wahai wanita Inilah DIRIMU Dari Dahulu Hingga Sekarang..!




Wanita adalah seindah ciptaan Allahi,
Yang diciptakan buat insan bernama lelaki,
Alangkah indahnya wanita seindah mawar berduri,
Mengembang wangi terpelihara suci,

Malumu perisai diri,
Melindungi diri dari fitnah duniawi,
Terkadang malumu jadi pemikat hati,
Memikat si pencari cinta sejati,

Indahnya wanita memelihara diri,
Menarik mata si lelaki imani,
Memenuhi laman jiwa insani,
Itulah wanita contoh mithali;

Berdirilah wanita sebagai pembentuk ummah muhammadi,
Moga tersemi Ad-deen Islami di alam ini,
Menjadi peneguh hati para pejuang jihadi,
Itulah wanita dahulu hingga kini.

~Rosi Al-Ya'kubiyy~
...

:::Fakta Wanita Sebelum Kedatangan Islam::

1. Zaman Fir'aun.

Wanita di zaman Fir'aun berbeza masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang lain. Di zaman ini mereka mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan kadang kala mereka terima melebihi lelaki. Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno anggap kaum wanita lebih sempurna dari kaum lelaki. Contohnya Ratu Hatsyebsut – memerintah Mesir selama 22 tahun. Di kalangan raja dan pembesar pula, mereka mengamalkan poligami tetapi tidak mengamalkan pemberian hak yang sama pada isteri-isteri mereka. Ini merosakkan hubungan antara lelaki dan wanita.

2. Zaman Yunani.

Bangsa Athena Kuno sangat memandang rendah pada wanita. Wanita seperti barang perhiasan yang boleh dijual beli di pasar. Pada mereka, kaum wanita adalah jelmaan syaitan yang jahat dan kotor. Kaum suami mempunyai hak sepenuhnya ke atas isteri.

3. Zaman Romawi.

Zaman ini lebih teruk dari zaman Yunani di mana kaum lelaki menyusun suatu undang-undang menyatakan kaum wanita tidak memiliki jiwa kemanusiaan, oleh itu wanita tidak dibangkitkan di hari akhirat. Selain dari itu, kaum wanita dilarang makan daging, ketawa malah kadang kala dilarang berbicara. Pada mulut wanita dipasang kunci "muzelir" agar tidak berbicara. Kekejaman mereka melebihi batas sehingga ada tradisi yang memberi hak kepada suami untuk membunuh isteri. Undang-undang ini diberi nama "Noema" di mana suami boleh membunuh isteri dan menyerahkan isteri kepada orang lain.

4. Negeri China.

Pada zaman dahulu hingga abad ke-15, isteri para kaiser akan turut dikuburkan bersama suami yang mati, malah ramai wanita dipaksa membunuh diri. Tradisi ini juga dipakai oleh bangsa Skandinavia pada abad-abad pertengahan.

5. Negeri India.

Pada pertengahan abad ke-20, janda dilarang berkahwin. Dalam adat suku kaum Tuda, pengantin perempuan mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara ini berakhir setelah suami meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita.

6. Farsi.

Menurut agama Majusi, kedudukan wanita sangat hina. Wanita dianggap sebagai pangkal kejahatan dan kemurkaan dewa.

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada masa dua abad sebelum Islam, di Perancis, sebahagian masyarakat mempersoalkan, apakah wanita itu haiwan atau syaitan? Namun dengan kedatangan Rasulullah SAW, Islam telah berjaya menyelamatkan kaum wanita dari kezaliman. AlhamduliLLAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

31 Mei 2012 pada 12:23 PG

Alhamdulillah kita adalah wanita selepas kedatangan Rasulullah saw.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.