Boycott : McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini.



McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini




PETALING JAYA: McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger 'Egg McMufin'secara percuma Isnin ini.
Dikenali sebaga 'McDonald Breakfast Day',semua cawangannya seluruh negara akan memberikan burger 'Egg McMufin' secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya.
Hanya satu 'Egg McMufin' bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah. mstar

#Selain berdoa boikotlah barangan yg membantu Israel secara jelas. Tumpukan pada 4 produk utama. McD, Nestle, Loreal & Coca-cola!

Sebarkanlah,sama-sama kita boikot barangan Israel.Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata untuk mereka.Tetapi, sekurang-kurangnya kita dapat membantu dari segi memboikot barangan mereka.

Ya Allah, lindungi kami dan saudara-saudara kami di seberang sana
Sungguh kami dekat, 
tapi hanya Kau Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani
Allahuakbar.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Israel Larang Warga Palestina Solat Jumaat di Al-Aqsa


Israel Larang Warga Palestina Shalat Jumat di Al-Aqsa



REPUBLIKA.CO.ID, YERUSALEM -- Tentara Israel menggelar pengamanan super ketat di sekitar Masjidil Aqsa, Yerusalem, Jumat (16/11). Tentara rezim Zionis melarang warga Palestina yang hendak menunaikan Shalat Jumat di masjid suci umat Islam itu.

Kantor berita KUNA melaporkan tentara dan polisi Israel memblokir jalan-jalan masuk ke area masjid sejak Jumat pagi waktu setempat. Kawat berduri dipasang di gerbang utama masjid.

Warga Palestina yang berusia di bawah 45 tahun dilarang memasuki wilayah sekitar masjid. Langkah ini diklaim Israel sebagai antisipasi adanya demonstrasi besar-besaran di Al Aqsa, menyusul gelombang serangan baru Israel di Jalur Gaza.

Al Aqsa memang kerap dijadikan tempat demonstrasi warga Palestina, khususnya pada hari Jumat. Gelombang baru serangan Israel ke Gaza menewaskan sedikitnya 17 orang sejak Rabu lalu. Seorang pimpinan sayap militer Hamas, Ahmed Al Ja'abari turut tewas dalam rangkaian serangan tersebut. 


*****
Allah...Allah...

Buat kesekian kalinya, masih ramai yang belum prihatin bagaimanakah rupa bentuk bumi Palestine itu sendiri. Apatah lagi untuk mengetahui, di manakah terletaknya Ghazzah dan Masjidil Aqsa.


Mari menjadi malu. Malu kalau-kalau saudara-saudara kita di Palestine sana, yang terus menerus berjiwa besar dan semangat yang tidak pernah lentur semata-mata menjaga benteng terakhir umat Islam mendapat tahu betapa masih ramai umat Islam di luar ini terlalu cetek kepekaan mereka terhadap isu Palestine yang hakikatnya merupakan isu akidah kita sendiri.


Mari menjadi takut. Takut kalau-kalau saudara-saudara kita di Palestine sana, yang terus menerus berkorban segala memperoleh rahmat Allah kesemuanya sehingga syurga terhebat itu telah dipenuhi oleh jiwa-jiwa merdeka berbanding kita yang belum terbebas dari dunia dan tipu dayanya.


Semoga Allah tidak menolak kita jauh.


Semoga Allah terus mengurniakan kita jiwa yang besar, perancangan yang teratur, pemikiran yang ke hadapan dan kepekaan jiwa yang menyeluruh. insya-Allah..


Doakan saya sahabat..


Nota kaki: Sesiapa yang nak jawab soalan-soalan tersebut, dipersilakan..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Omar,Bayi Maut Dapat Simpati Dunia




Gaza – Kematian seorang bayi berusia 11 bulan yang juga anak kepada jurukamera BBC akibat serangan Israel, telah mencetuskan simpati orang ramai selepas gambar Jihad Misharawi memangku anaknya sambil menangis tersebar di internet.

Beribu-ribu mesej simpati telah diterima Jihad dalam internet, termasuk kecaman ke atas BBC yang hanya membuat laporan yang minimum terhadap pembunuhan berkenaan.



“Apabila BBC sendiri tidak mempedulikan nasib anak kepada jurukameranya, apa lagi harapan untuk Palestin” demikian tulis satu blogger intifada dalam internet yang melihat BBC langsung tidak menghiraukan kematian tersebut.

Selain itu, media portal Al-Bawaba turut menghentam keras BBC kerana melaporkan Israel melakukan serangan itu bagi mensasarkan pengganas di Gaza.

“BBC gagal melaporkan bahawa bayi berusia 11 bulan itu juga merupakan antara kanak-kanak yang maut dalam serangan berkenaan,’’ kata media tersebut.







Sejurus menerima kecaman bertali arus itu, BBC telah membuat penerangan bahawa pada mulanya berita kematian bayi berkenaan tersebar dalam badan penyiaran berkenaan sahaja.

Malah editor BBC World, Jon Williams telah menghantar memo mengenai kematian bayi tersebut kepada semua rakan sekerjanya.

“Kami bersama dengan Jihad dan seluruh pasukan di Gaza.

Ia merupakan satu detik yang amat menyedihkan dan sukar bagi seluruh pasukan di Gaza.

Kami bernasib baik kerana mempunyai pasukan yang berani di sama. Ia merupakan satu peringatan kepada cabaran yang terpaksa dialami oleh rakan sekerja di sana.

Satu artikel dalam laman web BBC juga turut menyiarkan video Jihad bersama anaknya dengan keterangan `Apa yang anak saya lakukan hingga menerima nasib sebegini rupa’.

Bayi tersebut, Omar, maut selepas bedilan ganas Israel telah terkena rumahnya.


Omar merupakan antara 16 penduduk di Gaza yang meninggal dunia, dua hari lalu akibat kekejaman Israel itu.

Sejak Rabu juga, zionis terus membedil penduduk di Gaza dengan alasan memburu pejuang Hamas selepas berjaya membunuh komander Hamas, Ahmed Jaabari. – Mynewshub.my

*****


innalillah hiwa inna ilaihiraji'uun.

Mata saya membesar. Jantung bagai mahu berhenti.


Mereka menyangka mereka berjaya. Mereka lupa kita ada Allah yang Maha Memiliki segala. Allah yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Allah yang menciptakan saya, kalian dan mereka.

Teruskan tembakkan doa, sahabat..

"HasbiyaAllahuni'mal wakil..ni'mal maula wani'mal nasir.."

Cukuplah Allah bagi kami. Cukuplah Allah bagi kami. Cukuplah Allah bagi kami.

*masih terus menanti khabar baru dari Gaza. Setakat ini sudah 20 orang terbunuh penuh kemuliaan. Namun masih banyak dunia yang setia mati terlena.

Recent News from Gaza: 

Names of Palestinian martyrs killed in the ongoing Israeli bloody military aggression

1 - Walid Abadlah, 2 years OLD
2 - Marwan Abu Al-Qumsan, 52
3 - Ramai Hamamd
4 - Khalid Abu Al-Naser
5 - Habes mesbeh, 30
6 - Wael Al-Ghalban
7 - Hicham Al-Ghalban
8 - Ahmad Al-Jaabari, 52, Hamas top military commander
9 - Mohamamd Al-Hams
10 - Ranan Arafat, 5 years old
11 - Essam Abu El-Mazzah, 20
12 - Hani Al-Kaseeh, 18
13 - Ahmad Al-Masha Rawi, 11 months old
14 - Hiba Al-Masharwai, 19 "woman"
15 - Mahmaoud Sawaween, 65
16 - Hanin Tafesh 10 months baby girl,
17- Faris Basyouni.
18- Tareq Jamal Nasser
19-Oday Jamal Nasser
20- Marwan Abu El Qumsan,

Janganlah Bersedih, Keberhasilanmu Sangat Besar

Al-fatihah.
Ingat, mereka sudah cukup banyak berkorban untuk kita. Muslim di Gaza menjadi benteng akidah kita. 

Kita cuma perlu terus menyumbang.




"barangsiapa yang tidak pernah memkirkan urusan saudara muslim yang lain, maka dia bukan dari ummatku"


Semoga Allah tidak menolak kita tepi..






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


KISAH HIDUP BILAL BIN RABAH & ISLAM MELARANG PERKAUMAN.


Nabi Muhammad SAW sangat sayang kepada Bilal (Habsyi) dan Salman al Farisi (Parsi) sehingga Nabi SAW berkata, 'salman min ahli baiti (salman ahli keluarga aku).' Dan Nabi SAW menyuruh Bilal menenangkan para sahabat dengan azan.

Rasulullah SAW di utuskan untuk menghapuskan perkauman tetapi hari ini kita sibuk dengan ketuanan melayu, melayu sepakat yang bercanggah dengan sunnah dan merupakan bida'ah.

Nampak tajuk mudah, ringkas tetapi sarat 'sesuatu' yang kita selalu lupa. Kadang-kadang kita suka memandang hal-hal yang besar namun tertinggal bahawa iman kita rupa-rupanya belum cukup sempurna.

Semoga Allah selalu menjaga.


Post kali ini saya berhajat untuk berkongsi sesuatu dengan kalian.

mohon sangat teman -teman mendengar VIDEO ini sampai habis.
akan terbit satu perasaan dalam hati kalian nanti..





Apakah kamu yakin bahawa syurga itu masih punya ruang untuk dirimu sedangkan mereka itu beribu kali ganda lebih baik dan mulia daripada kamu? Apakah kamu fikir Allah akan pandang sama?

Saya mengajak diri ini dan teman yang turut sama saya hajatkan kebahagiaan diri kalian, semoga kita sama-sama membaiki diri agar kita turut tergolong dalam golongan yang beruntung itu.. Cemburulah dan berlumba-lumbalah untuk beramal dan berkorban demi kemuliaan Islam.

Ingat itu wahai hati.

Semoga hidupmu tidak sia-sia.


Doakan saya teman.

notakaki- (post ini untuk saya sebenarnya)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Video Power kaabah memesongkan akidah.


power kaabah?  antara liriknya... "Masakan Kaabah tiada power, sedangkan sabun pun ada power..."

Pembohongan besar Ummu Jah.

"Hatijah, 57, yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut Al-Arqam, mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat 'power Kaabah' ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah, Asaari atau Abuya serta Imam Mahdi."

"Berhubung dengan 'power Kaabah', Hatijah mendakwa ketika melakukan tawaf dan melambai-lambai ke arah Hajar Aswad, beliau melihat keluarnya cahaya bererti 'power Kaabah' sudah dibuka olehnya.

"Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya. Walhal Abuya anak kuncinya, Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhamad As-Shuhaimi yang dipercayai Imam Mahdi) adalah tuannya," katanya."






Dakwaan mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW cerita karut, sesat

KOTA BHARU: Pemimpin dan pertubuhan agama menganggap dakwaan isteri kedua bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam, mengaku mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW sehingga terhasilnya satu surat ditujukan kepada pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI sebagai satu pembohongan besar dan menyesatkan.

Mereka beranggapan perbuatan Hatijah itu adalah untuk mengaburi pengikut yang begitu taksub dengan ajaran Al-Arqam serta bekas pemimpin mereka, Asaari Muhammad.


Hatijah, 57, yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut Al-Arqam, mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat ‘power Kaabah’ ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah, Asaari atau Abuya serta Imam Mahdi.

Pengakuan Hatijah yang kini berada di Makkah, Arab Saudi, itu dikeluarkan dalam majalah Bebaskan Kaabah (Dari Wahabi) dan Dokumentari Putra Bani Tamim keluaran Global Ikhwan yang hanya diedarkan kepada pengikut bekas Al-Arqam.

Hatijah mendakwa beliau menelefon Rasulullah melalui hatinya (secara ghaib) sehingga terhasil surat kepada pemimpin Vatican itu sebagai hadiah istimewa Nabi kepada umatnya.

Surat itu antara lain mengecam bangsa Yahudi kerana membuat kerosakan di muka bumi, turunnya Imam Mahadi dalam masa terdekat serta pengesahan baginda mengenai ghaibnya Asaari dan bukannya meninggal dunia.
Antara kandungan surat didakwa daripada Nabi Muhammad itu seperti disiarkan dalam Dokumentari Putra Bani Tamim; “Marahnya kamu dengan hero ku itu, kau pun kejarlah dia. Maka di saat kau begitu hampir untuk dapatkannya, keluarlah di televisyen kamu semua bahawa Abuya sudah mati. Maka tertipu lagilah kamu wahai orang yang memerangiku oleh Allah yang Maha Pandai menipu daya itu.

“Cuba kamu berfikir masakan orang ditugaskan Allah dan Rasul untuk menyempurnakan jadualnya itu boleh mati sebelum kejayaannya.”

Berhubung dengan ‘power Kaabah’, Hatijah mendakwa ketika melakukan tawaf dan melambai-lambai ke arah Hajar Aswad, beliau melihat keluarnya cahaya bererti ‘power Kaabah’ sudah dibuka olehnya.

“Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya. Walhal Abuya anak kuncinya, Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhamad As-Shuhaimi yang dipercayai Imam Mahdi) adalah tuannya,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata Hatijah dan juga bekas pemimpin Al-Arqam sentiasa mengeluarkan cerita karut supaya pertubuhan itu akan diingati.

“Dia sudah tidak dapat sokongan dan Al-Arqam sudah dilupakan, jadi dia keluarlah cerita karut ini,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, berkata, dakwaan Hatijah itu adalah satu pembohongan besar dan menyesatkan.

Harussani berkata, bagaimana seseorang itu boleh menghubungi Nabi Muhammad yang sudah meninggal dunia sejak beribu tahun yang lalu iaitu pada tahun ke-11 Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata, semua umat Islam harus berpegang kepada fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 yang mengharamkan pertubuhan itu kerana ajarannya bertentangan dengan akidah dan syariah Islam dan boleh menyebabkan syirik.

“Segala pandangan dan risalah yang dikeluarkan oleh kumpulan itu adalah salah dan menyeleweng daripada akidah. Dulu Asaari pun pernah mengaku berjumpa Nabi Muhammad secara sedar dan kini Hatijah pula membuat dakwaan sebegitu,” katanya.


Dengan nama Allah ;

"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? 
Dan Kami telah menghilangkan darimu bebanmu? 
Yang memberatkan punggungmu. 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutanmu. 
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. 
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. 
Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan yang lain). 
Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

| Al Insyirah :1-8 |


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ahmed Younis Khader Abu Daqqa




For my dear die-hard-fan MU dan die-hard-fan Chelsea setiap kali menyarung jersey team soccer kalian dan turun ke padang bermain skill pemain kegemaran masing-masing, semoga bersamanya doa agar anak-anak Palestin
yang turut mahu berasa aman bermain seperti kalian bermain diberi kemerdekaan suatu hari nanti.

Semoga setiap kali titipan doa itu diucap, setiap kali itu jugalah sarungan jersey itu menjadi ibadah iAllah.

='(


Terjemahan caption gambar di atas:

The shirt was wore by the little Ahmed Younis Khader Abu Daqqa, 13 years old, while playing football outside his home, killed by an Israeli bullet. Her father yesterday said that Ahmed was a fan of Real Madrid, and he wanted to let RM to know his story. Ahmed wore this shirt everyday, and will washed it immediately when it came dirty and then wore it again.

Help me to send the message to Real Madrid?

kisahnya di sini

abudaqqa


Funeral of Hamid Younis Abu Daqqa, shot the day before by the Israeli army with a machine gun from an helicopter, in 'Abassan al Kabira, east of Khan Yunis, gaza Strip, November 9, 2012. (Photo: Anne Paq/Activestills.org)


notahati- hatimasihberdarah. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Koleksi kata-kata Hikmah ISLAM part 2





Salam Maal Hijrah kepada semua. Hari ini ana ingin kongsikan bersama himpunan-himpunan kata-kata hikmah Islam bahagian 2. Bagi yang ingin membaca kata-kata hikmah bahagian 1 bolehlah klik kat SINI
Kata-kata hikmah yang menjadi pilihan ana pada hari ini ialah :


1) Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.


2) Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.


3) Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satuperkara iaitu USAHA.


4) Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.


5) Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.


6) Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.


7) Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.


8) Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.


9) Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.


10) Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


11) Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.


12) Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.


13) Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaanmembawa kepada impian


14) Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian


15) Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera


16) Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging


17) Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali


18) Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya


19) Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera


20) Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

Ya Allah,campakkan rasa kasih sayang dalam hati hamba-hambaMu.

:)

PRAY FOR GAZA

JOM DOAKAN RAMAI-RAMAI. DOA QUNUT NAZILAH




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Chong Wei: Papa, don't come to my wedding










Tentulah meriah di suasana yang tersangat manis yang menjadi sejarah dalam kehidupan ini apabila sepasang mempelai mendirikan rumah tangga dihadiri kedua ibu-bapa , sanak saudara dan sahabat handai.


Tetapi kenapa bapa kandung kepada LCWei boleh ter'cicir' dari senarai dif yang meraikan majlis penuh bersejarah itu yang turut dihadiri oleh VVVIP?


Ikutilah kisah tersebut di bawah.

******

Chong Wei: Papa, don't come to my wedding

Royalties, politicians, dignitaries, athletes—lots of famous people were at Lee Chong Wei and Wong Mew Choo's two-night wedding banquet last weekend. One VIP even sat between the husband and wife at the main table—though guests were surprised that the person wasn't family.
In fact, there was one family notably absent from the celebration—the 59-year-old father of the groom. When contacted about how he missed his son's wedding, Steven Lee Ah Chai—who lives in Bukit Mertajam, Penang—wept as he revealed that his invitation didn't get lost, it just never arrived.
Steven got a trendy haircut for the wedding.
Steven got a trendy haircut for the wedding.
"If he asked me to go, I will fly there immediately," said Steven, who could only share in Chong Wei's marriage—like his Olympic shot at the London Games—through a live TV broadcast. The old man did, however, send his son a text message to wish him a happier family than what he grew up with.
So why was Steven uninvited to the reception when 2,500 other people attended?
"It is a misunderstanding over a coat," said Chong Wei's dad. According to his rather vague story, Chong Wei came to blows with his dad over a coat and the two had an almighty row over the phone just days before the wedding.
"Maybe all the relatives here have gone to the wedding, so I have to stay back to take care of my [90-year-old] mother," Steven said as he consoled himself. That story seems fuzzy, too, because Chong Wei's grandmother lives in an old folks home.
According to locals in Lee's hometown, the real reason behind the family drama is that Steven has a gambling addiction. He apparently racked up debts up to seven figures and Chong Wei had to pay off the losses. But even after settling that bill, Steven continued to squander his son's fortune.
In June this year, Steven caused a commotion when he stopped his car in the middle of Penang Bridge, got out and stepped to the edge, leading to speculation that he had contemplated suicide. But Steven said he wasn't thinking of jumping, he was just enjoying the sea breeze because he couldn't sleep.
Dad and son in happier times.
Dad and son in happier times.
Locals also said that Steven had a mistress and never looked after his family, which forced his distraught wife to move to KL and live with their children. "Chong Wei and his siblings did not want to hurt the mother, so they decided not to invite Ah Chai," said one local.
Neither Chong Wei nor his family have commented on the matter.
Steven began preparing for the wedding a month ago. He had been practicing his singing with the hope of serenading the happy couple with a Mandarin love song. But his excitement turned to disappointment when his youngest son locked him out of the event.
Feeling dejected, Steven posted a long message on Facebook, saying: "Every child is a parent's treasure. Every couple wishes their children to grow up healthy and happy. It will be better if they are filial, but children nowadays only take care of themselves."
"I hope Chong Wei will have a small wedding reception in Butterworth for the relatives and friends who could not attend his reception in KL," he added.
Those who did go for the wedding of the year were China's badminton coach Li Yongbo, Indonesian shuttler Taufik Hidayat, former Chinese player Bao Chunlai, local sportsmen Wong Choong Hann, Razif Sidek, Cheah Soon Kit, Kwan Yoke Meng and Hafiz Hashim, and divers Huang Qiang and Pandelela Rinong.
sumber



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Basic




Dua benda basic, jangan sekali-kali lupa.

Cinta yang mendalam bukan penyebab untuk orang lain mendapat hidayah. Begitu mendalam cinta Rasulullah SAW terhadap bapa saudaranya yang kafir, Abu Talib, namun Abu Talib tetap meninggal dunia dalam kekafiran.


Hidayah dan taufiq tidak bertempat, tidak mengira bangsa, taraf dan keturunan. Abu Jahal yang merupakan keluarga Nabi (dari keturunan Bani Hashim), mempunyai kekayaan dan pengaruh, tinggal di Mekah, pun tidak diberikan hidayah. Tetapi Salman al Farisi, yang datang jauh dari Parsi, miskin dalam musafir, bukan bangsa Arab dan berketurunan agama majusi, dikurniakan hidayah untuk memeluk Islam. 


Kata kuncinya, adalah CARI hidayah dan Allah akan berikan taufiq.


nak conteng sikit.


Dalam rancangan agama di tv, ada orang tanya kepada kepada panel ustaz yang dijemput, 'arak di dalam syurga halal, siap ada sungai arak lagi. Kenapa arak di dunia haram?' Lalu ustaz tadi pun jawab, 'jangan bandingkan apa yang ada di dunia dengan di syurga. Sedangkan Aishah zaman Nabi SAW pun berbeza dengan Aishah zaman sekarang. Apatah lagi arak di dunia dengan arak di syurga. 


Wallahu'alam.'


gud nite .tido dulu. moga tidur dalam iman.

notahati- Agama tak pernah salah cuma manusia yang salah gunakan agama.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Akhlaq kau.



*cita-cita 2 tahun lagi kena KIV dulu. -,-

Dalam hidup ni,
ada banyak masalah yang kita hadapi.

contohnya masalah kereta rosak, cukuplah kita bincang dengan mechanic,
tak perlu pun panggil bos syarikat kereta,kan?
habis-habis,disuruh beli kereta baru .

masalah rumah tangga, tak perlu cerita pada jiran tetangga, cukuplah bincang dgn tangga,pintu rumah dan tingkap.
tangga kita, bukan tangga jiran. melainkan dah memang takde jalan lain.kena jgak
tanya tangga jiran.

hurm. pandanglah masalah tu macam lada. kalu tak pedas langsung, tak sedap, tp klau pedas sangat, menangis kita.

faham tak? 

thanks masalah, sebab melalui kau, manusia jd matang.

;)

Kalau tengok post post dulu macam alahai, hingusan betul aku ini, dengan yakinnya mengutarakan pendirian sendiri. Takpelah, what happened before make myself today, kan?Aku bagi peluang dekat diri. :p Tak adalah nak cakap hari ini aku matang bebenar, tak matang pun. Biasa saja. Cuma rasa alahai, time dulu-dulu rasa macam tahu ini tau itu, rasa dah cukup bijak nak buat keputusan padahal masih banyak lagi mengenai kehidupan yang aku tak tahu, yang masih perlu dan sedang aku pelajari.

Berakhlak mulia memerlukan kekuatan untuk mengamalkannya secara berterusan. Bukan semata mata untuk mengambil hati orang tetapi kita buat ikhlas kerana mengikuti sunnah Rasulullah dan perintah Allah.

Sebab aku sedar. Bila pergi rotation mana mana di sini, orang Islam bukan majoriti dan terselitlah diri aku ini dalam kalangan orang orang bukan Islam which then, I came to a point of a realisation yang aku adalah seorang duta, bukan duta produk kecantikan tapi duta kecil Islam. Ada hati nak jadi duta produk kecantikan?Perah santan. Anyway, yeap. Aku pakai tudung, tudung is a religion statement yang aku seorang muslim yang Tuhannnya Allah, dan Rasulnya Muhammad SAW.

mostly sahabat-sahabat aku di sem baru ni semuanya dari berbilang bangsa,dan tak tahu Islam itu apa, yang mereka tahu, Islam adalah agama yang terpalit dengan keganasan seperti yang diwar-warkan dalam media massa. Okay sekarang aku serius terasa aku sedang buat esei BM untuk SPM. 

But its okay. 

Bukan selalu :p. Apa yang aku belajar from orang yang baru revert to Islam, mereka berpesan supaya orang Islam mengamalkan akhlak yang mulia, itu sudah cukup untuk mulai menambat hati mereka terhadap Islam. Tak perlu tunggu untuk diri mampu memberikan penerangan/ hujah hujah yang mantap bernas mengenai Islam untuk berdakwah, tapi hanya cukup dengan berakhlak mulia sebagai permulaan.

Dengar macam cliche sajakan. Berakhlak mulia. Nilai-nilai murni. Yang sering diulang-ulang dari kecil sampai besar tak sudah sudah. Hormati ibubapa, hormati guru guru dan rakan- rakan. Kita tahu tapi kita tak ambil pusing sangat sebab its a routine advice, balik balik benda sama. Tapi cuba kita duduk diam and fikir. Kita kadang selamba saja kutuk cikgu, mak ayah kita tanpa kita sedari, kita fikir tak ada apa. Standardlah itu kita kata. Padahal, orang dulu dulu even nak lunjurkan kaki ke arah tok guru pun dah kira tak beradab. See even benda sekecil itu pun termasuk dalam akhlak sebab daripada small-small little things itulah datangnya keberkatan daripada Allah dalam apa jua kita lakukan.


Aku di sini bukanlah sempurna untuk membebel mengenai segelintir orang lain, tapi aku di sini sendiri pun masih terkontang kanting untuk membebel dekat diri sendiri. Mengingatkan diri apa yang priority dalam kehidupan ini. Tapi apa salahnya aku sharekan bebelan untuk diri sendiri dengan orang lainkan so kita ramai ramai boleh same same start bebel dekat diri sendiri. :p 

Awat complicated sangat ayat ini. Huhuhu. Anyway,


"Semoge Allah membahagiakan kamu dan saya dalam keredhaanNya.insyaAllah. Ameen ya Rabb."
[Imam Ghazali RA]

okbai maghrib dah!

Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jahiliah tetap jahiliah.




Dulu dan kini tidak banyak yang berubah. Jahiliah tetap jahiliah. Sudah jelas yang haram itu haram dan yang halal itu halal.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Alvin Tan.- NUS Tamatkan Biasiswa Blogger Seks



SINGAPURA – The National University of Singapore (NUS) telah menamatkan biasiswa blogger seks Alvin Tan.

The Straits Times melaporkan sumber memberitahu bahawa pemegang biasiswa Asean itu tidak disingkirkan tetapi perlu membayar penuh yuran tanpa subsidi yang perlu dibayar pelajar asing untuk tahun akhir pengajian di Sekolah Undang-Undang NUS.


Pendedahan dibuat pada hari yang sama Parlimen membincangkan mengenai kelakuan Tan.

Semasa perbahasan dalam Dewan, Menteri Pendidikan Heng Swee Keat mengutuk sekeras-kerasnya tingkah laku Tan dengan mengatakan ia adalah perbuatan “tercela dan tidak patut menerima biasiswa”.

Walaupun Menteri tidak mendedahkan butir-butir hukuman, beliau menyatakan keyakinan bahawa pengurusan NUS mengambil serius perkara itu dan akan melakukan perkara yang betul. – THE STRAITS TIMES / ANN






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Biarlah orang yang mendalami agama bercakap tentang 'tiada paksaan dalam agama', bukan ahli politik.







letakkan sang tikus kat pic untuk tumbesaran.

Apakah tafsiran ayat di atas yang mengatakan tidak ada paksaan dalam beragama?

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah ayat 256)


Rasulullah SAW datang ke Madinah berhijrah daripada Mekkah untuk mencari tempat yang subur dalam dakwah baginda menyebarkan Islam dan mengajak manusia supaya kembali beriman kepada Allah SWT. Baginda telah membina Daulah Islamiah Madinah dan membuat perjanjian dengan penduduk kota tersebut atau yang lebih dikenal dengan Piagam Madinah.



Salah satu perkara yang menjadi persetujuan dalam piagam tersebut adalah kebebasan beragama bagi masing-masing individu. Tidak pernah Rasulullah SAW memaksa penduduk Madinah yang beragama Yahudi pada ketika itu untuk memeluk Islam. Bahkan yang terjadi baginda memerintahkan para sahabatnya untuk menghormati hak-hak mereka apalagi sebagai jiran tetangga.



Bahkan semasa perang pun, Islam melarang kaum muslimin untuk memaksa mereka agar memeluk agama Islam. Kepada mereka yang menjadi musuh, Islam memberikan tiga pilihan. Tiga perkara tersebut selalu baginda sampaikan kepada ketua tentera yang akan menuju ke medan Jihad.



Baginda memberi nasihat kepada mereka:



Pertama. Serulah musuh kalian untuk memeluk Islam, jika mereka menerima maka janganlah kalian memerangi mereka.



Kedua : Jika mereka menolak untuk masuk Islam, mintalah kepada mereka untuk membayar jizyah sebagai jaminan bagi keselamatan mereka. Jika mereka mahu menerima hal tersebut, maka tahanlah diri kalian dan janganlah memerangi mereka.



Ketiga : Jika mereka menolak untuk membayar jizyah, maka perangilah mereka.



Seorang muslim harus meyakini dengan sepenuh hati bahawa agama Islam adalah agama yang paling benar dan yang paling diredai oleh Allah SWT sebagaimana telah ditegaskan dalam Al-Quran, firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah hanyalah Islam” (Surah Ali Imran ayat 19)



Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran ayat 85)



Akan tetapi keyakinan tersebut tidak boleh menjadi alasan seorang muslim untuk memaksa orang yang memeluk agama lain untuk masuk Islam. Islam sangat menghargai toleransi beragama yang diwujudkan dengan kebebasan setiap orang untuk mempercayai dan menjalankan agama masing-masing.Berdakwah kepada mereka digalakan dengan membawa akhlak yang mulia kerana taufik dan hidayah itu adalah hak Allah SWT.



Oleh kerana itu, ketika terjadi penaklukan kota al-Alqsa pada masa Khalifah Umar bin Khattab r.a. beliau tidak memerintahkan para tenteranya untuk mengusir kaum Nasrani dari negeri tersebut, justru khalifah tersebut memberikan kebebasan kepada mereka untuk menjalankan ajaran agama mereka. Oleh sebab itu, tidak ada pertentangan antara dua ayat tersebut.



Kerana ayat dalam surat Ali Imran menjelaskan tentang kebenaran agama Islam dan kewajiban setiap muslim untuk meyakininya. Sedangkan ayat dalam surat al-Baqarah menjelaskan tentang sikap kita terhadap orang yang memiliki kepercayaan yang berbeda dengan kita.



Walau bagimana pun tidak ada paksaan dalam beragama tetapi Islam amat tegas menjaga akidah umat Islam supaya tidak murtad atau dimurtadkan oleh agama lain. Terdapat hukum hudud iaitu hukum bunuh bagi sesiapa yang cuba murtad setelah mereka masuk Islam (setelah diberi peluang untuk bertaubat).



Murtad adalah bermaksud berpaling dari agama Islam kepada agama kufur samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur samada secara persendaan, engkar atau iktiqad.



Murtad adalah satu perbuatan yang paling keji dan hina . Paling dikutuk oleh Allah SWT kerana sesiapa yang murtad akan mendapat balasan neraka Jahanam mereka kekal di dalamnya.



Firman Allah SWT. yang bermaksud : "..Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

(Surah Al-Baqarah ayat 217)



Hukum asal bagi orang yang murtad ialah dibunuh. Ini berdasarkan kepada hujah dan dalil hadis Nabi SAW. yang bermaksud, "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah dia." (Hadis Riwayat Bukhari).



Hukum bunuh ini wajib dikenakan kepada semua penjenayah murtad samaada lelaki ataupun perempuan, tua ataupun muda tanpa sebarang perbedzaan. Sebelum hukuman dijalankan mereka yang murtad masih diberi peluang beberapa hari untuk bertaubat dan kembali kepada akidah dan ajaran Islam.


Oleh itu umat Islam perlulah memahami sesungguhnya kebebasan dalam Islam ada hadnya bukan boleh menukar agama seperti menukar baju. Untuk mengatasi supaya gejala murtad (riddah) tidak berlaku dikalangan umat Islam, semua pihak perlulah menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiah. Kerja-kerja amar makruf nahi mugkar perlulah berterusan dan tidak perlu bermusim. Ibu bapa, Jabatan Agama, JAKIM, PERKIM, Jemaah Islam, NGO Islam, Persatuan Islam dan Pendakwah Bebas perlulah bekerjasama membenteras gejala sosial dan gejala murtad berlaku dikalangan umat Islam.



Setiap pemimpin Islam perlu berhati-hati dalam memberi komen atau pandangan mengenai "kebebasan beragama" supaya tidak dikelirukan atau dimanipulasikan oleh orang-orang fasik atau akbar arus perdana yang suka menabur fitnah dan cuba memesongkan fakta dan ucapan seseorang demi kepentingan pihak tertentu.



Kenapa kita perlu kepada dakwah dan tarbiah berterusan dan setiap individu muslim bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja mulia ini ? Ini adalah kerana suasana sekarang ini cukup merbahaya kerana terlalu banyak faktor-faktor yang boleh merosakkan iman dan akidah seseorang.



Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)


Oleh itu semua pemimpin umat Islam janganlah membiarkan sesiapa sahaja dikalangan orang bukan Islam yang cuba merendahkan hukum-hukum Islam dan mengambil sikap membisu kerana kepentingan politik semata-mata. Perlu diingat semua kalian akan ditanya nanti di akhirat apa yang telah kalian lakukan ketika Islam dihina dan diperlekehkan oleh orang kafir yang membenci terhadap hukum-hukum Allah SWT.Sekurang-kurangnya kalian bangun berdemontrasi aman untuk meyatakan kemarahan kalian sebagai umat Islam yang bermaruah.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Zizan: "INi makhluk apakah ini muka cantik tapi tiada kemaluan"





Zizan: "INi makhluk apakah ini muka cantik tapi tiada kemaluan"



sarkastik!

kata zizan lagi "aku ada air sembahyang" ..... lawak spontan yang menyengat!

baca dengan nada sarkastik!

okbai





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


MALWARE! menghentam blog ku!



tengok ni.


saya dah remove blog hamba allah itu.

alhamdulillah dah ok.

busuk.org pun dah kena dgn  virus jahat ni.

rasanya ramai lagi yang akan kena virus jahat ni.

solutionnya ialah remove blog yang dipapar pada  google .

sekian.


Apa Itu Malware?


Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing yang telah direka oleh seorang pelajar Cornell University, Robert Morris pada tahun 1998. Tujuan asalnya ialah untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz Internet. Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Pengguna selalunya tidak sedar, bahawa sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet yang digunakan sebenarnya adalah merbahaya kerana penyamaran yang dilakukan. Teknik inilah yang telah digunakan oleh kebanyakan virus trojen. Teknik yang dikenali sebagai ‘rootkits’ menawarkan penyembunyian Malware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang daripada dikesan oleh program anti virus.

Kemunculan lebih banyak rangkaian sosial seperti YouTube, MySpace dan sebagainya akan menggalakkan lagi penyebaran Malware. Penyebaran ini juga boleh berlaku melalui pautan pada ruangan forum, sembang talian, pautan video dan ruangan berita.

Malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Iblis menjawab, "Lima belas."






Nabi SAW lalu bertanya: “Hai Iblis, berapa banyakkah musuhmu dari umatku?”
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.

2. Imam dan pemimpin yang adil.

3. Orang kaya yang merendah diri.

4. Pedagang yang jujur dan amanah.

5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.

7. Orang Mukmin yang berkasih-sayang.

8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.

15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang lain orang semuanya tidur

Tu dia 15 musuh IBLIS syaitan!

Al Maidah [105]

Wahai orang yang beriman!
Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah).

Orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya).

Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.


wahai kalian

cukuplah ya keterangan dari ayat di atas.

*******

Allah bukan saja Maha Pengampun, tetapi Dia juga Maha Pelindung aib manusia. Bayangkan jika Allah hanya mengampun dosa-dosa manusia, tetapi masih membiarkan orang lain melihat dosa-dosa kita. Orang yang suka mengorek hidung pun tak mahu orang lain tahu walaupun mengorek hidung bukanlah suatu dosa.


Kadang-kadang,kecik lebih baik dari besar

tapi jiwa kena besar, sebab ujian kecik atau besar akan datang pada kita.

sebab?

Yelah,kita kan orang beriman, Allah dan sediakan imtihan untuk bagi buku catatan sebelah tangan kanan, dan penginapan kat syurga secara kekal sampai bila-bila.

Sape tak nak kan?

bila dah melalui hujan yang sangat lebat, kita jadi kalis pada hujan yang hanya rintik-rintik.


Moga Allah bagi kekuatan Iman dan hati buat para pejuang agama Allah
di mana sahaja kalian berada.

Allahuakbar.

P/s: lepas mandi hujan, jangan lupa mandi ye, nanti demam :)

okbai .. tidur kejap!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Apa yang perlu kita lakukan jika terlupa bilangan rakaat ketika solat?




share dari facebooks.



Apa yang perlu kita lakukan jika terlupa bilangan rakaat ketika solat?

Islam itu mudah, tidak perlu mengulangi solat kita jika terlupa. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mengambil bilangan raka’at yang paling kurang dan sebelum memberi salam kita disunatkan untuk melakukan Sujud Sahwi.
Bagaimana Bacaan Antara Dua Sujud Sahwi? - Ustaz Azhar Idrus



Maksud perkataan sahwi dari segi bahasa ialah lupakan sesuatu.

Sujud sahwi adalah nama dua sujud yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat yang disebabkan kerana lupa.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"


"Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"


pinjam pic kat blog Eqbal zack

klik sini





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Nama bayi Ini FACEBOOK JAMAL IBRAHIM.


 sekadar pengkongsian.

Facebook ini serius comel!

KAHERAH- Seorang ayah di Mesir telah mendedikasikan fenomena laman web sosial sebagai nama anaknya, Facebook. Bayi bernama unik itu menjadi tanda revolusi baru di Mesir.



Menurut laporan akhbar Al-Ahram, Jamal Ibrahim, 20 tahun, memberikan nama anak perempuannya sebagai Facebook. Ibrahim mengaku sangat kagum dengan peranan laman web sosial itu dalam organisasi pemberontakan di Tahrir Square dan beberapa kawasan lain di Mesir.


Nama lengkap anak perempuannya adalah Facebook Jamal Ibrahim. Di Mesir, terdapat lebih dari lima juta pengguna Facebook, jauh lebih ramai berbanding negara lain di Timur Tengah. Pengguna Facebook terus melonjak selama satu bulan terakhir kerana revolusi Mesir. Sekurang-kurangnya, 32 ribu 'group' dan 14 ribu halaman Facebook telah muncul sejak 25 Januari.

Pemerintah Tentera Mesir juga mulai menggunakan Facebook untuk mendekati pemuda Mesir. Salah satu grafiti bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak telah dicantumkan dan membentuk perkataan ‘Terima Kasih Facebook’.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Penghijrahan dan ucapan Pierre Andre Dalam Anugerah Skrin 2012.


Terkesima dengan ucapan Pierre Andre  Dalam Anugerah Skrin 2012 saya tengok kat youtube.

Moga dia menjadi hamba Allah yang terpilih.


sumber harian metro.

pelakon dan Pengarah muda yang berbakat, Pierre Andre telah memberi ucapan yang terbaik sebagai pesanan kepada artis-artis didalam dunia hiburan tempatan. Anugerah Skrin 2012 kali ini mencetus pelbagai kontroversi termasuk isu Rosyam Nor dan Zizan yang hangat diperbualkan didalam laman sosial.

Semestinya ramai yang menonton secara live rancangan itu di dalam kaca TV. Namun pesanan yang paing bernilai untuk kita semua sedar akan kebesaranNya diungkapkan oleh seorang pengarah muda Pierre Andre. Alhamdulillah Pierra Andre mengambil kesempatan ini untuk memberikan pesanan yang sangat mendalam kepada kita semua. Beliau berkata :


pic ni ambik kat fb beliau.

"Anugerah paling bernilai yang kita ada adalah kalimah Laa 'ilaa haillallah, Jagalah kalimah ini dalam diri kita".

Stay strong! we are not a loser as long as we have faith in Allah
If Allah bring us to it, he will bring us through it
InsyaAllah.
:)
jom ke facebook beliau.

***
Subhanallah,
Bila tengok kalendar,
lebih kurang 5 hari lagi, dah nak masuk tahun baru hijrah

Manusia, ramai yang nak berubah, berhijrah kearah kebaikan, cuma kadang-kadang,
kita memerlukan titik permulaan untuk berubah


ada yang bermula pada bulan ramadhan, ada pula pada hari ulangtahun kelahiran sendiri, dan ada juga sempena tahun baru Islam.

Jom, buat shortlist,
apa yang nak dicapai pada tahun yang akan tiba (1434)
kalau ada azam yang tahun 1433H, tengok balik, mungkin ada yang dah tercapai,
ada lagi yang belum.
Satu peluang Allah berikan untuk kita muhasabah diri, untuk kita koreksi diri kita,
dan untuk kita sedar, kematian itu makin mendekati.

ada yang nak labuhkan tudung, silakan,
mungkin ada yang nak improve semangat belajar.
dan ada juga yang berusaha nak buang tabiat buruk dalam diri,
dan tanamkan yang baru.

Alhamdulillah.

teringat musolla smaasza, semasa berikan sedikit perkongsian tentang hijrah.
dan lagu ini yang menjadi wasilah

[Hijrah Menuju Allah]- Devotees

"..Andai rasa diri lemah, diperjalanan hijrahmu,
sendirian tiada mampu, mohonlah pada Tuhanmu,
Hijrah ini memang susah, payah,
Hijrah ini menuju Allah, di hujungnya Hasanah..."

Yok, duduk sebentar, x-ray baik dan buruk diri, buang yang keruh, simpan yang jernih :)





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Selalu kita dengar orang kata.



Selalu kita dengar orang kata.

"Biarlah orang nak kata, yang penting aku tahu apa yang aku buat"

ok, tak pe, 

tapi harapnya kita tahu apa yang Allah suka dan tak,

dan kita tahu yang Allah tahu apa yang kita buat.

Kita kan nak jadi orang yang mencintai Allah dan Allah mencintai kita? kan, kan.

:) Alhamdulillah. Moga Allah redha

****
situasi yang parody.

"aiiiihh susahnya nak berubah..."

"lecehlaaa...macam-macam nak kene ubah...down gileeeer~"

"tunggulah nanti, dah free sikit aku berubah laaa"

"aku muda lagi beb...nanti aku berubah laaaa....baru umur 21 kot..."

"taper-taper...aku tunggu hidayah sampai dari Allah..dah sampai nanti aku ubah laa diri..."

"aku dapat murobbi power nanti berubah laa aku jadi cam dia..."

aiyooooo...nak berubah pon susah kaa? memang la susah! siapa kata nak berubah tu senang macam biskut chipsmore? kejap ada kejap tarak? kalau berubah tu mudah dah tentu kerja rasulullah dulu mudah dan smooth je.

nak berubah kene kenal sebab kepada perubahan tu.. apa sebabnya? apa asasnya? semuanya pastilah bermula dengan kalimah at tooyibah...

apa kalimah toyyibah tu? pastinya..laa ilaha illallah... kita kene bara' dulu gengs... baru kemudiannya datang wala'. membersihkan karat-karat jahiliyyah, yang bukan hanya setompok dua tapi bertempel-tempel. bermaksud ianya bukan kerja sehari dua, tapi bertahun-tahun. nak tak nak kene la constant datang halaqah kan? yelah...nak tazkiyah diri...

bila karat dah hilang, mudahlah nak celup dengan wala' kepada Allah. hiasi dengan peribadi muslim. yelahkan..macam pagar besi rumah yang dah karat tu...kalau nak cat baru, kene lah kikis karat tu dulu kan? baru canteksss dooong...!

tapi paperpon, kalau takda minat, pasti tak mampu nak consistent. kalau takda cinta, pasti tak mampu redha dengan tuntutan perubahan ini. betul tak? macam parody kan.. anda semua pernah rasa betapa beratnya nak berubah kan? siapa rasa ringan je, mesti ade sumthing wrong...

cinta...ya...cinta...cinta pasti melahirkan redha..redha dengan perintah dan larangan Allah. rela bertahan walaupun perkara yang kita nak buang tu yang biasa kita lakukan.

siapa kata cinta tu hanya sekadar kata-kata? cinta tu kan satu package dengan pengorbanan. jadi korbankanlah segala yang allah tak suka, demi untuk dicintai Allah...(nasihat kat diri sendiri)

remodel balik jiwa kita ikut celupan islami..supaya nanti peribadi kita akhirnya sesuai dengan al quran dan sunnah. sehingga berjaya terbentuk syakhsiyah islamiyah

-bebelan waktu tengah ngantuk-

situasi yang bukan parody.

Bagaimanakah tahap ilmu pengetahuan anda, adakah anda selangkah ke hadapan berbanding teman-teman?

Pernahkah anda merasakan, dengan kelebihan anda itu, anda mampu bermanfaat kepada orang lain?

Adakah anda seorang yang banyak memberi motivasi dan nasihat kepada orang lain?

Jika ya, adakah kata-kata anda itu banyak menarik jiwa pendengar setia, dan ramaikah yang termotivasi?


MAKANYA ANDA ADALAH SEORANG MUSLIM YANG CEMERLANG..SEBAIK-BAIK MANUSIA! KERANA SEBAIK2 MANUSIA ADALAH YANG BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN (REFER HADITH)

tetapi..

THINK AGAIN!

Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras.(2:204)

boleh jadi ucapan kita HANYA SEKADAR UCAPAN... di hadapan teman-teman penuh dengan ayat-ayat nasihat, tips-tips dan sebagainya tetapi hakikatnya, kitalah yang paling keras menentang dalam hati, atau dengan kata lainnya PALING LIAT NAK BERUBAH!

dan tatkala kita berpaling dari teman-teman, dari ikhwah ikhwah, dari murabbi, kita sebaliknya banyak berbuat maksiat,....

Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan (2:205)

WALLAHUALAM...coretan (dah lalok) malam-malam buta (dah pagi ok)

WALK YOUR TALK!!!!

Notahati -peringatan untuk diri sendiri- mohon terasa!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.