65 Tahun Merangkak Ke Masjid




Allahuakbar....mcmana dgn kita yg d beri cukup sifat dan sihat tubuh badan dgn rezeki yg berlimpah ruah..... 

Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lupuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat subuh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.

Beliau tinggal di
salah satu perkampungan terpencil di Selatan Azizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahun ditambah dengan kecacatan tubuhnya namun
beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hamper 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Semoga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah. Insyaallah.

**Renung sejenak diri kita, sempurna sifat fizikal dari atas ke bawah… tetapi adakah kita menyahut seruan untuk ke rumah Allah setiap kali azan dilaungkan. Kita mempunyai kenderaan untuk kemana shj.. tetapi brp kali kenderaan kita itu menghantar kita ke rumah Allah… bandingkan nikmat yg Allah beri pada kita dgn Syeikh Abdullah Al-Asiri, tidakkah kita seharusnya lebih bersyukur**

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) dibumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. ** Al A’raf :10.. 

mudah2an kita adalah di antara yang sedikit itu.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

5 Ogos 2012 5:58 PG

subhanallah..!semoga kita yang sempurna ini akan berusaha menjadi yang lebih baik...insyaallah.

5 Ogos 2012 6:23 PG

Betapa hebatnya beliau jika dibandingkan dengan kak M ni...Ya Allah Syukur atas nikmat yg Kau kurniakan padaku..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.