Cinta aku pada si dia....



Aku sayang kamu
Dengan caraku sendiri,

Jika mereka memilih untuk bertemu
Aku memilih untuk tidak bertemu,

Jika mereka memilih untuk kerap bermesej
Aku memilih untuk tidak bermesej,

Jika mereka memilih untuk saling mengingati
Aku memilih untuk tidak mengingati kamu,

Jika mereka memilih untuk saling merindui
Aku memilih untuk tidak merindui kamu,

Kerana apa pilihanku berbeza dengan mereka?
Kerana kamu belum tentu jadi milikku,

Aku lebih rindukan Pencipta ku
Aku lebih senang bertemu dengan Pelindung ku
Aku lebih suka bermesej dengan Kekasihku dengan hanya berdoa
Aku lebih selesa mengingati Dia yang sering mengingatiku
Aku sayang kamu namun aku lebih sayang Dia
Terima kasih kerana memahami caraku.

(Dia = Allah SWT)



sumber:Petikan daripada : video Aku Sayang Kamu Dengan Caraku Sendiri

Oleh : Shabab Al-Adin / Shabab Al-Aiman

p/s-  ..bukan senang ni ~ impian kena selari dgn tindakan :) yup! bukan senang tapi tak mustahil kan?? ♥ sama2lah kita usaha ya...insya allah..... AMIN YA RABBAL ALAMIN....



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kenapalah diriku belum dipetik.....





Wanita ibarat epal. Epal yg tak berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya.

Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tetapi
mungkin di akhirat?

Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia right? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak...

 " Mencuri gitar adalah haram.. curi hati takpe " - ni matlutfi yg cakap ye....
hati saya sudah di curi...ngeee :PP

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


jangan makan daging itu!


salam alaik ...

pagi tadi....sejujurnya...sedih buat korang susah.... :'(

tapi..
jarang orang rasa dan tau hati dia sakit...

bersyukur lah sangat2 bila hati cakap kat kita:

"woi, aku sakit lah,dahaga ni, lapar tau, banyak sgt dosa, jauh sgt kau dr ALLAH, mne amalan kau?"


*maaf dari ana kalau ada termakan daging2 saudara/saudari ==" 

-jgn mkn daging lagi(saudara sendiri), nanti BMI(dosa) overweight-

Biar gemuk makan daging qurban...jangan gemukkan dosa makan daging manusia(mengumpat)


tazkiyyatul qalbu.....


maaf sahabat2 sume..
ana tengah sakit..
hati sakit :(


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


jangan ganggu saya oke!


Terkesan dengan kata-kata ini...

Sayyidina Ali r.a pernah berkata: "Hai dunia, tipulah orang lain selain aku. Aku telah menceraikanmu dengan talak tiga. Umurmu pendek, perhiasanmu sulit dan bahayamu sangat besar. Betapa sedikit bekalku, betapa panjang perjalananku dan betapa sunyi jalanku."

awak (dunia)..jangan ganggu saya k..
saya dah berpunya..
saya milik ALLAH taala..
kita semua milik ALLAH taala..

kita semua pun dah btunang dgn kematian..
tunggu masa jer..
dunia, awak kecik sgt nilainya..
jangan kacau kiteorg yer..

{biarlah dunia d tangan, jgn di hati ..}

*astaghfirullahalazhim...Ya Allah..* (-_-)

*Ditulis dalam tangisan.Terlalu inginkan kita semua dapat berkumpul di syurga.*


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


it is not about others, it is just about me..im sorry, im sick :(


"mohonlah kepada Aku, Aku akan kabulkan kepada kamu"
surah al-Mu'min: 60
-sweetest promise ever -

bertimpa-timpa ujian dari Allah mendatang..
bersilih ganti menemani diri..
Aduh! sakitnya Ya Allah..bila diingat..
Namun, bile ujian itu adalah tanda cintaMU kepada hamba..
Hati tersenyum..
Walaupun derita yang ditanggung..
walaupun air mata mengalir..
tapi kasihMu lebih diharapkan dari segalanya

Ana  selalu berdoa supaya Allah tumbuhkan rasa cinta kepada ALLAH dalam hati ana..
rupanya ALLAH terima doa ana, dan timpakan ujian yang bertalu-talu.. =='
supaya kita lebih dekat dengan dia..sweet kan? ;)


"People cry not because they are too weak, its because they have been strong for too long"
well said...

tak bmakna hati itu keras bila sukar mengalirkan air mata
tapi itu bermakna insan itu cukup tabah dan kuat

yang pastinya

ALLAH yang memberikan kekuatan itu.. (-_-)

tak mengapalah ana korbankan perasaan sendiri demi orang lain..dengan DOA moga bahagia dgn setiap apa pun ..
(-_-)

*selama ni, ingatkan hati ana keras sgt..hmm


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


siapa kate tak leh paksa diri sendiri..


Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?

Hidayah bukan untuk ditunggu akhi wa ukhti, melainkan dicari.. - (syahirul.com, 2011)

tak salah kan buat benda secara terpaksa??
tulah namanya mujahadah ;)
[Al Imran: 142]

paksa diri bukak AQ, tgok maksudnya ;D

Hati kita unik, boleh jadi kuat, dinamik, juga boleh sakit dan menjadi buta.
Firman Allah SWT:

“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada” (al-Hajj:46)


jOm kembali kepada fitrah

"wahai orang2 yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan..."

Jom hidup ber "style" kan ISLAM ^_^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.