. itu saja coretan untuk kali ini... mungkin
blog ini akan sepi daripada entri baru
untuk beberapa hari,--->  2 hari je..huu..paling lama... :)

saasywaq ilaikunna jiddan... ana akan rindu kalian...
hihi... =p

khasnya buat yang selalu singgah di sini....
(aiwah! perahsantan kan3... huuu)

ilalliqa' wa ma'as salamah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ana si gadis Januari...



lahir bulan JANUARI..

* Sangat suka didamping. - setuju! benci bila rasa seperti di'tinggal'kan
* suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik - oh! ye ke? =p
* bercita-cita tinggi dan orangnya serius - na'am!
* rajin belajar dan kemahiran sosial - insha ALLAH...
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. - insha ALLAH..
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus. - hehe... betul jugak.. cakap lurus [straight forward]
tu betul... tapi senang dipujuk tu.. 50/50
* Sangat menjaga hati orang lain. - insha ALLAH..
* sikap cemburu yang sangat tinggi - no waY!!~ sungguh tak betul...
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. - lagi setuju..
* Berjiwa sentimental. - teramat setuju..[hehe.. ana simpan lagi biji getah yang kutip
masa mukhayyam form 1, .. sayang...]
* Jarang berdendam. - insha ALLAH.. biasanya tak dendam...
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. - eh.. senang melupakanlah...
* pendiam kecuali setelah dirangsang . - hmm.. =)
* bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya - huh?!
* agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi - hehe.. betul... kot...
* Layanan yang serupa terhadap semua orang. - tak lah... mana boleh... keluarga paling istimewa
* Tinggi daya simpati. - hehe.. pernah nangis tengok harimau kene suntikan maut.. sedeyhnye!
* Pemerhatian yang tajam. - insha ALLAH... ada lah jugak... cume sekarang dah rabun.. =p
* suka duduk di rumah . - yup!
* mudah mendisiplinkan diri sendiri - insha ALLAH...
* Suka muhasabah diri. - na'am... best lah bile koreksi diri balik.. esp. bile time habis solat..
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. - dah sentimental, mestilah cam ni jugak..
* Suka mendiamkan diri. - betul! kecuali kalau mase tu tengah happy sangat, atau kepala
tengah tak betul, atau mase tuh tengah geram sangat...
* cukup sayang kepada kanak-kanak - betul lah...jugak...
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. - tak berapa betul...
* sensitif, berfikiran mendalam - huh?!
* Lemah dari segi kesihatan perut. - hehe.. betul jugak... ana tak suke kalau first2 exam dgn
last2 exam.. rase seperti there's butterfly in my tummy..
* pandai mengambil hati orang lain - err... ye ke ni?
* badan sehat tetapi mudah diserang selesema - terlebih betul... =)
* setia pada segalanya - juga betul... [bahaye betul niswah sorang ni]
* peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan . - hmm.. [angguk.. dah malas]
* suka smart, kemas dan teratur - hehe... insha ALLAH [tersengih2]


dipetik dari  http://azmizam.tripod.com/lahir.html

NOTA KAKI:
bukan semua betul.... dan tak semua tepat.. hanya kajian manusia yang tidak sempurna...

ilalliqa'!~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.