ayat-ayat cinta bercerita!


 

Malam ni internet adalah seperti anak siput yang baru belajar mengensot.  Tadi rasa nak tido, bangkit smula sebab dah berjanji nak menaip sesuatu malam ni.  lately malas nak menaip entry.. tak de yang menarik pun.. kalo citer pun nobody's care.. macamla ana sorang je kat dalam dunia ni ade masalah.. bersyukurlah.. ;)

Pernahkah anda berPERGHasan suka kat seseorang tapi perasaan tu tidak lebih daripada hanyalah suka? Setiap hari kamu ingin tahu keadaannya dan apa yang dipakainya hari ni...[menstalker lettew]...  kamu  pun pasti dia pun memberikan respon yang baik terhadap kemesraan  kamu . Kurang bicara tapi bila terserempak anggukan atau berbalas senyuman cukup difahami sesama sendiri. Ada chemistry orang kate. Tapi cannot go beyond that. Ada persamaan dari segi kesukaan dan pendapat tentang beberapa perkara. Tapi ada beberapa perkara lain anda dan dia seperti langit dan bumi. Bila anda teringatkannya  kamu  tersenyum. Hati  kamu  akan berasa tenang. Dia sebagai suntikan semangat tanpa sedar. Hanya itu, tidak lebih.  kamu  berniat baik yang pastinya...

Tiada hidden agenda... ;P

Oh drama! Dan sepatutnya ana perlu menghadap buku yang dah terbaring di depan mata. Tetapi mengapakah  ana  masih mengadap kotak nipis bercahaya nih? Sat la.. amek mood dulu yeh.

 

Ah,  ana  rase dah pulih dari sindrom 'how can i put into words what i feel'. Btol. Ada banyak benda  ana  nak cakap dan ceritakan, cuma mesej tu tak mengalir dari otak dan keluar ke jari-jari. Ia stuck kat siku je. Patut  ana  rasa siku  ana  bengkak je. Ah, anyway.. hidup ini terasa sungguh kelakar. Ada orang yang kita dah berputus ada kat dia, tapi ada satu hari ni, kita lupa kita pernah putus asa kat dia. Nah! Kecewa lagi sekali. Saje je kan nak toreh luka baru kat luka lama.

Masya allah,  ana  terpaksa admit  ana depress sejak kebelakangan ini. Tak sangka lak tahun 2012 nih banyak cobaan. Malas nak ngaku tak bersedia sebenarnya. heee. Gelak kat diri sendiri sendiri jek lah. Pelbagai tekanan halus ditekan ke atas otak tepu ana  nih. Dah abis berpura macho, berlagak sopan, tidur berterusan dan juga memalapkan lampu tidur, tetapik ianya masih disitu. Lalu dihalau secara baik, dihantar pulang ke tempat asalnya. Semoga ia tidak kembali. Jika kembali juga datanglah melawat sekali sekala dengan buah tangan dan uwang yang secukupnya... kbai..

Menceritakan secara detail apakah yang dimaksudkan adalah tidak. Ashamed of how pathetic my little life turns out to be. Biarlah ia lesap dibawak awan ternoda dari pinggir kota cyber yang tak berapa nak berjaya ni. Disebalik garis-garis duka, dicelah-celah kesesakan  ni, marilah sama-sama menangkis daki nakal yang tidak akan putus asa hinggap di kaki.;;

"Dua cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu masa adalah cinta kepada Allah dan cinta kepada maksiat."
unknown 

bersambung.. 

 [nak tido kejap....]

-Assalamualaikum-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.