PUASA TERAWIKH DAN TAZKIRAH.


Hari ni hari rindu,



kebetulan Imam terawikh bacakan ayat ni,
dan berikan tazkirah tentang Ibu dan bapa.
lagi berganda-ganda rindunya.

Firman Allah s.w.t.
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua- duanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka),

`Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku
semasa kecil'.
(Al-Isra: 24)

Al-Fatihah , Abi, Umi

cinta itu bersayap.

kenapa?
kerana bila Allah panggil,
mereka akan terbang kepadaNYA.
Segera.
tanpa penangguhan.

maka hati-hati yang ditinggalkan,
bersabarlah.
Sungguh,
Allah yang Maha Baik sedang memandangmu; penuh cinta.

Sampai saatnya,
Kita pasti akan kehilangan mereka-mereka yang tinggal dalam hati.
hilang di mata,
tidak di hati.

Kerana telah di janji,
setiap yang bernyawa pasti akan kembali.
dan jasad jua jiwa yang sumpah mati sangat dikasihi,
sungguh bukan hak peribadi.

Tapi ArRahman,
dengan kasihNYA,
tidak akan membiarkan kita sendiri.
Akan dititipkanNya jiwa-jiwa lain untuk menemani.

dan nanti,
inshaAllah boleh berjumpa lagi
di taman hijau berharuman kasturi.

Macam mana pulak dengan hati kita?
Dah hampir setengah bulan masuk madrasah,
Masih lagi "dok rok cetong" kah?
Atau dah makin "comel lote"?

Jangan berhenti,
Jangan putus asa,
Mari manfaatkan Ramadhan yang berbaki.

Ya Allah,rezekikan kami taqwa dan lailatul qadar.

Hari berbaki,moga diberkati.

Beri hidayah dan petunjuk pada hambaMu Ya Allah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GAMBAR DAN PUNCA SEBENAR PERNIKAHAN ABBY ABADI DAN FARHAN DI THAILAND.







Pelakon dan penyanyi terkenal yang kini sudah berubah ke arah yang lebih positif, Abby Abadi mengumumkan telah bernikah dengan seorang pemuda berusia 24 tahun, Muhammad Noor Farhan Che Bakar beberapa hari lalu. Kisahnya ini telah menjadi perbualan hangat di laman sosial dalam kalangan peminat.

Pernikahan Abby sememangnya kelihatan sangat tergesa gesa sehinggakan ada desas-desus yang mengatakan Abby Abadi dan suaminya itu mengambil jalan mudah dengan bernikah di selatan Thailand.

“Ya saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah,” kata Abby Abadi.

“Benda itu tak jadi masalah pun, Allah s.w.t. kita perlu dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik”


“Jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan. Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah s.w.t. dulu, yang penting saya dapat elak dosa,” tambahnya lagi.





sumber

Notasiku- Setiap orang dihidupkan untuk bahagia. 3 cara untuk dapat bahagia:

1. Mengenal Allah swt
2. Mentaati Allah swt
3. Taat kepada Allah dengan sebenar2 ikhlas dan cinta.

Cinta adalah amalan hati. Namun ianya mesti mampu dikesan melalui amalan.

"cinta adalah noun dan verb"

Perkahwinan adalah salah satu wasilah untuk tingkatkan keimanan. Dan iman takkan meningkat melalui maksiat. Kosongkan hatimu dari segala cinta yang maksiat.

3 jenis cinta:

1. Cinta yg berbentuk ibadah. Kecintaan yg bawa rasa hina di depan Allah swt.
2. Cinta berbentuk syirik. - Menyintai Allah swt dlm masa yg sama menyintai yg lain
3. Cinta maksiat - Melebihkan cinta makhluk dari cinta kpd Allah swt
4. Cinta manusiawi. Hubungan kasih syg antara manusia sejagat.

Moga Allah swt campakkan di hati kita cinta yg diakui dan dipandang Allah swt sebagai cinta. Moga kita terus dikuatkan untuk bermujahadah melawan dan mengikis hati kita dari cinta selain dariNya.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ya fulan ibni fulan!


" Jangan kita menyangka orang sakit hanya di hospital, di Library pun ada! " - kata Sahabat saya,

Maksudnya?

sudah banyak kali saya terjumpa pelajar xpecially Master dan Phd yang menangis di Library, biarpun fizikal sihat, wajah tegang menekuni theses.. - tambah sorang sahabat.

Allah.. Peliharalah Hati-Hati kami, kukuhkan jiwa kami dengan kekuatan kebergantungan Hanya Pada-Mu, Bukan kepada segulung Ijazah, Juga Bukan Pada Makhluk..
Kita Cuma Hamba.


Kisah hari pembalasan,
antara rakaat-rakaat solat terawikh.

saat Imam menyampaikan tazkirah,
diceritakan, di akhirat kita akan dipanggil,

"Ya fulan ibni fulan!"
Rasa gerun, terbayang nama sendiri di panggil
" Wahai Arabikha Azlynn!"

T.T

Dan kemudian perkara pertama dihisab, solat kita.

Mungkin kita bukan orang yang tinggalkan solat,
namun, mungkin sahaja kita orang yang lalai dalam solat.

Surah Al-Ma’un [107] : 4-5

4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,
5. (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,

Dalam mengerjakan "full" terawikh,
marilah jugak kita upgrade solat kita.
Solat fardhu dan juga solat sunat.


Persolan yang sentiasa menimpa remaja,
zaman sekolah-sekolah dulu, selalu je benda macam ni dihadapi dan ditanya,

dan sehingga sekarang pun.

Al-Quran punya jawapan,
kisan Nabi Yusuf bukan sekadar kisah,
tapi tentang kita semua.

Astaghfirullahalazhim.

Syabab dan Akhawat,
mari sama-sama pelihara diri.

Semoga Allah panjangkan umur Ustaz Nouman Ali Khan (NAK) dan merahmati hidupnya.

notahati-Bulan menentukan siapa kita.. semua yang kita lakukan adalah dari diri kita tanpa hasutan pihak kedua dan ketiga..
Pemalaskah, banyak tidur ka, berFB sahaja kerjanya, banyak potpet2, atau siapa?

Jom, ayuh tentukan siapa anda di bulan mulia ni.. set matlamat, mohon pd Allah dn mulakan langkah! Kheir inshaAllah

"Sesungguhnya Allah swt tidak akan mengubah sesuatu kaumsebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.." (Ar-Ra'd, ayat 11)

okbai.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


CARA BUAT SEMAKAN SAMAN TRAFIK PDRM DAN JPJ SECARA ONLINE ATAU SMS.


saman trafik


Menyemak saman trafik tertunggak JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) teramatlah mudah sekarang. Anda boleh membuat semakan secara online ataupun menerusi SMS. 

Antara cara-cara yang biasa di lakukan oleh pengguna di Malaysia adalah seperti berikut :

I) Semak saman secara online

Terdapat 3 portal yang menyediakan servis ini dan kesemuanya percuma:


1. MyEG Services

Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh kedua-dua PDRM and JPJ di sini. Ikuti langkah-langkah di bawah:
Layari www.myeg.com.my.
Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
Login menggunakan nama dan kata laluan.
Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM.
Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman anda.

MYEG juga ada menyediakan servis yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baru. Langganan servis ini adalah percuma.


2. Rilek e-Services

Laman ini sah untuk saman yang dikeluarkan PDRM sahaja.
Layari laman Semakan Saman PDRM dan daftar.
Login menggunakan nama dan kata laluan.
Klik 'Check Summon' pada sebelah atas menu untuk summon inquiry.
Anda juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.


3. JPJ

Laman ini terpakai untuk saman yang dikeluarkan JPJ sahaja.
Layari laman Semakan Saman JPJ.
Di bawah tajuk “Semakan Saman”, klik dropdown menu untuk memilih kategori NOMBOR ID SAHAJA atau kategori NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN.
(contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKAD: 801121141234 atau KP Lama : A1234567)
Isikan semua data yang perlu, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
Ahkir sekali klik butang Semak button. Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk “Hasil Carian”.


II) Semak saman melalui SMS

Menyemak saman melalui SMS hanya terpakai untuk saman PDRM sahaja. Anda hanya memerlukan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan. Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
Masukkan teks berikut pada telefon anda:
POLIS SAMAN [No. K/P atau pendaftaran kenderaan]Contoh:


POLIS SAMAN 740523015555 atau

POLIS SAMAN WEP1234
Hantarkan SMS tersebut ke 15888 atau 32728.
Anda akan dicaj RM0.20 untuk setiap jawapan SMS.
Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut:


POLIS SAMAN [No. K/P atau pendaftaran kenderaan] [email]Contoh:


POLIS SAMAN 740523015555 pemanduganas@gmail.com

dan hantarkan ke nombor yang sama. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email tersebut.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.