Kadang manusia ini "kedekut"


kedekut dalam mengajak manusia buat baik,
kedekut dalam menegur dalam salah silap manusia.

Puasa sunat, ajaklah kengkawan,
Terbangun qiam, kejutlah rakan serumah.

ternampak aurat kawan, bagitahu dengan baik,
kawan tak tahu, berkongsilah tahu.

tak nak jadi kedekut, jadilah daie' (pendakwah)


kata nak ikut jejak langkah Baginda Rasulullah saw.
Jom jadi "pemurah"

dok banyok pitih pun, kita ada banyak kebaikan lagi untuk diberi dan dikongsi,
dun worry, beri ni tak mengurangkan, bahkan mengandakan lagi.

tak caye?

"Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) ma'ruf dan mencegah dari kemunkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"
(Ali Imran: 104)

Highlight: Beruntung~

Dakwah itu hidup, dengan cinta dan kasih sayang.

"Dan tidak satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya"

(Surah Hud, 11 : 6)

*****

Majikan merancang, Allah merancang, tapi Allah juga sebaik-baik perancang.

Ke mana dan apa jadi kepada kita di masa depan, semua dengan kuasa Allah. Allah yang bagi rezeki bukan majikan.

Sesungguh mana kita mahukan sesuatu, ia takkan jadi milik kita tanpa izin-Nya.

Begitu juga, sesungguh mana orang menghalang kita daripada mendapat apa yang kita inginkan, ia tetap akan jadi milik kita jika Dia mengizinkan.

Itqan, usaha, doa.

Yakin!

*****

Memang ketaq lutut bila cuba pertahankan pendirian, lagi-lagi bila kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita. Di akhirnya, tawakkal saja, kita dah usaha, bukan?

Kata Bob Marley, "Don't worry, be happy"

notahati- Kalau kita perasan, dalam setiap bacaan tahiyat kita dalam solat. Betapa Allah memuliakan Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya! :')

(kalau kita rasa ujian hidup kita berat, fikirkan tentang ujian yang diterima oleh Nabi Ibrahim a.s., betapa keciknya kita dan ujian kita. huhu)




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Hayati AidilAdha.


Bismillah.

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

37:102-106

In the name of Allah
"Why was prophet Ibrahim as told to sacrifice his son?
It was to free him. It was to free him from a false attachment.
Once he was free, his object of love (not attachment) was given back to him"

(Reclaim your heart, Yasmin Mogahed)

Diperintahkan kepada Nabi Ibrahim as,
Untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail as.

Mereka akur dan taat dengan perintah Allah taala.
Bukan tak sayang, bukan tak cinta,
Tapi mereka yakin pada Allah, Cinta Agung.
Cantiknya tarbiyyah Allah taala. :‘)


Kita bagaimana?
Ditarik sedikit nikmat, dikecewakan dengan perkara dunia,
Diberi ujian yang bertimpa-timpa.

Pandanglah segalanya sebagai kasih sayang Tuhan,
Yang nak membebaskan kita dari "attachment" yang salah.
Yang nak jadikan kita bebas, dan kembali kepada Dia,
Dan meletakkan cintaNya sebagai yang pertama.

Hayati Aidiladha

Mari berselawat dan zikrullah !



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO VIVIAN MAHU BUNUH DIRI?





diantara komen-komen yang mengutuk beliau.



SELEPAS dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kontroversi, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin, seolah-olah "lenyap" dari dunia siber yang menjadi "pemusnah" kepada kehidupan mereka selama ini.

Namun dua hari lalu, pasangan yang menggelarkan diri sebagai Alvivi ini kembali muncul dengan sebuah klip video pendek berjudul "Regret".

Klip video yang berdurasi satu minit lima puluh sembilan saat itu memaparkan Vivian yang mengenakan gaun putih dengan ekspresi wajah penuh emosi.

Klip video yang ditulis dan diarahkan sendiri oleh Alvin ini seolah-olah menunjukkan kekesalan watak dalam klip ini yang dilakonkan oleh Vivian dengan apa yang telah dilakukan selama ini.

"Saya fikir susah menjadi orang dewasa..., apabila saya mengikut kata hati saya, semua orang mengatakan saya salah," antara skrip yang dilontarkan dalam klip video itu.

Sebelum itu, klip video memaparkan bagaimana kehidupan Vivian ketika dia kecil, di mana dia diajar untuk mengejar cita-cita, yakin dengan diri sendiri, bersuara lantang namun semua itu berbeza apabila usianya menginjak dewasa.

Menurut klip video itu, semuanya berubah dan orang mula membenci apabila dia cuba menjadi dirinya dan melakukan apa yang dia rasakan betul sehinggakan orang yang disayang juga enggan menyayanginya lagi.

"Sebenarnya saya penat, mereka menang, saya kalah....," ujar Vivian dalam nada penuh kesah.

Babak akhir pada klip video itu menunjukkan Vivian mengelar lengannya dan menamatkan "perjuangannya".

"Mungkin ini adalah masa untuk menamatkan perjuangan bermakna saya sekaligus... hanya dengan satu tindakan segera," katanya lagi yang dipetik dalam klip video yang dimuatnaik di YouTube pada Rabu lalu.

Sehingga hari ini video itu sudah disaksikan lebih 60,000 pengunjung YouTube.

Pasangan bloggers seks, Alvivi sebelum ini ditahan selama lapan hari atas kesalahan mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membenarkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, diikat jamin bersyarat, selepas membuat semakan kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Pasangan itu dilarang memuat naik sebarang artikel, komen dan penulisan menghasut serta memuat naik gambar lucah dan jelik yang boleh menimbulkan unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut mengenakan syarat kepada kedua tertuduh iaitu mereka perlu menyerahkan pasport, dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada Internet dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan.

sumber


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.