Kesimpulan awal dari Kebangkitan Rakyat Republic of Surriyyah:
1. Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lalu.
2. Lebih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3. Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan yang tidak mereka peroleh selama 42 tahun.
4. Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5. Rakyat mahu presiden (Basyar Asad) dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyat.
KEKEJAMAN KERAJAAN SYRIA DIBAWAH PRESIDEN BASYAR ASAD
6. Dalam masa 42 hari, seramai 40 000 orang rakyat Syria telah mati.
39 000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
9 000 dalam tahanan.
7. 413 orang telah syahid di dalam penjara.
8. Wanita-wanita telah diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
9. Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
10. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
11. Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
12. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
13. Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
14. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Wallahu'alam.
kalau nak tahu lebih lanjut boleh tinjau blog student-student syiria & timur tengah.sudah byk feed ttg ni..
du'akan saudara seislam kita...