30 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN JEHAN MISKIN DAN JULIE CAMELIA RHEE YANG BERASAL DARI KOREA.


여러분 모두 축하합니다!

Tahniah diucapkan kepada pasangan Jehan Miskin dan Julie Rhee atas pernikahan mereka hari ini. Beberapa gambar semasa majlis tersebut sempat dirakamkan oleh krew Rotikaya.


Pasangan ini telah selamat diijabkabul dalam satu majlis indah di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur tepat jam 2.40 petang tadi dengan mahar berjumlah RM12,000. Masing-masing segak dan memang sepadan bagai pinang dibelah dua. Untuk pengetahuan semua, Julie Camelia Rhee berasal dari Korea.










Majlis akad nikah ini hanya dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu. Acara diteruskan dengan majlis resepsi dan acara minum petang (Hi-Tea) bagi meraikan kedua-dua pengantin. Jehan mengenakan busana mempesona tajaan Bon Zainal, manakala isterinya kelihatan begitu menawan dengan busana indah yang ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.


 당신의 결혼식에 다시 축하 말씀을 모두. 희망이 끝날 때까지 남아 있었다.
sumber

Klik Sini lagi Gambar dan Laporan Rotikaya Blog:

2.41PM – Jehan Miskin sah bergelar suami kepada Julie Camelia Rhee dengan dua kali lafaz sekitar 2.40 petang hari ini dengan mas kahwin (mahar) RM12,000 tunai.

2.16PM – Majlis nikah belum bermula tetapi para media yang hadir telah menerima beberapa keping gambar pra perkahwinan Jehan Miskin & Julie Rhee buat tatapan anda semua.

2.11PM – Apa yang kami tahu setakat ini adalah yang nama asal bakal isteri Jehan Miskin ini adalah Julie Rhee.

2.06PM – Para tetamu kini memenuhi ruang Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur untuk majlis pernikahan Jehan Miskin & gadis pilihan beliau berasal dari Korea.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PRU - 13 SCARYNYA! (VIDEO) FREE IC FROM BN. PENGAKUAN WARGA INDONESIA DAN BANGLA PASAL PEMBERIAN IC.


Oh... negara ku yang tercinta.




"dia ckp b.n ok ape.. byk bela warga asing.."

scarynya. kerajaan supposed to be membela rakyat, bukan warga asing.

Nak minta maaf kalau ada yang serabut dengan post post politik saya. setiap hari. insyaAllah akan kembali normal selepas 5mei. tu pun kalau PR menang. kalau tak, kita serang lagi :p

diorang serang PR 24jam kat semua saluran. PR hanya ada pentas ceramah, internet dan rakyat marhaen yang tolong sebar. ini sudah cukup adil rasanya.

tak. saya tak marah pun. dan ini bukan perli. ini sungguh sungguh.





Pengakuan PANAS Warga Indonesia Pasal Pemberian IC 
baca di blog Ameno World


Hari ni hingga esok kena minum air banyak-banyak. Sebab air mata tak henti tumpah bila baca news feed tipu daya orang zalim.

Bagi yg belum putuskan untuk pulang mengundi, atau tak mahu ambil peduli. Tolong. Saya merayu. Cuba sedaya upaya untuk bolehkan diri hadir di pusat undi. Ada sahaja undi kosong, 'orang lain' akan memenuhinya.

Pastikan famili anda semuanya keluar mengundi!

Mereka merancang tipu daya, tetapi Allah sebaik-baik Perancang. Semoga kemenangan milik yang Haq. ameen.

"Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat (nya)? Bukankah aku lebih baik dari orang yg hina ini (Nabi Musa yang tidak fasih berbicara) dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya." Maka Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya. Kerena sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik. (Az Zukhruuf 51-54)

Islam hadir bagi membebaskan manusia dari penghambaan dan pembodohan. Penghambaan bahawa manusia hidup atas jasa-jasa penguasa. Pembodohan bahawa manusia tak bisa hidup tanpa mereka.

Firaun dikisahkan dalam Al Quran bukan sekadar coretan sejarah, tapi agar kita berwaspada. Kerana kisah-kisah dalam Al Quran adalah cerita nyata yang masih berulang hingga kiamat. Watak dan tempatnya berbeza, tapi perjalanan plotnya sama.

Maka di bumi bernama Malaysia, di tahun 2013 ini, tidakkah kita harus berjaga-jaga? Bebaskan diri. Jadilah hamba ilahi. Di celah seruan Firaun, carilah siapa yg berjuang berani mati menyeru kembali menyembah Rabbi.

# Harapan marhean yang cuma SATU Undi. Mereka Terlalu inginkan ISLAM YANG SEJAHTERA.

# Saya Juga!

Notahati- 7:35pm. dah maghrib.

hujan turun dengan lebatnya . "Allahumma sayyiban nafi'a"

kalau tempat korang tengah hujan, kalau ada kawan kawan yang tengah dalam musafir (tak kira dekat ke jauh), tolong pesan kat diorang, guna masa tu sungguh sungguh, doakan untuk PRU13. kita berhadapan dengan serangan menggila.

cari masa masa yang mustajab dan makbul doa. doa!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO : KESAHIHAN SAIFUL BUKHARI SUMPAH LAKNAT DEPAN KA'ABAH!




Setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan tertekan.

Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010.

Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan merakamnya sendiri.

Terus terang, selepas saya melafazkan Sumpah Laknat tersebut, secara tiba-tiba saya rasa seperti hilang segala rasa tekanan dan beban yang sedang dipikul. Saya benar-benar rasa puas dan peroleh keyakinan dan keberanian. Pada hemat saya, setelah keputusan kes saya diputuskan sebegitu rupa, hanya kepada Allah SWT sahaja tempat yang tepat untuk memohon pertolongan dan berserah, tiada siapa yang dapat bantu saya, sudah hilang segalanya.

Semasa itu, saya pun tidak pasti mengapa saya digerakkan Allah untuk berbuat demikian.


Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?


Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.

Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).

Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.

sumber

Notakaki- "Seburuk apa pun yang kau lakukkan anakku, ingatlah kamu menyandang nama Muhammad"

-Cinta Di Ujung Sajadah, Asma Nadia-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Blogger Milo Suam ditahan polis.




Yusuf Al Siddique Bin Suratman atau lebih dikenali sebagai Milo Suam, sempena nama blognya; MiloSuam blogspot yang baru-baru ini menulis kemungkinan berlaku penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam ini dan dibawa ke Bukit Aman.




 


KUALA LUMPUR 2 MEI: Blogger, Milo Suam yang baru-baru ini mendedahkan kemungkinan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam ini di Setia Alam sebelum dibawa ke Bukit Aman.

Ia dinyatakan dalam laman facebook rasmi KEADILAN lewat malam ini yang turut menyebut, sepasukan polis juga datang ke ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square di Petaling Jaya.

“Blogger Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square,” kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Milo Suam yang pernah menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sebenar.

Blog itu memaparkan kekeliruan yang didakwanya ditimbulkan SPR berkaitan undi pos dan undi awal.
Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan SPR.

Ironinya, blogger pro-Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam walaupun kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang.

notakaki-Inilah yang dikatakan Melayu Sepakat Untuk Khianat.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


KES LIWAT - Bapa Saiful Mohon maaf kepada Saiful Bukhari kerana khianati Anak Sendiri Dan Langgar Sumpah.


Azlan Mohd Lazim


Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu, lapor Utusan Online.

"Mohon maaf kepada anak Saiful Bukhari. Sedar saya khianati anak sendiri. Sebagai bapa tak boleh khianati anak dan langgar sumpah.

"Saya hanya takut kepada Tuhan bukan manusia. Saya sedar sendiri dan telah lakukan kesilapan besar khianati anak sendiri," katanya seperti dalam laporan langsung akhbar itu.

"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang sekeliling," katanya yang mengaku sudah insaf.

Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.

"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI (Anwar)," katanya.

Beliau juga menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR serta-merta.

Azlan pada 8 Mac lalu mengejutkan banyak pihak apabila memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa anaknya dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab, termasuk seorang pegawai perdana menteri dalam kes Liwat II.

'Petunjuk dari solat Istikharah'

Dalam kenyataannya sebelum ini, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan anaknya dan beliau sendiri dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan peguam Zamri Idrus.

Beliau malah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul" serta berdoa agar Allah memenangkan perjuangan Anwar dan Pakatan.

Dalam sidang media hari ini, Azlan dilapor menjelaskan, tindakannya sebelum ini dibuat akibat terpengaruh dengan beberapa pihak dan tidak timbul soal ganjaran.

"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang sekeliling," katanya yang mengaku sudah insaf.

Beliau juga menegaskan, tindakannya mengadakan sidang akhbar pada hari ini atas kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh, dipengaruhi mahupun dipujuk oleh sesiapa.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

sumber


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GEMPAR!! LAMAN WEB HARAKAHDAILY.NET KENA HACK.






Salam kepada semua pelayar Harakahdaily,

Malam tadi, Harakahdaily telah diserang dengan memasukkan berita yang menghina Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ia berlaku kira-kira jam 3.05 pagi dan bertahan di laman ini kira-kira 10 minit.

Namun begitu berita ini telah dicopy oleh pembuatnya dan disebarkan ke merata tempat dengan menyatakan ia disiarkan oleh Harakahdaily.

Harap faham apa motifnya iaitu untuk melaga-lagakan sesama Pakatan Rakyat dengan cerita rekaan itu.

Doakan untuk kejayaan kita semua dalam pilihan raya ini.

— Editor Harakahdaily


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Lihat video ni. Apa yang masih menghalang anda dari mengundi Pakatan Rakyat?


Salah satu sebab saya tidak akan mengundi BN pada PRU ini, malah berkempen agar tidak ada orang mengundi mereka, adalah atas dasar kasihkan pemimpin BN sebagai saudara seagama. Mereka perlu direhatkan dari memegang tampuk kuasa, agar mereka punya banyak masa untuk kembali menilai erti hidup, kembeli memberi tumpuan pada diri, keluarga dan yg paling penting, agama.

Bekas MB Selangor adalah antara yg telah mendapat kebaikan akan kerehatan dari kuasa. Fitnah kuasa cukup gila, teman.

Kullu ma3roofin sadaqah. Tiap benda makruf (baik) adalah sadaqah. Termasuk satu undi.

Mari merawat jiwa manusia.

Haih. Ape lah yg diajar pada anak muda penyokong amno biyend ni. Allah nak tegurla tu..takpa2..kalau kawan mesti tolong punya..jaga akhlaq ye kwn2.

Sebenarnya dah tak tahu nak kempen apa lagi di FB ni dan blog. Rasanya maklumat dah terlalu banyak.

Jadi teman-teman budiman, cuba beritahu, apa yg masih menghalang anda dari mengundi Pakatan Rakyat ya?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Faisal Tahir jadi sarkastik!


 Pandai-pandai tuduh orang lain sesat. Apa-apa pun saya suka Faisal Tahir jadi sarkastik. Gua 'like' lu.



Ada orang tanya siapa Tun Faisal ini? Tun Faisal ialah Ketua Unit Media Baru Pemuda BN.. Dr Maza pun pernah respon dan hentam mamat ni.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Facebook Azhar Sulaiman kena block!


azhar sulaiman facebook

mungkin FB dah block akaun dia..sorry azhar you deserve it.

You reported Azhar Sulaiman’s post for containing hate speech or symbols.
Thanks for your report. We reviewed the post you reported. Since it violated our Community Standard on hate speech, which includes posts or photos that attack a person based on their race, ethnicity, national origin, religion, sex, gender, sexual orientation, disability, or medical condition, we removed it. We let Azhar Sulaiman know that their post has been removed, but not who reported it. Facebook never discloses who submits a report.


Salah seorang artis yang sering mengeluarkan kenyataan berkaitan politik menerusi Facebooknya ialah Azhar Sulaiman. Terbaru, Azhar Sulaiman telah berkongsi sebuah video yang melahirkan rasa kekecewaanya terhadap Pakatan Rakyat.


notakaki-Mungkin ada yang kata, nak undi Pakatan Rakyat, tapi tak berani undi kerana tak pasti lagi mereka macam mana.

Tak mengapa.

Kalau masih tak pasti kenapa kita perlu UNDI PAKATAN RAKYAT, sekurang-kurangnya kita ada sebab yang pasti untuk TIDAK MENGUNDI BN.

#JomUbah!
#IniKalilah!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO- INI CERITA KEZALIMAN, APA RASA SENGSARA AZIZAH DAN ANAK-ANAK?


"Apa erti kezaliman?

Apa erti sakit dipukul walaupun kamu tak salah?

Apa erti kamu dizalimi dan dipenjara padahal kamu difitnah?

Apa rasa sengsara Azizah dan anak-anak?

Apa erti rasa kamu derita dizalimi bertahun-tahun?


Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan isteri  dan anak Anwar Ibrahim selama ini.

What would you do if your dad was beaten and humiliated over and over again on the mainstream media? Won't you be as vocal as Nurul Izzah?

What would you feel if your husband had to leave you to raise your children by yourself for years? Won't you be as strong as Wan Azizah?

Tak dapat untuk kita menafikan; Wan Azizah, Nurul Izzah, dan adik-adiknya adalah antara wanita yang paling tabah di Malaysia. Semoga Allah memberkati mereka sekeluarga.

Tak kurang wanita di Malaysia ini yang lemah, apabila ditinggalkan suami, hidup terus hilang arah. Wanita-wanita muda, diberi sedikit kemewahan, tergadai harga diri. Na'uzubillah min zalik!

Perjuangan rakyat bukan untuk Anwar Ibrahim. Perjuangan rakyat adalah untuk mengembalikan hak-hak rakyat yang selama ini telah dizalimi - termasuklah keluarga Anwar Ibrahim yang sekian lama menjadi mangsa kezaliman.

Semoga kisah kezaliman ke atas keluarga Anwar Ibrahim tidak lagi berulang kepada mana-mana keluarga termasuklah keluarga kita.


#JomUbah!
#Undilah!
#PRU13




Ini bukan kisah aku melayu engkau cina
Ini bukan cerita tidak kira, aku yg mesti tawan Putrajaya
Ini bukan lagi kisah biarlah mereka..mereka muslim juga, saudara kita juga
Ini juga bukan kisah sekadar nak dapatkan nasi sesuap dua
Ini bukan cerita sekadar menghitung salah siapa

Tapi..

INi kisah perjuangan bersama !
mendapatkan hak sebagai manusia..
melahir simpati pada yang kurang upaya
menabur budi pada semua tanpa mengira siapa; bangsa mahupun agama
Ini cerita kezaliman !
terangan bagi yang merasa
merasa nasi seminggu sesuap dua cuma
merasa dihina tanpa sebab apa
merasa terbuang di tanah air sendiri

bukanlah bagi yang tak merasa
tidur di tilam empuk sentiasa
makan cukup selamanya
berkereta megah bergaya

Ini kalilah..kita ukir kisah sejarah bersama~

*maaf, tak boleh terima bila masih ada orang tanya, "apa yang zalimnya sekarang? ok je".. baiklah. rupanya masih ada yang hanya menilai dengan mendongak ke atas tanpa menunduk ke bawah.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PRU - 13 SKANDAL SEKS MUSTAFA ALI.SILA DAPATKAN CDNYA DI PEJABAT PENYELARAS UMNO DUN SEBERANG TAKIR.


sumber facebook.

Astagfirullahalaazim...

moga di beri petunjuk..

Kita sedang hidup di zaman sebahagian penyeru, menyeru kita ke gigi neraka!

Ya Allah, selamatkan kami dari kecelakaan ini.. Sudahlah negara pun memeritkan jiwa, mati nanti janganlah sia-sia, jangan pula yg disangka amal mencampak kami ke neraka..

notakaki- Kalau Allah takdirkan Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 ini, maka kini saya sedang berada dalam minggu terakhir di bawah pentadbiran BN yang sudah berusia lebih 56 tahun.

Epik. Sungguh epik.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.