Negara ini menukarkan waktu solat jumaat ke hari sabtu?


Astagfirulallah,Apa nak jadi skrg ini? Negara ini menukarkan waktu solat jumaat ke hari sabtu?? Penting utk umat islam mengetahuinya.





Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.



Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.

“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.

Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.Ulama bimbang larangan solat Jumaat di Azarbaijan

--------

Ulama bimbang larangan solat Jumaat di Azarbaijan



(Dr Abdul Basit menerima cenderahati daripada Menteri Besar)

KOTA BHARU: Ulama di sini turut melahirkan rasa bimbang perkembangan di Republik Azarbaijan apabila kerajaan dikatakan mengarah khatib di seluruh negara itu melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu.

Penasihat Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, perkembangan yang berlaku di negara yang majoriti umat Islam itu cukup membimbangkan.



“Apakah tuan-tuan tahu perkembangan terbaru yang berlaku sekarang. Mungkin ada kalangan kita yang membaca suratkhabar mengenai isu tersebut.



“Di negara kita pun tidak jauh bezanya kerana hari Jumaat tidak dijadikan cuti umum bagi kebanyakan negeri.



Sepatutnya kita kena tukar menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan bagi memudahkan orang ramai melakukan amalan agama,” katanya pada Ijtimak Ulama Nusantara di Qaryah Ramadan di sini, hari ini.

Program itu bermula malam tadi dengan tausiah pertama disampaikan ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Patani, Wan Mahmood Wan Hussin selepas solat tarawih.

Ijtimak itu disertai ulama pondok dari seluruh Malaysia termasuk juga dari selatan Thailand dan Kalimantan, Indonesia.

Akhbar sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Azarbaijan mengeluar arahan supaya melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu.

Alasan diberi kerana dianggap mengganggu jam kerja memandangkan hari Jumaat di Azarbaijan hari bekerja.
Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Isu lebih parah pula berlaku di Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China di mana masyarakat Islam diharam menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.
nauuzubillah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

5 Ogos 2012 pada 11:23 PTG

klau x silap sy laa kn.. solat jumaat apa2 pun tetap hr jumaat.. klau utk hr sabtu / ahad, ni khas utk yahudi & nasrani...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.