kenduri lagi..


 

kenduri lagi.. kali ni tanpa umi dan abi...(g umrah)
sampai di rumah pengantin dengan selamat dan mudah..
sambil. pengantin masih bersolek.. ana on9 jap..(buat status.*buat camtakde peghasaan)
yang lain pakat p makan dulu...
wahh...ainur sampai bersama sang kekasih..
juga melor dan suami sudah tiba agak lama..

pink hijau.. tema pengantin..
sweet.. ade kelas.. menarik wedding plannernyer..
siap ade banner untuk tetamu sign.. macam opening ceremony lak..
juga gadis-gadis genit flower girl yang comel-comel sokmo..
gambar tiada plak nak dipost kat cni.. tidak apalah..ye...

[pic atas tu pinjam kat cik gugel jah]

masya allah...
agak busan tahap biasa hari nie...
sib baik ade ain temankan.. atau ana temankan die.. eh aneh..

meyetelkan perkara remeh temeh yang forever tak abis..
hari ahad dah boleh start kuliah balek..



hah.. bibit-bibit bosan mula bercambah..
lalu menyedari.. kebizian mula melanda diri tanpa disedari..
ada perkabaran diabaikan..
ada tugas lain diabaikan..
ada komitment dilalaikan..
ada perasaan sengaja diketepikan.. 

wei..hang bila lagi??? [ayat posting paling gempak hari nie...]

Alhamdulillah....
dikelilingi oleh sanak saudara yg memahami...
atau dilimpahi kasih sayang mencurah-curah..
dan sesungguhnya ujian Tuhan boleh datang bila-bila masa sahaja..




aby ..umi...

RINDUNYAAA....




KETIADAAN UMI DAN ABI TERSAYANG KRN MENGERJAKAN UMRAH.... MOGA ALLAH MEMELIHARA KEDUA UMI DAN ABI ANA......

************

2 hari lepas hari Khamis..
semalam hari Jumaat..
hari ni hari Sabtu..
esok hari Ahad..
luse hari Isnin..
eh.. jadi kenape dengan hari-hari itu?
saje je nak habaq.. kotla lupe esok hari Ahad..
ya.. esok ada kuliah lah.. lagi mau tanya..
kuliah? haa kuliahlah..
ooo kuliah... yelah..ana p class la esok..

Ahad bukan cuti kew????



ngantuk...
sekian..





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


قرانا دية جوجا سيورانج منسية......



 



اسسالامموالايكوم.......


بيرانسانجان الله، تكن مامبو كيتا ضجة. صعبة سنجق،لاين يانج دي رانسانج كوتي إني،لاين بلا يانج تيرجادي...ميرانسانج اونتوق تينججال مينغابيسكان كوتي دينجان بيركارا لاين،تبي الله رانسانجكان أجر بيرموسافير مليحة كيبيسارانة...لاجي..برجلين مليحة ألم،تفكر الله...





مهن دى داري كالعين...مآفكان سيجعله صلاح ضن سيلعب....





دريت بوكا تندى الله بنكي أكن هامبانيا....


يا الله.....أكو تيدق أكن برنه جمع منكري كنت مو...قرانا دينجان كنتم..أكن ك راسى نقمة سيورجا يانج حقيقي....


تك برنه تيرفيكير جوجا تك برنه بيرميمبي...استمعوا ديري إني دي حطيني...تك برنه جوجا دي بينت...


ديسايانجي دي كنتي لبيه داري كيسايانجان ديري...





بنات...





ميميكيركان كنبة...

بوسان...

ميميكيركان بعجمان......لله ميميكيركان بلا....

بلا ديري إني تك سكنتك ستي نورهاليزا جوجا تيدق سيسيمبورنا خديجه....

تيدق سيتولوس زليخة.....

تك سقوط حجر.....

قرنا يانج أدى هانية.....

هاتي سيكرس كراك ناسي...إيجه ستينج لنجة...كيديجيلان سندر بن تك طه برنه وجود....




دقه قرنا مسيح بيوتا....؟

منيل قاسيه سينج يانج دبري...بيوتا مينغارجاي كييخلاسان دي هاتي....




مينديجيلكان ديري دينجان إيجه

أتو ميميرلوكان مسا اونتوق مينيريمانيا صبغي سيباهاجيان داري هدب...




مآفكان ديري إني عاندني...مينييبابكان كيكيسيوآن....مينيمبولكان جسر دي هاتي مو....ميمبيريكان بينونججوان.....





ماف....

عاندني هاتي إني تيرلالو قرص....

قرنا ديري إني طه........................



قرانا دية جوجا سيورانج منسية......

ب/ص : ده مغرب ناك ب مندي عقبي....




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sumpah orang jahil apakah kesannya..




Kalau kita pernah pergi ke Makkah, kita akan berhadapan dengan sikap orang Arab yang berniaga. Setiap ayat yang hendak diucapkan pasti dimulakan dengan sumpah. “Wallahi ya akhi” sudah biasa dibibir mereka. Sudah jadi kelaziman dalam perbualan mereka. Dan pada peniaga ini sumpah cari makan namanya. Kalau tidak, pembeli tidak yakin dengan barang jualannya.
Pasangan yang sedang bercinta, kerap juga bersumpah. Ada yang sumpah hendak hidup semati, juga sumpah tidak ada kekasih lain dan sumpah untuk buat itu dan ini demi cinta, kononnya. Inilah sumpah orang yang bercinta. Sumpah ini kadang-kadang sumpah palsu bagi tujuan mengambil hati kekasihnya. Mereka ini tidak tahu kesan kalau melakukan sumpah palsu.
Ada juga pasangan yang bergaduh membuat sumpah. Sumpah untuk tidak berjumpa lagi, sumpah untuk tidak berkahwin dan sebagainya. Inilah sumpah orang yang bergaduh, sumpah waktu marah. Sumpah ini kadang-kadang gagal ditepati. Apabila hati reda mereka berbaik semula.
Seseorang yang hendak dibicarakan di mahkamah, mereka diminta bersumpah untuk bercakap benar. Maka sebelum bicara dimulakan dengan sumpah yang dipimpin oleh petugas mahkamah. Sumpah itu dilakukan di hadapan hakim. Sumpah di mahkamah ini boleh memberi kesan jika mereka memberi maklumat palsu.
Walaupun bentuk-bentuk sumpah di atas tidak termasuk dalam perintah syarii tetapi sumpah yang diungkapkan jika dilanggar, dia telah berdosa. Walaupun sumpah ini hanya sumpah sesama manusia yang mereka sendiri kena adili tetapi Allah tetap melihat dan mendengar. Maka jika mereka engkar, mereka akan tanggung risiko sendiri. Maka bagi mengelak risiko pelanggaran, batalkan sumpah itu dan bayar kifarat.
Tetapi realitinya, umat Islam tidak faham lalu berkali-kali bersumpah dan berkali-kali pula melanggarnya. Bayangkan kalau setiap kali melanggar sumpah perlu membayar kifarat, berapa banyak yang mereka perlu tanggung dosa.


Sumpah syarii
Seterusnya sumpah yang dilakukan di hadapan Allah. Biasanya seseorang itu bersumpah itu dan ini jika mereka berjaya mendapat impiannya. Sumpah ini juga dipanggil nazar. Sumpah ini wajib mereka laksanakan. Jika mereka gagal melaksanakan sumpah itu, mereka wajib membayar denda iaitu kifarat nazar.
Wajib membayar kifarat sumpah dengan takhyir dan tartib, ertinya memilih dengan mengikut urutan seperti berikut:
1. Memerdekakan hamba atau budak; jika tidak, maka
2. Memberi makan atau pakaian kepada sepuluh orang fakir miskin; jika tidak
3. Puasa tiga hari.


Ada satu lagi sumpah iaitu “ila’” namanya. Ini sumpah suami untuk tidak mahu mensetubuhi isterinya dalam tempoh tertentu. Selepas habis tempoh ila’ itu dia perlu ceraikan isterinya, kalau tidak hakim boleh menceraikan isterinya bagi pihaknya. Tetapi kalau dia batalkan sebelumnya dengan mensetubuhi isterinya maka dia perlu membayar kifarat.
Akhir sekali sumpah laknat yang dalam fiqhnya disebut “li’an”. Sumpah ini hanya untuk pasangan suami isteri. Iaitu apabila suami yang menuduh isterinya berzina atau isteri menuduh suami berzina, maka mereka telah melakukan satu kesalahan kecuali kalau mereka berjaya membawa empat orang saksi. Jika tidak ada saksi, pihak yang menuduh wajib bersumpah li’an bahawa isterinya berzina atau suami berzina.
Jika tuduhan itu tersasar, sedangkan dia sudah bersumpah maka layaklah dia menerima hukuman Allah seperti yang disumpahkan. Tapi ingat sumpah ini hanya untuk suami isteri sahaja. Bapa mentua, ipar tidak boleh bersumpah dalam kes ini apatah lagi orang luar.
Ketiga-tiga jenis sumbah yang terakhir ini adalah termasuk dalam sumpah syarii. Jika mereka tersalah maka hukuman hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi, orang yang beriman harus berhati-hati dengan sumpah ini, tidak harus dimain-mainkan kerana kifaratnya amat berat.


Cara sumpah li’an
Sumpah li’an ini dikenakan kepada pihak yang membuat tuduhan zina dalam kalangan suami isteri tetapi mereka gagal membawa empat orang saksi. Maka suami hendaklah bersumpah naknat sebanyak empat kali. Selepas selesai sumpah suami, isteri bolehlah bersumpah balas menafikannya sebanyak empat kali juga. Tetapi kalau suami sahaja yang bersumpah, isteri wajib dikenakan hukuman hudud.
Ungkapan sumpah itu pelbagai iaitu: “Saya bersaksi dengan Allah bahawa saya dalam kalangan orang yang benar pada apa yang saya tuduhkan ka atas isteri saya (sebut nama) dengan berzina.”
Atau: “Bahawa anak ini atau itu anak zina bukan anak saya.”
Dan pada akhir kedua-dua sumpah itu hendaklah disambungkan dengan ungkapan ini: “Maka ke atas saya laknat Allah jika saya dalam kalangan orang yang berdusta.”
Isteri pula selepas itu harus bersumpah menafikannya: “Saya bersaksi dengan Allah bahawa (sebut nama suami) dalam kalangan orang yang berdusta yang menuduh saya sebagai orang yang berzina.” Kemudian akhirinya dengan, “ke atas saya kemurkaan Allah jika adalah dia dalam kalangan orang yang benar.”
Jika selesai upacara sumpah itu, terlepaslah mereka berdua daripada hukum hudup iaitu qazab terhadap suami dan rejam terhadap isteri. Walau bagaimanapun hubungan suami isteri selepas itu tercerai secara automatik. Juga ternafi anak itu nasabnya walaupun sememangnya anak itu anaknya. Seterusnya diharamkan mereka berkahwin semula.
Tetapi pada hari ini, jarang kita dengan suami isteri yang melakukan li’an mungkin kerana tidak tahu atau tidak mahu. Walau bagaimanapun kita sering mendengar suami atau isteri yang membuat tuduhan terhadap pasangan masing-masing. Mereka ini secara tidak langsung telah melakukan qazab. Bayang berapa banyak dosa yang mereka lakukan dalam hal ini setiap hari.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


“Mengapa engkau menangis, ya buraq?






Semasa peristiwa Israk Mikraj, Allah swt menyuruh Malaikat Jibrail memilih seekor Buraq untuk dijadikan tunggangan Baginda naik ke langit. Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di Jannatu Adnin (taman Syurga) dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Jibril bertanya kepada Allah, buraq manakah yang harus dipilih kerana semuanya elok, maka Allah menyuruhnya memilih Buraq yang menangis.

Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq? “Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.” Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj...





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?





jangan membuat sebarang spekulasi..dalam entry ana yg lepas UMI SAYA NAK KAHWIN ana cuma terfikir waktu baca artikel Us Pahrol..

Dalam kita mengharapkan orang yang baik2 untuk menjadi pasangan hidup kita, alangkah bagusnya kita sendiri menyuluh diri kita sendiri. Adakah kita cukup baik untuk orang2 yang baik.. 

Hadith Nabi ada menyatakan membina sebuah perkahwinan itu ibarat menyempurnakan separuh dari agama. Jelas di sini perkara itu sangat besar, jadi dalam perjalanan ke arah itu, alangkah baik jika kita berusaha memperbaiki diri sebelum melangkah kaki ke pintu penyempurnaan separuh agama itu. 
Kita nak separuh itu tersempurna dengan baik, bukan separuh jadi suku atau less than separuh. Langkah untuk memperbaiki diri bukan berlaku 2 3 bulan sebelum perkahwinan tapi ia bermula sejak kita dilahirkan sehingga saat malaikat maut mencabut nyawa kita.. 

Semoga kita terus istiqamah dalam mengislah diri kita.InsyaALLAH.. Kerana seorang mukmin itu, hari ini adalah lebih baik dari semalam dan esok adalah lebih baik dari semalam...
dan sesaje nak perbesarkan isu nie .nak tanya sket berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.



"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.



Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita ini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.



Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.



Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Saya TAK CEMBURU Tapi Saya sangat2 CEMBURU!









" Carilah PASANGAN hidupmu, yang mana jika engkau melihatnya ,
Engkau pasti akan TERINGAT pada ALLAH serta bercita-cita ke arah
memperbaiki IMANMU kepada ALLAH .


*******


Dari hati seorang muslimah..

Saya TAK CEMBURU melihat WANITA2 lain yang
lebih CANTIK banding diri Saya..

Tapi Saya sangat2 CEMBURU melihat WANITA2 lain yang
... lebih SOLEHAH berbanding diri saya..

Saya TAK CEMBURU melihat WANITA2 lain dapat
PAKWE yang HENSEM dan BERGAYA...

Tapi saya sangat2 CEMBURU melihat WANITA2 lain yang
dapat SUAMI yang SOLEH...

Ya ALLAH

Solehahkan Ku dan Seluruh KeturunanKu ..

Aku MALU sendiri, sekarang aku dalam PERUBAHAN..mengenal Penciptaku, mengenal agamaku, mengenal tujuan hidupku..aku kini sedang BERUSAHA, tetapi aku hanya mampu MENGAGUMIMU dari jauh dan itu CARAKU..aku lebih PERCAYA, LELAKI SOLEH adalah UNTUK WANITA YANG SOLEHAH.. 



Aamiin Ya Rabb.. 


p/s : Jadi , ta perlu kisah jika ada yang kata kamu SOMBONG , dan sebagainya. kerana ALLAH lebih tahu apa yang ADA dalam hatimu :):



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kitab cinta













“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..




“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.




Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.




“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.




“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil.




Tergelak Jamilah. Bahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.




“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih.




Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan

40-an.




“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil.




Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..




“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.




“Aa..lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak




Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.




“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik.” tegur pakcik berhemah.




“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la.” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.




“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik.




Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.




“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi.”senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.




“Jangan lupa baca ya.” kata pakcik itu dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.




“Sibuk je la pakcik tu.” Jamilah mengomel.




Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.




Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.




“Assalamualaikum semua.” ucapan salam Pak Imam bergema.




Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.




“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.




“Pak.. Ustaz.. khabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.




“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin.” cadang Ustaz Saad.




Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.




Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.




“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan

diri.




Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.




“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d.” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.




"Surah Ar Ra'd..Apa

benda nih” detik hati Nabil.




“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA..

RIII..!!” berlagu Nabil.




Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan

kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.




“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :




A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim..

Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM...

RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad.




Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan

irama ALQurannya.




Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.




“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya

hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim.” tazkirah sudah bermula.




Orang ramai memang senang cara

penyampaian ustaz Sa’ad.




“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan

sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad

sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.




Hari semakin cepat berlalu.




Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.




Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.




SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.







Rasulullah bersabda : Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.




Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang

diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.




Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, Aku

adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara

yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.




Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.




Rasulullah bersabda :Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.




Rasulullah bersabda : Sampaikan pengetahuan dari ku

walaupun hanya satu ayat





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Hidup Membujang Seumur Hidup Demi Ilmu..




Terharu apabila segelintir kaum hawa bertanya tentang tiadakah kisah ulama dan awliya' di kalangan wanita untuk dikongsi sebagai tauladan? Subhanallah, tingginya cinta mereka kepada ulama. :)

Jangan ingat wanita tak mampu jadi ulama dan jangan ingat tiada ulama wanita!

Al-Muhaddithah Syaikhah Karimah Al-Marwaziyyah r.a. Hidup Membujang Seumur Hidup Demi Ilmu..

As-Syaikhah Al-Alimah Al-Musnidah Ummul Kiram, Karimah binti Ahmad bin Muhammad bin Hatim Al-Marwaziyyah, seorang ahli hadith yang lahir di Marw pada tahun 363 hijrah, bersebelahan dengan Tanah Haram Makkah Al-Mukarramah.

Beliau berguru dengan Abil Haitham Al-Kusymihani kitab Sahih Bukhari dan juga berguru dengan Zahir bin Ahmad As-Sarakhsi dan Abdullah bin Yusuf bin Bamuyah Al-Asbahani.

Adalah beliau apabila meriwayatkan hadith, bertepatan dengan asalnya(lafaz asal hadis). Beliau mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang luas serta kebaikan dan banyak beribadah.

Beliau meriwayatkan hadis kitab As-Sahih dengan sangat banyak, antaranya dengan bacaan Abu Bakar Al-Khatib Al-Baghdadi.

Antara pada ahli hadith yang berguru dengan beliau adalah:

1)Khatib Al-Baghdadi
2)Abul Ghanaim An-narsi
3)Abu Tolib Al-Husein
4)Muhammad bin Barakat As-Sa'idi
5)Ali bin Husein Al-Farra'
6)Abul Muzoffar Mansur bin As-Sam'ani dan ramai lagi..

Berkata Abu Bakar bin Mansur As-Sam'ani,"Aku mendengar anak saudara Syaikhah Karimah berkata," Karimah hidup bujang dan tidak berkahwin seumur hidup."

Beliau wafat pada tahun 463h pada umur 100 tahun.. Betapa luasnya ilmu dan jasa beliau sepanjang umurnya rahimahallah rahmatan was'ian.

[Sumber: Al-Ulama Al-Uzzab karya Syaikh ABdul Fattah Abu Ghuddah m/s 274]








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


tuhan jagakan dia untukku....


















Hanya dirimu yang kucinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku


*
Walau kutahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apaadanya ku kan tetap setia kepadamu

Reff:
Tuhan jagakan dia,
dia kekasihku kan tetap milikku
Aku Sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku


لف أمي أبي... ضن تونانجكو أنا دي ألكسندر..ميغا جده كيتا سامبي سيرج..... ضن بيوت سما يانج سينج أنا ضن أنا سينج...لله تعالى.... 





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Umi, saya nak kahwin








Umi, saya nak kahwin. 
Umi janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwin...an adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. 

Bolehkah umi?


Umi, saya nak kahwin. Umi janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. 

Bolehkah umi?


Umi, saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah umi, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:


SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”



Umi, saya nak kahwin. 

Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Umi, saya nak kahwin.

berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Umi, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah.

Umi, saya nak kahwin. 

Percayalah yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah.

Umi , saya nak kahwin. 

Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya. Namun, sekirannya umi bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.


Umi, saya nak kahwin.

Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya


Umi, tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh umi dan abI juga, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak umi dan abI ini, amin.


-Alexandria 2010-



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bonceng Moto ngan Aweks..




Kita BOLEH kalau nak bonceng awek yang tidak halal bagi kita dengan satu SYARAT,... di antara lelaki dan perempuan di atas motor itu mesti ada BAPAK PEREMPUAN tu, BAPA PEREMPUAN tu duduk tengah-tengah moto..

[Ustaz Azhar Idrus]



pesanan untuk si lelaki (pembonceng)





pesanan untuk si pembonceng (aweks)








Tidak sedarkah anda ? Anda tidak menutup aurat , sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat dosa..anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa ..anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama itulah dosa anda berlipat kali ganda. !


NAUZUBILLAH....

okebai!!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bestnye pegang tangan awak!





DENGAN YANG HARAM.

.. Kita Sanggup Pegang Tangan...


DENGAN YANG HALAL... 

Sikit Pun Tak Ada Rasa Nak Pegang Tangan... 

Malu.. 

Takut Orang Mengata... 



Bestnye pegang tangan awak. 
Saya tak kisah orang nak cakap apa... Saya sanggup buat apa sahaja...

DENGAN YANG HARAM... Kita Sanggup Pegang Tangan...


Makkk.. 
Malulah kalau orang tengok mak pegang tangan saya macam ni.. Saya dah besar laa....

DENGAN YANG HALAL... Sikit Pun Tak Ada Rasa Nak Pegang Tangan... Malu.. Takut Orang Mengata...

Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah... 



Wahai Muslimah..

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama Tiada siapa yang akan boleh merampasnya Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri..


JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang..ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak..jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu. 




Wahai lelaki..



JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat... dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPN pada yang mudah menyerap harapan..hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah..bila sudah terluka, susah nak rawat balik.. 


p/s : Jangan ada niat ingin kahwin sahaja, tapi TINDAKAN ke arah itu tidak ada..cari calon ini BUKANLAH sahaja-sahaja ingin MENCUBA macam mencuba pakaian..tidak sesuai yang ini, amik yang lainlah.. 


sekian pesan nenek.. eheh!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


why don’t you have a boyfriend ?!!






She asked her :« why don’t you have a boyfriend ?!! »

She replied with confidence : « you tell me : why would I have a bf ?!
I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours :

First, I am a believer, I can’t do what displease my Creator, HE ordered me not to to take a bf so I should obey HIM.

... Allah says in Qur’an: “nor those who take [secret] lovers. "(surat Al-Nisa-25)

Second, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman, I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in shaa Allah, because I am preserving myself to him only
My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man she never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.
Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell no one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty...


Dear Muslimahs...Know your worth! and Be that One In Million who love to have the love of Their Lord than the love of a boyfriend!!!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kerana ukhwah itu


 

Sahabatku.. 

Jika hari ini ana terlalu gembira, sedarkanlah ana dengan amaran-amaran Allah SWT,
Jika ana bersedih tanpa kata, pujuklah ana dgn terbiyah Pencipta,
Jika ana lemah tak berdaya, ingatkanlah ana dengan kehebatan Syurga,
Jika antara kita ada tembok pemisah, ajaklah ana meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku, luahkanlah agar ana mengubah diriku,

Semuanya kerana ukhuwah kita untuk selamanya....

dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Ketika seseorang berjalan kesuatu jalan, kemudian didapatinya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."

bercakap mengenai pentingnya tanggungjawab pada diri setiap manusia semua orang tahu.. semua orang sedia maklum.. tapi berapa ramai yang masih tak sedar tanggungjawabnya setiap hari? tanggungjawab kepada Tuhan, tanggungjawab kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitarnya.. hidup dalam komuniti yang kecil tanggungjawab sesama manusia sangat penting sebab kita memerlukan antara satu sama lain.. saling membantu.. saling memahami dan hidup dalam persekitaran yang sama.. jalan yang kita lalu itulah jugak jalan yang orang lain lalui.. kotor udara disitu samalah kita hidu sekali.. busuk sampah di kawasan pembuangan sampah busuk la sama-sama kita cium..

*dengan keadaan yang tak sihat.. batuk.. gatal anak tekak.. bersin dan demam.. panas di dalam sejuk diluar.. terasa seperti nafas naga.. bezanya tak kuar api je.. pil panadol 2 bijik telan tahan sakit .. 2 liter air abis dibedal dan menyebabkan ana kuar masuk toilet tujuh belas kali.. kalau tak silap ana la.. eh tipu je kot..

tatau lak nape sejak due menjak ni kuman demam suke kat ana. sistem pertahanan badan goyah la ni..

lupa seketika dengan kesakitan demam yang dialami.. oh sesungguhnya demam ini sungguh penat.. dan ana memerlukan sesuatu untuk melupakan kesakitan ini.. terima kasih Tuhan kerana menguji ana....


-KAFARAH-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bersih 3.0 kali ni..


Siannye adik2 nih..Takpe2. Latihan utk jadi lebih kuat Insya Allah!
 
 sakit tekak..
sejuk..
 demam :(


selesma demam ana pun kembali.. mudah sangat dapat sakit ni.. kene pi berubat ni..

apa yang ana makan? ana tak tertelan pil tido or any drugs..
juga tidak mengambil ubatan..

k fainn....terasa seperti mahu melempang diri sendiri..

my personal stress indicator : my tonsils

mata sangat keberatan..mungkin ubat batuk 10ml hasil telanan tadi masih berlegar di dalam darah..kalau bukan kerna niat nak bangun qiam.. mungkin tilam masih melekat dengan badan..
selimut masih membungkus badan..
dan bantal masih memangku kepala..


lantaran itu ana kehilangan perasaan untuk menulis disini..
luka itu seakan tidak mahu sembuh.. parutnya juga seperti akan berzaman..

biarlah apa kata yang lain...saya sokong dan bersama BERSIH 3.0. tidak perlu disangsikan lagi perkara itu.

"malaysia aman. kenapa perlu buat huruhara"

"kena tutup kedai"

"baik duduk rumah. bersama keluarga. orang nak senang lenang pun tak boleh"



tapi ana tidak bersetuju bila kita menyokong membuta tuli.

ana tidak berada di sana. tidak mengalami apa yang sahabat sahabat ana alami. tidak layak sedikit pun mahu katakan mana yang betul mana yang salah.



tapi, jika semasa kalian baling botol botol, carut mencarut, maki memaki, marah memarahi itu bukan kerana Allah, mahu ke manakah peluh, darah dan air mata kalian itu?



lupakah kisah saidina Ali yang tidak meneruskan langkah membunuhnya, bimbang marahnya itu tidak lagi kerana perjuangan agama Dia?



turunnya kalian ke medan adalah untuk perhimpunan aman menuntut bersihnya proses pilihan raya. tapi jika tidak mahu berundur selagi mana tiada adegan kejar mengejar, tidak disirami air, tidakkah niat kalian sudah tersasar?



pada masa yang sama, ana dengan sedar yakin bahawa ada SB yang diupah untuk membuat provokasi, menaikkan amarah. membakar rasa benci di kalangan peserta untuk menunjukkan pada umum bahawa mereka ini ganas, kasar dan seumpamanya.



ana juga sedar, bukan semua peserta ditarbiyah dengan akhlak islamiyah oleh gerakan Islam sehingga dapat mengawal diri di tengah tengah kecamuk. tapi jika yang ditarbiyah juga menunjukkan sikap serupa, apa guna tarbiyah yang kalian dapat?



Allah. sungguh tidak layak saya menghakimi kalian yang sudah berhabis tenaga, duit dan masa turun di medan. harapan saya, moga ianya tidak menjadi



HABAAN MANTHURA!

semoga tiada dendam antara kita..
kerana kita percaya Allah mempunyai plan untuk hambaNya..
biarlah waktu merawat segalanya..


selamat malam dunia..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ujian darah




 

Lama sakit tak datang menyinggah. Allah, sembuhkan aku..! 


arini pegik lagik amek ujian darah.. eh keputusan die.. duh.. masih takde dlm simpanan dorang ujian tuh.... kene pi esok lg.. payah tul nak dpt result.. agaknyer ape jadik ngan darah ana tuh.. hehe.. palis-palis le dr berita buruk..
ana cakap kat nurse kat kaunter tu nak amek 'ujian darah'.. so ana pun kene panggil jumpe dr masuk dlm.. dr india tu senyum manis jek.. tanyer 'apa masalah?'.. arrr.. ana kate nak amek ujian darah.. die pun terkejut.. amek ujian darah utk ape? ehh... ana ckpla aritu ade ujian darah free kat atrium fcm.. nak amek keputusan.. 'ooo.. u nak amek result ujian darah? next time don't say that.. cakapla u nak amek result.. amek ujian darah tak same dengan amek result..' hahaha.. ana ke silap cakap? eheh.. nampaknyer kene memperkayakan lagi bahasa melayu ana nih.. demm malu kat dr india tuh..



hari ini..
apa yang ana buat harini? .. menunaikan amanah yang itu.. sampai terjadinya my heart doesn't goes along with my brain.. haha.. paham ke? tak paham sudah.. biar ana jek yg paham... qada tido.. lepas bgn tu terasa reincarnation plak.. segala kebengangan dan ketensenan hilang.. tp mula jd blur kejap.. huh.. daya ingatan semakin teruk day by day.. eh jap.. aaa betulla nama ana masih ana ingat lagik..


ana tido jap td kol 3.00-3.30.. mimpi ade banyak anak kucing datang umah aku.. sangat banyak.. kaler oren ade.. puteh.. kelabu.. itam.. wahh.. semenyer comel.. tatau nak pilih yang mane satu.. pastuh derang ramai-ramai masuk lam kotak.. tibe-tibe ana terjage bile alarm hp ana berbunyik.. duh.. apekah maksudnyer itu?




wallahualam.. idup ke tak lg mase tuh untuk merayakan raya yang seterusnyer.. lately ana selalu pk pasal umur yang tak panjang.. bukankah baik memikirkan mati.. supaya ape yg kite buat tak bertangguh.. kang.. esok-esoklah.. kejap lagi.. tahun depan kan masih ade..




rindu....




ummi dan abi...moga dipermudahkan segalanya.... Allah...Allah...




amanah..

setiap hari tugas dan amanah perlu dilakukan.. tugas sebagai seorang hamba Allah, tugas sebagai seorang anak perempuan.. tugas sebagai seorang pelajar, tugas seorang kawan.. tugas sebagai salah seorang rakyat malaysia dan tugas dan amanah kepada diri sendiri jugak perlu dilaksanakan.. tugasan demi tugasan setiap hari memerlukan perhatian yang lebih.. tugasan terbesar sbg student perlu diberi priority.. semoga ana diberikan kekuatan dlm menjalankan tugasan ini.. andai ana kecundang dlm menjalankan tugas ni.. dtglah bantuan dr mana2 arah.. sokonglah ana.. moga ana tak leka dalam perjalanan ini.. dalam menunaikan janji pada diri sendiri..


*dan ana bakal dikejutkan lg dengan submittion yg bakal di hantar jumaat nih.. chapter 1, 2 3 thesis paper.. elppp.. erghh.. sesak napass.. die oledi lorr.. errrghkhhh.........................




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


emo sekejap





 


SELASA.. eh RABU rupenyer.. kepenatan temankan mamarazzi sorang tu amek gamba tunang seorang kawan balek umah je pengsan.. bangun balek kol 9 malam pastu tido balek kol 10.. now ta boleh tidur..makanya kelambatan ke kuliah lagi..... kelmarin pagi-pagi kene marah ngan pakcik guard yg garang itu kerana park kat dalam lebih dari 2 hari.. siap ugut jgn komplen kalau kene clamp.. yerla pakcik saye salah.. tapi saye tak amek paking orang.. kot yer pun cakap la lek lok.. kita ada budi bahasa.. .... eii marahnyer ana kene marah nih.. sabar...sabar... pagi-pagi dan ruin mood orang.. sampai kuliah lambat lagi...alhamdulillah... ade org perli 'eh dah ade kete pun dtg lambat ke?' oo takleh ek datang lambat klo ade kete? saya sangat emo.. jangan nak kasi emo lg saye arini..  



sabar..sabar..untuk orang-orang yang chumel aje kan... :P

jika kita mengharapkan orang lain faham kita.. kita hendaklah berlaku sama terhadap orang lain.. mengharapkan diri difahami dengan membenarkan orang faham diri kita.. saling faham memahami.. dalam masa yang sama jangan terlalu mengharap semua orang akan faham cara kita.. bila dan faham jangan assume kita boleh puaskan hati semua orang.. be nice to everyone but u cannot pleased everyone.ana tak mengharapkan orang paham ana sebab kadang-kadang ana sendiri malas nak paham orang yang tidak membenarkan orang faham diri die.. so biarlah waktu merawat semuanya dan just le it go.. learn to forgive and forget..


-ana yang tibe-tibe emo sorang-sorang-






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


dah tiba masanya





ermm.. pk jap..
sesuaikah? bolehkah?
ana membuat keputusan berdasarkan kehendak hati..
kate orang ikut rasa merasa..
ikut hati.. nikmati..
ikut cakap orang.. melopong..
lagipun..
dah tiba masanya..
dah sampai seru dah..
mane boleh tangguh-tangguh lagi dah..
nanti terlewat..
nanti ape kate orang lak..
memang dah boleh dah..
dah tak tahan dah ni..
sat......
pikir balek...
ermmm...
ana nak tunggu ape lagi kan?
dah kol 3:45 pagi..
dah tibe masenyer nak tido..
selamat malam dunia.. hikss..


okbai





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


happy? mestila senyum kannn...




lately menyedari sikit demi sikit kegembiraan ditarik.. bile dah banyak baru terasa? kenapakah? yap.. i am not happy.. why? donno.. that's the problemo.. from now own i wanna be the happiest living thing on earth.. can i?

woke up in the morning.. senyum..
ubat gigi abis.. senyum..
masuk kuliah lambat.. senyum..
banyak esaimen.. senyum..
kene tegur dgn encik amir.. senyum..
kete depan masuk simpang tak kasi singnal.. senyum..
duit jpa lambat masuk.. senyum..
adik call mintak tolong isi top up.. senyum..
ummi call tanyer bile nak balek.. senyum..
balek umah sampah penuh tak buang lagi.. senyum..
orang tegur.. 'eh ukhty makin berisi la'.. senyum..
ade orang mengumpat.. senyum..
kredit abis.. senyum..
mesin atm out of service.. senyum..
ngantuk.. pun senyum..
penat.. senyum lagi..
sedey.. senyum..
nangis.. senyum je..
bosan.. menten senyum..
happy? mestila senyum kannn...




suka sangat...GRRRR kbai..


husnuzhon... husnuzhon.... 

:))






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


sendri soal sendri jawab la..



1. Are you wearing a necklace?
with my name on it, wearing it for almost 20 years

2. Do you like someone right now?
i like u! (wink wink)

4. Is your room clean?
everything is in the right place

5. what colour is your shirt?
most of them are black

6. How many rooms (besides the hall and the kitchen and the bathrooms) do you have in your house?
3.. storeroom include?

7. What song are you listening to?
anything playing in my winamp.. now playing tafakkur - OPICK

8. When and which was the last mall you went to?
sunway piramid..

9. Are you alone?
most of the time i prefer being alone

10. Do you have any older siblings?
5 sister, 2 brother

11. What is the last thing you ate?
siput sedut masak lomak, ayam goreng, sayur kobis.. homemade cook

12. Who was the last person to come over to your house?
enchek teteh came sleepover last week

13. Who was the last person to call you?
ummi, kakak, adik

14. Who was the last person who texted you?
my lecturer.. nite

16. What should you be doing?
study kot..

17. Who is the last person you sent a message to online?
my lecturer

18. Did you go out to eat yesterday?
yup.. dinner with my buddy

19. What are you thinking right now?
continue study pasal dah busan, tp kene kompol duit dulu pasal takde sape mau taja dah.. huhu

20. What color are your pants?
most of them are blue

21. What color is your keyboard?
original colour is white, but now there are yellow spots everywhere, too poor to buy the new one.. haha

22.What do you feel like eating /drinking?
something with chocolate in it

23. Are you in school?
was.. 7 years ago

24. What is the last text you sent? What did it say?
kiteorang dah on the way balek ni

25. Are you bored?
sometimes most of the time

26. How many teeth do you have?
cukup dah 32 ketul gigi.. tak caye cube kire

28. Do you wear glasses?
nope..

29. What color are your shoes?
urmm.. coklat ade, canvas hitam putih ade, kasut sukan kaler biru

35. What are you doing right now?
jawab soalan ni la

36. Do you like Llamas?
annoying macam dalam citer empror's new groves i don't likey

37. Do you know how to spell bananas?
(bukak kamus dwibahasa jap)

38. What were the last words you said?
can't remember.. i have STML

39. Do you have clothes on?
of course

40. Do you have boxers on?
suar kotak-kotak? takde lak

41. Are you wearing a Thong?
thong tu ape? (buat-buat tatau)

42. Do you have a cut on your pointer finger?
nope

43. Where is your cell phone?
in my room, on the table, next to keyboard

44. Do you have any friends named Skyler?
nope

46. Do you have any friends named Axel?
nope

47. Are you afraid of the dark?
nope in familiar places

48. Did you used to watch POKEMON?
tak minat

49. Does your computer have a mouse?
mestila.. bley ka tuka dengan hemster?

50. whats your ring tone?
default: harry potter, for the last 3 years : happy tree friends, hiks




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


maafkan saya..saya ingin bernikah..



Kisah Saya dan Luahan Hati.

********

Sedang saya membelek-belek sebuah buku saya ni, tetiba saya terbaca 'luahan hati' saya yang tak tahu bila saya tulis.

Tersengih saya membacanya. :)

Nak tahu apa? ;)

Sekadar perkongsian ya. :)

*******
Suamiku,

Nama saya Arabikha

Saya hamba kepada Allah,

Saya umat kepada Rasulullah s.a.w,

Saya anak kepada Ummi dan Abi saya,

Saya adik kepada kakak,

Saya kakak kepada adik,

Saya pelajar kepada pendidik,

Saya sahabat kepada sahabat,

Saya kawan kepada kawan,

Saya saudara kepada pembenci,

Saya pencinta kepada mencinta,

Saya isteri kepada dirimu suami,

Saya ummi kepada anak-anak kita,

Saya Doktor kepada pesakit,

Saya Full Time Muslimah.

Kamu mahu saya?

Mari, tuntuni saya menuju Syurga.

Mahu?

Jom. Saya berada di belakang mu, saya menguatkan dirimu. 

Oh. Siapakah kamu? :)

*******

Hehe. Bila baca balik, saya rasa kelakar pula. Ni mesti masa saya tulis ni, saya tengah rasa membuak-buak nak kahwin.

Allah. Hati perempuan... Macam tulah. Lucu! :)

Apapun, sekadar mahu menghibur hati yang membaca.

Hehe. Senyum. :)

Sebar Bahagia! ♥





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


buat pembaca anonymous,..


 

buat pembaca anonymous, perlukah saya disable kan anonymity supaya lebih jelas lagi bagaimana saya harus membalas komen kalian?




"sama je nampak dalam blog

kalau orang berikhtilat di FB tapi kamu berikhtilat di blog

tidak percaya? lihat semula komen-komen yang pernah kamu balas.." - anonymous



senyum.

dan saya percaya. lantas saya teliti semula komen-komen yang pernah saya balas.

senyum lagi.

senyuman saya makin lebar.

saya baca walaupun tidaklah sehingga post tahun-tahun lepas. musykil sungguh. baru saya perasan, kebanyakan yang meninggalkan komen pada post saya adalah anonymous. yang saya sendiri tidak tahu ber chromosome XX atau XY. dan cara saya membalas komen dikatakan ikhtilat oleh miss(?) anonymous. macam mana dia tahu lelaki perempuan si anons yang mengomen tu ya?

senyum lagi.

 saya teliti lagi balasan komen saya kepada mereka yang ber ID blogger yang lebih mudah saya kenal berchromosome apa. dan fikir-fikir semula, saya akui ada beberapa orang anonymous yang bukan terlalu anon. yang saya (rasa-rasa) macam tahu siapa tapi tidaklah secara yakinnya.

saya hanya mampu meleretkan senyuman.

baiklah miss(?) anonymous. mungkinlah bagi kamu, cara saya membalas komen itu terlampau mesra dan tanpa keperluan (that's how i define ikhtilat). terima kasih untuk teguran yang membuatkan saya berhenti sejenak, memandang ke belakang.

mungkinlah, tanpa saya sedar, saya diuji dengan kata-kata.

mungkinlah, kamu adalah wasilah dari Allah, menegur supaya saya seiringkan kata-kata dengan perbuatan.

untuk itu, terima kasih~
=)


saya bukan sempurna~

pada saya, saya cuma ingin kita sama-sama selami apa professionalism dalam muamalat dan apa kadar-kadarnya. tulisan saya bukan untuk pembaca menilai diri saya melainkan sekadar perkongsian untuk kita ambil iktibar.

dan jika kamu juga seorang penulis blog, kamu pasti tahu yang tulisan-tulisan ini jika dibaca kembali, akan menasihati diri sendiri. maka tulisan saya adalah nasihat kepada diri saya yang mungkin suatu hari nanti terlupa dengan apa yang pernah saya bicarakan.

kadang seorang penulis di dunia realiti berbeza dengan dia di dunia penulisan. dan ya, manusia merasa mengenal manusia dengan kata-kata. seperti mungkin kamu rasa mengenali saya melalui kata-kata yang saya nukilkan.

kerana dalam belajar saya mengenal manusia, saya cuba menghargai tulus halus sebuah jiwa~

dalam usaha membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, isu ikhtilat takkan mampu disifarkan. tetapi mampu dikurangkan dengan kadar-kadar professionalism dalam muamalat.

saya meletakkan kadar-kadar ini dalam muamalat saya. kamu pula bagaimana?


=)


nota hati- buat kamu miss(?) anonymous, jika kamu seorang perempuan, senyuman itu tanda keterbukaan hati saya menerima teguran. jika kamu seorang lelaki, saya harap post khas untuk kamu bukanlah didefinisikan sebagai ikhtilat. ini sekadar sebuah pencerahan tentang apa yang saya pegang. supaya hati kita sama-sama bersih dari sebarang prasangka. 

fi amaanillah~




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Lelaki dan Airmata...








kamu menangis wahai lelaki??


Tahukah engkau,
Lelaki sebenarnya jauh lebih sering MENANGIS?
Namun mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya.


Itulah mengapa Allah menyebutkan pada lelaki lebih kuat akalnya berbanding seorang wanita. Dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kau lihat melainkan selain kedegilan mereka.


Lelaki menangis kerana tanggung jawabnya di hadapan Allah.
Dia menjadi tonggak penyangga dalam rumah tangga.
Menjadi pengawal Tuhan bagi ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anaknya.


Maka, tangisnya pun tidak pernah nampak di matanya.


Tangisan lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya.


Tidak dapat kau lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya.


Lelaki menangis dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan.


Tidak dapat kau dengar tangisnya pada omelan-omelan di bibirnya.
dalam tegak & teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan serta dinginnya angin malam.

Tidak nampak tangisnya pada peristiwa kecil dan remeh.


Lelaki menangis dalam kemarahannya, bila kehormatan diri & keluarganya digugat.
Lelaki menangis dengan sigap bangunnya di kegelapan dini hari.
Lelaki menangis dengan bercucuran peluhnya dalam menjemput rezeki.
Lelaki menangis dengan menjaga serta melindungi orang tua, anak & isteri.
Lelaki menangis dengan tenaga dan darahnya menjadi garda bagi agamanya.




Namun..
Lelaki pun sungguh-sungguh menangis dengan air matanya apabila bersendirian.. menyedari tanggungjawabnya yang besar di hadapan Allah.






Pandanglah Ayah..
Pandanglah Suami..
Pandanglah Saudara lelaki..
Sesungguhnya


syurga Allah berada di dalam keredhaan mereka..


**********


Kita dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat kelmarin, melainkan untuk kembali mencari keampunan-Nya.


ما أحببت أن يكون معك في الآخرة فقدمه اليوم، وما كرهت أن يكون معك في الآخرة فاتركه اليوم


Dahulukanlah pada hari ini perkara yang kamu suka ia bersamamu di akhirat dan tinggalkanlah sekarang perkara yang kamu benci ia bersamamu di akhirat.




Nota Kasih- Tidak perlu menunggu diri kita se’alim ulama’ untuk sebarkan kebaikan. Mulalah dari sekarang. :)


Kbai-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


okay, sekejap je~



    
chumel..



ketika entry ini di taip satu-persatu.. PENULIS SEDANG  TERsengih-sengih serba salah. target nak study, tapi idea tengah datang ni. pandang bulan, senyum. okay, sekejap je~

"an eye is an eye". sekali lagi bicara saya tentang mata, tulisan dan hati. saya kira, lecture tentang mata masih lagi membuahkan rasa cinta. uhh, semoga Allah pelihara rasa ini. manis sungguh bila 'nampak' sesuatu perkaitan dengan apa yang kita belajar.

kalian tahu, bagaimana mata kita berfungsi? secara simple nya, kita ada tiga komponen penting yang mencuri hati saya. cahaya, mata dan fovea centralis.

cahaya yang menembusi mata, akan tertumpu pada retina untuk menghasilkan image pada otak. dan pada lapisan retina terdapat satu depression yang dinamakan fovea centralis. fovea centralis berfungsi menghasilkan image pada object yang kita fokus. manakala kawasan retina lain akan menghasilkan image sekitarnya.

contoh, ketika kalian membaca ayat ini, yang jelas pada pandangan kalian adalah perkataan INI, kan? tetapi kalian masih melihat image di sekitarnya. tulisan lain, skrin laptop, keyboard dan objek-objek lain seluas angle view manusia.

jadi yang jelas itu, cahayanya tertumpu pada fovea centralis, dan untuk image sekitarnya pula, cahaya jatuh pada kawasan retina yang lain. jelas ya anak-anak? gila saintifik penerangan. dasar budak medik. =.=!

dan tulisan. pada saya, sebuah tulisan indah itu umpama cahaya yang terpilih untuk tertumpu pada fovea centralis.

dan pada saya, fovea centralis umpama sebuah hati. banyak cahaya yang memasuki mata, tetapi bukan semua yang tertumpu memasuki fovea centralis.

banyak tulisan yang dibaca, tapi bukan semua yang tertumpu memasuki hati. kan?

indah sungguh sebuah tulisan yang mampu menuju tepat ke hati. dan apabila dibaca mampu merawat segala penyakit. kerana kita tahu, baiknya hati membaikkan segala anggota lain.

dan sayang sungguh sebuah tulisan yang dibaca (atau ditulis T__T) kosong. umpama cahaya yang memasuki mata tapi terbias pada kawasan retina lain.

menghasilkan image kabur.

saya teringat satu kata-kata indah. lupa pula dinukilkan oleh siapa. dan entah di mana saya pernah membacanya.

katanya lebih kurang,


"saya tidak mahu menjadi seorang doktor. mahupun seorang penulis. tapi saya mahu menjadi seorang doktor yang menulis. dan seorang penulis yang merawat."

indah.

dan saya cukup tahu. tulisan ini membelasah diri saya sendiri. entahlah tulisan ini mampu menuju tepat pada fovea centralis kalian, atau hanya terbias pada kawasan retina lain.


entahlah. 

faham ke?
tak faham sudah.

saya cuma harap. apa sahaja yang saya belajar, saya lihat Dia. satu nikmat sebenarnya jika kita dapat mengaitkan setiap perkara kepada Dia.


nota kaki: jangan lupa baca berulang-ulang-ulang kali kasi lekat. nanti masuk exam~ ^^







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Antara Pernikahan Awal Dan Kematian Awal: Mana Lebih Awal?









Ayah, along nak kahwin !
“Belajar dahulu, biar ada duit sendiri baru boleh bagi makan anak orang”


-Mak, adik nak nikah!
“Gatal sangat ke nak kahwin awal, kerja pun tak ke mana lagi dah berangan nak ada isteri”


Saban tahun kes-kes maksiat masih lagi dipelopori dalam kalangan remaja termasuklah golongan yang terpelajar. Isu yang hangat dibahas ini sering timbul dalam kalangan mahasiswa. Tinggal serumah dengan pasangan kekasih, pelajar kahwin lari, pelajar luar negara kahwin tanpa memberitahu ibubapa.


“ Kami nak kahwin tapi mak ayah tak bagi. So, lantaklah !”



“ Wanita sekarang ini pakai terlalu seksi. Ko gay ke kalau tak rasa suka?”


" Mahar tinggi sangatlah bro, gua budak sekolah je pun"

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.
[ An- Nur : 30 ]



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya
[ An- Nur : 31 ]


" Awak letak antivirus tak dalam laptop awak ? "


" Mestilah letak ! "


" Biar pun tak kena virus lagi ? "


" Laa, kalau dah kena virus ,teruklah jadinya. Sekarang ni banyak virus, jadi kena install antivirus yang terbaik dan kena selalu scan tau "


"Ha, begitu juga hati, kalau dah sentiasa terdedah dengan 'virus', tak salah kan kalau kita ada cara yang lebih sikit untuk scan hati kita "


*************************


Seorang Ulama Tabiin, Imam Thawus bin Kaisan Al-Yamani sangat menitikberatkan soal pernikahan. Hinggakan beliau pernah berkata,

“Ibadah seorang pemuda tidak akan sempurna sehinggalah dia menikah.”

Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepada Ibrahim bin Maisarah, “Hendaklah kamu segera menikah, atau akan aku katakan kepadamu perkataan Sayyidina Umar al-Khattab kepada Abu Az-Zawaid, 'Yang boleh menghalangi kamu untuk tidak menikah hanyalah kerana lemah(syahwat) dan kezaliman’".

Bagaimanapun, agama ini bukan hanya sempurna dengan pernikahan.. Pernikahan tak mampu juga meningkatkan taqwa dan agama kerana pernikahan juga boleh jadi fitnah.

Ramai yang persoalkan dan berfikir tentang 'Nikah Awal', tetapi berapa ramai yang ada berfikir tentang 'Mati Awal'?

Sufyan meriwayatkan bahawa beliau pernah mendengar Thawus bin Kaisan berkata, “Tidak ada yang mampu mengingatkan seseorang kepada agamanya melainkan tanah kuburnya (kematiannya).”


Apabila difahami bahawa perkahwinan juga merupakan wasilah untuk beribadah kepada Allah dan melazimi sunnah Nabi SAW, rupanya hal inilah yang akan menghindarkan seseorang dari maksiat. 

Tiada jaminan untuk mereka yang berkahwin boleh terlepas daripada godaan maksiat. Jika rumahtangga itu dibina hanya atas dasar elak maksiat semata-mata, jadilah perkahwinan itu sebagai tuntutan nafsu sedangkan dalam islam, perkahwinan merupakan tuntutan agama.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.