Suami Eksekutif Pentadbiran TV9 Didakwa Bunuh Isteri




PETALING JAYA – Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen swasta, TV9, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuhisterinya itu, Nur Syaleza Jaffar, 31, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.


Tertuduh yang memakai kemeja-T berkolar berwarna ungu mengangguk kepalanya sebagai tanda faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, di kediaman mereka di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara pukul 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lalu.


Norazman Bashah yang diwakili peguam, Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 14 September untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi. –BERNAMA


Jika kita bertanya di mana kedudukan kita di sisi Allah? Jawabnya, mudah... sejauh mana 'kedudukan' Allah di hati kita!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

10 Ogos 2012 4:17 PTG

sanggup suami menbunuh isterinya..

10 Ogos 2012 4:49 PTG

sanggup bunuh isteri yg dah mengandung kan ank dia

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.