Baik Sungguh Akhlaknya Tapi sayang Dia Bukan Islam.


Tak de orang melihat air mata kita
Tapi Allah tahu setiap titisan yang jatuh ke bumi

Allahurabbi.

Photo: Tak de orang melihat air mata kita
Tapi Allah tahu setiap titisan yang jatuh ke bumi

Allahurabbi.
Air mata itu sebenarnya yang menguatkan kita.Bagai air yang menyuburkan tanah,yang mensucikan kotoran dan juga air yang mengalir di lautan memberi ketenangan. dan air yang mensucikan diri kita untuk mengadap Allah taala.

Biarkan air mata tu,andai ia kunci kekuatan jiwa.

Moga Allah tiupkan kekuatan pada kita.

How are you? 

Alhamdulillah, I am all good ^_^.

I have told some people about this, my close friends and I tweeted too. I am sorry kalau korang macam terpaksa dengar sekali lagi kalau korang terbace post ini. Bagi orang yang dah pernah dengar, sebelum korang sambung, better stop sampai sini.



I have always like this one lecturer ini. Dia pernah ajar sekali dua masa second year and also in 4th year too. Although, he looks serious but I kinda like attending his lecture cause dalam lecture, he would explain properly about what he has stated in the lecture notes.


Some things he did that impressed me a lot are: 
 
1. He as a Rheumatology Consultant, made a tea and pass it to his Senior House Officer. So far, tak pernah langsung jumpa Consultant buat tea untuk orang bawahan dia.Memang masa itu rasa like, "Wow! His values."

2. He developed a very good rapport with the patients. Dia siap tahu few words in Urdu sebab mostly patient sini from Pakistan, India, Benggoli. I was like, waa, he bothered to know some words in that language.


3. In clinic, he insisted to walk and call up the patients names by himself where else I do not mind at all doing that for him. Dia cakap, "You sit and let me do it". Some other doctors lagi happy if I m doing all those things but with him, no. Dia tak mahu susahkan orang.

4. He was drinking a tea in front of me and felt so bad without making me one. So he went to the kitchen to make me one. Time itu rasa masyaAllah.


Akhlak dia sangat baik tapi sayang dia bukan Islam, dia tak lakukan kerana Allah. And time itu rasa macam, mat saleh belajar good manners from ethics, kita orang Islam, punya Rasulullah, contoh tauladan terbaik and punya akhlak Al-Quran, siap belajar dari sekolah agama pun kita gagal nak punya akhlak yang baik. :(


Anyway, then after my very last clinic, he said to me that he wants to make me as his mentee to make sure I will do well in medical school. Time itu rasa macam yeay alhamdulillah. hehe. Sukelah kann bila your favourite consultant cakap macam itu.


Then, yesterday, Emy texted me telling that this Consultant asked Emy if she knows me.*Emy is on her rheumatology rotation under him. He also said to Emy that I reminded him to his child and dia rasa nak adopt me jadi daughter dia je. Bila Emy told me that, terjawaplah segalanya. Patutlah.


No wonder he treated me so well, I seriously feel like being treated as his own daughter. Haha! Sorry. I am just being excited.


Saya berdoa and sangat berharap sekiranya dikurniakan kudrat, kekuatan dan kesempatan, I want to get to know him better and berharap sangat sekiranya Allah memberikan saya peluang untuk mengenalkan dirinya kepada Islam. InsyaAllah. Doakan semua please?. 

Amin ya Rabbal Alammen.


Tapi insyaAllah apa apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. insyaAllah. :) Yakin !. Allah Maha Mengetahui.
Also, marilah kita sama sama mempertingkatkan Akhlak masing masing kerana Allah.insyaAllah! :)

Aku speechless. Then, ... Alamak, aku dah mengantuk. Mata pedih.hehe. Sorry sangat. Tak boleh nak sambung. Esok subuh siapa nak kejut kalau tidur lambat sangat. Good night. Babai. Wassalam

Notakaki- OH! Aku bukan budak skema. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Isu Anugerah Skrin 2012-Ustaz Azhar Idrus jawab.


Respond Segera Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Berhubung Kata-Kata Yang Diungkapkan Oleh Rosyam Noor Di Anugerah Skrin Malam Tadi..



Lidah memang tidak bertulang, tetapi tajamnya melebihi pedang.

Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?

 [Hadis Riwayat At-Tarmizi]

Berhentilah daripada menggunakan slogan-slogan naif yang mempamerkan Islam itu sebagai agama yang eksklusif, rasis dan jumud. Kalian hanya membawa fitnah kepada Islam dan melambatkan kemenangan Islam. Buang slogan 'melayu sepakat Islam berdaulat'. Slogan yang benar ialah 'Kuat Islam, kuat ummah'

Notakaki - Ustaz Zamri pesan suruh tengok cerita Kiamat Sudah Dekat dan belajar ilmu ikhlas.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


khabar celaka.




laknat ke atas yahudi dan munafiq!!

Sejak akhir-akhir ini, saya perasan khabar dari Palestin tidak lagi wujud di dada-dada akhbar. Hairan. Mustahil tidak berlaku apa-apa. Saya turut tidak berkesempatan melihat berita-berita mengenai saudara-saudara kita di internet.

Sungguh.Khabar dari Palestin sunyi akhir-akhir ini. Dunia tampak tidak curiga. Tidak cuba untuk menyiasat. Tidak cuba untuk berprasangka. Disangka sudah amankah bumi Palestin ini?


Alhamdulillah ada yang menyedarkan saya pagi ini. Hari-hari yang saya lalui dengan penuh harmoni dikejutkan dengan khabar celaka mengenai pembunuhan  syahid Hamid Abu Daqqah, 11-tahun dari bandar Abasan, yang meninggal dunia selepas ditembak pesawat helikopter Zionis!

Ya. Itu yang saya dengar dan saya terus membuka laman infopalestina. La haulawala quwwata illa billah hil'aliyyil'adzim..

Laknat Allah ke atas mereka. Laknat Allah ke atas mereka. Laknat Allah ke atas mereka.

Innalilaahi wainailaihi raajiuun.

Setakat ini menurut laporan infopalestina, sudah lebih 700 mujahid Hamas di dalam penjara Fatah di Ramallah. Kebanyakan yang ditangkap adalah mantan tahanan penjara Israel dan buruan zionis.


Bukankah janji Allah itu pasti?

Apa yang berlaku di Palestin kini bukan sahaja membantu zionis malah mereka sendiri yang membunuh mujahid-mujahid dengan kedua tangan mereka.

Semoga laknat Allah ke atas mereka. Semoga laknat Allah ke atas mereka. Dan semoga laknat Allah ke atas mereka.

Ya Allah hancurkanlah kaum yahudi, munafiq dan musyrikin yang dzolim. Wahai Tuhan yang di tanganNya kerajaan langit dan bumi, sesungguhnya apa-apa yang berlaku di atas muka bumi ini semuanya di bawah pengetahuanMu, di bawah penyusunanMu. Maka ampunilah kami andai kerana kelalaiaan kami, kerana dosa-dosa kami, kerana kemewahan kami saudara-saudara kami diuji sedemikian rupa..Hanya kepada Engkau kami adukan kelemahan kami. Hanya kepada Engkau kami mohon kekuatan. Bantulah kami. Bantulah kami. Bantulah kami Ya Allah, pemilik setiap hati-hati kami.


Apakah yang akan saya jawap di muka pengadilan Allah nanti? Ketika saudara-saudara saya meminta bantuan, saya leka menonton televisyen. Senang dengan hiburan. Lalai dengan khayalan. Apakah sudah cukup sepotong doa tanpa penghayatan yang saya ucapkan setiap kali selepas solah sahaja?Atau sumbangan kuman kecil yang terus-terusan diingati?

Cukupkah hanya dengan itu?

Allah...Allah...



kanak-kanak Palestin syahid Hamid Abu Daqqah, 11-tahun dari bandar Abasan, yang meninggal dunia selepas ditembak pesawat helikopter Zionis.

gambar dibawah.

 Gambar di sebelah kanan- rumah mayat sebuah hospital di Khan Younis di selatan Gaza
November 8, 2012.


Photo: Death of Palestinian Child Hemaid Abu Daggah from Gaza

Hamid Younis Abu Daqqa died after Israeli forces targeted houses and farms east of Khan Younis, according to Ashraf al-Qidra, a medical spokesman in Gaza. 

Medics said the boy was hit by machine gun fire from Israeli helicopters or tanks that took part in the incident.

lihat sini

dan

We will never forget Fares Odeh.Dia mujahid kecil.




Saya tanya pada diri. Tahu jawapannya tidak cukup. Tetapi apa lagi yang telah saya lakukan?
Mengapa payah benar untuk menghadiahkan ingatan yang berterusan terhadap perjuangan mereka? Mengapa payah benar untuk merasai cemburu dengan kesyahidan yang telah mereka raih? Mengapa payah benar untuk saya istiqamah dalam keseriusan merasai kehilangan kegemilangan ummah?Mengapa payah benar untuk saya merasai kegentingan kehilangan Islam dalam masyarakat melebihi kerunsingan seorang ibu kehilangan anaknya?

subhanallah !saya dapat rasakan keperitan apabila saya kehilangan seorang ayah yang saya sayangi..

perasaan mereka-mereka ini pula?


Photo: A Palestinian mourns the death of Ahmed Abu Dagah, who was killed by gunfire from Israeli forces, at the morgue of a hospital in Khan Younis in the southern Gaza Strip November 8, 2012.


Saya terus menerus menyoal pada diri. Tanpa pernah ada usaha untuk menyelesaikannya.






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jangan bermain dengan perasaan.


sungguh selepas pemergian abi saya pernah berkata begini..."Entah... sejak Abi meninggal dunia, saya tak ada mood nak hidup..


ummi menasihati saya .."Bukan berpisah selama-lamanya, cuma abi pergi dahulu menyambut panggilan Ilahi. Dan kita pasti akan menyusuri pemergiannya nanti."

Al Fatihah untuk arwah abi tersayang ( 21 mei 2012). 


InsyaAllah, semoga bertemu di syurga. 


 Hati..


Akhir-akhir ini, saya perasan yang saya tidak punya hati..

Bukan hati yang bewarna merah dalam tubuh manusia itu. Tetapi hati yang hadir setiap kali menjelajah kekhusyukan pertemuan dengan Allah, hati yang bersama saat menatap baik-bait kalam Allah dan hati yang turut serta pada setiap pengkhabaran kematian. Ya, hati yang punya rasa cinta, rindu, harap dan takut kepada Allah..

Itu yang saya maksudkan..

Saya teringat surat seorang pemuda kepada asSyahid Imam HAB yang mengadu kepada beliau tentang masalah ini. Sungguh. Masalah ini adalah masalah yang berat.

Semoga Allah tidak menolak saya tepi..Saya sangat takut itu.

Doakan saya, semoga saya menemui semula hati yang hilang..


Sesuatu tentang pastinya MATI

saya kongsikan ini


Allahurabbi...


Tatkala Iman yang turun naik..




Semoga hati ini sentiasa tetap di atas jalan yang Allah redha..

amin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Antara 2 pertuduhan terhadap Ahmad yang didakwa menghina Sultan Johor


Ahmad mengaku tidak bersalah hina Sultan Johor, dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000



Penyokong Ahmad Abdul Jalil semasa perhimpunan aman menggesa pembebasannya, yang hari ini didakwa menghina Sultan Johor di Facebook. — Gambar oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Ahmad Abd Jalil didakwa di mahkamah Johor Baru hari ini dengan dua pertduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia di atas dakwaan menghina Sultan Johor di Facebook dan bakal menghadapi denda RM 50,000 dan penjara maksimum setahun atau jika disabitkan kesalahan.

Menurut peguamnya Mohd Radzlan Bin Jalaludin, selepas selesai proses jamin, Ahmad dibawa oleh keluarganya ke Kuala Lumpur.

“Ahmad telah didakwa diatas dua pertuduhan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Beliau mengaku tidak bersalah dan diikat jamin dengan RM5,000 bagi setiap pertuduhan,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider petang tadi.Pertuduhan pertama berbunyi:

“Bahawa kamu pada 10hb Oktober 2012, jam lebih kurang 6.00 petang di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontigen Johor di dalam Daerah Johor Bahru Selatan, didalam Negeri Johor Darul Takzim, telah memuatnaikkan satu status di akaun Facebook yang didaftarkan atas nama Zul Yahya yang tertera perkataan menghina DYMM Sultan Johor dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta yang sama.”Pertuduhan kedua pula berbunyi:

Bahawa kamu pada 21 Oktober 2012 jam lebih kurang 3.00 petang di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Jalan Bacang, Kampung Pasir, Tampoi di dalam Daerah Johor Bahru Utara, di dalam Negeri Johor Darul Takzim telah memuatnaikkan satu status di akaun Facebook yang didaftarkan atas nama Zul Yahya yang tertera perkataan menghina DYMM Sultan Johor, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta yang sama.Beliau telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku tidak bersalah.

Seorang lagi peguam Ahmad, Haijan Omar memberitahu The Malaysian Insider bahawa sebutan kes ini akan didengar pada 28 November 2012 di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Johor Bahru.

“Peguam Ahmad, En Radzlan akan membuat bantahan awal terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Tuan Zamri Bin Bakar pada hari tersebut,” katanya lagi.Ahmad, juruukur kuantiti berusia 27 tahun telah ditangkap di pejabatnya di Cheras pada 2 November oleh polis Johor kerana didakwa menyiarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap Istana Johor di Facebook.

Semalam, Timbalan Pengarah CID Johor Asisten Komisioner Nor Azizan Anan menafikan Ahmad dipaksa untuk membuat pengakuan jenayah semasa berada dalam siasatan polis.

***


faham kan..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 Lessons from Einstein


Bahan usrah untuk esok, mengupas tips-tips kejayaan dari Einstein. 

10 Lessons from Einstein



1. Follow Your Curiosity “I have no special talent. I am only passionately curious.”

2. Perseverance is Priceless “It’s not that I’m so smart; it’s just that I stay with problems longer.”

3. Focus on the Present “Any man who can drive safely while kissing a pretty girl is simply not giving the kiss the attention it deserves.”

4. The Imagination is Powerful “Imagination is everything. It is the preview of life’s coming attractions. Imagination is more important than knowledge.”

5. Make Mistakes “A person who never made a mistake never tried anything new.”

6. Live in the Moment “I never think of the future – it comes soon enough.”

7. Create Value “Strive not to be a success, but rather to be of value.”

8. Don’t be repetitive “Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results.”

9. Knowledge Comes From Experience “Information is not knowledge. The only source of knowledge is experience.”

10. Learn the Rules and Then Play Better “You have to learn the rules of the game. And then you have to play better than anyone else.”

Source: Dumb little man

*******


sedikit pengkongsian.. 

Apa yang dikongsikan di sini, untuk mengingatkan diri kita khususnya diri orang yang type ini.

Jika anda belum sedar atau belum tahu, musuh sebenar kita bukanlah Yahudi atau Nasrani tetapi syaitan. Malang bagi mereka yg paranoid dengan gerakan missionary Kristianisasi atau Freemason Yahudi. Dakwah adalah kerja mereka juga, lalu apa kerja kita? Mengumpat, mencela sini sana hingga terlupa tanggungjawab bersama.

kesian..

Manusia sepatutnya bertanya kenapa ibadahnya tidak menghasilkan manusia yg bermanfaat dan berkualiti. Ini kerana manusia lupa bahawa mereka adalah 'abid (hamba) yg perlu mempunyai sifat 'ubudiah (rasa kehambaan, takut dan harap). Kita bersolat dengan 'ubudiah atau riak/takabbur atau tanpa apa-apa rasa. Jika air sifatnya lembut, maka 'abid sifatnya 'ubudiah. Cuba lihat dan periksa balik amal ibadah kita, adakah disertai dengan sifat 'ubudiah? Kalau tiada, maka tidak hairanlah manusia itu tak berguna walau dia Islam sekali pun.

Berapa ramai manusia yg masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun.
-Imam asy Syafi'e-

:'(

Post ini bukan lah sekadar nak mengingatkan readers je  tapi paling utama mengingatkan tuan punya blog yang bernama Si Pipi Merah ini. Semoga sama sama mengambil pengajaran dan menambahkan amalan dengan berdoa dengan penuh perasaan dan pengharapan bukan sekadar menadah tangan, menaburkan perkataan perkataan yang kite sendiri tidak menghayatinya.

InsyaAllah. 

ilaliqa.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


(Video) Lelaki Ini Tolak Nenek Tua Keluar Bas Kerana Lambat Tekan Loceng Di Singapura


Alex Ong 



Adakah ini satu perkara yang anda sebagai anak muda patut buat pada seorang nenek tua? Seorang lelaki yang bernama Alex Ong yang begitu marah dengan tindakan seorang nenek yang berusia 76 tahun kerana lambat menekan loceng. Selepas memarahi nenek tersebut, Alex tak tahan dengan jawapan dari nenek tersebut dan kemudian menolaknya keluar bas di sekitar Upper Thomson Road.

Alex kemudian langsung tak mendengar teguran orang lain di dalam bas dan terus melepaskan geram di dalam bas tersebut. Dia kemudian muat naik satu Note ke Facebook untuk menerangkan perkara tersebut tetapi orang ramai tetap rasa dia yang salah. Apa komen korang selepas tengok video dan baca Notes tersebut?







walauapapun alasan dia.... rasanya memang sangat tidak patut berkasar dengan orang tua dan lemah. Bagaimana agaknya dia melayan ibunya... dan lagi dia pasti ke orang tua tu akan mati dulu dari dia.


berbuat baik pada orang yang lebih tua dan lemah.

Jika hari ini kita berbuat baik, belum tentu esok atau lusa kita akan mendapat kebaikan itu semula. Bahkan belum tentu seumur hidup kita akan merasa kebaikan yg dihulurkan. Tetapi Allah simpan kebaikan tersebut untuk diberikan kepada anak-anak dan keturunan kita agar mereka menjadi orang soleh/solehah. Jika kita sedar akhirat adalah tujuan kita, maka pasti kita melabur saham dengan kebaikan di dunia ini. Jangan sedih jika manusia tidak menghargai kebaikan kita, kerana Allah tidak pernah lupa.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Islam adalah cara hidup kita atau di IC sahaja?



Status FB ana hari ini. sekadar pengkongsian bersama. 

Setelah sekian lama kita bergelar Islam, tetulis di kad pengenalan kita jelas perkataan ISLAM . Entah berapa lama kita ambil masa untuk mencari jawapan.

Nikmat yang besar dalam hidup kita, Iman dan Islam. Allah berikan pada kita dengan mudah, tanpa melalui kepayahan, namun, apa tanda kesyukuran kita?

Syukurlah dengan nikmat Allah ini, dengan mencari jalan untuk memahami apa sebenarnya Islam.
Islam bukan sekadar solat, puasa, haji dan sebagainya,

tapi Islam adalah cara hidup kita.

alhamdulillah..

Kita rasa, banyak benda dalam dunia ni mustahil atau mat salleh kata "impossible"

tapi hakikatnya, Allah Maha Berkuasa. Maha Mengatur, Maha Mengetahui

Think postitive, Yakin dengan ALLAH ta'ala

"Aku menurut sangkaan hambaku..."

Masa kita berdoa, jangan ragu-ragu, yakinlah Allah akan makbulkan, tapi dengan aturan yang terbaik

Semasa kita bertawakkal, menyerahkan segala urusan pada Allah, senyum dan yakinlah, Allah akan corakkan yang terbaik untuk hambaNya yang di cintai

Allah Allah, Dekat nya Allah dengan kita

Pernah ke kita terfikir, yang hari ini kita akan berpijak di tempat yang kita sedang berdiri ini?


Alhamdulillah,

inilah aturan Allah Yang terbaik.

Buat adik-adik yang menempuh SPM dan STAM
yakinlah dengan Allah ta'ala, mintalah dariNya, insyaAllah dia akan mengatur jalan hidup yang terbaik untuk kalian

Untuk yang dah berada di universiti, even kita dah failed dalam 1st exam,
kita masih boleh berusaha dan mintak dari Allah untuk next exam walaupun kita rasa mustahil, tapi Allah kata "jadilah, maka jadilah"

Keep on trying, keep on praying

My favourite quote now,

" If Allah brings you to it, He will bring you through it"

 Allah, bagi kekuatan kepada hamba-hambaMu yang beriman.

Allah ajar saya hari ini;

"dan mohonlah pertolongan,dengan sabar dan solat...."

waktu terbaik untuk buat sesuatu keputusan adalah selepas solat,
sebab waktu itu,hati kita tenang

insyaAllah, masa itu adalah keputusan yang terbaik dan rasional

solat.duduk.tenang.

Moga Allah bagi petunjuk.

Bismillah.

Islam tak perlukan kita, kita yang perlukan Islam.Dakwah tak perlukan kita, kita yang perlukan dakwah.
Allah tak perlukan kita, kita yang perlukan Allah.Islam, Dakwah dan Allah takkan rugi apa2 pun..
Kita lepaskan genggaman ini, kita rugi.

So, you choose!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Waheeda Bakal Kembali?Apakata suaminya Akhil Hayy?



Waheeda Bakal Kembali Ke Dalam Dunia Hiburan



KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Wasinni, Waheeda bakal kembali aktif di dalam dunia seni selepas mendapat izin daripada suaminya, Akhil Hayy.


Namun, Waheeda bukannya kembali sebagai penyanyi, sebaliknya sebagai komposer dan pencipta lirik.

Dalam temubual bersama portal Murai.com, suaminya, Akhil berkata, penglibatan isterinya dalam bidang itu lebih menjurus kepada aktiviti belakang tabir.

******




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SELAMAT PENGANTIN BARU FARID DAN DIANA.





diana danielle

diana danielle


diana danielle


diana danielle

diana danielle

diana danielle

diana danielle

diana danielle



diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana daniellediana danielle>
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle




Diana Danielle Danny Beeson, 21 dan Farid Kamil telah selamat menjadi suami isteri di majlis pernikahan mereka yang berlangsung lebih kurang pukul 9.12 pagi ( 3 november 2012 ) tadi. Majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Daniella telah diadakan di taman Hotel Flaminggo.

Dimajlis itu Diana Danielle menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan hantarannya ialah 20,000 nilai emas serta menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.Upacara pembatalan air sembahyang telah disertakan dengan sebentuk cincin berlian.


Diana Danielle dan Farid Kamil dimajlis pernikahan mereka



Baju pernikahan Diana Danielle rekaan Wanpa .

Hantaran pengantin lelaki kepada Diana ialah telekung & Al-Quran, cincin Tiffany & Co, sireh junjung, dan wang tunai & cincin.

Hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah set wangian Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah polo, mini bike Kawasaki KSR 1000, sireh junjung, manisan dan foto album.

Diana Danielle telah mengenakan busana rekaan Wanpa (Diana Danielle) dan Andy (Farid Kamil) dimajlis pernikahan mereka.


Farid Kamil ketika acara akad nikah


Diana Danielle di atas pelamin ketika majlis akad nikah

Majlis akad nikah itu telah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012 manakala majlis sambut menantu pula akan berlangsung pada 12 Disember di Jitra, Kedah.


Acara membatalkan air sembahyang Diana Danielle Dan Farid Kamil


Diana Danielle Dan Farid Kamil sudah sah menjadi suami isteri






"Barakallahulakuma wajamaa' bainakuma fikheir...".

sumber


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.