bile nak nikahnyer??


no caption kbai!

"ko bila lagi..aku dah nak masuk dua orang anak dah nie..?"

"(takdaksoalanlenkanaktanyaaku) [dalamhati.]. jodoh takdak lagi..".. sambil senyum [oktipu!]

***********

Apabila ditanya kenapa tidak berusaha maka mereka pun berkata bahawa kami telah berusaha dan sentiasa berdoa serta meminta kepada yang Maha Esa agar kami masing-masing diberikan bidadari dan suami yang tercinta.


Doa itu usaha tetapi ia bukanlah hanya dengan sekadar duduk sahaja menanti si cantik manis datang dan berkata sayalah gadis yang awak doakan selama ini, sayalah penawar hati yang anda sedang nanti-nantikan selama ini. Allah Yang Esa telah mengirimkan saya dari timur ke barat buat bertemu anda untuk diserahkan diri ini sebagai menjawab doa anda di suatu malam pada Jumaat yang lalu.

Oh bukan begitu perjalanan doa…

Doa tidak dimakbulkan tanpa usaha sedang hamba-hamba itu diberikan peluang, kemudahan dan kemampuan untuk mencuba.


Firman Allah SWT kepada Maryam AS,


“Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.” (Maryam : 24-25)


Dalam sarat Maryam (AS) mahu melahirkan anak itu pun Allah tidak terus menjamu Maryam (AS) dengan hidangan dari langit dengan turunnya makanan tanpa perlu digoyangkan pokok kerana Maryam (AS) masih mampu menggerakan tangan dan pertolongan Allah SWT hanya diberikan kepada hamba-Nya dengan kadar selama manusia itu tidak mampu mengusahakannya.


Demikianlah juga firman Allah SWT dalam ayat yang lain yang mengajar kita tentang keperluan usaha dengan maksudnya :


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Ar-rad : 11)


Doa itu ialah tawakal dan penyerahan serta kepatuhan kepada Allah SWT tetapi usaha itu ialah arahan dan kewajipan sebagai hamba Tuhan. Al-Quran dan As-sunnah itu diturunkan sebagai panduan dan cara untuk berusaha dan beramal di atas dunia.



Menikah Cepat


Siapa yang tidak mahu menikah cepat ? Jika ada maka dia pasti ada masalah di dalam jiwanya yang perlu diselesaikan.


Sesungguhnya setiap orang perlu bernikah kerana ianya fitrah dan bahkan ia sudah menjadi sunnah dan kewajipan dalam agama dan masyarakat. Nikah itu dapat membina keperibadian dan membentuk kekeluargaan serta sifat tanggungjawab dalam diri seorang insan untuk terus hidup dengan membela dan mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan dan kelangsungan generasi masa depan.

kalau suka kat seseorang tu...

Yang pertama, kalau anda terrsuka, ana nasihat anda supaya jangannn melulu dan jangannn terlalu terdesak untuk memberitahu.

Please, Fikir banyak kali dulu. Jangan baru beberapa minggu / bulan anda melihat + memerhati dia, dia post benda-benda agama, benda-benda baik, anda terus tangkap cintan, anda terus sukee sangat-sangat.

Please, jangan melulu.

Jangan terus approach si dia dan kata,

“Saya bla..bla..bla..nak jadikan awak calon isteri saya sebab bla..bla..bla..”

Jangan.

Yang kedua, kalau anda memang CONFIRM yakin mahu jadikan dia calon isteri dan rasa dia memanggg baik.

Please, jangan CARI DIRECT pada dia.

Nasihat ana, ‘Jadilah penstalker yang bijak’.

Cari Family atau Kawan-kawannya.

‘Berkenalan dan risik’ melalui Familynya. Kalau tak pun, kawan-kawannya.

Yang ketiga, Tarik nafas dan Relakslah dulu.

Jangan gopoh-gapah.

Jangan nilai melalui tulisannya semata. Cari alternatif lain jugak.

Yang keempat, JANGAN PUJI si dia.

Jangan directly cakap / message / atau apa saja dengan dia dan kata,

Contoh: “Awak buat hati saya terpaut. Bla…bla…awaklah orang yang saya cari selama ini..blaa..blaa..bla..”

Tak perlu ok. Tak Perlu.

Yang kelima, Bergantung harap dan berdoalah pada Allah. (Sebenarnya ini YANG TERUTAMA).

Sabar dan rancang dengan bijak terpandu dengan iman. Bukan Nafsu.

Syurga Allah itu indah dan ianya tersimpan untuk hamba-hamba yang beriman dan mereka itu sentiasa menjadi ahli syurga sejak di dunia lagi. Ke mana sahaja mereka pergi keberkatan dan kebaikan akan turut mengikuti.

*******************

 Maaf kalau ada silap salah.

Sekadar berkongsi. Untuk manfaat bersama.

Apapun, yang terbaik, carilah ‘dia’ di alam realiti....



‎"Semoga Allah mencintaiku karena aku mencintaimu karena-Nya." 

-HR Abu Dawud-



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.