Apa akan jadi pada 10 jenis Blogger ini jika mereka meninggal dunia?


Photo: ~> Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH SOLEHAH’ tapi sayang,
niat bukan kerana ALLAH,
tetapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yang ‘SOLEH SOLEHAH’..

Ruginya kita...
kerana dunia, kita berubah..
kerana dunia, kita usaha..
kerana dunia kita berkorban tapi tidak bertunjangkan Lillahi Ta’ala..

Alangkah ruginya kita kerana tidak berusaha untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH..
Tetapi hanya cinta makhluknya yang kita dambakan..
Rugi, serugi, ruginya..!

Muhasabah bersama..

:: betulkan niat hanya kerana ALLAH :: Berubahlah kerana Allah :: 



1. Blogger Lucah Suka menggunakan ayat-ayat lucah di dalam blog.
Selain sering memaparkan gambar yang tidak
senonoh.

2. Blogger Tidak Menutup Aurat Sidebar dan header blog dipenuhi gambarnya yang
tidak menutup aurat. Begitu juga di setiap entry, pasti ada gambarnya dengan aksi konon comel.

3. Blogger Dunia Hiburan Memaparkan
gosip-gosip, aksi ghairah dan gambar-
gambar seksi artis.

4. Blogger Kaki Mencarut Penulisannya penuh dengan kebencian, carutan, dan
maki hamun.

5. Blogger Penyebar Fitnah Mencipta atau menyebarkan berita yang tidak benar
dengan tujuan untuk memfitnah dan menjatuhkan
seseorang.

6. Blogger Pembuka Aib Membuka aib orang lain dengan mendedahkan
identitinya sehingga membuatkan orang itu terpaksa
menanggung malu yang besar. Daripada tiada siapa
yang tahu, hingga satu dunia dapat tahu.

7. Blogger Couple Blognya penuh dengan gambar kekasih hati yang
bukan mahram berpegangan tangan, laga-laga pipi, dan peluk-peluk konon sweet couple.

8. Blogger Sosial Ada gambar-gambarnya bersosial dengan pasangan
bukan mahram tanpa menjaga adab dan batas
pergaulan. Selain gambar dalam kelab malam,
menari berpelukan dan minum arak.

9. Blogger Hina Islam Menghina Allah dan Rasul. Memperlekeh agama Islam. Mempermainkan hukum Allah. Membuat
statement yang memesongkan akidah dan boleh
jatuh murtad.

10. Blogger Tak Kena Gaya Blogger yang nak menegur, tapi tak kena gaya.
Contoh, nak tegur pasal aurat tapi letak gambar perempuan buka aurat. Walaupun niat sebagai contoh, ia secara tak langsung mempromosi dosa
untuk tatapan orang lain.

Jika 10 jenis blogger di atas meninggal dunia, siapa
yang nak uruskan blog mereka? Siapa yang tahu
password blog mereka? Siapa yang nak delete blog
yang penuh dengan kandungan dosa itu? Walaupun
mereka sudah tiada, tetapi selagi mana blog-blog
mereka dikunjungi, selagi mana isi-isi blog mereka menjadi tatapan pembaca, selama itulah mereka
akan menanggung dosa. Nauzubillah...


note-tegurlah saya jika buat silap...


sbb ape?
sebab kita lupa,kita duk atas dunia ni,tertakluk pd peraturan Allah taala
Tuhan Sekalian Alam.

"ihdina sirath almustaqim"


Tak mudah nak sampaikan sesuatu yang bukan dari hati kita sendiri.

its start from the king of us:" seketul daging"
kalau baik, baiklah semua,
dlm kata-kata, perbuatan, pekerjaan,

ala kulli isyi.

Allahurabbi, jadikanlah hati ini sebagaimana hati orang-orang soleh/ah.
yang subur hatinya dengan cintaMu.

Amiin


selamat berbuka puasa!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


13 comments

10 Ogos 2012 pada 7:05 PTG

Hmmm ada betulnya juga isi kandungan entri ini, bagai tersambar api bila is baca heheheh sebab is suka ulas hiburan, kekadang tu letak gambar2 tak sepatutnya juga.

Tapi kita perlu ingat Allah S.W.T pernah berkata di akhir zaman dia akan mengasing2 kan antara yang boleh pakai dengan yang tak boleh pakai, yang boleh tapi lemah, dia ambil dulu, yang konon nya Kuat Iman tapi terpesong, DIA dedahkan, yang mana kukuh, suam2 kuku tapi nak pegi jauh, dia letak di tengah2, kelilingi oleh ujian-NYA.

10 Ogos 2012 pada 7:05 PTG

setuju sangat, especially no 10 tu
:)

10 Ogos 2012 pada 7:06 PTG

harap2 sy dijauhkanlah dr menulis seperti perkara di atas... takut tak tertanggung plak nti...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/iklan-raya-yang-bermakna.html

10 Ogos 2012 pada 7:07 PTG

harap mereka sedar dengan cepatnya... :)

10 Ogos 2012 pada 10:28 PTG

harap2 tak tergolong...

10 Ogos 2012 pada 10:47 PTG

terima kasih atas peringatan ini ye awak :)

10 Ogos 2012 pada 11:06 PTG

muhasabah diri:) hmm

10 Ogos 2012 pada 11:52 PTG

Peringatan yang berguna, moga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut

11 Ogos 2012 pada 4:04 PG

noted.. hrus lebih btanggungjwb dgn setiap en3 yg kita publish...

11 Ogos 2012 pada 8:42 PG

perkongsian yg bagus!:]

11 Ogos 2012 pada 3:13 PTG

Nauzubillahiminzalik..harap2 dijauhkan...
p/s : tegurlah akak ye Lynn kalau ada sebarang kesilapan...

13 Ogos 2012 pada 1:01 PTG

wa nauzubillahi minzalik

pena musafir
16 Ogos 2012 pada 3:11 PTG

T ma kasih..di atas peringatan yg berguna...Sama2lah kita tinggalkan sesuatu yg boleh mnjadi saham akhirat nanti..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.