Di pecat kerana pertandingan ratu cantik..




Mufti Malaysia tak sehebat Al-Marhum Ishak Baharom


Alamarhum Dato' Ishak Baharom (gambar) yang pernah menjawat jawatan Mufti Selangor selama 12 tahun telah dipecat daripada jawatannya semasa memegang jawatan Mufti Selangor hanya kerana mengeluarkan pendapat pertandingan ratu cantik adalah haram hukumnya pada tahun 1997.Pendapat beliau itu telah dipolitikkan dan tidak disenangi pemerintah Umno-Bn. Beliau sanggup hilang jawatan demi mempertahankan hukum Allah daripada jadi hamba kepada pemerintah yang jahil dengan hukum agama.

Kini tidak ada lagi para mufti yang sehebat beliau berani tegakkan kebenaran tanpa memihak kepada politik kepartian.Mulut para mufti dah jadi bisu dan takut kepada pemerintah dan biarkan begitu saja tanpa sepatah pun berani buat kenyataan yang boleh menamatkan sengketa politik Malaysia yang jijik dan kotor.

Mereka hanya berani berhujah dan buat kenyataan mengenai hukum poco-poco,nikah kahwin, perkara yang berkait dengan ibadat saja.Bila muncul isu politik dan pemerintahan mereka akur dengan pihak pemerintah.Mulut mereka jadi kelu dan bisu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.Gam kasut cap apa yang pemerintah bagi kepada mereka hingga jadi begitu penakut suarakan kebenaran.Negara kita ada 13 mufti paling banyak dalam dunia untuk satu negara seperti Malaysia tapi mereka tak bersatu hati untuk tegakkan kebenaran dan melawan kezaliman pemerintah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

27 Mei 2012 6:27 PTG

Sedihkan bila hal2 camni terjadi... Dunia dunia...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.