MUSLIMAH :)


Salam ‘alaik buat semua. Entri ini khas untuk mereka yang bergelar wanita atau perempuan, atau akhwat, atau muslimah atau apa-apa yang seangkatan denganya. ^_^  





Seorang insan bergelar wanita itu adalah fitnah pada dunia. Dan salah satu ujian terbesar buat kaum Adam ialah kehadirannya insan bergelar wanita.  

Kalau kita lihat dari sejarah yang lalu, pergaduhan pertama manusia yakni Qabil dan Habil kerana apa?? Bukan kerana harta, wang ringgit mahupun Dinar, bukan kerana pangkat dan jawatan, tetapi kerana SEORANG WANITA.

Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.
[Riwayat Al-Bukhari]

Maka takutlah kalian kepada dunia dan takutlah kalian kepada wanita.
[HR Muslim dari shahabat Abu Sa’id al Khudry]

Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya.
[HR. Muslim]

Hebatnya seorang manusia yang bergelar wanita ini sehingga dengan rosaknya seorang wanita di dunia, dia mampu mengheret 4 orang lelaki bersama-samanya ke dalam neraka.


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab,“Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….” 
(Riwayat al-Tabrani).


Muslimah solehah itu bidadari
Bukan untuk dicari-cari atau dipuja lelaki
Tetapi nanti akan berhadapan dengan Ilahi
Dan apakah yang kamu wahai perempuan sudah laksanakan dalam kehidupan yang Kuberi?
 [ Puisi Muslimah solehah itu bidadari : Hilal Asyraf ]


“ Ya Allah. Selamatkan kami dari fitnah duniawi. Jadikan kami wanita solehah, yang mampu mengabdikan diri sepenuhnya kepadaMu.Tenggelamkanlah kami di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan kami daripada-Mu.”




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


C:H:E:N:T:A




~Mari bicara soal CINTA~

Aishiteru? I love you? Saya sayang awak?
Apa itu cinta? Bagaimana cinta boleh wujud? Kenapa kita perlukan cinta?
Pelbagai persoalan bermain difikiran tika berbicara soal cinta.

Cinta pada siapa? Cinta pada Allah, pada ibu bapa, ahli keluarga, nenek, atok, opah, tok wan, tunang, isteri, suami dan sesiapa sahaja. Bak kata orang, ‘cinta itu buta.’ Tidak mengenal rupa, tidak mengenal usia, tidak mengenal pangkat mahupun darjat.
Namun? Siapa yang selayaknya menerima cinta sejati kita? Hmmm..

Definisi CINTA

Menurut Imam al Ghazali, cinta itu ialah kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri seseorang kepada sesuatu atau seseorang yang lain yang boleh memberi kelazatan, manfaat dan sangat serasi dengan fitrahnya.

Apa fitrah manusia sebenarnya?
Setiap manusia sangat menyenangi sifat keindahan dan kesempurnaan. Jika difikir-fikir balik siapa yang pling sempurna dan paling indah ye? Ibu kita?? My mum is the best! Ayah kte?? Hmm, mcm pelik pulak sebab lelaki kan.
Siapa yang Maha Sempurnaa dan Maha Indah? Tentu skali Allah Azza Wajalla. Oleh yang demikian, Allah yang paling layak untuk jadi tujuan kecintaan kita.
Bila berbicara soal cinta, kita tidak terlepas dari bicara soal hati dan rasa. Ya! Cinta itu letakya dalam hati. Dan hati ini ibarat raja dalam tubuh manusia.
Sabda rasulallah yang bermaksud :

“ .....Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sekiranya jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati....”

Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa hati ini sebenarnya dikuasai oleh cinta. Jika cinta yang bersemi dalam hati ini baik, maka baiklah hati itu dan baik jugaklah anggota badannya. Namun, jika cinta yang disemai dalam hati itu buruk maka hodohlah hati itu dan bertambah buruk jugalah anggota badannya.

Cinta. Soal rasa dan hati.

Cinta sebenarnya bukan satu paksaan, bukan juga satu pemikiran, tapi cinta ialah soal rasa yang datang dengan sendrinya dari hati. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menyemai rasa cinta dalam hati supaya tidak terpedaya dengan helah cinta-cinta palsu yang akhirnya akan membinasakan diri.
Bagaimana benih cinta yang ditanam di dalam jiwa, maka begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan kita di akhirnya.

Kenapa susah sangat nak cinta pada Allah?

Satu lagi persoalan yang wajar dipersoalkan pada diri sendiri. Secara logiknya Allah itu layak menjadi raja yang bertakhta dalam hati kita. Hanya Allah yang wajar menjadi cinta pertama dan terakhir kita. Kerana hanya Dia maha memiliki segala-gala yang tidak kita punyai. Tapi kenapa? Kenapa walaupun kita tahu tapi masih sukar untuk melaksanakan sepenuhnya? Kenapa? Tepuk dada tanyalah iman.

Sesungguhnya penghalang utama cinta sejati kita ialah kejahilan. Bak kata pepatah melayu “ tak kenal maka tak cinta.” Sebagai contoh, kalau kita sayang kawan kita mesti berusaha untuk memenuhi segala kehendak dia. Kita berusaha untuk kenal dia sebenar-benarnya. Kita ambil tahu segala kegemaran dia. Kita ambil tahu perkara yang tidak disukai. Supaya senang untuk kita mengambil hatinya. Dan supaya hubungan menjadi bertambah erat. Jadi, mari kita aplikasi method ini dalam memperolah cinta Allah. Sesungguhnya cinta Allah itu mahal harganya. Hanya mereka yang bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban akan memperolehnya dengan izin-Nya. Ayuh usaha untuk lebih mengenaliNya.

Jadi di sini kita dapat lihat peri pentingnya untuk kita mengenal pencipta kita demi memupuk rasa cinta kita padaNya. Disebabkan oleh kejahilan ini lah kita tidak mengenali segala kebaikan, kesempurnaan serta keindahanNya. Kerana kejahilan ini jugalah kita tidak tahu bahawasanya hanya Dia lah yang selama ini menjadi peneman kita di kala suka dan duka, di kala senang dan susah Di saat diri berada dalam kesepian, di saat diri diselubungi kegelapan, di saat diri ditimpa kesusahan. Hanya Dia yang sudi bersama kita.
Firman Allah yang bermaksud :

“ Dan apabila hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar memperoleh kebenaran “
( Surah Al Baqarah 2:186 )

“ Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. “
( Surah Al Qaf 50:16 )

Melalui kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah itu sentiasa dekat dengan kita. Dekat. Lebih dekat dari urat leher kita. Hanya kita yang diberi akal ini harus berfikir untuk lebih mensyukuri rasa sayang yang dilimpahkan Allah kepada kita.
Tapi diri ini masih jahil. Diri ini masih degil. Seringkali menjauhkn diri dariNya Sering meninggalkanNya di saat kesenangan menimpa. Seringkali melanggar perintahNya. Seringkali lupa akan nikmat-nikmat yang diberikanNya.
Namun pabila kedukaan melanda terhegeh-hegeh melutut menangis di depan-Nya. Siapa kita sebenarnya? Layakkah kita untuk melayan Dia sebegitu rupa? Hanya ingat di saat susah. Tapi lupa di saat senang. Lupakah kita bahawa segala kebahagiaan itu datang dari-Nya.
Astagfirullah hal ‘azim. Sungguh lemah diri ini ya Allah..

Cinta yang terpisah!

Dewasa ini kita lihat ramai manusia yang terpisah dengan cinta sejatinya sejak dari awal kelahiran. Mungkin disebabkan oleh didikan awal yang diterapkan oleh ibu bapa terhadap mereka. Sistem pendidikan tidak bertitik tolak daripada 'awwaluddin makfiratullah' ( awal agama adalah mengenai Allah) tidak diberikan. Sebaliknya mereka mula diperkenalkn kepada 'selain Allah' yang akhirnya menyebabkn kecintaan pada Allah di alam roh itu terputus di tengah jalan.
Firman Allah yang bermaksud :

“ Bukankah Aku ini TuhanMu? Maka semua ( roh manusia ) menjawab, 'Benar (Engkaulah Tuhan kami dan kami menjadi saksi).”
( Surah al 'Araf 7:172)

Benar. Sejak dari alam roh semua manusia mengakui bahawa hanya Allah yang menjadi rob nya. Namun, setelah mereka berada di alam dunia, tidak semua bernasib baik bertemu dengan cinta sejati mereka kembali.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Tiada seorang bayi pun yang lahir melahirkan dilahirkan atas fitrah. Lalu kedua orang tuanyalah yang menjadikannya (beragama) Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”
( Riwayat al-Bukhari )

Sekarang mari kita perhatikan, apa lagu yang biasa masyarakat hari ini dengar? Apa filem yang kerap ditonton? Apa majalah yang sering dibaca? Semua ini bakal mempengaruhi minda yang akhirnya akan memupuk rasa cinta dan sayang pada yang selainNya yakni mencintai duniawi.

Satu hati. Satu jiwa.

Setiap dari kita hanya memiliki satu hati. Tidak ada dua, tidak ada tiga dan tidak ada empat. Hanya SATU. Saya ulang, kita hanya punya satu hati. Hanya satu cinta saja yang bias berkumpul dalam satu jiwa. Bila cinta yang disemai dalam diri bukan cinta pada Allah, cinta yang lain akan datang mengganti. Dua cinta tidak boleh berkumpul dalam satu hati.
Jadi, bila cinta Allah sudah terpinggir, maka hilanglah segala kebaikan dan kesucian. Yang selama ini tertanam dalam hati dan jiwa kita sejak di alam roh lagi. Maka, segala kekejian dan kekejaman akan muncul dalam diri. Kesannya, kini kita lihat masyarakat sudah ramai yang berani melanggar perintah Allah. Kes rogol, zina, buang bayi, liwat, dadah. Semua ini bermula dengan hati yang kotor. Hati yang tidak mengenal penciptaNya. Hati yang tidak takut melaggar perintahNya. Maka muncullah syaitan-syaitan bertopengkan manusia. Bertindak mengikut hawa nafsu semata!
Firman Allah yang bermaksud :

“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah ( membiarkan sesat ) ? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? “
( Surah Al-Jasiyah 45:23 )

Cinta Allah melebihi segalanya.

Setiap muslim sewajibnya mencintai Allah dan rasul lebih dari segala-galanya. Rasa cinta kita pada Allah mesti melebihi rasa cinta kita ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, rakan seperjuangan bahkan diri kita sendiri.
Firman Allah yang bermaksud :

“ Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri ( atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbangkan merosot, dan rumah-rumah temoat tinggal yang kmu sukai, jika semua itu menjadi perkara-perkara yang kamu sukai leibih daripauda Allah dan rasulNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)
(Surah At-taubah 9:24)

Kembali kepada-Nya. Ayuh!

Ramai daripada kita yang masih lagi dibelai dan dimanjai oleh 'cinta palsu'. Cinta yang meresap kedalam hati, jiwa dan perasan bukan lagi cinta kepadaNya semata-mata.
Namun, ada yang bernasib baik bertemu dengan cinta sebenar melalui tarbiyyah. Embun hidayah melimpah dengan tiba-tiba, lalu tersentak mereka dari lamunan. Tersedar mereka dari cinta palsu yang selama ini merajai jiwa dan raga. Sesungguhnya ada cinta yang lebih hakiki yang sewajarnya dicari. Walaupun padanya kadangkala terasa agak terlewat, namun perlu yakin dan percaya bahawa perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
Dan aku....
Adalah antara mereka yang disedarkan oleh percikan embun hidayah itu. Alhamdulillah! Syukur padaMu ya Allah. Moga terus diberi kekuatan untuk terus tetap di jalan ini.

“ Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah kami untuk terus berada di jalanMu ini “
Carilah cintaNya. Gapailah cintaNya. Genggamlah cintaNya. Kerana hanya Dia yang benar-benar sempurna dan layak bertakhta di dalam hati kita yang bergelar hamba.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


hati dan islam.......


Faham islam dengan HATI


BERGERAK dengan kefahaman.
BERUBAH dengan kefahaman.
BERKATA-KATA dengan kefahaman.
BERTINDAK dengan kefahaman.

Sebab apa?
Semangat itu akan luntur kalau bukan dengan kefahaman..
Suara kencang itu akan hilang kalau bukan dengan kefahaman..
Tindak tanduk itu akan dilupakan kalau bukan dengan kefahaman..
Perubahan itu tidak akan kekal kalau bukan dengan kefahaman..

Nak faham guna apa?



HATI. Ya, faham dengan hati. Kenapa bukan faham dengan otak? Sebab setiap dari kita ada kepandaian yang berbeza. Zalimlah Allah, kalau otak yang digunakan untuk memahami. Mungkin ada di antara kita yang lambat faham disebabkan kurang tahap kepandaian. Tapi Allah anugerahkan kita sekeping hati, yang khasnya untuk diisi dengan cintaNya, supaya kita lebih dekat denganNya, supaya digunakan hati ini untuk memahami ayat-ayatnya juga memahami agamaNya.

“ ...Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya... “ (Al Ahzab, 33:4)


  “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan yang besar baginya di akhirat, maka dia akan diberi faham tentang agama“

Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Buka mata hati untuk kenal islam. Sebab hati itu boleh buta sekiranya tidak dipelihara. Kayu ukurnya ialah ketika kita membuat dosa yang beterusan dan diri sendiri tidak menyedarinya ia adalah dosa. Di saat diri sudah tidak boleh memilih yang mana benar dan yang mana salah, mohonlah petunjuk supaya hati itu dihidupkan kembali.

“ Sesungguhnya seorang mukmin apabila ia melakukan dosa maka terjadilah satu bintik hitam di hatinya. Jika dia bertaubat dan berusaha membuangnya (bintik hitam tersebut) maka akan selamatlah hatinya. Kalau dosanya bertambah maka hatinya akan semakin terkunci “

Dari Umar Al Khattab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Cap penutup hati tergantung di kaki arasy. Bila seseorang melanggar larangan Allah (menghalalkan yang diharamkan oleh Allah) maka Allah akan menutup hati mereka dengan cap penutup hati tersebut."

Bersihkan hati, bersihkan diri, dan kembali pada Dia yang Maha Memiliki. Sekiranya hati itu benar-benar mengenal Allah, benar-benar menjadi hambaNya, benar-benar takut padaNya, maka ia tidak akan pernah berani untuk melakukan dosa.
Semoga hati kita sama-sama dibersihkan sebersih-bersihnya supaya hati ini dapat memandu ke jalan yang sebenarnya.


Akhir kata, untuk faham islam harus guna HATI. Untuk guna HATI harus bersihkan HATI, Untuk bersihkan HATI harus tinggalkan Jahiliah dalam diri. Insya’Allah!


Selamat bermujahadah buat semua~ ^^



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
( Surah Al ‘Araf, 7:179 )




" Ya ALLAH sinarilah HATI-HATI kami dengan cahaya hidayah-Mu sepertimana Engkau menyinari semestaMu..."



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


hidup adalah pilihan.......



Pilihan hidup


Hakikat kehidupan.
Kita diuji dengan pilihan.
Syariatullah diberi sebagai panduan untuk memilih pilihan yang paling tepat.


Untuk masuk syurga ada pilihan tak?
Nak ke syurga atau ke neraka?
TIDAK. Betul kah? Atau ada yang rasa nak melangkahkan kaki ke neraka? Sebab rasanya semua orang nakkan syurga Allah.  Sejahat mana pun diri mesti kesemuanya mahupun pengakhiran hidup yang baik. 
Pilihan terbesar yang paling utama dalam hidup ini ialah antara syurga dan neraka. Kalau neraka bukan pilihan maka apa lagi yang tinggal? Bukankah syurga.
Memang perkara syurga dan neraka ini satu perkara yang ghaib untuk dibicarakan. Di luar dari jangkaan kita. Sebab itu Allah menciptanNya begitu, untuk menguji sejauh mana tahap keimanan hamba-hambaNya dalam mempercayai kehidupan akhirat itu sendiri.
Kalaulah syurga dan neraka itu boleh dilihat dengan mata kasar kita, sudah pasti tiada seorang pun yang berani melakukan kejahatan. Sudah pasti orang-orang yang berdosa bertaubat. Dan mungkin akan hanya duduk di atas tikar sejadah 24/7 disebabkan oleh nikmat syurga yang tersangat besar. Tapi, hakikat sebenar kehidupan akhirat itu tidak terjangkau dengan kata-kata mahupun akal fikiran. Hanya iman yang mampu menilainya.
Dan jika dikatakan untuk masuk syurga itu tiada pilihan, maka jalan yang harus ditempuh untuk ke syurga juga tiada pilihan. Setuju atau tidak?
Boleh kah kalau kita cakap nak masuk syurga Allah, tapi masih tidak melaksanakan tugas sebagai hambaNya? Masih melanggar perintah-perintahNya?
Adakah itu jalan yang harus ditempuh untuk ke syurga? Berbuat sesuka hati kita kemudian mengaku untuk ke syurgaNya? Atau sedarkah kita sendiri yang mebina jalan menuju ke nerakaNya.

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” – (Al-Ahzaab (33) : 36)
Hanya satu jalan yang harus ditempuh untuk ke syurga yakni taat akan perintah Allah dan rasulNya. Jalan yang sama ditempuh oleh para rasul dan sahabat-sahabat baginda yang telah dijanjikan syurga.
Tiada jalan tengah yang wujud antara dua pilihan yang harus dipilih. Kalau benar syurga Allah itu matlamat di akhirnya, maka setiap inci kehidupan itu harus dipenuhi dengan jalan menujuNya. Walaupun hakikatnya banyak kepahitan yang harus ditempuhi, demi sebuah kehidupan yang hakiki segalanya perlukan pengorbanan yang tinggi. Kerana janji Allah itu pasti.
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
(Al Imran, 3:142 )
Moga kita diberi kekuatan dalam perjalanan mencari bekalan menuju ke jannahNya.  Insya’Allah.
Life is all about making the RIGHT CHOICE.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Belok kiri ke surga, kanan ke neraka




bismillah.....assalammualaikum.....


Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita di atas Islam, ditetapkan hati dalam beriman, istiqamah di atas Sunnah, serta diberikan hidayah taufik oleh Allah untuk dapat melaksanakan syari’at Islam secara kaffah (menyeluruh) hingga kita diwafatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam keadaan mentauhidkan Allah dan melaksanakan Sunnah. Semoga Allah senantiasa memudahkan kita untuk selalu menuntut ilmu syar’i, diberikan kenikmatan atasnya, dan diberikan pemahaman yang benar tentang Islam dan Sunnah ...

semoga Allah mudahkan jalan kita menuju syurga
Amiien Allahuma Amiien.......






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cukuplah Mati Sebagai Penasihat


Bismillah......hari nie...ana nak share sesuatu yg ana belajar dalam majlis taklim ana dalam minggu nie...  sharing is caring.... ^^


Dalam Al-Quran Tuhan berfirman:



Maksudnya: "Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk: 2)


Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:
Tuhan jadikan mati dan hidup
Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya.


TUHAN JADIKAN MATI DAN HIDUP

Kalaulah kita yang sebut ayat ini, bukanTuhan yang menyebutnya tentu kita berfikir secara lojik akal, kita akan sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataannya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahulu baru sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak secara suka-suka.

Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak memilih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar perkara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.

pesanan ana  kat diri sendiri.... 

Dahulukan Hubungan Kita Dengan Allah

" Kalau kita cinta kepada Allah akan lebih mudah bagi kita untuk mencintai sesama manusia. "

amin yarabbal alamin.....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Akhlaq Itu Bukan Lalang..


Pokok Syariah

Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata
Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar
Akar pula ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah
Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Tibanya musim, pohon berbuah
Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…
amin ya rabbal alamin............. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


mahabbah..with luf.......



.......... bahagia itu di hati  ..............

ana tengah cari bahagia dalam erti kata sebenar ..... eh2? kamu juga mahu kan? (^^)


amin yarabbal alamin ....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


selamat malam......


Assalamualaikum... 

Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus berkongsi pandangan dan ilmu di dalam blog ini. Sesungguhnya nikmat Islam itu amatlah berharga untuk diri ini, dan semoga diri ini sentiasa istiqomah dalam melakukan ibadah kepada ALLAH.

Jangan tidur sebelum kita berjaya memaafkan orang lain. 

Kita sering mendengar ayat ini dalam hidup sehari-hari. Pelbagai pandangan yang bakal kita dapat jika kita mengutarakan kata-kata tersebut. Pasti ada yang setuju dan mungkin sesetangah pihak akan membangkang kenyataan ini. Tapi itulah realiti hidup, bila ada pihak yang melakukan kesalahan, pasti akan ada pihak yang memaafkan kesalahan tersebut.

Tapi, persoalan sering bermain di benak fikiran ana sendiri. Mampukah ana untuk melakukannya? Sesungguhnya diri ini hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan kadang-kadang terlalu mengikut hawa nafsu. Astagfirullahalazim. Semoga ALLAH sentiasa mengampunkan dosa ana yang lemah ini.

Ikhlaskah kita andai kita memaafkan seseorang itu? Atau kita hanya sekadar berkata. Ye, saya dah maafkan segala kesilapan awk”. Cukupkah hanya dengan kata-kata ini menandakan kita sudah rela untuk memaafkan mereka? Semoga kita semua, dapat mengikhlaskan hati, memaafkan mereka. Susah untuk kita memaafkan seseorang tetapi tidak mustahilkan kita dapat memaafkan orang tersebut?

INSYALLAH, teman-teman, memang sukar untuk kita memaafkan seseorang tetapi kita juga harus ingat bahawa kita juga sering melakukan kesalahan dan pastinya kita ingin orang tersebut memaafkan kita. Jadi, kita ambil ikhtibar dengan situasi ini, jika kita menginginkan orang lain memaafkan kita, kita juga harus melakukan perkara yang sama.

Ingatlah kita sebagai manusia, bahawa ALLAH itu Maha Pengampun terhadap hamba-hambanya. Jadi kita sebagai hamba hendaklah sentiasa memaafkan orang lain andai inginkan hidup sentiasa di berkati di dunia dan juga di akhirat.



Jadi, maafkanlah segala kesalahan mereka sebelum kita melelapkan mata dan pohonlah kepada ALLAH semoga mereka juga melakukan perkara yang sama iaitu memaafkan kita juga.

Wassalam, peringatan ini lebih kepada untuk diri ana sendiri yang sering melakukan kesilapan.^_^

.....AMIN YARABBAL ALAMIN........


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


cinta dunia..




Apa maksud cinta dunia? Cinta dunia bermaksud dunia sudah jadi kecintaan kita, sudah masuk ke dalam hati,sudah jadi matlamat, hati dah terpaut dengan dunia.Itulah cinta dunia. Cinta dunia banyak aspeknya, macam-macam aspek. Kalau satu aspek pun lekat di hati kita pun sudah bahaya, betapalah kalau banyak aspek.
Antara cinta dunia ialah cinta pangkat, cinta kekayaan, cinta nama, cinta pujian, cinta glamour, cinta sanjungan, cinta banyaknya pengikut, cinta kuasa dan lain-lain lagi. Ini diantara aspek-aspek dunia yang besar-besar. Cinta dunia tu bukan hanya pada harta saja. Ia umum. Orang miskin pun dapat cinta dunia. Cinta pangkat, cinta nama lagi bahaya.
Dari cinta dunia ini, akan melahirkan macam-macam kejahatan yang lain. Sebab itu dikatakan cinta dunia itu ibu segala kejahatan. Akan lahir sombong, hasad dengki, bakhil, tamak, jatuh menjatuhkan, benci membenci dll.
Kalau sudah majoriti manusia begitu, dunia sudah menjadi neraka sebelum neraka. Tak ada kedamaian lagi, tak ada kasih sayang lagi. Akan lahir lagi penyakit lain pula iaitu cintakan diri. Maka ia tak akan fikirkan orang lain. Bahkan ada orang cinta diri sampai tidak pedulikan ibu bapa dan keluarga. Kalau dengan ibu apa, keluarga, anak isteri pun dah tak dipedulikan, dengan orang lain betapa lebih parah lagi.
Malas bekerja juga adalah cinta dunia . Mengapa malas? Kerana nak minta-minta saja. Cinta dunialah itu. Biasanya ia tak fikir mak bapak, anak, isteri tak peduli. Ini cinta dirilah. Hidupnya dengan meminta minta.Terfikirkah oleh kita cinta dunia itu cinta diri? Cinta dunialah itu.
Cinta dunia ibu segala kejahatan, Cinta dunia ini bila dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan, maka berkembang kepada luaran. Padahal asalnya perasaan. Yahudi Nasrani sangat mendorong umat Islam untuk cinta dunia.
 Anda jawablah sendiri. Inilah yang berlaku di dunia moden hari ini. .....peringatan buat diri ini juga....
amin yarabbal alamin........

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.