kahwin.. alaaa takpaa!..sekali aje seumur hidup. (mana tahu sekali?)



 

Saya baru melangsungkan perkahwinan, dlm 5 bulan lepas.Duit hantaran 6k. Habis dalam 15-18K. Habis gitu jeeek jadi angin. Termasuklah belanja kawin, hantaran, barang2 asas dalam rumah cth peti sejuk dan mesin basuh dan belanja pergi rumah perempuan. Itu pun barang2 asas kat rumah yang simple aje. Low budget. Nasib baik ada bank untuk rakyat, dapat le duit loan. itu pun lepas lawin ni terasa jugak tercekiknya kena potong gaji. Bagi saya yang baru kerja 4 tahun, nak simpan +/- 400 sebulan untuk simpan duit bukannya senang. Betul tak? dengan duit keta dan lain-lain lagi...... itu pun hujung bulan dah makan burger aje. Rokok pun tak mampu nak beli. Mintak kat member aje.

Pada pendapat saya adat istiadat melayu dan cara hidup masyarakat melayu mempengaruhi terlalu banyak pemikiran masyarakat melayu. Banyak perkara remeh yang lebih diutamakan. Untuk hantaran perkahwinan ala kadar aje dah mencapai lebih kurang 1K. Yang mahalnya bukan barang tapi bunga dan rendanya. Nak cari renda dengan bunga punya le susah, tak sesuailah, tak sama warna lah. Nak tempah jangan harap le. Lagi le mahal. Nak antor 9 dulang aje katanya sikit sangat. Malu lah nanti orang tengok. Kata dek orang. Kenalah anto 11 dulang. Semuanya kena nak isi. Katalah purata sedulang isinya RM50, totalnya dah RM650.00. Bunga telur plak yang paling murah dan elok le sket rupanya harganya RM1.20, itu pun kena cari dekat Nilai 3. Kenalah beli lebih kurang 50 batang. Habis lagi RM 60. Tapi kalau kite ceritakan perkara ni pada orang perempuan mereka akan kata ala... Sekali aje seumur hidup!

Lagi satu, pihak keluarga perempuan. Belanja kawin 6K sepenuhnya digunakan untuk buat kenduri. Pada pendapat saya kalau budget untuk kenduri tu sikit kenapa nak juga buat kenduri besar? ada karaoke lagi? Dan gunakan duit hantaran dari pihak lelaki plak tu. Alangkah baiknya kalau duit tu digunakan untuk kehidupan anak perempuan lepas kahwin. Setidak2nya ringanlah sikit beban. Mana lebih berbaloi gembira 1 hari dari gembira berhari-hari atau berduka sehari dari berduka berhari hari . Nasib saya baik. Belanja kenduri di rumah saya ayah yang tanggung. Buat kecil kecilan aje, tak de pelamin, tak de karaoke, Cuma pakai baju pengantin aje sambut tetamu. Meriah jugak, ramai jugak orang datang. Tetapi saudara mara akan kata alaaa...!sekali aje seumur hidup, apa salahnya.

Baju pengantinnya plak paling kurang pun kena sediakan RM500. Itu pun dapat sepasang baju pengantin dengan sorang mak andam yang andamannya kononnya menjadikan lebih cantik dari biasa. Betukker? Masa tu sibukla orang pempuan kata ada seri lah. Kalau tak de seri, mak andam dipersalahkan katanya mak andam ‘amik’ seri? Sampai sekarang saya sendiri tak tau seri pengantin tu macam mana J . Kalau yang sewa photographer dan posing ala-ala model tu, kalau tak de 1K keatas jangan mimpilah. Saya pada mulanya tak mau sanding menyanding ni. tapi pihak pempuan cakap, alaaaa! sekali aje seumur hidup, kami nak tengok..Nasib baik sewa baju dengan mak andam aje tak yang lain.

Bertunang plak, kena sediakan belanja untuk hantaran dan cincin. Biasanya majlis ni dibuat berasingan dengan majlis kawin. 2 kali kena kuar duit. Saya bernasib baik majlis tu dijalankan pada hari yang sama, jadi selamat duit hantaran sket. Tapi duit cincin kena jugak. Kena beli cincin kawin dengan cincin tunang, Terbang jugak la RM650. Itu pun beli kat kedah Ah Seng. Kalau kat Habib atau Poh Kong, maunya 2 kali ganda. Kalau beli satu cincin aje tak boleh ke? Tapi orang pempuan kata alaaa! sekali aje seumur hidup, itu pun nak berkira ke?...

Nasihat saya kepada bakal pengantin dan lelaki bujang, janganlah rasa takut untuk berkahwin. Seronok berkahwin ni. Ia akan mematangkan anda. Dari kesunyian seorang diri, anda akan berteman. Bertemankan saorang isteri yang baik dan jujur anda akan rasa sungguh bahagia. Hati anda akan tenteram. Lain rasanya dari bertemankan rakan-rakan kita. Alhamdulillah saya dikurniakan isteri yang baik dan menghormati suami. Kepada bapa2 ketua keluarga dan ibu2 bakal mendapat menantu janganlah membebankan anak dan bakal memantu kita dengan perbelanjaan yang melebihi had kemampuan mereka. Keputusan ditangan anda. Bantu dan bimbingilah mereka membina rumahtangga bahagia bukannya menambahkan lagi beban mereka. Kepada bapa2 juga, tengok2kan lah anak kita semasa menyarung baju pengantin, takut2 yang lelakinya diapakaikan rantai emas, yang perempuannya hilang tah kemana tudung kepala. Berbaloikah anak perempuan kita yang hari biasa memakai tudung litup, tapi dihari perkahwinannya aurat dipertontonkan kepada orang ramai. Wahai isteri kesiankanlah kepada si suami, selepas mendapat pahala menikah, kena pula menanggung dosa aurat isteri. Jangan sampaikan ada yang berkata alaaa takpaa!..sekali aje seumur hidup. Raja sehari kenalah macam tu.

ada bangkangan?

pengalaman seorang hamba Allah (dari forward e-mail)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

31 Mei 2012 pada 6:49 PTG

fuhh.tak saba nak kwen ni.
ngee~

31 Mei 2012 pada 9:37 PTG

bnyk nk kena belanja kan,,tp tulah,,yg penting buat ikut kemampuan,,jgn menyesal plak pas kawin,,ala itu tak buat ini tak buat,,sbb nk control budget,,,yg penting sama2 setuju,,;)

1 Jun 2012 pada 9:05 PG

belanja kawen rm1k-rm2k sudah cukup.
yg lebih boleh buat honey moon tmpt best2
yg lebih boleh beli perkakas rumah
byk nk guna duit woo lepas kawin
(berhutang ??? alahai hidup bakal terjerat)

tp ... problem

bile kenduri simple
parents biasanya akan guna
"nanti apo sedara/jiran/kenalan kata ... mana nak letak muka kami"

layander

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.