adilkah Allah menetapkan syurga itu hanya milik muslim?


Bismillahirrohmanirrahim..

alhamdulillah usrah hari ni berkisar mengenai akidah.dari sudut bahasa ianya adalah ikatan.Kemudian satu persoalan timbul mengenai bagaimana Allah dikatakan Adil pada non-muslim dan muslim..persoalannya adilkah Allah menetapkan syurga itu hanya milik muslim?Adilkah Allah menyebabkan ah chong(samaran) lahir sebagai non-muslim..payah saya nak hurai bila persoalan ini di utarakan.ada pandangan dari para ustaz dan ustazah.silalah kongsikan pandangan ye ...


pertama, saya bukanlah ahli dlm bidang ini.. saya bukan ulama', ataupun ustazah.. jawpan yang bakal sy berikan ini, mungkin bukanlah yang paling terbaik.. saudara boleh rujuk ust2 lain jika kurang berpuas hati dengan jwapan ini ya.. :)

begini, adakah org islam akan masuk syurga selepas dicuci dosanya? jawpannya, YA, selagi ia tidak menysyirikkan ALLAH..

kedua, adakah org kafir akan kekal dlm neraka? jawpannya, itu hak ALLAH,,, neraka dan syurga miliknya, maka ia berhak memasukkan sesiapa sja yg dikehendakinya.. namun, jgn cepat melatah, ALLAH tidak pernah menzalimi makhluknya.. :) ALLAH MAHA ADIL? 

JAWAPANNYA YA..

tentang persoalan hidayah.. seseoarng itu dilahirkan islam n bukan islam dipinta atau tidak.. nabi menjawab dlm sebuah hadis yg bermaksud ;
"setiap bayi dilahirkan dengan fitrah, terpulang pada ibu bapanya lah sama ada meyahudikan atau menasranikannya.."

syarah hadis ini, fitrah bermaksud islam.. jadi, tiap bayi yg dilahirkan, ia dilahirkan sebagai makhluk yang suci dari sebarang kekafiran.. malah, jika ia mati tika itu, matinya sebagai islam.. kenapa? kerana sejak ia lahir lagi sudah sebagai islam.. betul ke??
ni jawapan ALLAH..
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",
(al A'raf, 172)

disini jelas, tiap makhluk semasa belum masuk alam dunia, mereka mengakui allah sebagai tuhan. namun, setelah lahir kedunia, keluarganya yg mencorakkan ia islam atau tidak..
apa nasib bayi yang parent nya bukan islam?
ALLAH maha adil.. tika meniti era dewasa, ALLAH akan ilhamkan Ayat2 NYA buat semua makhluk berfikir, tidak kira islam atau kafir.. semua berhak mendapatnya.. dan memang mereka mendapatnya.. :) adakah sy berdusta? boleh tanya org bukan islam kalau tidak percaya.. dlm hati tiap insan, akan ada satu titik fitrah yg dinamakan titik tuhan.. atau GODSPOT dlm kajian barat.. titik inilah yg berkedip dahaga mencari2 kebenaran spnjg hidup d dunia. tiada beza bg kafir atau islam, sma sja.. (ALLAH MAHa ADIL)..

ada mereka yang tidak mahu berfikir tika mana GODSPOT ini menyala2 mancari hidayah,. lalu bagaimana hidayah tuhan mahu menjengah? islam seseorang itu, hanya ALLAH yang tahu sejauh mana islamnya.. bukan hanya pada lidah, namun kebenaran dlm hati, dan ketaatan dlm amalan.. itu baru muslim.. yang lainnya, ada ulama yang menyebut islam hanya pada nama, didunia nya islam, diakhirat kafir.. hanya ALLAH yg tahu apa yg tersirat dlm hatinya.. begitu juga org kafir.. hanya ALLAH yg tahu, lintasan apa yg sering berkedip dihatinya.. ALLAH takkan biar makhluknya kesesatan tanpa cahaya.. ia PASTI memberi pertunjuk. bezanya, kita sendiri yg mahu peduli atau tidak akan sinaran itu.. kalau kita ambil peduli, ia akan terus terpancar, dan pasti menerima hidayah dari ALLAH.. kalau ia leka dengan dunianya, hidayah tak menjengah.. sama saja bagi org islam, yang islamnya hanya pada nama.. soalan syurga neraka ni, milik ALLAH.. siapa saja yng dikehendakkinya berhak memasukinya.. dlm islam, kita percaya, syurga bukan matlamat utama, matlamat utama, adlah mencari redha ALLAH, dan syurga adalah saguhati dari ALLAH buat para hamba-NYA.. itulah yag dinamakan IKHLAS.. :)

mana lebih untung? kafir atau islam?

jawpan saya, KEDUA2NYA..! :)
kenapa? islam ,dia dpt hidayah mudah dari awal.. jadi taklif untuknya, (dikira dosa pahala), sejak baligh lagi..
kedua, bukan islam, byangkan ia mahu berfikir ayat allah sperti sy sebut tadi, dia masuk islam usia 30, usia 32 dia meninggal.. 2 tahun sja phla n dosanya dikira,, :) bagaimana? dan.. berita yg lebih baik untuk yg lahir bukan dlm agama islam lalu mati sebagai islam, ini janji ALLAH buat mereka..
"Mereka itu diberi pahala dua kali (ganda) disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebagian dari apa yang telah Kami rezkikan kepada mereka, mereka nafkahkan.." (Al Qashah, 54)

Bertanya Tentang Tuhan

Bertanya Tentang Tuhan lebih berkisar mengenai sebuah perjalanan seorang hamba yang sentiasa tercari-cari kebenaran. Ianya tentang sebuah kembara. Pengembaraan yang belum pernah selesai selagi hamba tidak merasakan manisnya ujian dan romantisnya saa bersama Tuhan.
 nak dapatkan buku ilmiah nie.. cuba klik pic tu..

selamat bersahur..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

11 Ogos 2012 pada 1:03 PG

btol tu.. info yg paling terbaik.. buku tu ade jual kat ne ek..

11 Ogos 2012 pada 1:27 PG

@cci
cik cci cube klik kat pic buku tu.saya dah letak link dah.. :)

11 Ogos 2012 pada 2:58 PTG

Kiranya...Allah tu Maha Adil pada semua manusia yakni hambanya...

12 Ogos 2012 pada 3:59 PG

yup, nampak keadilan di situ.. nice sharing ^^

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.