How to be a good friend as Rasulullah saw?


moment terindah!
Alhamdulillah.

selepas berdiskusi dengan sahabat2 petang tadi, dapatlah sedikit sebanyak pencerahan

how to be a good friend as Rasulullah saw?



nak kawan yang best,baik,memahami,caring, sabar dan lain-lain?

maka cubalah kita untuk jadi sahabat yang sedemikian.

Jom aplikasikan 7 perkara ini dlm hidup bersahabat.

*Islam.way.of.life*

*Kembara Iman I
"Sahabat seperti Rasulullah saw"


Moga persahabatan kita tak mengenal takhasus,umur,ngo, senior junior, tajaan,warna kulit,style tudung, dan macam lagi perbezaan. :P

tapi biarlah persahabatan ini atas dasar aqidah
dan biarlah perbezaan antara kita yang membuatkan hidup kita berwarna.

-sehijau hari ini ;)

a nice sharing day. from morning until night. 
Alhamdulillah.


dulu kat mesir, saya ada bulatan gembira yang saya rasa bahagia
bila menjadi salah seorang ahli bulatan.

its not just about sharing ilmu.
tapi...

kami kongsi ape saje kami rasa.
kami boleh menangis,ketawa,
share ape yang kami nak share


bila terpaksa berpisah, sedih yang teramat sangat.
tak tahu masihkan ada orang yang boleh memahami saya seperti bulatan ini.

pada awalnya,ye, saya kosong. tak jumpa apa yang saya rasa dulu.

tapi by time
Allah bagi balik apa yang saya rasa dulu.

even we have to spend 2 to 4 hours together, tapi itulah moment paling bermakna
tak tidur pun takpe. :)

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulilah.

"A usrah is a little world created by love...." Lynn Si Pipi Merah


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


aku nak isytiharkan pemenang contest Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!


Bismillah.. 
Alhamdulillah.

setelah diperkenankan ahli ahli yang bertanggunjawab mengira ,membaca,menganalisis maka dengan ini lynn nak isytiharkan pemenang contest Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool! dimenangi olehhhhh..jeng jeng jeng..
::

::

::

::

::

::

::

::





::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

(letih scroll? hiks3)

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::

::


TAHNIAH kak MIA.


Lynn pilih blog ni sebab blog ni biasa-biasa aje tapi setiap entry memang cool. kalau tak percaya sila terjah blog kak mia ni. serious.Jangan lupa bagi sekuntum dua bunga sebagai ucapan tahniah.


penat godek-godek dan geledah semua entry setiap peserta yang JOIN. Entry korang memang best best. tapi anggap je takde rezeki untuk menang. ni bukan soal pilih kasih or wateva. tapi yang Lynn rasa berhak menang dan menepati piawaian, perlu menang. okay. tamo sentap sentap sedih -sedih ye sayang.


oh ha! ini dia 5 blog yang akan di review oleh guwa!

Azriff Dot Com

INFINITY.


Santan Manis

❀Gadis Berkaca Mata❀



klik sini (5)
 
insyallah minggu depan lynn start buat review blog korang yang best tu! okay. hope dapat lah promote sikit kan..


top referall! siapa?


ok cik adik sayang siapa lagikan cik nab. klik sini (nabila medan)


oh ha!blog yang meletop-letop. bukan blog biasa-biasa dah ni. blog luar biasa dah. :)


syukran jazilan semua.



kak MIA , NABILA , lynn nak bagi hadiah ni. sila pm lynn kat fanpage lynn ye. 




att: raimi syazwan tak dapat details anda lagi..camne nak hantar hadiah.:)







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cukuplah dengan Kesedihan Semalam.




Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s’gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s’gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

****
nak mentarbiyyah
kena sedia ditarbiyyah

nak berukhuwwah
kena sedia untuk mendengar
dan berkongsi

tapi kan
Kita geram dan rasa annoyed
bila orang cuma cari kita bila dia perlukan kita. 

Rasa benci pun ada.
Tapi tanpa sedar, kita pun sama. 
Cuma ingat Allah time ada musibah.

Hmm,
 bila ada warning tsunami dan gempa bumi 
baru nak ingat Allah. 

Selama ni, 
kita buat tak tahu dengan panggilan Dia.
 Kitalah orang yang kita benci.

So, jom ubah diri kita.

 Biar Allah sayang, insan lain pun sayang.

Hidup ni bukan perjalanan kita seorang
tapi untuk dikongsi dan dirasai bersama. :)

selamat malam semua.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tanya pada hati, mengapa sengsara disana. nanti jawab hati, kerana aku lalai di dunia..




Betapa jelas realiti masyarakat kita diselubungi masalah 'tidak tahu'.
Mereka tidak tahu.
Apakah wajar jika kita memarahi mereka yang tidak tahu?
atau sebenarnya kita yang perlu dimarahi kerana tidak berusaha memberitahu?
itu adalah natijah dari rasa taqwa (takut kepada Allah) yang tidak tumbuh dlm jiwa masyarakat.

Berusaha mengelak hukuman manusia dgn alasan tetapi terlupa utk takut dgn hukum Allah yang tak pernah terkecuali.
tetap salah mereka yang tidak bekerja menanam taqwa itu ke dalam jiwa masyarkat..

mereka = kita.


lagi artikel tentang zina.


saat kita melihat pembunuhan ummat di Syria dan kemarahan terhadap cerita yang menghina, kita terlupa bahawa pembunuhan jiwa dan cara hidup yang menghina sedang berleluasa di bumi kita.

Islah nafsak wad3u ghairak.

*terfikir, sekarang ini untuk mencari pasangan yang jauh dari tayangan-tangan zina pun sangat susah, bagaimana pula nanti untuk mencari pasangan anak-anak yang jauh dari zina?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Hey! Perempuan sombong!


dalam hati Ada ALLAH.

‘Perempuan sombong !’ 

Begitulah ungkapanmu, 

Melukai hatiku, 

Tak bisa mengubahku, 

Aku tetap aku 



‘Perempuan sombong!’ 

Biar apa katamu, 

Biar apa tohmahanmu, 

Ku balas doa sejernih salju, 

Moga diampuni Yang Satu 



‘Perempuan sombong!’ 

Itu yang terzahir, 

Pengertiannya tak lahir, 

Kau pasti takkan mengerti, 

Sombongku kerana Illahi 



Mengertilah… 

Sombongku bererti sayang 

Sayang yang kumaksudkan 

Bukan sepertimana takrif kebanyakan 

Sayangku berpijak di landasan Tuhan 



Mengertilah… 

Aku mahu kau bangkit berdiri 

Menjadi lelaki berkeperibadian tinggi 

Tidak tertipu dengan tipuan duniawi 

Apatah lagi fitnah wanita yang meracuni 





Mengertilah... 

Sombongku bukti sayangku 

Pada lelaki bernama Adam 

Agar kau bangkit dari kelalaian itu 

Agar perjuanganmu tidak padam 





Mengertilah... 

Aki tidak mahu kau terus tertipu 

Dengan gejolak cinta dan nafsu 

Pada seorang wanita sepertiku 

Hingga kau lupa amanah beratmu 





Mengertilah.. 

Izinkan aku terus begini 

Menjaga maruah dan peribadi 

Agar bukan aku fitnah lelaki 

Agar kau tak lalai lagi 

Itulah bukti sayangku pada lelaki 


notakaki- 

Kita adalah insan yang lemah
Kuatnya kita kerana adanya Allah yang memiliki segala kekuatan dan memberi kekuatan kepada sesiapa yang dikehendaki

Maka layakkah kita untuk sombong dan kufur pada nikmatnya? Layakkah kita untuk berpaling dari melaksanakan ketaatan kepadaNya apatah lagi melakukan kemungkaran?

Allah Allah

يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ وَخُلِقَ الإنْسَانُ ضَعِيفًا
Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.(QS.An-Nissa : 28)

Ya Allah, kurniakanlah kami tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan ketaatakan kepada Mu, dan kurniakanlah kami jiwa yang kental dalam menghadapi setiap detik kehidupan.

Amiin

Jom jadi hamba yang kuat, sebab Allah suka hamba yang kuat! :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


私たちは同じ空を見て




Orang kata kalau kita rindu, tengok langit.

Sebab langit kita sama jadi kita tak pernah jauh. 

Tapi…

Macam mana kalau langit panas terik tapi tempat awak hujan?
Macam mana kalau langit hujan lebat tapi tempat awak panas terik?

Langit kita tak sama kan? 

Jadi…

Kalau rindu, saya sebut nama awak dalam doa. Sebab Tuhan Maha Mendengar. Dan mudah-mudahan DIA pantulkan doa itu ke dalam hati awak :)

..."kerana kata-kata dan janji akan lenyap bersama angin, tapi perasaan yang kita simpan dalam hati dan dalam doa akan kekal selamanya..."

*hati tak akan berjarak jika doa dijadikan jambatan


notacinta- Sahabat yang baik, yang sentiasa mengingatkan sahabat-sahabatnya.

Maka jadilah kalian sahabat-sahabat saya yang baik
dan saya juga begitu

:)
tetibe rindu kat sahabat-sahabat.

ok dah-dah, nak sambung study
ingat saya dalam doa, bukan dalam umpatan.hik3

-iskandariah-

Photo: Did you know all the Sahabah who had been promised to enter Jannah? :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Penjelasan oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan mati bunuh diri.




kebumi dimana orang yang membunuh diri?


Penjelasan oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan mati bunuh diri. Perlukah mayat dimandikan? Nak kebumi kat mana? Apa balasan orang bunuh diri?

Ikuti penjelasan dari UAI.


"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai..." 

(Sayidina Ali Karamallahu Wajhah) 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ustaz Azhar Idrus - Kisah Wali Wanita





maqam wali-wali Allah yang ada kat mesir =)


maqam Imam Syafie ada,
maqam Saidatina Nafisah ada,
dan banyak lg..

beruntungnya!


pergilah,cari ibrah dan kekuatan
tentang kehidupan dan kematian mereka!

yang di malaysia

JOm!
dengar ceramah ni dan explore banyak-banyak!

dalam mencari ibrahnya...




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.


“Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau akan mendapat seumpamanya”

HR Muslim

So sahabat-sahabat saya di seluruh pelusuk dunia, bacalah dan ambiklah ibrahnya dari kisah ini, doakan mereka, tapi jangan bagitahu saya .

Jom, saling mendoakan, kita kan sahabat sampai Syurga, kan?

Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.



Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.



Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.



Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.



Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.



Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.



Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.



Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini???


BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!



daripada,
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria.

- Diharap kita semua tersentak, sedar dan insaf apabila membaca artikel ini. Sekiranya tidak terasa apa-apa muhasabahlah diri.
- Bacalah dengan mata hati untuk melihat kebenaran. Tidak ada bezanya Brunei dan Syria. Di mana-mana pun, Muslimat akan berhadapan dengan persekitaran yang menakutkan selagi umat Islam terus lalai begini.

Bangunlah ! Bangkitlah!

lagi post mengenai syria.

Hancurkanlah Basyar dan sekutunya Ya Allah..
-Syria hari Ini
-Kezaliman Basyar Pasti Akan Tumbang
-Israel hancur Tahun 2022
-Allah akan menghukum Basyhar
-Lebih dasyhat dari yahudi




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jom pergi Talk Dr. Zakir Naik


Dr Zakir Naik Malaysian Tour 2012 ( PWTC )

Jom pergi Talk Dr. Zakir Naik , noticed that kita kena register untuk dapatkan pass entrance even free. Saya dah register 2 pass ticket. Untuk saya satu dan rakan satu. Awak, awak yang duduk dekat dekat dgn KL register tau. Rugi sangat kalau tak pergi . Jangan lupa ya. :)

ni LINK dia.




Jazakumullahu Khairan Kathiran :)



Tarikh: Oct 7, 2012 6:00 PM PST
Lokasi : jalan tun ismail, chow kit, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

p/s: ada jodoh jumpa kat sana!
ok mesej ni hanya untuk akhwat aje ..heee.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bekas Pemain Bolasepak Selangor Terlantar Sakit.



1. Ezmi kini terlantar & dijaga oleh ibunya di Batang Kali, Selangor
2. Telah menjalani perubatan moden ditahap tertinggi, namun pihak hospital telah menemui jalan buntu apabila ianya tidak berkesan.
3. Ezmi kini tidak lagi meneruskan pengambilan ubat2an moden.

4. Ezmi mempunyai 2 org anak berumur 10 & 7 tahun yang setia menemaninya.
5. Ezmi ialah seorang bapa tunggal & anak sulong dlm keluarganya.

Bantulah dengan ikhlas, walaupun sekadar sepotong doa.
Share!!!


Sumber : www.darulislamiyyah.blogspot.com

Allahurabbi ..


hafal doa ini



amalkan juga selawat ini.


Kita berusaha,kita berbincang, kita merancang, tapi yang mrngatur dan menentukan adalah Allah Taala, Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pelajar meninggal selepas wuduk



Pipi terasa basah dan hangat bila terbaca satu keratan akhbar dari harian METRO pagi ini.

PONTIAN: “Afiff baring di pangkuan saya dan kira-kira 15 minit kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir,” kata ibunya, Russiah Ibrahim, 44, ketika ditemui di kediamannya di Taman Nong Chik, Batu 36, Jalan Johor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi kelmarin, anaknya, Muhammad Afiff Faris Ahmad Seri, 15, meninggal dunia di pangkuannya ibunya selepas mengadu pening kepala.


Russiah berkata, Afiff sebelum itu baru saja selesai berwuduk dan mahu menunaikan solat Subuh.



“Afiff mengadu pening kepala dan saya terus meribanya. Saya kemudiannya mengurut dahi Afiff dengan minyak.


“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati bibir, kuku tangan dan kakinya bertukar kebiruan. Saya terus mengusap dadanya, manakala Afiff seolah-olah tidur berdengkur sebelum nafasnya terhenti,” katanya.


Menurut Russiah, dia memanggil jiran sebelum menghubungi Hospital Pontian serta suaminya, Ahmad Seri Abu Bakar, 48, yang ketika itu bekerja di Tanjung Bin.


Katanya, pasukan perubatan yang tiba kemudiannya melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan Afiff sudah meninggal dunia.


Ahmad Seri pula berkata, Afiff yang juga pelajar pintar adalah anak ketiga daripada lima beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (SMKDPB).


Afiff bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan.


Menurut Ahmad Seri, dia bergegas pulang ke rumah sejurus menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 6.15 pagi.


“Tiba di rumah, Afiff sudah meninggal dunia. Saya reda di atas pemergian Afiff kerana Allah lebih menyayanginya.


“Afiff seorang yang rajin dan suka menolong ibunya memasak,” katanya.


Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya

AL-FATIHAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jom follow - Aku Cuma Seorang Kulikutif !!! Ohsem giveaway



klik banner & join!

:). Bismillah.


Lama kan tak update? (baru 3 hari seh!)


Banyak berangan tak sempat nak blogging. Hehe. Tak adalah. Busy sikit banyak hal. once dah start praktikal kat hospital nun. Faham-faham jerlah kan. Balik-balik bilik macam pancit tapi kena study. Walaupun begitu, katil menarik narik badan ini, lepas itu babailah kan studykan.. blog? rindu jugak.


Haiyo, Lynn. Apa nak jadi ini? By the way, ni ha nak join segmen dari REMYHAZZA. tadi singgah kat blog DAISUKESAN nampak segmen ni terus join. Daisukesan tu sapa tak kenal kan everythings-everythings sangatkan blog dia. ye la sharing is bloging. eheh ! yes!REMYHAZZA silalah terjah bogger dari utagha nie.
jom join ramai-ramai beriban-riban ! sebab apa nak tau tak? curious nak tahu? ok tekan SINI


selamat bersegmen with love 1 & love II



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Inilah Surah yang Melembutkan Hati Gangster Mekah ketika itu yang Mahu Membunuh Rasul Utusan Terakhir.






Saidina Umar al Khattab adalah manusia 'gangster' sehingga dia ditakuti oleh sahabat dan musuh, bahkan syaitan. surah yang berjaya melembutkan hati  gangster mekah yang paling ditakuti.(Syaidina Umar)

 ( Surah Toha, ayat 1-6 )

 untuk melembutkan hati sesiapa saja yang degil, seperti mana allah melembutkan hati syadina umar. Jadi manafaatkanlah surah ni untuk keperluan kita sekiranya berhadapan dengan situasi yang sama dan jangan berputus asa.

klik SINI

" Ya Allah kami ingin menjadi pahlawan, kurniakan ke dalam hati-hati kami peribadi Syaidina Umar al Khatab..dan biarlah kami menjadi pembela agama mu seperti Syaidina Umar membela agama mu"..Amin


Jika ditanya berapa lamakah Rasulullah SAW membina negara Islam (Madinah),

 jawapan saya ialah 53 tahun

 Rasulullah SAW berusaha. 

40 tahun Rasulullah SAW membina kriteria yang mulia dan akhlak yang murni, 

sebelum dilantik menjadi Rasul.

13 tahun membina akidah tauhid dan menjauhi syirik selepas turunnya wahyu. 

Ketibaan masa untuk kebangkitan daulah Islamiah adalah urusan Tuhan. Keutamaan kita adalah membina kualiti jiwa yang bertaqwa...


********

Aku.

Bila dah kepenatan seharian
sambil duduk rehat
terfikir pulak

'penat-penat aku ni, Allah redha ke tak?'

Allahurabbi
HambaMu ini sering lalai dan leka, kurniakan kami hidayah dan petunjuk buat kami.
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah


"Setiap yang menjalinkan ukhuwwah dan menghidupkannya,akan mendapat banyak kebaikan"
-Imam Syafie

Tapi apakah definisi "hidup" pd kita?
adakah dgn keseronokan dan kesenangan semata2
fikir2kan..

Konbanwa..Oyasumi nasai!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Nak Tengok Apa Saya Buat?


Photo: Mengantuknya study 
Rehat jap
so,inilah hasil rehatnya ;)

jom jadi pewaris syurga 
dicintai Allah ♥ dirindui syurga ♡

ok, 2 minggu lagi nk exam. smbung studi lah cik adik!!! hihi :P
klik untuk tumbesaran.

Mengantuknya study 
Rehat jap
so,inilah hasil rehatnya ;)

jom jadi pewaris syurga 
dicintai Allah 
dirindui syurga ♡

ok, sambung studi lah cik adik!!! hihi :P




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bukan cinta Biasa.





Membaca kisah mereka mambuat aku cemburu
kisah mereka bukan biasa
kisah jaminan menjadi penghuni syurga

melihatkan diri sendiri
layakkah aku bersama mereka
hati berkarat bergelumang dosa
layakkah aku menemui Tuhanku
dalam keadaan diri yang begitu hina


biarlah badai datang menerpa
cuma yang kupinta
agar tiada erti berputus asa
dalam juang menuju RedhaNYa
moga Dia sentiasa bersama

bersama dalam sangkaanku
bahawa badai ini hadiah dariNya
bahawa jatuh berkali-kali adalah silapku
moga menjadi kafarah dosa di dunia
agar tidak terbeban di akhirat sana
inilah kasih sayangNya melewati sempadan dunia

Kita sebenarnya tidak diperlukan untuk menghasilkan kejayaan dalam sesuatu perkara, kerana ketiadaan kita bisa digantikan Allah swt dgn orang lain

 Allah tak pernah perlukan kita..

Tapi alangkah beruntungnya jika tangan kita juga yang mengusahakan kejayaan tersebut. Lebih-lebih lagi dalam menyampaikan kebenaran.

Moga kita berusaha menjadi hambaNya yg terpilih.


"Dunia ini adalah lautan
dan hati kita bagaikan kapal yang melayarinya

Andai kita penuhkan kapal kita dengan lautan
maka karamlah kita

ke manakah hala tuju kita?
lautan ataupun tempat di sana

kita hanya musafir di lautan, bukannya penghuni di lautan"


-petikan dari Yasmin Mogahead-

dalam hati hanya ada satu cinta ♥
sama ada cintakan dunia atau Ilahi

[Let cross the ocean of dunya]

Bittaufiq!


Alhamdulillah,selesai satu tugasan .

maaf menghilang selama beberapa hari.

Tapi yang pasti tugas sebgai hamba Allah dan daie tak kan pernah berakhir

Tapi..sedihnye bila tengok blik sticky note kat dinding
sebab lupa satu tugasan


tak dapat pergi ziarah kubur abi semalam

Maafkan saya abi. :'(
esok pagi saya pergi ye.

Macam mane nak jadi anak solehah ni =="?




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.