Orang yg bersolat belum tentu baik ?





Catatan usrah hujung minggu ~


@raudhatul Ulum..


Bismillahirahmanirrahim....

Orang yg bersolat belum tentu baik.

Sebab.. 

susah mencari manusia yg jujur dalam dunia ini, apatah lagi yg jujur kepada agama.

Kerana itu Allah telah mengingatkan dalam surah al Ma'un, 'celakalah orang-orang yg bersolat.' 

Jadi jangan kecewa apabila kita lihat orang buat jahat/maksiat walaupun bersolat, kerana Allah dah bagi amaran pun. Tetapi solat itu penting untuk menjadikan manusia baik. Maka orang yg baik akan sentiasa menunaikan solat.

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku. (Toha 20:14)

Orang yg bersolat belum tentu baik, tetapi orang bersolat untuk jadi baik. Orang baik yg bersolat atau orang solat yg baik?
Malas dah nak fikir.

Kadang-kadang ana sangat takut melihat masa depan. Tetapi untungnya Allah menjadikan masa depan itu perkara ghaib yg tidak diketahui manusia agar manusia sentiasa bergantung pada-Nya. Manusia yg bergantung pada Allah, Allah akan memeliharanya sebaik mungkin. Jika senang, Allah limpahkan rahmat-Nya. Jika susah, Allah hamparkan kasih-Nya. Keep the faith, said Jon Bon Jovi... :p

************************

Susah amik medik nie..  Setiap malam ana menangis. Tapi kata Tuhan, 'Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.' (al Balad 90:4). Kata Ustaz Khairul, 'orang yg tak merasai susah dalam hidup, dia sebenarnya mati.' Kita mahu senang, tetapi kita tak mahu mati.

Sungguh, kita terkena penyakit wahan (cintakan dunia, takutkan mati).

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” (Al-Balad : 4). Maksudnya, dia berada di dalam bersusah payah sejak dia dilahirkan. Sejak lahir manusia sudah keluar menangis. Ini pertanda bahwa di dalam hidupnya dia harus menjawab segala macam ujian.

moga tidak tercampak jauh... 

kena usaha agar jadi baik, dan seterusnya berdoa agar Allah terima amalan kita... lain2 kita tak tau la..

wallahualam...


Ketika kamu ada kelemahan, lalu Allah sembunyikan kelemahan itu dan berikan kamu kekuatan. Maka apakah kamu tidak bersyukur. Maka nikmat Tuhanmu yg manakah kamu dustakan? 
(ar Rahman 55:13)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.