Saidina Umar al Khattab yang diGERUNI..


subhanallah...

Rindunya pada arwah abi..

Dan sebenarnya semalam juga Allah hiburkan diriku ini dengan izin dan kuasaNya. Allah sangat Penyayang dan Dialah Yang Maha Penyayang di antara yang penyayang. Dihiburkan hati yang lara dengan ilmu dan petunjuk..mimpi arwah abi... masya allah..

Abi selalu menceritakan kepada saya 4 sahabat Rasulullah mereka ialah Saidina Abu Bakar yang membenarkan kata Rasulullah ketika orang lain tidak mempercayainya; Saidina Umar yang sangat digeruni sehingga syaitan juga takut dengannya; Saidina Uthman yang sangat pemalu sehingga malaikat juga malu dengannya dan tentang Saidina Ali yang dicintai oleh Allah.
tapi kali ini lynn nak ceritakan tentang saidina umar al khattab terlebih dahulu..

Saidina Umar al Khattab adalah manusia 'gangster' sehingga dia ditakuti oleh sahabat dan musuh, bahkan syaitan.

1. Umar pernah memukul belakang seoarang lelaki yang sedang bersembang dengan seorang wanita di sebuah lorong di Madinah, walhal wanita itu adalah isteri lelaki tersebut. Lalu Umar meminta lelaki tersebut memukulnya kembali (qisas). 3 kali Umar meminta lelaki itu memukulnya kembali tet
api lelaki itu menolak.

2. Umar pernah memanggil seorang wanita mengandungi kerana mendengar cerita wanita tersebut selalu berjumpa dengan seorang lelaki. Dalam perjalanan berjumpa dengan Umar, wanita itu keguguran kerana terlalu takut kepada Umar. Dan Umar membayar dhiat kepada wanita tersebut.

Semua sahabat bimbang melihat keadaan ini dan mereka berpakat untuk memberitahu Umar. Tetapi mereka semua takut kecuali Abdul Rahman bin 'Auf. Lalu Abdul Rahman memberitahu Umar dan Umar menangis.


Cuba lihat pemimpin sekarang. Adakah mereka dikenakan dhi'at apabila menghukum manusia dibawah ISA (penjara tanpa bicara), membantai peserta BERSIH dan meragut/merompak hak rakyat, baik menteri atau bekas menteri?


Kata Yusof Qardhawi, 'musibah yang menyatukan kita.' Kata saya, 'makanan yang menyatukan kita.' Cuba buat makan-makan, mesti ramai gila orang Melayu datang. Jom bersatu melalui makanan. Makanan menyatukan ummah :) 

notahati-   SubhanAllah, syukur pada Allah di atas segala kurniaanNya. Alhamdulillah… setiap helaan nafas dan degupan jantung ini adalah kerana sifat Allah Yang Maha Pemurah. Hari yang baru dengan misi yang baru. SubhanAllah, pagi hening sangat indah dengan turunnya hujan renyai… Diri ini sangat sukakan hujan… Tetapi, hujan pagi ini hadir seperti tahu hatiku menangis kerana rindu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku. ampunilah dosa kedua ibubapaku..wahai Tuhan Yang maha Pengasih....UjianMu hadir sebagai penebus dosaku. Ya Allah, sampaikanlah rindu ini pada yang ana sayangi...AL-FATIHAH untuk arwah abi..

Photo 

Amin Yarabbal Alamin..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

11 Ogos 2012 pada 4:01 PG

Subhanallah :)

3 April 2013 pada 7:13 PTG

Add saya di fb Penyambung Tugas Nabi

3 April 2013 pada 7:15 PTG

Add saya di fb Penyambung Tugas Nabi

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.