kenapa syaitan menolong orang buta itu yang ke 3 kali




Ada seorang buta yang rajin dan tekun solat berjemaah di masjid . sehingga siap ada tali bagai yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.


Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab "Aku adalah syaitan."


Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. 

Syaitan menjawab "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu."


Ce Lihat.. dan fikirkanlah.. kalau tak boleh jugak ce tampar laju2 sikit pipi yang gebus tu..
penat lah pk.. takleh tak pk.. kene pk gak.. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami... dan katakan bahawa betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. kalau solat subuh masya allah! besar pahalanya..

Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal... 

~wallahualam~

anda..?? ye laa anda yang membaca termasuk dengan penulis nie sekali ..

pulak bagaimana ye?

*moga tidak tercampak  jauh...selamat malam ..tidur dalam iman...

amiin..yarabbal alamin..



~wallahualam~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

30 Mei 2012 pada 7:55 PG

alhamdulilah..suke bc cite nie..=)

30 Mei 2012 pada 8:15 PG

insaf. huu T.T

31 Mei 2012 pada 10:57 PG

ya Allah. ampunkan dosakuu.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.