Asal Usul Israel. Semua patut tahu.




Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia di zamannya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.



Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya’ dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa Yahudi dengan zalimnya, menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga menjadikan kiblat pertama bagi umat Islam di bumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra’ dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.



Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.



Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi besarnya dengan meminta Khalifah Umar datang menyaksikannya. Maka Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi gereja besarnya, kemudian dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian mazhab Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera salib menakluk Palestin. Keadaan menjadi baik semula, setelah Sultan Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani semua pengunjungnya dengan adil.



Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat Islam Arab yang memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah di kalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian penjajahan British. Perjanjian Balfore dimeteraikan di antara pemimpin Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok Yahudi menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekular yang memisahkan agama Yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar ini, semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sehingga menakluk dunia.



Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.



Dalam pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.



Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.



Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.



Walau pun banyak kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum Yahudi sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh.



Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Di antaranya firman Allah:

وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (61 ) البقرة.

61. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.

Firman Allah:

إنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (21) أُولَئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (22 ) آل عمران .

21. Sesungguhnya orang-orang yang engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.

22. Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong.



Bagi penganut Islam yang mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah, maksudnya seperti golongan Zionis Yahudi tersebut.



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


سوريا تموت كل يوم لتحيا Syria is dying every day to live ...




360 days of freedom 


360 days of blood 


360 days of persistence 


Syria is dying every day to live 

360 يوما من الحرية


360 يوما من الدم


360 يوما من الاستمرار


سوريا تموت كل يوم لتحيا


Bukan hanya yang terjumpa di jalanan mereka bunuh,


kanak-kanak yang mencari lindung di dalam rumah tidak terkecuali dari kekejaman itu.

يرويها والد احد الاطفال الشهداء: 
 dikisahkan dari ayah salah seorang kanak-kanak syuhada’:

جلست ذات يوم خلف الكمبيوتر اتأمل صورة الطفل الشهيد حمزة الخطيب فنظر ولدي ذو الخمس سنوات الى الصورة و سألني من هذا ؟؟

Ana duduk suatu hari di imbasan screen komputer: gambar seorang kanak-kanak assyahid Hamzah alKhattib. Dan seorang anak saya, berusia 5 tahun terlihat gambar tersebut dan bertanya kepada saya, “siapakah dia?”.


 


Hamzah alKhattib yaang baru berusia 13 tahun semasa peroleh syahid




Hamzah selepas sebulan seksaan.
Layakkah jika mereka digelar syaitan?
T_T.


فاجبته هو الشهيد حمزة الخطيب


saya menjawab kepadanya, “dia ialah asSyahid Hamzah alKhattib..”



فقال لي واين هو ؟؟؟؟



Kemudian dia bertanya kepadaku, “di manakah dia?”.



فاجبته في الجنة ان شاء الله


saya menjawab kepadanya, “di syurga insya-Allah..”



... ... فقال لي و ما هي الجنة ؟؟؟؟ ...... فحدثته عن الجنة


Kemudian dia bertanya kepadaku, “dan apakah itu syurga?”. Kemudian ku ceritakan kepadanya tentang syurga.



فقال لي اريد ان اذهب الى الجنة !!!!!


Lantas dia berkata kepadaku, “sungguh, aku mahu pergi ke syurga..!”


لم ادي ما اقول له لكنني مسحت على رأسه و قلت له في نفسي و الابتسامة على وجهي ( بعيد الشر عنك يا روحي )


Tidak pasti apa yang aku ungkapkan kepadanya tetapi kepalanya kubelai dan ku berkata dalam hatiku dengan senyuman yang terukir di wajah, “semoga engkau jauh dari kejahatan itu, wahai jiwa (buah hati) ku..”


يومها مرت المظاهرة من اما بيتي و هم يهتفون ( عالجنة رايحين شهداء بالملايين ) فلم يكن من ابني الا ان لبس حذاءه و ناداني و قال هيا يا ابي الى الجنة


Suatu hari itu, demonstrasi berlangsung di hadapan rumahku dan mereka melaungkan, “berterbanganlah jutaan ruh-ruh syuhada’..!”. Dan tidaklah anakku itu melainkan terus menyarungkan pakaiannya dan mengajakku, “mari wahai ayahku, kita ke syurga..!”



لم اشأ يومها الا ان البي رغبته فخرجنا في المظاهرة و هتفنا سوية ..... و اثناء عودتنا الى البيت .... قال لى لماذا لم نذهب الى الجنة .... نظرت اليه ولم اجبه ثم كرر السؤال عدة مرات و اخذ يشدني و يقول لي هيا اريد الذهاب الى الجنة .... فما كان مني الا ان اقول له في المرة القادمة ان شاء الله ( قلت له هذا فقط لاسكته و يقبل الذهاب الى البيت )


Dan tidak berlalu hari itu melainkan anakku dengan kesungguhannya. Maka kami pun keluar bersama menyertai demonstrasi tersebut. Dan dalam perjalanan pulang ke rumah, anakku bertanya kepadaku, “kenapa kita belum pergi ke syurga?”.



Kutatapinya dan tidak (mampu) terjawab. Dia ulangi lagi soalannya itu beberapa kali sambil mengambil genggamanku dan berkata, “ayuh..aku mahu ke syurga..”.
Dan aku menjawab seperti jawapan-jawapan yang lalu, “insya-Allah..”. (dengan jawapan itu, dia lantas berdiam diri dan meneruskan perjalanan ke rumah)


وفي يوم الجمعة مرت المظاهرة من امام منزلنا و بنفس الشعار فهرع ابني و لبس ثيابه و قال هل تريد ان تذهب معي الى الجنة ؟؟؟ فضحكت يومها ثم لبست ثيابي و خرجنا نهتف عالجنة رايحيين شهداء بالملايين و انا احمله على كتفي


Pada hari Jumaat, berlalu lagi sebuah demonstrasi yang sama di hadapan rumah kami, dengan segera anakku menyarung pakaiannya dan menyoal, “adakah ayah nak pergi ke syurga bersama-samaku?”.



Aku hanya tertawa dan langsung memakai pakaianku dan kamipun keluar, bergabung ke syurga bersama ruh-ruh syuhada’ yang berjuta, dalam keadaan aku mendukungnya di bahuku.


فما ارتفع يومها فوق صوتنا الا صوت الرصاص الغادر الذي اصاب جسد طفلي

بكى طفلي كثيرا من شدة الالم و الخوف ثم لمم دموعه و صراخه من شدة الالم و قال لي .... يا ابي متى نذهب الى الجنة .... فبكيت كثير و بكى معي الاطباء الذين حاولو اسعافه وبكى جميع الموجودين في مكان الاسعاف الميداني ..... حاول المسعفون ان ينقذو حياته لكن دون جدوى


Dan tidaklah terangkat tinggi melebihi suara jeritan kami pada hari itu melainkan bunyi peluru-peluru (dari senjata tentera Basyar) yang mengenai tubuh anak kecilku.


Dia menangis kuat lantaran kesakitan yang pedih dan ketakutan yang meliputi dirinya. Dia menjerit kerana tidak tertanggung disiat luka.


Dia bertanya kepadaku, “wahai ayahku..bilakah kita akan ke syurga?”.


Aku hanya mampu menangis dan turut menagislah semua doktor-doktor yang berada di sekeliling merawatnya, serta menangislah juga semua yang berada di kawasan rawatan itu.


Para perawat bersungguh-sungguh menyelamatkan nyawanya namun tidak terdaya.


وقبل ان يغيب عن وعيه قال لي و هو يبكي ( بابا بس روّق خدني عالجنة )


Dan sebelum dia tidak sedarkan diri, dia berkata kepadaku sambil menangis, “ayah..impianku hanya mahu ke syurga..”


اومأت له بعيوني الدامعة بنعم و لم استطع الكلام


Aku hanya mampu mengangguk dengan mataku yang basah membenarkan (perkataannya). Tidak terdaya untukku meluahkan kata-kata.


ثم غط في غيبوبته مع كل المحاولات من الاطباء لانقاذ حياته


Kemudian dia tidak sedarkan diri (pergi buat selama-lamanya), dalam keadaan para doktor berusaha menyelamatkannya.


و بعد لحظات نظر الي الطبيب و قال لي ( صدق الله فصدقه الله )


Beberapa ketika kemudian, doktor menatapiku dan berbisik, “yakinlah kepada Allah, seperti mana keyakinannya kepada Allah)”


فقلت : حسبي الله و نعم الوكيل


Dan aku membalas,”Cukuplah Allah bagiku sebagai tempatku bergantung harap..”


ومنذ ذلك اليوم لم اترك مظاهرة الا و شاركت فيها

والى هذا اليوم لم اذهب الى الجنة !!!


Dan bermula saat itu, tidak sesekali aku terkecuali dalam tunjuk rasa melainkan akan aku sertainya. Dan sehingga ke hari ini, aku masih belum pergi ke syurga..! (belum syahid)

حمص العدية




SubhanaAllah.


Syria: Catatan Dari Saudara.


Jujur, ketika menterjemahkan kisah ini, air mata menitik bersama hiba yang menyelimuti. Betapa jauhnya cinta kita kepada syurga berbanding mereka.


Maha hebat Allah Pemilik kita dan Pemilik mereka. Semoga langkah mereka terus dikuatkan sehingga keadilan yang haq bisa mampu ditegakkan.


Sungguh. Saya yang di sini, meski hanya bersebelahan bagai cukup jauh untuk setia mendoakan.


Mereka ayah-ayah kita. Mereka ibu-ibu kita. Mereka saudara-saudara kita. Mereka sahabat-sahabat kita. Namun mengapa cukup payah untuk membumikan jiwa itu?


Tidak tertanggung sebaknya yang menyepu dada, apabila mengimaginasikan mayat-mayat yang pecah dan terkoyak nganga itu adalah abang atau adik lelaki yang saya cintai. Tidak mampu menahan pedihnya jika menyaksikan bonda belahan jiwa saya disiat di hadapan mata.


T_T.


Allah. 


Bencana apakah yang telah melanda sehingga manusia tidak lagi mampu melainkan bertindak bongkak mengalahkan serangan haiwan yang ganas?


Syria: Bukan Sekadar Cukup Mendoakan.




Lantas sahabat, jangan pernah cukup untuk sekadar menangisi luka-luka yang terhiris baru di tubuh ummat setiap hari.


Sahutlah selagi kita mendengar panggilan itu. Kerana takut-takut, saatnya kita berdiri di hadapan Allah nanti dalam keadaan longlai tidak terdaya dengan beratnya dosa, ada suara mereka yang melaung menambah lagi beban untuk kita ke syurga,


"Allah..! merekalah saudara-saudara kami ketika di dunia dahulu..mereka mampu sahaj untuk mendengar suara pekikan kami meminta tolong, tetapi mereka pekakan pendengaran mereka. Mereka mampu sahaja melihat darah yang membuak-buak dari luka-luka kami, tetapi mereka terus-terusan menutup penglihatan mereka dengan kain-kain baldu kemewahan dunia.."


Moga kita tidak termasuk dalam golongan itu. na3uzubillah minzalik iAllah.


Penutup: Kepekaan Itu Adalah Bicara Iman.


Jika kita menatapi pengkhabaran dari sana bersama jiwa yang hambar, maka menangislah untuk diri kita sendiri.


Kerana kita menyangka bahawa mereka sedang diuji, tetapi kita terlupa bahawa kitalah sebenarnya yang terus diuji. Diuji dalam empuk kemewahan dan keselesaan hidup sehingga membunuh jiwa dan fitrah kehambaan.


Semoga Allah tidak mencampak kita jauh. T_T.


Nota kaki:
-minta maaf kepada pakar lughah jika terjemahan saya ada kesilapan. Boleh maklumkan untuk diperbetulkan.
-lelehan lebat saat menatap wajah Umar, kanak-kanak yang berusia 4 tahun, telah menjadi yatim piatu. Mlaah ibunya dibunuh di hadapan matanya sendiri.

Allah ma3ak ya akhuwai (saudara lelaki kecil ku..)



"mahu berjumpa mama?" ada suara menyoal.
"hem.." jawab Umar sambil mengangguk-angguk. T_T.

*maaf post agak kelam kabut kerana asyik tertanggguh. Bnayak tuntutan tugasan lain yang mencemburui.. *fokus kembali belajar. 2 paper masih belum tamat. Then sambung dengan second exams terus..Ya Allah lapangkan..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


tagged 한국어 소년...


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh !



I really don't know how, but this thing made me errrkhh... cam ta sesuweii *siyess..

 

entry nie untuk adik haris .... ingat akak ta tahu eyh,,pdhal * tak amek tau pun* 




Ehem .*clearing throats*  

내가 당신에게 뭐야?
당신의 생략 거저 케어-매일의 사건 이요?
당신의 흥행?
당신의 슈퍼 히어로?
어머니?
당신의 보디가드?

당신의 수호 천사?
또는 귀하의 리셉션 카운터?

미소 


 . ㅠ_ㅠ 


notakaki :  exam 21/03/2012. InsyaAllah success :)
pray for me ^^ 




 
kbai  !

assalammualaikum.....

 





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Fahaman Songsang Syiah





ISI AJARAN :

A. Penyelewengan Dari Sudut Akidah
Imam adalah ma'sum.
Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
Berpura-pura.
Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT
Menghalalkan nikah Mut'ah.
Khalifah diwasiatkan secara Nas.
Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
Muhamad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi ali-Muntazar.
Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW
Menambah kalimah syahadah.
Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahli sunnah wal jamaah sekalipun hadith Mutawatir.

B. Penyelewengan dari Sudut Syariat

Menolak Ijmak Ulama.
Menolak Qias.
Mengamalkan Nikah Mut'ah.
Menolak 'aul dan mendahulukan Qurabah dari Asobah dalam masalah Pusaka.
Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy sertapengikut-pengikut adalah musuh Allah.
Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempurna.


C. Pelbagai Penyelewengan Umum


Menziarahi kubur Saidina Hussain, ganjaran syurga.
Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi SAW iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah.
Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua hal.
Sembahyang Dhuha adalah haram.
Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat.
Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
Islam bukan syarat wajib haji.
Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.

TARIKH MUNCUL: 1979

TEMPAT BERKEMBANG: Selangor, Wilayah Persekutuan K.L., Kelantan, Johor, Perak dan Melaka.

TINDAKAN/HUKUMAN:

(a) Difatwakan oleh 5 buah negeri:
Selangor: 19 Januari 1998
No. Warta: Sel. P.U. 10
Tarikh Warta: 24.9.98
Negeri Sembilan: 12 Mac 1998
No. Warta: N.S. P.U. 5
Tarikh Warta: -
P. Pinang: 16 Januari 1997
No. Warta: Pg. P.U.I.
Tarikh Warta: -
W.Persekutuan: 3 April 1997
No. Warta: W.P. PU(B) 106 
Tarikh Warta: 27 Julai 1997
Terengganu: 25 September 1997
No. Warta: PUN Tr. (142)
Tarikh Warta: 25 Sept. 97


(b) Majlis Penjelasan Akidah telah diadakan di Kuala Lumpur, Johor dan Perak 1997 tahun 1999. Kursus Pemurnian Akidah kepada Kader Syiah pada Ogos 1998 di Kemunting Perak.
Sumber Daripada Pusat Islam


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


CINTA SENYAP-SENYAP...성균관 스캔들 Sungkyunkwan Scandal


Ana dan sahabat-sahabat seusrah ada buat study circle baru-baru ni..Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat top up Iman dan merefleksi diri..Asalnya tajuk MUJAHADAH..last-last sekali terbincang pulak tajuk pasal kahwin.. huhuhu...

Pastukan ada kita orang kongsi pasal Cinta Senyap nih..Means that kita pendam je perasaan kita kat seseorang tuh..dan tak pernah gtau sesesiapa pun...Hanya Allah dan kita je tahu..pastu kan...Ada sorang akak nih cerita dah 6 tahun pendam perasaan dia kat sorang ArRijal nih..tak pernah sesiapa pun tahu..dan kesakitan memendam perasaan ini amatlah tinggi..korang pernah tengok cite sungkyuwan Scandals dan you're beautiful tuh...tengok betapa sakit nya perempuan tuh pendam perasaan kat lelaki tuh..nak cakap kesakitan tuh tak dapat bayangkan oleh kata-kata....even akak tuh tak pernah jumpa lelaki tuh almost 6 years tapi perasaan tu tetap ada..she doesnt even know what happen to him..and what she can do is Doa' yes Berdoa..its doesnt necessarily kita kena sebut nama dia..but berdoa "andai dia terbaik untukku maka permudahkan lah Ya Allah dan satukanlah dia dan ana when that time comes...

Bila Waktu itu tiba..ana tidak mahu sekarang..Ana tidak mahu cinta itu membuat ana lalai dalam pelajaran dan lalai dari mengingatiMu sebagai Kekasih Hatiku"..


You know what,even sekarang kita dah patut berdoa untuk bakal spouse kita..its not wrong at all..sebab kita bukan nya tahu pun sape bakal pasangan kita..tapi kita mintak dan berdoa kepada Allah sebab He knows Better things for us and yet He already plan something on us...Doalah moga si dia ditetapkan Iman..dan berada dalam kalangan orang yang soleh-solehah..Ok





Hmm...nak cakap orang yang tak pernah berkapel and his or her zauj tend to be the first man or woman for them is really lucky..did you know why? because their love is just for you..dan probability kita tidak akan compare pasangan kita sekarang dengan pasangan sebelumnya..dan sama-sama menuju redha Illahi.

Sweet tak? >____<


so jangan la jelaous ke ape ke..once ada sahabat kita kahwin..atau kawan kita kapel..but yakinlah saat tu akan tiba..dan kita harus bersedia untuk itu....with what? Tengok balik diri kita..Solat Macam mana...Mathurat macam mana..pergaulan macam mana..etc and if you want to restrain yourself from this thing..banyakkan hadir majlis ilmu...puasa..dan sibukkan diri dengan benda2 berfaedah





#Some nice things to be ponder
mom's advice.

Mom: You shouldn't have told him you loved him.

Me: But, I did love him...

Mom: Yeah, but you loved him too much. You never let a guy know you love him more than anything. Because then they won't care if they hurt you, because they know you love him. They know you're not gonna do anything about it. Once they know they have control over you, they start using it against you and take you for granted. He won't care what he does to you, because he knows you care enough to stay with him no matter what he puts you through.

Me: But, what if you love someone enough that you WOULD do anything for him?

Mom: You need to stop that. I taught you to be stronger than this. You don't NEED any guy. Where's your independence? You let people take advantage of you so much, what's wrong with you? You need to be bigger than that. The next guy, don't let him hurt you. If he pushes you over, you push him out on the street. My daughter doesn't deserve that.

if he really loves you, he wouldn’t ask to you to do something you know is wrong. no guy will ever be worth disobeying allah. don’t ever give any man the one precious thing that was meant for only your husband. he’s out there somewhere. waiting for you. waiting to be yours forever, to protect you from the ugliness of the world. don’t you want to save all of you for just him? the one who will love you till the end of time? the one who you’ll be reunited with in jannah? don’t let the pleasure of one moment with some guy ruin the happiness of an eternity with the man that allah has chosen for you. even if you don’t think so, i know you’re better than that.

BANGGA ke dapat bagi tahu dan cerita kat seluruh dunia apa yang anda buat dengan kekasih anda (belum kawin)?BANGGA ke dapat upload gambar berduaan, berpimpin tangan, peluk cium dengan kekasih anda?BANGGA ke bila orang ramai melihat anda dan kekasih bermadu asmara, bercinta dan menunjukkan kasih sayang walhal anda belum menikah?
Tanya pada diri sendri: “Aku bangga dengan maksiat di dunia, tapi mampukah aku menahan siksa api neraka oleh kerana maksiat ini?”

"cinta itu, perlu dipandu dengan keimanan.
sebab itu, kita bukan pilih suami/isteri hanya kerana wajah, harta, juga kebaikan mereka kepada kita. tetapi kita lihat bagaimana usaha meraka dalam mentaati allah swt, usaha untuk memahami agamanya dan sunnah rasulnya.
kalau ‘terjatuh cinta’ pun, kita kena banyak muhasabah dan melihat semula. apakah benar ingin meneruskannya? atau kita tekan butang ‘pause’ dan mula laksanakan muhasabah, pemeriksaan. ikut perasaan, atau ikut panduan keimanan?"
-hilalasyraf-

Falling in love with the Lord is the greatest romance, searching for Him is the greatest adventure, finding Him is the greatest achievement, and being with Him is the greatest source of happiness. Allahu Akbar. ♥
Don’t be too hurry in love, find A companion who can guide you not only in Dunya, but in akhirah. Who can pick you up when you fall, who can remind you when you forget, love you with all his might, someone that will hold your hands through thick and thin & lead you to the Jannah.


Smile we're too beautiful to frown






Which is; when he suddenly comes up to your wali, and when its halal after nikah;). Not by unlawfully touching you here an there esp your heart. Cuz why taint something so beautiful and pure when we dont have the rights to. Do you think we’ll get Allahs blessing by doing so?


wa akhiron,

"Stop looking for love, let it find you. Usually, when you look for it, you find it in all the wrong places & the wrong people. That’s why you have all of those failed relationship attempts, that’s why you always have your heart broken. When you least expect it, love will find you & it’s gonna feel amazing ‘cause this time, you didn’t try to find someone, someone found you"

When you want to ask Allah swt for a spouse,forthesakeofallah:

don’t ask Him for a specific person. Don’t say, “Oh Allah, please grant me so and so as my spouse.Instead, ask Allah swt to give you someone who will bring you closer to Him.

Someone who’s going to be good for your deen both in this dunya and the akhira.

Ask Allah swt for someone who best fits you.I know we probably have all had feelings for a certain person that we feel like we have to have. Saying things like, “I’d do anything to be with them, I have to have them and I will make things work” But that’s entirely wrong.

Because that one person who we have so much feelings for, someone we’re willing to do anything for, could be the worst person for us.

If Allah swt has it written that things won’t work out, they never will. No matter how much you’re willing to sacrifice for it to work, it won’t, khalas.The most unexpected person could be the one that will treat you the best, help you make your imaan rise, and someone who will be there for you forever.





Now, which one do you want?

Don’t you want a happy marriage?

One that Allah swt will be pleased with?

Or do you want to be stubborn and marry someone who you thought would be good for you, but in the end turns out to be someone who you can’t continue a healthy relationship with?

Let’s not forget that Allah swt knows what’s best for us.

o that one person who you have feelings for could be that one that Allah knows is best for you.

Or that person could be someone else.

Let’s wait and see.

May Allah swt give us all patience and grant every single one of us what’s best for us.


Ameen.






"And among His signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that you may dwell in peace and tranquility with them, and He has put love and mercy between your (hearts): Verily in that are signs for those who reflect" (Quran 30:21).

"O Humans revere your Guardian Lord, Who created you from a single person created of like nature its mate, and from this scattered (like seeds) countless men and women. Reverence Allah through Whom you claim your mutual rights" (Quran 4:1).

[13:23] Gardens of perpetual bliss: they shall enter there, as well as the righteous among their fathers, their spouses, and their offspring: and angels shall enter unto them from every gate (with the salutation): 13:24 "Peace unto you for that ye persevered in patience! Now how excellent is the final home!"


************


Jodoh Itu Rahsia ALLAH, Sweet Kan ALLAH, DIA Nak Bagi Kejutan Dekat Kita.. -

SeBab,

SEKUAT mana kita SETIA... 
SEHEBAT mana kita MERANCANG...
SEJAUH mana kita MENUNGGU...

SEKERAS mana kita BERSABAR...

SEJUJUR mana kita MENERIMA PASANGAN KITA...


Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang..Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya


Selamat MengIbrahkan diri

[AzZariyat:55]


Salam! Moga Allah Redha ...


성균관 스캔들 Sungkyunkwan Scandal

 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ana Sedang Bercinta...




Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?

Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.

Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.

Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.

Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?

Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.

Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.

Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.

Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.

Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.

Cume jgn keterlaluan la... anyway..klau fikirkan balik...berjaya kan bisikan iblis pada umat Rasulullah (s.a.w) dan berjaya jugak propaganda yahudi buat kan.....sumenye kerna cinta hawa nafsu semata2... Rasulullah (s.a.w) dah berpesan kat kite... 2penyakit nie akan melanda pd umat akhir zaman..:- - Terlalu cintakan dunia (ikutkan hawa nafsu, mencari harta benda n sebagainya) - Takut hendak mati ( terlalu taksub sehingga cari ubat or percaya ubat boleh menyembuhkan n byk contoh lagi) apa2pun semoga kte sentiasa dilindungi n dipermudahkan oleh Allah s.w.t kpd kte didunia n diakhirat  ..

 

Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa




Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.



5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.



8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.


- Artikel iluvislam.com


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Masihkah Kau Ingat…




“Hari itu matahari seolah tergesa-gesa terbenam, bagai tidak mahu menjadi saksi kejadian yang berlaku.”
“Rupanya hatiku terlalu lemah.” Kata-kata itu dilafazkan Moataz, seorang ayah yang menangis sambil mendukung anaknya. Air matanya mengalir membasahi pipi. Air mata seorang lelaki memang menyakitkan, seperti api yang membakar.

Adiknya Munzer menepuk bahunya sambil jari-jemari mengesat air mata. “Ia sudah berakhir; Islam telah pulih. Kau pun dapat melihatnya,” katanya yang cuba melegakan keresahan hati abangnya.

Moataz memeluk anaknya dan merapatkan wajahnya. Dia mahu menghayati detik bersama anak itu kerana tak mahu kehilangannya. Tanpanya, hidup seolah tiada makna.




Jalan mulai lengang saat malam mula melabuhkan tirainya. Suasana Ramadhan mengambil tempat; kelihatan seorang peniaga menjual manisan dan kanak-kanak bermain dan berlari.
“Masihkah kau ingat saat majlis perkahwinan kita dahulu? Moataz bertanya kepada abangnya.
Munzer memandangnya dengan perasaan kasih. Aku tak akan lupakan hari itu. Aku sepatutnya berkahwin sebelum kau tapi kau mahu kita langsungkan perkahwinan bersama.
“Dan kau bertegas mahu jadi doktor. Jadi kau lambat, dan aku sempat memintasmu”. kata Moataz sambil ketawa.
Mereka terus menunggang motosikal dengan tenang, sambil hati berbunga gembira kerana Islam sudah sembuh dari kesakitan yang panjang.
Tiba-tiba suasana bertukar kelam kabut dan menakutkan. Orang ramai berlari, menjerit ketakutan, dan langit hiruk pikuk bergema dengan desingan jet Israel yang “memburu musuh”.
Tembakan jet Israel mengenai sasarannya. Dengan sebuah roket yang dilancar, tiga tubuh terkulai hangus tak bernyawa dan dikejarkan ke hospital.
Ketiga-tiga mayat rakyat Palestin itu tidak mudah dikenalpasti. Identiti mereka kemudiannya disahkan sebagai Islam Eqaraqe’, 2 tahun, ayahnya Moataz Eqaraqe’ dan bapa saudara, Munzer Eqaraqe’. Mereka terbunuh setelah dibom roket yang dilepaskan oleh jet tentera Israel pada 20/08/2011 di Jalan Jamal Abdul-Nasser di Gaza City.
Ayah yang syahid, Dr. Moataz Eqaraqe’, meninggalkan seorang balu. Bapa sudara yang syahid, Dr. Munzer Eqaraqe, meninggalkan seorang balu dan dua anak kecil (Basem dan Yara).

** Kisah ini disumbangkan oleh penulis, Fathi Tobail kepada IMEMC

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ayyoub kanak-kanak palestin dibunuh sebelum sempat menyuap sarapannya





Ketika Syria menuntut tangan kita untuk berpaut, Palestin terus tenggelam dalam lautan darah.

Allah ma3akum ya ikhwanana fi Suriyah wa fi filistin..


Dalam keadaan penuh kesedihan, kepedihan dan basahan airmata bak titisan air hujan, Um Muhammad Useila, 48 tahun, membawa bersamanya sebuah beg sekolah dan beberapa buah buku sambil bertanya, “Apakah pengganas-pengganas Israel yang membunuh anak saya, sebahagian daripada jantung dan hati saya, akan melalui proses keadilan? Atau mereka akan berterusan dengan jenayah ini tanpa hukuman sepertimana berlalu selama ini? Saya berdoa mereka akan dihukum, atau diadili sepertimana yang dilaungkan oleh masyarakat antarabangsa. Keadilan yang mereka perjuangkan itu nampaknya hanya digunapakai di Libya dan Sudan, tetapi apabila pengganas Zionis membunuh kami, mengapa ia tidak terkandung di dalam ruang-lingkup keadilan yang mereka perjuangkan?”
Kata-kata yang mudah dan jelas itu diluahkan oleh ibu kepada Ayyoub Useila, 12 tahun, yang dibunuh oleh pengganas Israel dengan menggunakan roket buatan Amerika di Gaza pada hari Ahad, 12 Mac lalu.







Jasad anaknya berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil, sehingga amat sukar untuk dikumpulkan. Apa tidaknya, letupan roket tersebut menceraikan badannya sehingga ada sebahagian daripada cebisan itu berterbangan dan tersangkut di pohon-pohon. Sepupunya, juga seorang anak kecil, tercedera parah dalam tragedi yang sama.

Penjenayah-penjenayah Israel yang saban hari dahagakan darah bangsa Palestin tidak lagi mempunyai kewarasan untuk membezakan antara “pejuang yang memikul roket” dengan seorang anak kecil yang menggalas beg menuju ke sekolah. Dalam bahasa yang mudah, Israel kini mengamalkan polisi pembantaian dan pembunuhan terancang ke atas seluruh bangsa Palestin. Semua anak-anak, wanita-wanita, warga tua dan juga pejuang-pejuang Palestin tanpa terkecuali menjadi sasaran Israel.

Sebelum ini, ibu kepada anak kecil bernama Ayyoub ini telah kehilangan dua orang anak-anaknya yang lain dalam serangan udara berasingan tentera pengganas Israel. Dia kehilangan seorang anak setiap tahun.

Apa yang berlaku ini adalah satu bencana, satu melapetaka, kata Um Muhammad Useila. “Pagi itu, seperti kebiasaannya Ayyoub menyiapkan beg sekolah dan terus beredar ke sekolah dengan membawa sekeping roti berisi kentang. Beberapa minit selepas dia beredar, saya terdengar dengungan “Zannaneh,” helikopter Apache tentera Israel, melancar roket ke arah jalan yang menjadi laluan anak-anak untuk ke sekolah. Saya berkejar ke arah laluan tersebut, mencari anak saya yang baru sahaja bertolak. Dia telah dibunuh, dia telah menjadi sasaran roket Israel. Beg yang dibawannya terpelanting puluhan meter, dan serpihan-serpihan kecil badannya bertebaran di merata tempat. Saki-baki serpihan kecil anggota badannya terlekat di dahan-dahan, dan serpihan roti dan kentang juga bertebaran di atas tanah. Dia telah dibunuh sebelum dia sempat menyuap sarapan lagi.”



Mengumpul cebisan jasad anak yang dibunuh itu

Kisah yang dialami oleh Um Muhammad Useila ini merupakan kisah semua ibu-ibu di Gaza. Semua ibu-ibu yang mana anak-anak mereka menuju ke sekolah setiap pagi tidak penah mendapat sebarang jaminan bahawa anak mereka akan nanti pulang dengan selamat, atau boleh berjalan dengan menggunakan kaki seperti anak-anak lain seadanya. Sebahagian daripada anak-anak Gaza dibunuh dengan roket, sebahagian yang lain tercedera akibat serpihan roket dan terpaksa “pulang” ke hospital, bukan pulang ke rumah, tidak juga dapat meneruskan perjalanan ke sekolah. Tidak kurang pula yang terkorban akibat kesakitan, trauma dan hidup dalam ketakutan.

Um Muhammad Useila menerima jasad anaknya dalam keadaan serpihan-serpihan yang dikumpul dalam sebuah beg plastik. Ini adalah kali ketiga ibu ini menerima jasad anak-anaknya dalam keadaan sedemikian. Semasa pengkebumian anaknya, dia mendesak supaya buku-buku, cebisan roti dan kentang juga diletakkan bersama jasad anaknya itu.

Israel terus bermaharajalela dengan jenayah mereka tanpa sebarang gangguan. Pada masa yang sama, ibu-ibu di Gaza bimbang anak-anak mereka tidak akan pulang ke rumah dengan selamat. Jenayah Israel ini akan berterusan sehinggalah tibanya ketika di mana mereka akan dikalahkan secara terhina, akibat salah perkiraan dalam memilih sasaran dan peperangan. Mereka akan hanya menghentikan jenayah dan sikap anti-sosial itu apabila mereka diberi pengajaran ke atas pembulian mereka ke atas seluruh masyarakat dunia.



Ayyoub dan ibunya bersama basikal yang diterima beberapa hari sebelum dibunuh

...حسبنا الله ونعم الوكيل
Hancur luluh hati sang ibu..Hanya di sisi Allah perhitungan yang  terbaik...

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah ...





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SW.T 
Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah 
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama
orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ,
 beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. 
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke
bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya.Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan
kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih
belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran
dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang
Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.