CONTOHILAH AHMAD.


Berpagi-pagian
bukan dengan tidur.

Kerana ada keberkatan di waktu pagi
Jangan lepaskan peluang.

Sobahal kheir semua.

kenapa contohilah Ahmad?

Jom dengar

siri hadis 5
keberkatan mereka yang berpagi-pagi.



“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)

Photo: Assalamualaikum dan selamat pagi... =)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO-Beratus-ratus cedera dalam kejadian meteor terhempas di Rusia.



Serpihan meteor jatuh di rantau Chelyabinsk penduduk tengah Rusia .

Hit: The stadium of Chelyabinsk's Traktor ice hockey side was hit and state television showed a part of the roof and a wall shorn off a brick zinc factory in the city

Aftermath: People look at damage to a shop following the meteor shower

Menurut sumber meteor terhempas itu menyebabkan letupan udara dan kaca pecah mencederakan kira-kira 400 orang,  dua pertiga daripadanya mendapat kecederaan luka ringan yang daripada berpunca daripada kepingan kaca dan bahan-bahan lain.


ALLAHUAKBAR.

 Peristiwa Jumaat atau a wake-up call?

notakaki- Saat gembira dan senang hati,jarang orang mensyukuri dan ingat pada pemberi segala nikmat.

saat kebahagiaan dan ketenangan itu diragut seketika, mereka mula kembali kepada Yang Maha Memberi.

Sebagaimana objektif imtihan atau peperiksaan untuk menguji kefahaman dan supaya kita ingat,
begitu juga tujuan Allah menguji kita,
untuk ingat pada Dia, dan menguji, siapakah yang beriman.

Saat itu, kita mumtaz atau rasib?

Moga dikurniakan kebaikan dunia akhirat.

Amiin.






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PUNCA KES WANITA BUNUH DIRI DI BERJAYA TIMES SQUARE.


GADIS BUNUH DIRI DI TIMES SQUARE 14 FEBRUARI 2013

Kejadian berlaku selepas wanita tersebut dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya. 

kejadian menyayat hati di mana seorang wanita ditemui mati di lobi pusat beli belah Berjaya Times Square (berhampiran lif bertanda U Mobile) pada tengah hari tadi ( 14 Februari 2013 ) dalam keadaan yang mengerikan dimana kepalanya pecah dan berlumuran darah.

Tolong hargai lah nyawa anda. Bunuh diri bukan penyelesaian yang terbaik.





Antara komen-komen dari saksi di tempat kejadian



KUALA LUMPUR: Satu kejadian tragis berlaku pada Hari Kekasih di mana seorang wanita berusia 36 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat membeli-belah di Jalan Imbi.
Wanita yang dikenali sebagai Choo Czek Yeng dilihat sedang berdiri pada barisan penghadang sebelum jatuh ke bawah.
Dia kali terakhir dilihat berada di situ pada jam 10.00 pagi.
Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad memaklumkan tiada sebarang kecederaan lain pada badan mangsa.
Kata beliau, setakat ini tiada saksi yang tampil mendakwa melihat wanita itu terjun.
Selain itu katanya tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian tersebut.
Seorang kakitangan pusat membeli-belah terbabit ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihak pengurusan tidak mempunyai banyak maklumat tentang kejadian itu.

“Tiada komen. Kami serahkan pada pihak polis kerana mereka yang menyiasat kes ini. Saya minta maaf,” kata kakitangan tersebut yang enggan dikenali.

Sementara itu, kejadian tersebut juga mendapat perhatian pengguna laman media sosial, Twitter.

Antara reaksi yang diberi termasuk ucapan takziah, edaran foto mangsa serta gesaan supaya tidak mempersendakan kejadian itu.
notahati


valentine day di sambut oleh org kafir laknatullah kerana memperingati seorang paderi mereka..Rasulullah saw bersabda "jika kamu menyerupai sesuatu kaum,maka kamu termasuk didalam golongan mereka."


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kuswadinata Tenat, Alami Pendarahan Dalam Perut


Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya, Kuswadi Bin Bujang semakin tenat di hospital Ampang sejak dimasukkan pada pagi sabtu yang lalu.


Menurut anak lelakinya, Mohd Rizal, 23, bapanya mengalami pendarahan dalam perut dan seringkali mengalami muntah-muntah sebelum dimasukkan ke dalam wad.

“Dia juga tidak berdaya untuk makan menyebabkan doktor terpaksa memasukkan air ke dalam tubuhnya,” katanya.

Apapun di doakan semoga Kuswadinata akan cepat pulih seperti sediakala.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ini formula ringkas, untuk kebangkitan Islam dan khilafah kembali.



Alhamdullilah wa syukrulillah
aku Islam
asal moyang cina namun diri ini melayu

tidak ku kesah semua keturunan dan bangsa ku itu

asalkan aku ISLAM.

melayu,melayu.. tak salah bangsa,tapi mereka lupa,bangsa tak kemana.kerana penyatuan pada ISLAM.


tengoklah video ini sehingga habis.
Semoga Allah memberi kefahaman yang jelas 

 anda penentu masa depan Islam

speechless , hanya mampu beristighfar sepanjang tengok video ni. sedih sangat. kita masih dalam mimpi yang tak sudah, lalai dengan kesenangan duniawi, sibuk dengan masalah dunia yang tak pernah habis.. masing-masing selfish.

keep in the line,stay away from alwahnu dear!

bila ana tengok video ni, ana teringat tentang perbincangan kitab bersama ustaz nazrul nasir tentang risalah ikhlas dan ukhuwah yang dikarang badiuzzaman said nursi kat turki dalam kitab tu ada satu persoalan utama yang ditimbulkan mengapa orang-orang yang memperjuangkan agama sering berpecah dan bertelingkah sedangkan orang-orang yang memperjuangkan dunia senang untuk bersatu tanpa bertelingkah?

punca utamanya ialah ikhlas dan ukhuwah.

orang-orang dunia ni, mereka ikhlas dan bersatu dalam memperjuangkan dunia mereka walaupun mereka dalam bilangan yang sedikit tapi kita orang-orang memperjuangkan agama tidak ikhlas dan tidak bersatu dalam memperjuangkan agama kita walaupun kita bilangan lebih banyak daripada mereka.

sebab apa?
sebab kita cintakan dunia dan bencikan mati.Sedangkan tali pengikat paling utama untuk mengikat dan memelihara keikhlasan kita ia rabithatul maut(ikatan kematian)

wallahuataalaa'lam...sekadar perkongsian.

p/s- Allah berpesan agar kita saling memperingati, bukan Menghakimi 

*Tegur ana jika ana salah ya.

notakaki- Sampah. Ia merujuk kepada nilai. Ada sampah yg wangi, ada sampah yg busuk. Ada yg cantik, ada yg buruk. Namun, bila tidak lagi bernilai orang membuangnya sebagai sampah.

Jangan jadi manusia yg bernyawa tapi tiada nilai :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pengaruh cerita hantu dan seram, menyebabkan ramai orang sukar untuk bangun di tengah malam.


Photo: Sungguh cantik bulan malam ini.. 
Bagaimana agaknya wajah-mu wahai Nabi kekasih Allah..

"Adakah wajah Rasulullah s.a.w. seumpama pedang yang tajam? "Tidak, wajah baginda laksana bulan yang bersinar."

~ Allahumma sholli ala muhammad ~

Sungguh cantik bulan malam ini.. 

Bagaimana agaknya wajah-mu wahai Nabi kekasih Allah..

"Adakah wajah Rasulullah s.a.w. seumpama pedang yang tajam? "Tidak, wajah baginda laksana bulan yang bersinar."

- Allahumma sholli ala muhammad -

Anta shamsun anta badrun
Anta nurun fauqa nur'

notakaki- 
Dalam cerita, malam itu satu perkara yang menakutkan, dan menyeramkan.
sedangkan hakikat nya, malam yang Allah ciptakan sangat mendamaikan, 
sangat menenangkan, buat hati-hati yang ingin bertaubat dan mencari cinta Allah taala.

Allah SWT turun ke langit dunia pada setiap malam ketika mana berbaki sepertiga malam yang terakhir lalu berfirman:

Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya 
dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.” 

(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

***
3 Untaian "rasa' Untuk dikongsi bersama 

Sebaik mana Tadbir manusia, tiada yang dapat melawan HEBATnya Takdir Allah Yang Maha Esa..

Dikala 'keredhoan' manusia yang dicari, Tidak sedar "Murka" Allah yang didapati..

"Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan”

P/S- rasa belum layak amalan untuk di nilai bersih oleh Allah.

jom.

(alKahfi:110)
(alAn'am:162)
(Luqman:22)

semoga Allah terus melihat diri ini dengan ihsan dan cintaNya.T.T


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Seorang Ibu Hamil Bukan Saja Melahirkan Anak Di Tepi Jalan Di Luar Sebuah Pusat Beli-belah, Tetapi Keseluruhan Aksinya Itu Turut Dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV).




London: Kim Leighton, 25, melahirkan anak perempuan, Leanne di laluan kaki lima berhampiran pusat beli-belah Eden di High Wycombe, Buckinghamshire jam 2 pagi baru-baru ini.

Kim dibantu ibunya, Sue, 54. Beberapa pengawal keselamatan dari pusat beli-belah terbabit bergegas ke tempat kejadian dengan selimut selepas mengesan detik cemas itu di CCTV pusat beli-belah itu. 

Pasangan Sue, Paul dan anak lelaki Kim, Lewis yang berusia empat tahun turut berdiri di sampingnya untuk mengalu-alukan kehadiran bayi baru itu.



Kim berkata, dia merancang untuk menunjukkan rakaman video itu kepada anak perempuannya kelak yang turut mempunyai nama tengah Eden sebagai penghargaan kepada tempat bayi itu dilahirkan.


Kim tinggal di pangsapuri berdekatan pusat beli-belah itu. 

Ketika ibunya membantu dia menuruni tangga untuk ke hospital, Kim dapat merasakan bayinya seperti hendak keluar.

Kim berkata: “Ibu saya berkata ‘Tidak, belum lagi’ tetapi saya dapat merasakan dia ingin keluar, jadi saya tanggalkan seluar panjang saya di tepi jalan. Saya meneran dan bayi saya kemudian menggelongsor ke tangan ibu saya. 

“Pengawal keselamatan berkenaan melihat apa yang berlaku di CCTV dan segera bergegas membawa selimut dan menenangkan saya hingga ambulans tiba,” katanya.

“Buat masa ini, tempat lahir Leanne dicatatkan sebagai ‘lain-lain’, jadi saya perlu menjelaskan dan menunjukkannya rakaman video itu. Sungguh hebat kerana aksi itu sangat jelas dalam video terbabit.

“Kawan dan ahli keluarga saya tidak percaya apabila saya beritahu mereka cerita itu,” katanya. - Daily Mail


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO VERSI YES UNTUK BN TERSEBAR DI YOUTUBE.


Video versi YES TO BN tersebar

Hairan... Setelah pulang dari Gaza, ingatkan dia terkesan dengan penderitaan dan kesengsaraan penduduk di sana. Tetapi semakin menjadi-jadi pula pembaziran yang dilakukan sehingga sanggup mengundang Psy untuk menari tarian jahanam sytle.Ingatkan dia masih ada ihsan, rupa-rupanya masih tak keruan.


KUALA LUMPUR, 13 Feb — Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang percaya musuh mereka telah menghantar pensabotaj untuk menggangu sambutan Tahun Baru Cina mereka yang di hadiri oleh Perdana Menteri, lapor Sinar Harian hari ini.
Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata, beliau percaya percaya kumpulan melaungkan perkataan “No” (tidak) ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanyakan kepada orang ramai “Are you ready for BN” (adakah kamu bersedia bersama BN) adalah kumpulan dihantar untuk merosakkan majlis dan memberikan persepsi BN ditolak orang ramai.
“Bukan semua yang hadir melaungkan ‘tidak’,” kata Teng dipetik dari akhbar berbahasa Melayu itu hari ini. “Kita ada rakaman video yang menunjukkan sebahagian besar pengunjung melaungkan ‘ya’ apabila perdana menteri bertanyakan soalan itu beberapa kali.
“Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baju seperti yang disarankan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.”
Beliau menambah sekiranya kumpulan yang melaungkan perkataan “tidak” itu adalah ahli mahupun penyokong BN, ia adalah satu perkara yang membimbangkan.
Sebaliknya penyanyi sensasi pop global dari Korea Selatan Psy, menerima sambutan hangat dengan tarian “Gangnam” terkenalnya.
Video jeritan “tidak” kepada Najib dan “ya” kepada “Psy” tersebar luas di Internet, mengundang persepsi BN mungkin tidak disokong pengundi Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.
BN diperintah oleh Gerakan selama hampir empat dekad sebelum jatuh kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya 2008.
Lim Guan Eng dari DAP diangkat sebagai Ketua Menteri dinegeri yang dilihat kini sebagai kubu kuat PR.
sumber 



notakaki- Ambil pengajaran daripada kata ' Arzalil 'umur' (PIKUN @ NYANYUK @ KEBURUKAN HARI TUA)yang diterangkan dalam A-Hajj ayat 5 :

Rasulullah SAW berdoa agar Allah SWT menyelamatkan Baginda daripada umur yang tua pikun ini dan dimakbulkan oleh Allah SWT.Rasulullah SAW diwafatkan pada usia 63 tahun (mengikut kiraan tahun syamsiah tetapi dalam kiraan umur Qamariah umur Rasulullah SAW ketika wafat ialah 60 tahun).

Apa DOA baginda..?

" Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pada pagi ini dan kejahatan sesudahnya. Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat malas dan KEBURUKAN HARI TUA. Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada seksaan neraka dan seksaan kubur." ~ al Mathurat~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gambar: Ibu Catriona yang telah Allah ambil kembali pinjamannya. -AL-FATIHAH-


Ibu catriona yang telah Allah ambil kembali pinjamannya.
-AL-FATIHAH-


NGERI... beginilah keadaan sebuah kereta jenis Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres di KM 61.8 Lebuh Raya Timur Barat (RTB) Gerik-Jeli berhampiran hentian rehat dan rawat Titiwangsa di Gerik, Perak, awal pagi Rabu. Dalam kejadian 1 pagi itu tiga penumpang maut termasuk ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Abd Rahman.
Inna lillah wainna ilaihi raaji'uun..

Takziah diucap kepada pelakon Catriona Ross atau Cat dan keluarganya atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Siti Zawiyah Ab. Rahman ke rahmatullah, kira-kira jam 1 pagi tadi. 


Berita tersebut dimaklumkan sendiri oleh pelakon ini menerusi laman twitternya dengan menulis,

..

Sementara dalam satu kenyataan di Facebook Cat, memaklumkan arwah ibunya terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Grik. Dipercayai kenderaan yang dinaiki ibunya dilanggar sebuah bas.

Dari FB Catriona Ross : " Perginya seorang ibu yang takkan ada galang gantinya. Buat semua yang mengenali Siti Zawiyah Ab. Rahman, mohon sedekahkan Al-Fatihah padanya. She died in a car crash in Grik setelah dilanggar sebuah bus jam 1 pagi tadi. Pada saudara mara & kenalan terdekat, persilakan ke rumah in Kota Bharu lewat petang nanti."

Al-Fatihah dan takziah.



Semoga Cat dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.


“Saya reda dengan pemergian ibu saya kerana Allah lebih menyayanginya,” kata pelakon, Catriona Ross Bahrain, 32 yang mengesahkan kematian ibunya, Siti Zawiah Ab Rahman, 63 dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, kira-kira jam 1 pagi tadi.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Perletakan jawatan Paus Benedict mengejutkan dunia.




Paus akan meletak jawatan pada hujung bulan ini dalam perkembangan tidak dijangka, mengatakan beliau terlalu tua untuk meneruskan tugasnya pada usia 85 tahun, The Guardian UK melaporkan.

Pemimpin tertinggi Gereja Katolik dunia itu dilaporkan mengumumkan akan mengundurkan diri kerana faktor usia.

Dalam satu kenyataan, Paus berkata: “Selepas beberapa kali mengkaji naluri saya di hadapan Tuhan, saya telah membuat ketetapan bahawa kekuatan saya, disebabkan usia lanjut saya, tidak lagi sesuai untuk perlaksanaan mencukupi bagi kementerian Petrine…

“Dalam dunia hari ini, tertakluk kepada banyak perubahan pantas dan dikejutkan dengan persoalan kaitan mendalami kepercayaan, bagi mentadbir Saint Peter dan mengumumkan Gospel, kedua-dua kekuatan minda dan jasad adalah perlu, kekuatan yang dalam beberapa bulan kebelakangan, telah merosot dalam diri sata sehingga sata terpaksa mengiktiraf ketidakupayaan saya untuk memenuhi secukupnya kementerian diamanahkan kepada saya.”


Beliau menjadi Paus Benedict XVI pada 2005 berikutan kematian John Paull II.

Ia merupakan kematian pertama Paus meninggal dunia semasa memegang jawatan berkenaan dalam era moden.

Pada usia 78 tahun, bekas cardinal Joseph Ratzinger adalah paus tertua yang dilantik dalam sejarah.

Semasa beliau dilantik semasa Gereja Katolik berdepan dengan pergolakan paling hebat dalam beberapa dekad iaitu skandal gangguan seksual ke atas kanak-kanak oleh paderi berlaku.

***
Masa Salman al Farisi mengikut agama Nasrani, beliau sangat taat kepada paderi kerana melihatkan ajaran paderi yang bagus, menggalakkan orang ramai menderma. Tetapi semasa paderi itu mati, beliau terjumpa longgokan harta yang menimbun yang dikumpul oleh paderi tersebut. Ternyatalah paderi itu jahat. Lalu Salman kecewa dengan agama Nasrani dan mencari agama lain sehingga bertemu Islam. 

Zaman sekarang, 'paderi' itu masih wujud. Mereka menggalakkan orang menabung, menderma, tetapi mereka sendiri merampas hak rakyat, menaikkan cukai, membazir dengan cincin 24 juta, no. plat 0.5 juta, Psy 2 juta, menyeksa orang Kelantan dengan merompak royalti minyak. Lebih malu lagi kalau 'paderi' itu dari kalangan orang agama. Ahli kitab seperti itu tetap wujud.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GAMBAR LELAKI DIPERCAYAI MENUNJUKKAN ISYARAT (MIDDLE FINGER) KEPADA RAJA PERMAISURI AGONG.



Nama: LEONG PEI KOE 
No. Kad Pengenalan: 840718-10-5015
Umur: 29 tahun
Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura
Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland,UK (2007)
Alamat: C18-18-9, Serina Bay, Sungai Pinang, Pulau Pinang.

12 Februari 2013


GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.

"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.

"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hatta berkata, suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.

Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat sini berhubung perkara itu.

Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata, tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.

"Kami tidak berpuas hati dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini ke muka pengadilan," katanya.

Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang. - Bernama



Yang Salah Tetap Salah.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


#12.02.1949. MEMPERINGATI 64 TAHUN KESYAHIDAN IMAM HASAN AL-BANNA.


Jauh sekali jika ingin disamakan..
malah, melangit juga jika ingin dibandingkan..
mereka mengerah segala upaya kepada agama..

aku.. masih menghitung-hitung akan sajian demi sajian..
masih mengira-ngira ingin melangkah ke jamiah..
merungut-rungut dengan kerja kuliah..
walhal itulah sepatutnya..

Jauh sekali jika ingin berbicara soal pengorbanan..
baru melangkah dua tiga langkah, sudah mendabik dada
baru masuk satu dua meeting, mengangkat gah kepala
baru merencana satu dua program, sudah declare diri sebagai pejuang..

huh. bodoh sombongnya diri ini..
entah apa matlamat hidup..
jika sehari-hari ibarat daabbah melata di bumi..
beginikah gayanya hati dan amal hamba yg inginkan redha Tuhannya?

muhasabahlah diri.. mereka sudah punya kesaksian di akhirat sana..
aku??



#12.02.1949. MEMPERINGATI 64 TAHUN KESYAHIDAN IMAM HASAN AL-BANNA.

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunanj, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. 

Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri.

Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. 

Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. 

Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. 

Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat.

Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. 

Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. 

Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. 

Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. 

Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. 

Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin, tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul.

Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini. Antara pesan beliau yang terakhir:


"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

sumber: Memperingati 100 tahun Hassan Al Banna


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


USTAZ AZHAR IDRUS: HUKUM MENARI GANGNAM STYLE.



Ustaz Azhar Idrus 

wahai manusia,
sesungguhnya sesama manusia kamu mampu berhelah
dalam melakukan kemaksiatan.

namun,
janganlah sesekali kamu lupa,
maksiatmu itu ada yang Maha Memerhati.

salam hebahan kasih sayang versi saya.

p/s: umat zaman nabi dulu kala,main helah dan bagi alasan dengan Allah taala untuk kaburi maksiatnya.Lalu nabi bagi nasihat dan peringatan, tak dengar juga,Allah bg 'cash' kat dunia.

kita,umat nabi ada peluang banyak.pandai-pandai lah.

haih.
mengeluh lagi

lama-lama cepat jadi tua dengan mengeluh je.

jazakumullahi khairan kathera.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


BN DAN NAJIB - VIDEO Berita Jujur Dari Singapura Mengenai Konsert Psy.


History of Malaysia.

Nak pilih pemimpin berwibawa ke, nak pilih parti?



Renung-renungkan.

notakaki- Setiap orang yang menjadi seseorang, punya support system mereka tersendiri. Ia boleh jadi siapa sahaja. Keluarga, ibu bapa, guru, rakan rakan.
Walaupun saya masih jauh dari perkataan berjaya itu, tapi saya mahu sebutkan di sini, antara support system terbaik saya adalah keluarga dan pimpinan.

Ada masanya, cadangan saya tak masuk akal, bodoh dan seumpamanya. Tapi saya tidak pernah mendapat kritikan seperti

"apa punya idea la macam ni"
"akhawat memang macam ni ek?"
"bajet bagus ke?"
"baik tak payah bercakap"

Terima kasih kepada pimpinan kerana menjadi antara yang membentuk saya menjadi saya yang sekarang. selain dari didikan keluarga yang utama.Terima kasih kerana medan positif yang membantu saya lebih percaya diri. Moga Allah membalasnya dengan sebaik baik balasan!

salah saya, saya tanggung. jadi jiwa besar sikit ok?

untuk rakan-rakan blog yang menyokong saya ,jazakumullahu khairan jaza'!

(moga Allah membalasnya dengan sebaik baik balasan)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TAWAKKALNYA DIRIMU SEMUT.




Suatu Hari, Seekor semut yg comel telah ditanya oleh tuan, berapa banyak makanan yang engkau perlukan dlm setahun? Lalu semut menjawab sebutir gandum..

lalu tuannya pun memasukkan sebutir gandum dan meletakkan semut comel tadi ke dalam botol dan ditutup.. selepas setahun, Tuan tadi bukakan kembali tutup tadi dan terkejut melihat semut tdi hanya makan separuh sahaja gandum.. Maka Tuan bertanya, Wahai semut mengapa engkau hanya habiskan separuh?

Maka berkatalah semut : Demi ALLAH,jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. Tetapi apabila dikurung oleh manusia aku mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku? 

p/s : Malunya kita pada semut  yang tinggi tawakkalnya kpd rezeki Allah


Notakasih : Tribute kasih khas untuk adik Najwa  ^_^
may ALLAH's bless, love, hidayah be with you all the way Fii Aman ALLAH!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Change Of Heart - Muslim Short Film!


I hope you can accept me for who I am.
my weaknesses, my strengths, my ideas, my dreams, my stupid-childish actions, my past, my imperfect sides and everything.



as I am a human being.

notahati- Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu. Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah bagimu”. 

“Ya Allah, aku meminta kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, Kecintaan kepada orang yang mencintaimu, serta aku meminta amalan yang dapat mengantarkan aku kepada cinta-Mu.”


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO : GAMBAR PERSEMBAHAN SHILA PSY DAN ROSMAH DI PULAU PINANG DAN CERITA LAWAK DARI NAJIB UNTUK NAJIB.






Shila Hamzah.





Najib : Are u ready for psy?! 
Crowd : Yes !!!

Najib : Are u ready for bn ?!!

Crowd : Nooo!!!!!!
klik sini




Seramai kira-kira 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk menyaksikan persembahan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ oleh penyanyi pop Korea Selatan Psy.

Persembahan itu dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir bersama anak mereka Ashman dan Nooryana Najwa, tiba pada jam 10.48 pagi dan disambut dengan persembahan tarian singan dan perarakan chingay.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan kecewa sekiranya mendengar perbualan para pengunjung yang memenuhi kawasan belakang padang Kolej Han Chiang semasa sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang hari ini.


Najib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Ramai di kalangan pengunjung memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah. Anggota Umno juga dilihat memakai warna merah seperti warna parti mereka.

Selain itu, ada di kalangan pengunjung yang memakai baju perhimpunan BERSIH.


Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan untuk menyokong Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya di majlis itu, Najib antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Gangnam Psy.

Najib mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut “Ya” dengan bersemangat.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk “BN”.

Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut “Tidak” dan tertawa.

Para penonton juga ketawa apabila Najib menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama “Han Niang”, apabila mengumumkan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada universiti kolej.

Hadirin berkenaan turut ketawa apabila pengerusi majlis menjemput isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyanyi lagu sambutan Tahun Baru Cina.

Rosmah ditemani beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen di atas pentas.
NONE

Malaysiakini

Notakaki- Mencari orang yang jujur kepada agama sama seperti berenang di lautan api. Jarang dijumpai. Para mufti dan ustaz yang berdiam diri terhadap kebodohan, maksiat dan pembaziran yang dilakukan oleh UMNO/BN mungkin bimbang jika rezeki mereka terjejas. Kerana dalam sejarah, arwah Mufti Ishak Baharom (Selangor) telah dipecat atas arahan Perdana Menteri pada masa itu kerana menegur pertandingan ratu cantik. Maklumlah, rezeki ditangan kerajaan. Selain keji, bodoh dan memperbodohkan adalah sinonim dengan UMNO/BN.

BACA SINI  MUFTI SELANGOR DI PECAT KERANA PERTANDINGAN RATU CANTIK.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bahasa Gedik FB Yang Patut Di Beri Pelempang.


Tahukah anda? menggedik tak semestinya dari segi gaya dan suara....bukan setakat sms sahaja. cuba baca sini dari blog yang ohsem seohsem penulis blog buasir otak:Bahasa Budak bangang Hilang akal

malah dari status facebook pun engko mampu menggedik..


kau rasa nak kena lempang lapanplohlapan das ke tulis status FB camni?
ko mampu jadi macam Joyah K-pop ni? Mampu...?

apa-apa pun jom layan status FB dia... 


Last-last dapat feedback dari Joyah K-pop marah sebab post ni. LOL


Ada Yang Nak kena Lempang Tak??


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Orang yang kritik kerajaan, dia kata terkeluar dari ahli sunnah. Dia kritik ulama, tak apa pula.




Orang yang kritik kerajaan, dia kata terkeluar dari ahli sunnah. Dia kritik ulama, tak apa pula. 

[Dr Asri] Mengampu adalah perangai buruk.

notasiku -ideologi yang best dr Dr Asri.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO: Kematian Yang Dicemburui...


HANYA DI SYRIA

Gambar ini menunjukkan dua orang adik-beradik yang berasal dari Halab. Bertempur di dua tempat yang berbeza. Kedua-duanya telah dipilih Allah sebagai syahid pada hari yang sama, hanya beza 1 jam sahaja.

Seorang ibu yang telah menjadi mulia dengan syahid 2 orang anak lelakinya pada hari yang sama di tempat yang berbeza.

Berbahagialah kalian berdua di sana & beruntunglah wahai ibu yang telah melahirkan ahli-ahli syurga.

- Syahid di Dimasyq



- Syahid di Homs




Terdiam dan menitik air mata.

Mereka syahid terjamin syurga tetapi kita ?

Semoga Allah tidak mencampak kita jauh.

Ya Allah, Selamatkan kaum muslimin di Syria..Palestin, Myanmar, dan seluruh dunia..Bantulah mereka, menangkan mereka atas musuh-musuh mereka, Ya Allah limpahkan kesabaran kepada mereka dan kuatkan kaki-kaki mereka, Ya Allah sembuhkan orang yang luka di antara mereka, terimalah yang wafat sebagai para syuhadah, Ya Allah kasihanilah tangisan anak-anak yatim, wanita-wanita yang kehilangan saudara.....AMEEN

Mari menjadi takut. Takut kalau-kalau saudara-saudara kita di Palestine sana, yang terus menerus berkorban segala memperoleh rahmat Allah kesemuanya sehingga syurga terhebat itu telah dipenuhi oleh jiwa-jiwa merdeka berbanding kita yang belum terbebas dari dunia dan tipu dayanya.

Semoga Allah tidak menolak kita jauh.

Bagaimana mahu sentiasa menjadi muslim yang terbaik? 

Nota kaki: Sesiapa yang nak jawab soalan di atas dipersilakan..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Orang Islam Sila Berhati-hati Dengan Minuman ini.




 Diletakkan di rak minuman biasa.. Produk ini adalah dlm kategori young beer. Tanpa alkohol tp dikilangkan oleh Carlsberg....

Sampaikan pesanan ini kpada..
1. Orang Islam
2. Orang kampung 
3. Saudara mara
4. Keluarga
5. Adik-beradik
6. Diri

p/s : DENGAN ISLAM, ANDA PASTI SIHAT!!! :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gong Xi Fa Cai Najib : Happy Chinese New Year everyone! 新年快乐!!




Ahjib Gor's firecracking Gong Xi Fa Cai



从来没有人做过。只有在和平与繁荣的马来西亚

1 MALAYSIA , MEH!





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.