Mujurlah Dia masih sayang...







Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang – orang yang bertaqwa”
Al-Imran: 133
Allah sangat merindui kita. Tidak kira sejauh mana telah kita lari dan terpesong pada jalan Allah, Dia tetap menanti kepulangan kita. Dan rindunya Allah terhadap kita, bukan sahaja Allah menanti kepulangan kita, bahkan Allah berikan tanda – tanda di sekitar kita supaya kita sedar kita telah sesat dan mencari jalan pulang kepadaNya. Allah sangat merindui kita, pulanglah kepada Allah





kelmarin sewaktu ana pergi menghantar adik balik ke kolej, ana menggunakan jalan yang tidak pernah ana gunakan. Dahulunya ana lebih senang naik ke lebuhraya untuk ke bertam melalui tol bertam tetapi kali ini ana mahu meneroka jalan kampung. Sebabnya saje nak tgk suasana kampung..mcm  best je...sebab raya tahun ni ta balik kampung... rindu kampung sebenarnya.... :-)

Bila sampai satu simpang...ana mula sedar ana sudah menghala ke jalan yang salah apabila ana melihat persekitaran ana. Persekitarannya yang agak kekampungan dan sangat berbeza dengan jalan sebelum ini. Batu tanda pun tidak kelihatan seperti jalan – jalan utama yang biasa. ana pun berpatah balik dan akhirnya ana sampai ke simpang yang ana terlepas tadi. Dan benar sekali, ana terlepas simpang tersebut... masya allah lalaikan ana....

Begitulah dalam hidup ini. Apabila kita mula tersalah jalan. Menyimpang daripada jalan Allah, maka Allah akan berikan tanda – tanda di sekitar kita. Supaya kita sedar dan kembali. Allah tidak akan membiarkan kita begitu sahaja....



Kita adalah makhluk yang sering alpa dan lalai. Kita mudah hanyut dibuai kesenangan dunia. Nikmat – nikmat kurnian Allah gagal kita uruskan kepada jalan mentaatiNya sebaliknya, kita gunakan untuk memenuhi keinginan nafsu kita dan melanggar aturan – aturan Allah.

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang – orang yang bertaqwa”


Amin Ya rabbal alamin....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kadang tak setia kepadaMu...



Ya ALLAH hatiku pilu ya ALLAH…

Tak siapa yang dapat memahami suratan hatiku yang kecil ini
KAU Pencipta yang Maha Pengasih lagi Penyayang
Hanya Kau yang Maha Mengetahui tiap apa yang tersurat dan tersirat dalam hatiku ini
Kadangkala aku lemah Ya ALLAH Lemah disisiMU….
Hina disisiMU….Sukaku….dukaku…..piluku….sedihku…..marah
ku…..
Tak aku pamerkan pada khalayak
Tapi aku mampu bertahan lagi akan perasaan yang bercampur itu
Tapi dihadapanMU aku tak pandai menipu….tak pandai bohong….tak pandai ku sembunyikan perasaan ku in
Kau lebih mengetahui tiap apa yang terjadi
Aku lemah Ya ALLAH Aku lemah bila mana Kau uji aku dengan menganugerahkan teman
Aku tak pandai lagi untuk menjaga hati orang lain
Cintaku padaMU tak seutuh mana Ya ALLAH
Hatiku untuk rasakan amat dekat padaMU tak istiqomah
Kadangkala aku dekat…kadangkala aku jauh…..Kenapa Ya ALLAH??????
Aku mohon padaMU Kau tetapkanlah hatiku ini untuk aku dambakan kasih yang hakiki padaMU
Aku merayu padaMU..Jangan Kau tarik perasaanku apabila aku berasa dekat dengan ENGKAU
Jangan Kau semai perasaan yang mendorong aku jauh dengan Kau
Aku tiada siapa didunia ini untuk aku kongsi perasaan suka dan dukaku
Aku hanya mampu merintih dan merayu padaMU
Aku takut Ya ALLAH….aku takut…..Takut akan hari yang akan mendatang
Takut jika hatiku mudah terpaling dengan adanya kehadiran teman dalam hidupku
Aku tak mahu hatiku yang penuh dengan perasaan cinta,kasih,sayang dan rindu padaMU akan terhakis
Oleh itu,bantulah aku Ya ALLAH…..Tolonglah hambaMU iniKau lindungilah hatiku
Kau batasilah hatiku..Kau tenangkanlah hatiku..Kau damaikanlah hatiku..
Dengan pujuk rayu hambaMU ini, Ya ALLAH
Aku berasa tenang pabila dapat ‘bertemu’MU dalam solat
Dan ‘berbicara’ denganMU dikala brzikir
Rakanku ramai yang pandai berkata agama tapi aku tak pasti mereka dapat menghayati apa yang dikatakan
Sesungguhnya aku terlalu berhati-hati dapat pelbagai situasi sehingga aku takut berbeza apa yang aku fikirkan dengan yang realiti
Aku jadikan kalamMU sebagai teman bicaraku
Aku jadikan zikrullah sebagai penghibur hatiku
Aku jadikan malu sebagai pakaianku
Aku tak mampu tunjukkan pada manusia
Aku takut ia menjadi fitnah kerna mulut manusia yang berbisa
Aku mahukan ‘pengiktirafan’ dariMU bukan manusia
Aku mahukan kasih-sayangMU
Aku insan biasa, Ya ALLAH..Diriku mudah rapuh bila Engkau uji perkara yang luar dari kemampuanku
Kau iringilah tiap langkahku dengan zikrullah
Jangan Kau bangkitkan perasaan mazmumah…riak…takbur….bongkak…dll dalam diriku
Ia senjata syaitan….Aku tak mahu jadi kawan syaitan
Kau dampingilah aku dengan para malaikat,dengan hamba-hambaMU yang soleh dekat denganMU
Agar aku berasa semangat untuk dekat denganMU..Dekat dengan cintaMU
Aku teramat rindu pada Rasulullah
Rindu akan kekasihMU s.a.w
Aku ingin bersua dengannya
Aku ingin duduk dsisinya
Baginda contoh yang terbaik
Banyak aku mendengar akan perjalanan hidupnya
Dengan kurniaan rahmat kasih sayangMU dapatlah aku temui baginda
Moga baginda dapat memberi syafaat kepada umat-umatnya yang benar-benar mahukan pertemuan dengannya
Sesungguhnya baginda adalah sebaik-baik khalifah didunia dan akhirat
Marilah kita selawat ke atas Nabi Muhammmad s.a.w…Allahumma solli’ala saidina Muhammad wa’alaalihi wasobbihi wassalam..
TAKBIR!!!!!!!!!!!!!
ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s-Ujian dtg dan pergi tu prkara lumrah..Semua org mghadapinya..Yg Allah pandang,,sejauh mana usaha kita menghadapinya...~_~...

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


tolong ingatkan Aku....


assalammualaikum....jom sahabat kita berdoa...


Doa mengelak dari menjadi pelupa

اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأَرْضِنَا


Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224)


Amalan: Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.




 

SUMBER-Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tak Perlu....!!






'tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
andai diri tak sehebat SULAIMAN...

mengapa mengharap teman setampan YUSOF,
jika kasih tak setulus ZULAIKHA...

tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM,
andai diri tak sekuat HAJAR..

dan mengapa di dambakan teman hidup sesempurna MUHAMMAD,
jika ada keburukan pada dirimu...

bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikkan,carilah kebaikan pada dirinya.

bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita..


p/s :
Ana terima msj ringkas tp pnuh dgn mesej spt d ats dr sorg kakak seislam..
ya,
dh bnyk kali ana terima mesej sebegitu,dan ana ta berapa menghiraukannya.
tp kli ni...ntah knapa..Ana betul2 tersentuh..btul2 menusuk hati nurani..
JAUHNYA Ana nk mendapat pasangan sesempurna spt di atas..
Cinta hakiki ILLAHI belum betul2 tergenggam,layakkah diri mengenggam cinta INSANI??
masyaALLAH..
hmm..tepuk dada,tanya IMAN.
wallahu a'lam..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.